Wednesday, March 31, 2010

dress your man



(entry ni tersadai dalam draft lama gila. baru perasan nak publish!)
(pictures credit to Google Image)

siapa tengok Oprah hari Isnin malam beberapa minggu yang lalu? 
i did!



"Oprah, Make Over My Man" featuring Tim Gunn, fashion guru from The Project Runaway hadir ke rancangan Oprah. and not to forget Carson Kressly (Queer Eye for Straight Guy) with his hilarious comments on how awful men dressed. 6 men were chosen and went through a make over session by Tim Gunn and the result are a perfect 10! macam biasalah kan. rancangan Oprah yang penuh dengan 'oooh' and 'aawwwww'. hehehe

few things that made me chuckled are statement such as "Men stopped looking good right after they hit their puberty. That's when their mom stopped dressing them", "This man never changed his hairstyle since Jr. High".





hahaha. kesian orang lelaki kan? :P admit it you guys need us (girls/women) to help you to dress. melainkan sememangnya anda dilahirkan fashionista! or u did learn one or two how to be a metrosexual man. ok. jom ke tips-tips yang diberi oleh Tim Gunn itu! (tak banyak. dua je pun!)

1. Dressing Up, Dressing Down

please, please, please differentiate what you wear according to the occasion. this is not only for men, but for us also. leave your soccer boots, crocs, flip flops (guys do wear flip flops right?) or snickers. please wear a decent shoes such as loafers or oxfords. colourful snickers are a no-no ya! jangan la pakai pakaian sukan untuk attend wedding ye.




ditched your round neck shirt (especially with those corny statements). opted for a collared shirt and if you do insisted on round collared shirt, put on a man-cardi or a blazer for a casual look. jeans is ok. but not a torn - up version ya. itu buat pakai nak pegi konsert Search atau Wings bleh ar! :P kata kuncinya, jadilah smart sikit!




2. Hairy Situation

be it  jenis berbulu atau jenis yang togel. i mean facial hair lah :P. ada yang memang berjanggut, bermisai dan berambut panjang. tak kisah. ikut lah camne pun. tapi tips dari Tim Gunn adalah sekiranya korang nak simpan beard or moustache, dipersilakan. but make sure dalam keadaan yang kemas. please keep it trim and clean. i love the look on man with trimmed beard or moustache. sexy ok! macam hugh jackman. awwww.

  

your hair atau rambut anda. rambut adalah mahkota bagi wanita, begitu juga lelaki. look at David Beckham. omg kan? dia botak ke, dia rambut panjang ke, dia buat rambut mohawk ke. apa2 pun dia still sexy dan nampak sangat best! yums. bukan sebab dia the sexiest footballer of all time pun, kerana dia kemas dan pandai menggayakan dirinya. hik :D



more infos : Make Over Your Man Video (video link)

so girls, do you dress your man???????
give me your opinion.. :)

Tuesday, March 30, 2010

1.30 am

Alone - Kristin Chenoweth feat. Matthew Morrison
(video credits YouTube)





Heart - Alone
(video credits YouTube)



I hear the ticking of the clock 
I'm lying here the room's pitch dark 
I wonder where you are tonight 
No answer on the telephone 
And the night goes by so very slow 
Oh I hope that it won't end though 
Alone... 
Till now I always got by on my own 
I never really cared until I met you 
And now it chills me to the bone 
How do I get you alone 
How do I get you alone 
You don't know how long I have wanted 
To touch your lips and hold you tight 
You don't know how long I have waited 
And I was going to tell you tonight 
But the secret is still my own 
And my love for you is still unknown 
Alone..





ok mari sambung "Buat Kerja"
jap lagi nak g tengok pembentangan Malaysia Economic Model!

Monday, March 29, 2010

dukun hujan

kat luar tingkap ofis ni, hujan makin lebat.
guruh berdentam dentum.
aku? masih menghadap pc. tadi meeting dari jam 3 hingga jam 5 lebih.

kenapa tah lately aku rasa aku malas nak kerja.
aku tak cukup masa.
aku menyampah dengan kerja2 aku.
tapi aku paksa diri untuk buat jugak.
umpama bayi yang baru lahir disumbatkan botol susu.

aku marah apa ntah petang ni tadi.
tetiba aku nak naik hangin. atau aku masih belum boleh get rid of apa yang diorang kutuk aku Sabtu lepas?
sebab aku dah 27 tahun, aku tak kawin lagi.

