Sunday, August 23, 2009

saya nak ke borders la...jom?

haku ni kat rumah, mentang2 puasa, lepas tu hujan. jadi mellow je. jiwa raga sendu gitu. hahaha. sejuk, lepas dalam comforter sedap tu memang tak hengat donia. so memandangkan bulan puasa ni, aku bercadang nak tambah koleksi buku (ye saya sedar patutnya tambah pahala baca Al-Quran). cuba dengar dulu alasan...haih! sebabnya duit makan kan dah tak berguna bulan2 puasa ni, so baik kita invest ke buku2 dari membeli kasut, lamanye la tak beli kasut.. ye tak? hihi.

so semalam sempat singgah ke Alamanda, g MPH dan carik buku. niat di hati nak beli 2, tapi satu je yang ada. saya beli buku ni:


picture credits to Google Image

tapi sedih gila. nak dekat 1/2 jam saya pusing2 kat seksyen FICTION tu tapi buku yang saya carik takde. oh, saya tengah nak carik buku ni:


picture credits to Google Image

Semuanya gara-gara menonton trailer movie yang bakal keluar (di Malaysia) pada Oktober ni. Movie yang menampilkan Rachel McAdams dan supersexy Eric Bana sangat best dan review orang ramai berdasarkan pra-tonton sangat memberangsangkan. so i need to read it first dan baru tengok movie.

Plan seterusnya ialah untuk ke Borders terhampir (alamak, mana Borders terhampir eh??) hari ini juga kerana next week sudah bz dengan Merdeka! Dengan adanya SALE sehingga 40%, saya tak leh lepaskan peluang ini. sambil2 tu boleh beli Twilight untuk lengkapkan set buku saya. oh, bercakap tentang Twilight, tahukah tuan2 dan puan2 yang ada 3 lagi movie bakal dishooting di samping Eclipse (yang sedang di shooting di Canada) akan datang Breaking Dawn (the so called last installation) dan satu lagi movie yang belum didedahkan tajuknya! Min, aku rasa mesti round-up cerita tu kan (yang satu folder pdf files ko bagi tu). Sape yang nak cerita2 tambahan yang Stephanie Meyer buat tapi tak dijadikan buku, sila email saya. hikhik

Oklah, saya nak settlekan minit yang saya taip sambil2 saya buat entry ni dan nak ajak mak g Mid Valley la. kalau taknak turun pun, saya nk lari kejap je untuk beli buku. hahaha. petang kang nak goreng cikodok pulak!

korang, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kerahmatan di hari yang sejuuuuk ini.

love,
ahkon.


*updated* news credits to www.bharian.com.my

Chomel Sungguh Tun M! Kepada korang semua, jangan lupa pakai topeng kalau keluar dari rumah k. Kalau rasa2 malu nak pakai, sila lepak rumah sahaja!

'Kena pakai topeng'

Oleh Azman Mahmood dan Syuhada Choo Abdullah
bminggu@bharian.com.my


DR MAHATHIR memakai topeng mulut dan hidung ketika melawat Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, semalam.

Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).........

for more news, click here.


2 comments:

ami wafa said...

aku pun nak cari the time traveler's wfe tu. mcm biasa.. mesti baca buku dulu sblm tgk muvi nya.

p.s.
um x bagi aku beli buku baru selagi belum abis the sister's keeper huhu... masalahnya, aku dok ulang breaking dawn x abis2.

swit@kon said...

ami wafa,

aku kan pergi mencari bagai nak gila semalam. akhirnya. jatuh ke tangan ku jua. babe. kita g borders. murah bangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ala. beli jangan depan um. bukan susah. breaking dawn tu cukup2 lah oke :P tak habis2 dengan edward