Thursday, June 3, 2010

gadget freak



orang-orang yang rapat dengan saya tahu saya merupakan penggila gadget. atau gadget freak. 
i know every new gadget in the technology world (well, maybe not each and every single of them, but i still know lah! :P) . saat dapat menggodek gajet itu, saya tak nampak orang keliling dah. saya akan explore segala-gala function yang ada pada sesuatu gajet itu.

keturunan kot. dan saya agak pandai menggodek gajet2 ini. guna logik je pun. :P. contohnya mesin2 yang memerlukan operator. saya tak payah tunggu orang atau tanya camne, hanya beri saya beberapa minit untuk 'menjiwai' mesin/alat tersebut, voila. selesai masalah. hahaha. ye masuk bakul. tapi benda betul, sukati lah :P!!!

bekas2 handphone

maybe bermula sejak zaman mengenali pc sendiri di rumah (first PC was HP, Intel Pentium 3.0) pada tahun 1998, masuk ke zaman handphone pertama tahun 2000 dulu iaitu Ericsson T10, tukar ke Nokia 3210, tukar lagi 3310 (handphone baling anjing tak mati - jatuh kat CP berkali2 pun tak rosak) *Lin/Puan Kopi, korang ingat CP tak???*, tukar kejap ke Nokia Butterfly 8210, kemudian ada duit PTPTN sikit, beli Nokia 7250 sebab nakkan kamera dia. pakai handphone tu lama k. sampai lah deepeeyea dah nak habis. 

Saya ingat lagi, hasil hasutan Kiki (sebab dia pakai phone yang sama) dan Mimi, pada 25 Disember 2007 saya membeli handphone Nokia N77 sebab ada tv, YE ADA TV OK, Astro tak lah! dan pakai nombor 018. nombor saya super cantek, skang tah mana pegi tah. gila teruja dan belagak. ingat lagi saya tengok Juara Lagu 2008 kat Baskin Robbin Pavilion dengan Najeeb guna phone tu. wakakaka. gila macam apa tah. Dan apabila bateri telefon N77 ku itu telah mengalami perkembangan sehingga penutupnya tidak boleh menutup bateri itu lagi, saya pasrah dan membuat penyelidikan yang agak lama untuk menukar handphone baru. Aim adalah teknologi terkini. Tapi bagi saya yang paling penting adalah penggunaan telefon, sms, mms dan Wi-Fi. 

Nokia tidak lagi menjadi pilihan kerana salah satu sebabnya kena ada at least 2K untuk sebiji phone nokia. takmau hutang2 dah. menyusahkan kepala je. Selepas setahun menimbang sama ada mahu membeli Blackberry Bold (ketika itu 9000) atau Iphone, at last saya membeli Blackberry. puas hati kerana dapat deal paling murah yang saya dapat. yeay!!!! *thanks Hana* dan saya masih lagi berchenta dengan Blackberry saya. Dengan aplikasi terhebat iaitu Blackberry Messenger (BBM), dan banyak aplikasi menarik lain (Time, Twitter dan sebagainya) yang membuatkan hati berbunga2 setiap kali tengok telefon sendiri. haha dan saya masih lagi mencari tips2 untuk menghebatkan diri dengan penggunaan BB. *muntah laaaa*

  

oh, saya tak pernah ada laptop. dulu saya pinjam dengan tempat kerja lama *memalukan!!!* Saya ada membeli laptop jenama apatah untuk Kicap masa dia masuk belajar dulu. elok saja saya habis bayar installment kad kredit, rumah sewa Kicap dimasuki malaun dan curi laptop itu. geram kan? tapi takpe, tiada rezeki. Fast forward, sampailah ke bulan 5 lepas, Kicap join UniPack by Streamyx (baca kat sini), saya telah mendapat Netbook percuma ye. hahahaha HP Mini 210. puas hati ai tau! bertahun aku hanya bergantung kepada pc ofis, laptop Min *thanks Min, mwahs*, blackberry Said *ngeeee* dan banyak sumber lain. Akhirnya Netbook itu milikku!!!! dan selepas dua minggu berchenta dengan Blackberry, HP Mini 210 sampai, percaya atau tidak - malam2 ku kini hanya diisi dengan menggodek netbook. Blackberry? ku lemparkan je ke tepi. hahahahaha. sebabnya? Blackberry dan habis explore. Tapi jangan salah sangka, saya masih menatang Blackberry bagai minyak yang penuh!!! Skang ni tengah 'gila' carik skin untuk BB, netbook carrier untuk si chomel HP Mini ku. Itu saja kisah minah gajet yang tah pape ni.

Korang gila gajet? Apa gadget pertama korang???
sila tinggalkan pesanan (comments) di bawah. 