aku sendiri tak mampu dah nak cakap ngan diorang.
aku perempuan. bukan aku tak laku.
cuma masalahnya orang-orang yang berkawan dengan aku tiada hati nak kawin dengan aku.
itu je lah. dan senang kata, belum sampai jodoh.
diorang yang mulut2 jahat tu (ada yang main2, ada yang memang lahir2 dah mulut jahat) sebenarnya tak sedar yang kita ni (perempuan2 single) ada hati dan perasaan.
jangan lah ingat nak sedap mulut kau je kan.
kau pun ada anak perempuan, adik perempuan, kakak perempuan, cucu perempuan.

dia fikir kita suka dia cakap2 kita macam tu.
dia ingat kita anggap dia nyanyikan kita ke hape.

sudah lah wahai manusia2 semua.
aku letih. pendam rasa sebab mulut2 korang.
akibatnya aku makan dalam. paling teruk, orang2 yang jadi mangsa amarah aku.

boleh tak, tak payah jemput orang2 yang sebok2 mengutuk aku ni masa aku kawin nanti.
kalau ada jodohlah.

aiseh. aku penat. sakit otak.
aku nak balik. nak carik Mr. P.

Majlis Cukur Jambul Zara Marissa



hello semua!
hik hik. saya baru je balik dari bertapa selama dua hari. :D



hehe. tak lah. saya ke Bukit Beruntung untuk Majlis Cukur Jambul Cik Zara Marissa. hari ni genap 3 bulan usianya. makin booolat, dah pandai gelak2. super kiut. tapi adalah dia nya seorang minah muntah. lepas minum susu, takmau burp tapi muntah. kesian daddy dia masa majlis itu, terhambur muntah Zara ketika daddy telah memakai baju melayu. hik hik..

 




ok jom kita tengok gambar la ye. malas nak bebel2 bebanyak. ada lebih kurang 600 keping gambar yang diambil. yang sempat saya edit dalam 60 keping. saya buh sini sikit je lah ye. nak tengok banyak sila ke Photo Album di Facebook. Mak Ngah mintak tolong saya untuk ambil gambar majlis ini. sebenarnya kami nak import budak bz itu jadi photog, tapi dia super bz, so saya je lah. (bz = kerja di office sampai subuh ye).tak terror mana pun. sikit2 boleh la. cuma gambar yours truly hanya sekeping dua lah, macam biasa!

 

i arrived at Mak Ngah's Jumaat malam. gerak dari Putrajaya jam 8.30. sampai sana, jalan punyalah gelap di Bukit Beruntung. super horror. buaian dah siap berhias, takde apa yang nak dibuat sangat pun, terus tolong2 memasukkan favors dalam goodie bag je. ikat sana sini. snap situ sikit, sana sikit. malam itu tido di bilik tv sebab nak layan tv. hehehe. 

  

pagi Sabtu, jam 730 dah start amik2 gambar. berkabus bagaikan di Genting Highland! kami mandi manda dan bersiap, jam 11 kumpulan marhaban dah datang. kelam kabut kitorang. siapkan Zara sementara diorang buat tahlil. katering lewat sikit. tapi memang sangat cekap dan efisyen. setting ala hotel. memang meletup. macam biasa lah, ada sesi mencukur jambul cik Zara. mula dengan kumpulan marhaban, diikuti dengan nenek, atuk, moyang, aunties dan ramai lagi lah.

 
si hensem yang sedap


saya snap2, keluar masuk rumah, snap lagi. perut sudah bunyi daaa. terus ke tempat pakwe hensem dan request untuk ribs. yummeh!

tetamu datang dan pergi staggered. so tak la beratur panjang untuk makan. last sekali adalah cik Jun and family. lepas je tukar baju, kami ke dapur dan bukak servis cuci pinggan. settle cuci pinggan kami layan motor. motor ape? hahaha rempit lah! itu nanti saya tunjuk lah. saya tido Bukit Beruntung dua malam. dan semalam layan seafood kat Tanjung Malim. itu pun later! buat masa ni kita layan gambar2 super pink ni dulu k!

   
Cik Zara "Happy Birthday yang ke- 3 bulan", menyiapkan mak pengantin

 

ok lah. itu sahaja. hari ni penat lagi. nak sambung buat kerja. later!



