Friday, August 14, 2009

hidup dan mati


dalam keadaan sekarang ni. macam2 jenis penyakit ada. semuanya terdedah kepada bahaya penyakit. dan sebagai orang Islam, kita memang percaya nyawa kita ni memang bila2 masa saja boleh ditarik.

dengan adanya pandemik HsatuNsatu ni. cuaca yang serba tak menentu. semua orang pun rasa tak sihat. mana2 kita pergi, ada je orang yang pakai mask. tak mustahil kalau esok lusa semua orang yang kita jumpa bertutup mulutnya.

bercakap tentang hidup dan mati. kita takkan tau saat bila nyawa kita ditarik. kebelakangan ini, banyak kes-kes mati mengejut dah berlaku. sedar atau tidak mungkin perasan dengan tak perasan. sesiapa pun boleh ditarik nyawanya. kadang2 tengok sihat walafiat. tapi siapa tau, tup tup esok dapat berita dah pergi. kat office ni, contoh ada 2,3 orang. seorang pilot dan seorang PB. elok je kita gurau2, seminggu lepas tu dengar cerita meninggal dalam tido, sakit jantung. ralat rasanya. sama lah macam dunia hiburan kita dan luar negara yang dikejutkan dengan pemergian Michael Jackson, Farrah Fawcett (dia sakit), Yasmin Ahmad, Asri Rabbani dan terkini (14 Ogos 2009 - 11 pagi) - Param (pelawak tahun 90-an).

Apapun, aku selalu harap yang aku dapat minta maaf dari semua orang. Sama ada contact secara langsung, atau yang terkutuk sesuka hati ke. hahaha tiap2 malam doa dulu sebelum tido. kadang2 terpikir sempat tak minta maaf ngan mak, ayah, family ngan orang tersayang. kadang2 kita ralat sebab kita tak sempat kata apa2 dengan orang tu.

aku tetiba rasa insaf mendengar berita2 di akhbar. ye lah memang kematian tu berlaku setiap saat, setiap pelusuk dunia. tapi bila dengar berita kematian mengejut yang melibatkan orang2 yang kita baca dan kenal melalui akhbar, jadi tergezut la jugak.

so, jaga diri kengkawan. tell all the people around you, you love them okeh!

segmen jumaat ini tamat di sini.

have a great weekend people (as mine will be next week!!!!!can't wait)

p/s : kepada warga putrajaya, di alamanda ada bukak kedai baru. kedai handphone ericson. betul2 bertentangan dengan Big Apple D(o)nuts dan di antara Billabong dan Nandos. Sila berkunjung kerana ada mamat kiut bersuara husky macam2 henpon di situ (ni promotion dari Min dan Um ye, aku dah tgk not so my taste la hahaha).

:P.



3 comments:

thesweetlittlecat said...

ye lah beb.. aku plg2 takut kalo aku tak sempat minta maaf ngan mak (esp) and daddy aku... then, pd org2 yg aku ter'musuh' and terkata... bila2 masa leh je satu lagi daun gugur di aras...

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

huks, sedey kan? mintak2 la kita ni semua sempat!

Mursapap said...

Sejak saya berlaki, saya tidak lagi ingin melihat lelaki hensem..

Eeheh