Byeeeeeeeeeeeeeeeee.


*nota : gambar adalah courtesy of Google Image*





13 comments:

mediahorizon said...

nice entry. saya pun giler gadget juga... recently baru dapat DSLR, Laptop dan nak tunggu HP baru pulak...

thesweetlittlecat said...

saya sgt2 gila gadget!!! ngehehehe... hp tak banyak kali pun tukar, baru 4 kali rasanya (2 kali duit sendiri).. :) skrg ni my baby Berry akan kekal bersama sy sehingga btl2 jahanam! *mahal ooo beli*

dulu walkman, discman, pastu mp3, mp4 lah, last skali ipod... iphone & imac je aku tak beli! tp aku dah target macbook yg ntah bila nak dpt! :) tp kena beli gak cuz my laptop udah nyawa2 ikan.. *acer busuk*

kat umah gila PS then PS2.. PS3 tak beli2 lagi.. tp sdg nak beli PSP pink! :)

DSLR sony alfa dah sethn pakai.. cukuplah kot, mula2 je aku rajin amik gambo..

apepun beb, apa shj new gadget yg klua, aku akan amik tahu spy tak ketinggalan zaman, kdg2 sampai tak terkejar, nak beli verangan sahaja!

Lady said...

sebegitu hebat ko boleh explore eh. i bet sekejap je ko explore dslr ko kan~ dah la kamera terulung abad ini tu banyak function, mesti kejap je ko proses eh~ pasti hebat..

swit@kon said...

mediahorizon,

hahaha. saya lupa nak buh pasal DSLR tu la. :D

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

babe. ini baru aku letak pasal handphone dan laptop je.

aku tak masuk cerita mp3 player, kamera dan lain2. sebab tu aku beli handbag besar, sebab nak sumbat everything. and sebab handbag berat, aku makin kenit! :P

swit@kon said...

Lady,

perangai buruk aku ialah mengadap benda tu sampai aku dah takde benda nak explore dah. segala button, segala function. memang minah OCD tau tak. tapi aku happy buat benda tu. dan bila dah takde benda, aku mulalah carik alternatif nak menyeronokkan ke apa. hahahaha

thesweetlittlecat said...

aku suke st8ment 'sebab handbag berat, aku makin kenit'!

nanti ko dah kawen, hubby ko dah tak larat die beli hbag besar die masukkan ko dlm tu sebab ko kenit! ngehehehehe *gurau je beb*

~petite is cute!

Eny Yusof said...

aku buat entry yang sama jugak. hehehe

didi said...

aku benci gadget.
BENCI.
TAK SUKA.
cuma terpaksa belajar, itu pun benda basic. aku bet fon aku ni, aku guna 40% je function dia.

aku benci menggodek benda
baca manual pun tak suka

tahap kebencian sama level dgn aku benci peta

i hate peta THE MOST

gggrrrrrrr

~analogue girl in a digital world~

Eny Yusof said...

dids, kalo benci baca peta, belilah garmin. tak yah baca, dia cakap je kat ko terus

ashraf said...

nak lawan kan?
1-Ftec Notebook
2-Compaq CQ40
3-iPhone 2G Limited Edition
4-PSP
5-Playstation2
6-Sony Ericsson Walkman W500i/W880i
7-Nikon D5000 ;p
8-Gaming Desktop with 23" Samsung LCD Monitor (Coming Soon! p/s:Deal or no Deal?)

amcam? hih. ;)

suhana azlin said...

gajet2 nih sooo not my thing...kamal pun sama...dua2 pakai henfon stok baling anjing hahaha..

dulu dia pernah beli sekali je hp mahal rega 2k tp baru pakai baper hari terjatuh time amik wuduk..kena format balik la hape la terus jual balik..haha at least fon murah jatuh ke org curik ke (Ada ke yg nak =P) or hilang beli je baru...hehe...

tp kan agak bengkek kalau org tu pakai gajet mahal sbb nak menunjuk, pastu sibuk tanye 'eh, tgk hp ko..laa..fon ko xde camera ke? beli la BB ke iphone ker...sebulan byr murah je beb...bla..bla..'

rasa nak sepak jek..mcm la laki aku tak mampu (sbb org sebegini selalunya bukan byk duit sgt pun)...dah x minat cmne nak buek..hehe...

drpd beli gajet baik pegi holiday or makan sedap = itu antara motto hidup kitorang...kehkehkeh..

minat masing2 kan... =)

~LIZA~ said...

1st handphone yg i pakai was nokia pisang.. u tau tak handphone tu? lama jugak i pakai. lepas tu hilang, tercicir kat mana ntah :(