Saturday, March 27, 2010

Earth Hour 2010

(this is a sticky post for at least 48 hours until the end of Earth Hour. Let's do our part people!!!!Scroll down for latest entry.)


be ready to contribute for your world baby!
the earth hour will be happening this Saturday, March 27th 2010.
i did it with Mak last year. (link)

this year on the 27th, maybe i'll be around at Mak Ngah's at Bukit Beruntung (for Zara Marissa's Aqiqah) and i will definitely force everyone (termasuklah Zara Marissa) to get into the darkness for an hour! :D it's for the earth man, so what??!!! hehehehe. if let say i'm going back to Putrajaya, definitely i switch off every light, every single electricity that i have in the house!

anyways, these are the ways how you can support earth hour!


look at the right sidebar and you'll find my Earth Hour widget there!
this is my last year contribution entry (cewah!)

go Green! Save the Earth. a small contribution is only a start.

:)

Friday, March 26, 2010

penghulu segala hari

iaitu hari Jumaat.
seronok sungguh bagi mereka yang bekerja, hari ni last day kerja dan esok lusa boleh rehat.

saya pulak pagi ini setengah hari ada tournament bowling di ARL Bowling Centre, Alam*anda. hahaha.
(maaf Beth, saya tak leh reply sms anda kerana phone kena bar!) usah ditanya kenapa Urus Setia buat waktu kerja, saya tiada jawapan untuk itu! :P yang pasti kami diberi pelepasan. kesian kawan merangkap jiran sebelah saya ni, dia kena tinggal. semua kami ke sana untuk main dan kemudian berjimba, tapi dia kena jaga opis. Sorry Qilah!


game? oklah. tapi sengal aaa tempat tu. ada ke mainkan lagu Siti Nurhaliza back to back. gila horror. kalau selang seli pun dengan lagu Ukays or Slam or tah sesapa makhluk! :P tapi saya, dal yang sengal, muni si minah lawak, haina termasuk lah Datin, semua menggila. puan je hahaha tak berapa nak sporting! :P

afterall keputusannya saya hanya memenangi game ke-2 (kami main tiga game) dengan accumulation point sebanyak 128 jatuhan pin. hahaha. game saatu dan game dua, haremm.

oh. nak cerita ni. ingatkah entry saya itu yang berkenaan dengan Earth Hour? hik hik. membaca entry Cik Eny menyebabkan saya teruja nak t-shirt Earth Hour Alam*anda tu jugak. kebetulan selepas bowling tadi kami memakan2 di Secret Recipe. total adalah RM200.90. so saya pun amik resit dan redeem lah! lepas tu ada rezeki Cik Dayat, kami membeli barang di Watson lebih kurang RM267.00, dia dapat la t-shirt lagi satu.

oh, Cik Dal, mu tokse g redeem ko? 

walaupun t-shirt itu (saiz S) dikatakan lebih kecik dari XS, nampaknya mamat concierge itu tipu saya. :P besar gabak. rasanya akan menjadi milik orang lain lah tak lama lagi. akan semangat Earth Hour saya semakin membara! bukan kerana t-shirt la. hahaha

ok. tu saja. petang ni macam banyak event. meeting la, kursus e-tanggung kerja la, aerobik lagi. penat la. malam ni nak ke Bukit Beruntung untuk majlis cukur jambul Zara. saya akan update pasal majlis tu later k!

orait. itu je. bai. nak concentrate keje ni. :P

xoxo

Thursday, March 25, 2010

coba coba lah!


saya mungkin antara makhluk chomel yang korang penah tengok. but don't try to mess with me. saya boleh tukar jadi incredible hulk tau! kaler pink!!! i hate you manusia-manusia tidak baik! T______T

Wednesday, March 24, 2010

do you remember




from (the sexy British lad) Jay Sean feat. (the other sexy lad) Sean Paul. heaven! :D
*lagu ini turut digunakan dalam intro video kahwin Zurai dan Basiq*



I’ve been thinking about you
And how we used to be then
Back when we didn’t have to end we could start again
There’s nothing left to say
Don’t waste another day
Just you and me tonight
Everything will be okay
If it’s alright with you then it’s alright with me
Baby let’s take this time let’s make new memories

SWEET!





New York City has the highest number of....

homeless people?
or maybe the yellow cab?
or traffic lights?
or maybe Women try to find Love (as in Sex And The City)?

i first heard about this questions when i stumbled across an entry by Eny who called Fly.fm to answer the Wake Up The Brain question. dah banyak kali dah Eny punya call went through. tapi belum rezeki dia. if Eny call masa hadiah dia RM3.7K, hari ini adalah naik ke RM4.1K ok. dem!

Call in to answer it! who knows one of my answer is the correct one and you'll walk away with RM 4100!!!! bleh beli banyak handbag dan kasut tu! :P

just be ready as yesterday (Tuesday) Phat Fabes, Nadia and Ben asked those people with the wrong answer to sing Kuch Kuch Hota Hai with em'!!! hahaha. hari ini i tak sempat dengar lah. masa otw to office diorang tengah cerita pasal contestant yang compete for Phat Fabes PA position. wakakakaka. the first task was to get him his breakfast [coffee, eggs and roti].

ok have fun listening to Flyfm! and good luck people for Wake Up Your Brain!!!!

p/s : eny, sila call dengan gigih. aku dah bagi idea tu. :P

Tuesday, March 23, 2010

malam yang sepi-pi-pi

pak mat jual topi-pi-pi,
topinya cantik-tik-tik.... sila sambung sendiri!T____T

i'm home (honey pie!)!!!
kononnya buat loan laptop si Said nak buat kerja. folder tender plak tinggal kat office.
dah sampai rumah baru perasan. memang harapan lah nak patah balik dan beriya buat kerja kan?
anyhooooo, mamat tu hangin la jugak. hahaha di kata aku sengaja sebab nak main tenet.
biarlah! hahaha.

mood untuk menonton tv tiada malam ni. lagipun Ayah tengah melunjurkan kaki di atas sofa sambil menonton bola. tanak kacau. BBC Knowledge Magazine [Vol. 2] saya dah sampai! adalah lebih menarik membaca nya sambil online kan?? banyak benda bleh belajar selain daripada menambah vocab dan mengurangkan kekaratan bahasa inggeris saya. huhu.

ok. i found an article regarding the world's longest railway tunnel with a very interesting picture, a story of Mark Twain, 21st century treasure hunters, seven wonders of the solar system and many more. not to forget the Q&A Section! hehehe. i'm stucked :D

ok laling. good nite, sleep tight.

xoxo

"Love seems the swiftest, but it is the slowest of all growths. No man or woman really knows what perfect love is until they have been married a quarter of a century." ~ Mark Twain


cerita pagi



berada di Putrajaya, korang akan dapat lihat tak ramai bangsa lain selain Melayu. maknanya majoriti populasi penduduk di Putrajaya adalah bangsa Melayu. Mengikut statistik dari Perbadanan Putrajaya (tahun 2007-2008) penduduk di Putrajaya adalah seramai 53,168 penduduk. dan rasanya dalam lingkungan 70% (atau lebih) adalah Melayu. 

so, menjadi salah seorang daripada 53, 168 tersebut sejak berpindah ke Putrajaya pada hujung 2005, saya dah duduk di kuarters apartment p11 itu dari awal2 pindah. ye. saya dah jadi warga Putrajaya selama (hampir) 5 tahun dah! and i've been meaning to write about this particular matter gazillion years ago. hahaha. 

ceritanya adalah mengenai satu keluarga berbangsa India yang tinggal di apartment saya itu. mereka (the husband & wife) ada dua orang anak teruna dalam lingkungan umur 8 tahun dan 5 tahun. and almost everyday bila naik lif, saya akan naik bersama-sama dengan family ni. kadang2 dengan bapa mereka kadang2 dengan mak je. yang menariknya adalah penggunaan bahasa mereka. mereka berbangsa India yang obviously menuturkan bahasa Tamil sebagai mother tongue, tapi anak-anak itu sangat fasih berbahasa Melayu. tidak pernah sekali pun saya dengar anak-anak itu bertutur dalam bahasa Tamil. maybe diorang sekolah di Putrajaya dengan medium bahasa Melayu tapi bila conversation antara ibu bapa dan anak2 itu berlangsung, parents dengan bahasa Tamil, anak-anak dengan bahasa Melayu. tidak pelat dan sungguh comel! 

memetik sedikit perbualan mereka pagi tadi bermula saat mereka masuk lif (saya dah berada dalam lif dari tingkat 17) :

2nd Son : eh, ada sorang je dalam ni.
mother : (bahasa Tamil)
1st Son (berada di belakang saya dan tanya mak dia pasal apa tah) : Ama, ape ni?
father : syhhhhh. (bahasa Tamil)
mother : (bahasa Tamil)
2nd Son : hey, cakap bahasa Melayu lah. 

masa ni, aku dah nak tergelak sorang2. sebab budak tu super chomel! bukan sebab dia marah parents dia, tapi sebab dia sangat fasih. ni bukan lah kali pertama aku dengar diorang cakap BM, tapi dah banyak kali. cuma pagi agak kelakar sebab ni first time dia 'sound' direct. hahahahaha. tapi sangat best lah. serius. ramai je rakyat Malaysia yang gagal bertutur dalam BM sebenar termasuklah bangsa Melayu sendiri. kebanyakan orang Melayu skang nak ajar anak2 mereka (dari baby ye) bertutur dalam bahasa Inggeris. tapi BM lintang pukang. hahaha. 

oh! saya sangat tidak pandai bercerita dengan perkataan. takpelah perkara itu sangat menceriakan pagi saya! apepun, cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. ia hanyalah coretan berkenaan betapa saya excited dengan kebolehan dua budak itu. super kiut! :D i like! 




Sunday, March 21, 2010

i am a great baker!

sorta... :P

hey guys. happy weekend. apa bikin???
me? semalam g repair rambut (ye, rambut horror!), carik buku2 menarik di Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2010 di PWTC, makan2 sushi (yummeh!) sampai penuh perut di MV dan pencarian tidak berjaya Croc untuk menggantikan Croc yang putus di downtown BTR.

oho. mari cerita Ahkon, journey to be a Great Baker. hahaha.
i am addicted. this is serious.
one cake in a week. wajib. taktau kenapa. i love baking from scratch.
berhabis banyak jugak tapi puas hati!
thanks to Joy the Baker for the recipes!

first up : Chocolate Chocolate Chip Banana Bread

the ingredients : sugar, brown sugar, (on the plate) baking powder+ baking soda + salt, banana, soft flour, eggs, cocoa powder, chocolates, buttermilk, butter

mashed the banana, whipped the butter with sugar, add in eggs, banana and the dry ingredients, add in buttermilk and lastly the chopped chocolates, bake for 40 minutes.


 itu projek minggu lalu. nak resepinya, klik (recipe link) ini.

* end results tiada ye. hik hik. kamera Kicap bawak balik Shah Alam masa tu. yang penting mak suka gila! :)

second project : Red Velvet Cake with Fluffy White Frosting and Toasted Coconut.

from left to right : 
(first row) cocoa powder + vanilla + red colouring paste, butter + sugar, both of the ingredients together.
(second row) buttermilk (after adding in the flour etc), right before entering the oven, the result
(third row) my Red Velvet with White Frosting and Toasted Coconut (nom!nom!)



ini baru sahaja keluar dari oven di saat saya menaip entry ini.
bau semerbak. dan tangan ai dah lenguh. pukul bahan2 kek, frosting plak lagi.
akhirnya jadi ai punya frosting u. if you compare mine with Joy, you can find a slight different la. hahahaha.
rasa mungkin sama. but definitely niceeeeeeeeeeee!
once again, thanks to Joy the Baker!!! love the blog, love the recipes!!!!
(recipe link)

sila bake ye. muahs. muahs.
ok kawan2. have a nice weekend!
(eeeuuwwww, esok sudah kerja!)

Thursday, March 18, 2010

jangan.........

ohaiyo! hahaha selamat pagi kata orang jepun.
walaupun hari dah tengah hari bute :P
sila jangan pergi dahulu dari page ini. hehehe.

ahkon belum bersara. hanya dua hari ini menghabiskan masa emas di Hotel Istana.
hoh? ye, Hotel Istana uols... :P

anyway. for seminar lah. bukan berjimba rama.
apapun nantikan la entry terkini.
buat masa ni masih jet lag. :P
penat ni. serius. ni pun baru balik dari meng'odit' orang. huhu
k later! mwahs mwahs

Monday, March 15, 2010

rasa ini

BEP - Alive
(video credits - YouTube)



you said - you said - you said
that im the only one
you said that im your number 1
now your gone and i feel numb
tell me where do we go wrong

you are my best friend and boyfriend
now its seems like you're my worst friend
i gotta do soul searching
without you im a whole different person

i aint acting like i used to
i don't feel loved like i used to
it was your love i was used to


Rolling Stone - You Can't Always Get What You Want
(video credits YouTube)



You can't always get what you want 
You can't always get what you want 
You can't always get what you want 
But if you try sometimes you might find 
You get what you need 

Glee Version (link)


Liza Minelli - Maybe This Time
1972 Cabaret
(video credits YouTube)



Maybe this time, I'll be lucky
Maybe this time he'll stay
Maybe this time, for the first time
Love won't hurry away
 He will hold me fast
I'll be home at last
Not a loser anymore
Like the last time, and the time before
 Everybody loves a winner
So nobody loved me
Lady peaceful, Lady happy
That's what I want to be
 All of the odds are, they're in my favor
Something's bound to begin
It's gotta happen, hahaha-happen sometime
Maybe this time I'll win
Cuz
Everybody loves a winner
So nobody loved me


Glee Version (link)

Sunday, March 14, 2010

a tea party with Alice, (Mad) Hatter and (March) Hare


(spoiler alert! kalau belum menonton Alice in Wonderland dan tak teringin nak tahu ceritanya bagaimana, sila ketik butang mouse anda pada tanda 'x'. as usual. thanks)


hey people!
how's you weekend?
i hate it for now. major emotional issue. demmit.

but lets forget about it and let me tell u the story about my tea party with Alice, Hatter and Hare yesterday.
hahaha cam poyo? :P nothing fancy like tea party pon. makan popcorn and minum mineral water adalah. haha. semalam (movie jam 7.45pm) didi belanja saya menonton Alice in Wonderland (AiW). plan asal nak tengok boyfriend saya si RPatz dalam Remember Me atau tengok madu saya si Kristen Stewart dalam The Runaways. tapi Alamanda ni tayang cerita yang kunun2 hits je kot. tau lah komuniti melayu, tapi variety kan lah filem2 kat GSC tu. hadoi! tak banyak choice.

itu pun memula kami tanak layan jugak AiW sebab takde 3D dan seats yang available cuma 2 dari depan. tapi pedulikkan. pegi jugak. kami berdating berdua. didi dating secara 'maya' dalam movie. Syazwan tgk cerita yang sama di Kuching. hahaha.

(picture credit to Wiki page)

ok. back to the story. A Review : Alice in Wonderland. cerita ni dah lama. ini adalah remake nyer. untuk sejarah, sila check Wiki page di sini ye. walaupun kebanyakan review di blog kawan2 yang lain kata cam tak best, tapi i love this movie. sangat best. apa yang saya suka?

1. saya suka betapa colourful filem ini. macam2 warna ada. semua warna melimpah ruah. nama pun fantasi kan. tercapai cita2 tengok cerita yang masa umur 6,7 tahun dulu saya baca je. :)
2. saya suka kepelikan Johnny Depp itu. sungguh sexy dan melucukan. tambahan pula, makin jatuh chenta selepas dia menari futterwacken. although both of us (didi and me) agreed that the dance was way to late tapi takde hal. senang sangat hati. hahaha. lets futterwacken people! nak tengok apa kejadahnya dance move nyer? klik link ini.
3. helen bonham carter as the red queen. what to say about her. she's the cutest villain in this movie. with the huge head and the 'heart' addiction. wicked! Off with their heads!:P
4. anne hathaway as white queen? i hate her lipstick in this movie. hahaha she so pale, with dark purple lipstick. when she turns, oh she doesn't turn, she swirl. hahaha. dengan tangan2 super gedik. dia dan red queen adik beradik.
5. tweedledee & tweedledum - chomel tapi kesian. dua budak kembar yang gemok kena buli. favourite si didi. hahahaha.
6. final scene ada peta tanah melayu. zaman melaka. impressive! i'm proud of it. hahaha.

dah la. saya nak bagi facts lagi tapi tak syiok kan? korang g la beli tiket. g tengok. best la. movie ni fun. nasib baik tak ramai kanak2 melalak semalam. :P oh, kepada ibu2 mengandung saya nasihatkan tak payah tengok cerita ini lagi ye. tak pasal terkenan karang. huhu. nasihat je. qada dan qadar tu di tanganNya. kita bleh usaha je kan. hehehehe

oklah. merapik dah. sebenarnya nak apdet awal lagi tapi dok ralit tengok Avatar. review Avatar next k. pastu The Hurt Locker, pastu Did You Hear About The Morgans. banyak tak? hahaha. best2.

p/s : Lin buat roti. bestnya. selepas balik dari breakfast di kedai Kak Mah Nasi Dagang tadi singgah Yummie. nak buat kek. malam sikit la kot. :D

Friday, March 12, 2010

sila telefon

hari ni ada sedikit siries of unfortunate events. macam ape tah. dari tinggal handphone di rumah hinggalah peristiwa tersembur air di dalam toilet.

pening ai!

oh btw, dah tengok video Lady G? featuring Beyonce? tajuk dia Telephone. bak kata X17online = Speechless. yes. video itu sungguh racy dan super kewl. lain lah sikit tapi tak lari banyak pun dengan imej si B and Lady G kan?

nak tengok? klik here k. kat youtube belum ada tu. tengok kat X17 je k!

ok papai!
(tetiba nak apdet satu lagi entry plak :P)

keadaan tidak mengizinkan

untuk saya menghadap blog sendiri dan menghapdet sesuka hati. sebab? bz dan super bz. malam ni ada dinner. saya kena jadi emcee (lagik!) dan jam 3 ada final rehearsal. ponek. semalam dah rehearsal memain. thanks to encik said. :P

harap2 malam ni lancar semua nya. neves kau. teepeeam ada ye. huk huk.
doakan saya. saya hapdet later la eh. sebab macam ala2 takde masa dah ni.
ok sayang2 ku? bye for now.
saya tinggalkan korang dengan sekeping gambar yang dicompile semasa latihan bowling b*p*s*m rabu lepas.
ceritanya nanti k!



happy weekend! :)
mwahs! XoXo


p/s : alangkah sedapnya naan cheese & tandoori/tikka ayam Kapitan Kling! *rindu*

Thursday, March 11, 2010

to wed or not to wed

More getting married later or not at all

KUALA LUMPUR: Fewer Malaysian men and women want to tie the knot now compared with 10 years ago.

A recent survey by the National Population and Family Development Board on trends between 2000 and 2007 indicated that the average marriage age of marrying Malaysians would increase to 33 years by 2015 or they may choose not to get married at all. (mana ada orang tanak kawin langsung la!!!)

Universiti Malaya’s Associate Professor Tey Nai Peng said the average age at first marriage for men and women had increased from 25.5 and 22.0 years respectively in 1970 to 28.6 and 25.1 years in 2000.

Also, the number of those who had never been married between the ages of 25 and 29 years had more than doubled for women from 13% to 29%, and rose from 32% to 54% among men, he added.

“Although marriage behaviour varies widely across the various ethnic groups and regions, the general trend is one of rising age at marriage and non-marriage at all,” he said during the consultative forum on population strategic plan research conducted by the board here yesterday.

Tey noted that education and career considerations had expanded women’s horizons, giving them opportunities which competed with marriage.

“Traditionally, women tended to marry men with at least the same level of education. But with higher educational levels, more and more women are now having difficulty finding compatible partners,” he said. (salah wanita kah? Abang-abang, sila berusaha! hahaha)

Issues like migration, urbanisation and modernisation had also resulted in women having more autonomy in making decisions, including in those relating to marriage, he pointed out.

Tey said the younger generation was becoming more self-centred, with modern women having high expectations and becoming choosy when it came to finding mates. (see, tidak boleh memililh pulak, banyaknye salah wanita)

Board director-general Datuk Aminah Abdul Rahman said current marriage trends were contributing to the rapid decrease in fertility rates for Malaysians.

“The changing role of women is the main reason for their infertility. They are getting married later now or not at all as they build a career alongside men to become equal breadwinners,” she said on recent data showing that Malaysians were now having fewer babies.
She said more focus should be placed on ways to increase the percentage of marriages instead of blaming any gender.

(credits : The Star Online)


Wanita kita kurang subur
Kadar kelahiran menurun setiap tahun jejas jumlah populasi

KUALA LUMPUR: Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007. 

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata hasil kajian kadar kesuburan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini. “Hasil kajian itu membuktikan kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007,” katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini, semalam.

“Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan dalam kumpulan umur antara 15 hingga 49 tahun merosot dengan pantas dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan,” katanya.

Aminah berkata, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. (apakah lingkungan umur sesuai untuk kawin? 21. ala ini kan tahun 2010!)

“Ada juga wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas,” katanya. (????)

Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki berpelajaran lebih tinggi semakin berkurangan. (again. lelaki, berusahalah ye!:P) 

“Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih muda atau yang lebih rendah taraf hidup,” katanya. (cougar rules!!!! hahaha)

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai. – Bernama 

(credits : Berita Harian Online - nice new page btw)



* cuba buat satu analisa faktor lain yang membawa kepada perkara ini. adalah dapat dilihat bahawa semuanya lebih tertumpu kepada isu yang berkait rapat dengan wanita je kan? aduh mak! bukan defensive tapi tak paham :P* Selamat Hari Wanita (8 Mac 2010)!!!


Wednesday, March 10, 2010

budak kaca mata

(disclaimer : entry ini adalah tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. entry ini adalah menceritakan tentang keinginan dan ketaksuban penulis terhadap pemakaian cermin mata. siapa yang rasa nak muntah dan menyampah, sila ke butang 'x' di sebelah kanan atas browser anda dan beredar dari sini ye. thanks!)

sapa kat sini pakai cermin mata berpower also known as (aka) rabun?
tak kira lah pakai untuk membaca, rabun dekat, rabun jauh, silau dan sebagainya.
yang pasti pakai cermin mata lah! ok. angkat tangan....
(erm...mesti ramai!)

   

cik ahkon adalah tidak memakai cermin mata. tapi. bercita-cita super high nak pakai jugak. mak and ayah tidak memakai cermin mata asalnya. baru2 ini aje lah bila umur dah bertukar ke digit 4 di hadapan, mulalah huruf2 nampak samar dan jauh kalau tak pakai spek. dari dahulu (zaman sekolah rendah) saya sangat suka tengok orang pakai spek. hik hik. and i really like people who wear spectacle. ada markah bonus di situ (untuk jejaka la, jejaki i adore :P). dan bagi wanita yang memakai spek, dia nampak professional dan nampak sungguh bijak. taktau la kenapa. tapi betul, orang pakai spek ni dia nampak something! ada plak orang lelaki yang suka tengok perempuan pakai spek kerana nampak sexy.oh ye ke? bila saya pakai diorang kata macam cikgu bedah. huk huk


obsesi nak memakai cermin mata ini timbul apabila saya merasakan kawan2 yang pakai spek itu semuanya nampak genius. saya telah mencuba pelbagai kaedah untuk merabunkan mata sendiri. contoh-contoh yang saya buat ialah dengan membaca buku/majalah di dalam kereta pada malam hari. ayah dan mak slalu bising kata jangan baca buku dalam gelap tapi saya nak jugak! saya adalah ulat buku ye. dan kat rumah, saya dulu (sampai sekarang) suka menghadap komputer/pc atau laptop dengan tutup lampu bilik. cukup dengan cahaya dari skrin komputer sahaja. 


dan untuk kaedah merabunkan diri sendiri dengan lebih extreme, saya meminjam dan memakai spek kawan-kawan di sekolah. lagi tinggi power lagi saya suka. walaupun saya tak nampak apa2 melalui spek tersebut tapi demi merosakkan mata sendiri, saya pakai jugak! tapi apakan daya, saya masih tidak memakai spek sehingga hari ini!


salah saya kot kerana masih tidak rabun kerana saya adalah menjadi penggila carrot mentah (saya tak makan carrot yang dah dimasak). saya boleh meratah carrot tersebut (dengan secawan susu lagi best!) tak kiralah baby carrot atau carrot besar tu. so agaknya Vitamin A telah prevent saya untuk menjadi rabun. huhu. 



di office. Seksyen kami total tujuh orang dan 4 orang darinya pemakan cermin mata. huk. kecik hati. tengoklah bos-bos semua ramai yang pakai spek. walaupun tidak memakai spek sepanjang masa, tapi pakai untuk tengok pc dan membaca. still pakai kan? tapi saya menerima takdir seadanya lah. dah tuhan itu memberi saya nikmat untuk melihat dengan terang. pernah saya merasakan pemandangan mata ini semakin kabur tahun lalu (2009) seraya saya cepat2 ke kedai optical di Alamanda untuk buat pemeriksaan mata. turns out that mata saya hanyalah letih. bukan rabun! ceh!!!


ok ok. saya sedar. masih dan tetap sedar. saya bukan menceritakan kekurangan orang lain di sini ye. cuma saya rasa best tengok orang yang pakai spek. orang2 yang pakai spek bila saya beritahu benda ni mereka bising. mereka kata saya perlu bersyukur yang saya tak perlu bersusah payah nak fikir pasal spek, contact lens dan sebagainya. oklah. saya tidak akan brag lagi pasal kenapa saya tak pakai spek. cuma i really adore orang2 yang pakai spek. saya melihat anda sebagai bijak dan smart k! its a compliment. saya pakai spek hitam je lah. ok.

kepada pemakai cermin mata sekalian. i love you (tetiba). dan syukur alhamdulillah. mata saya masih 20/20.
(taktau nak cakap apa dah). bai. 

p/s : Didi. ko wanita cantik yang memakai cermin mata - kata peminatmu :P (aku rasa ko cantik je tanpa spek pun! hahaha)

Credits : Google Images