Sunday, October 10, 2010

baking with swit@kon : menjala roti, mengkotak cheesecake

kawan-kawan, saya buat roti jala dan blueberry cheesecake squares.


Roti Jala

roti jala sahaja. kuah karinya adalah hasil nukilan bonda.
sedap. pekat. bau melekat. ;)


3 cawan tepung gandum 
2 3/4 cawan santan (boleh substitute dengan susu atau air)
1 sudu teh garam
1 biji telur 
2 sudu besar minyak
Sedikit pewarna kuning (atau guna serbuk kunyit je)

Cara Membuat : Campur semua bahan dan kisar guna blender. Sampai agak2 dah tak pekat, ok dah tu. Oh, saya kena ingatkan. Resepi di atas tu saya main bubuh je. Campak2 dan rasa. Agak2 cukup lemak dan cukup rasa ok. Siap untuk di jala.

Resepi kari ayam disebabkan nukilan bonda, saya tak bubuh la resepi eh. Korang carik je eh. Hahaha.


Blueberry Cheesecake Squares (diambil dari blog Framed Cooks)
*saya letak bahan sahaja. sukatan leh g refer kat blog Framed Cooks k. Klik saja link di atas.

First Layer
Tepung Gandum
Butter
Gula Icing
Garam

Cara Membuat : Panaskan oven pada suhu 175 C. Campurkan bahan2 tadi (guna tangan) sampai la ia membentuk doh. Canaikan dan leperkan dalam dulang pembakar. Bakar sampai jadi golden brown lebih kurang 20 minit. 

Filling
Cream cheese
Gula Icing
Vanilla Extract
Telur 
Blueberry Filling

Cara Membuat : Pukul cheese dan gula, kemudian masukkan telur dan vanilla. Tuangkan ke atas lapisan biskut/pastry (yang telah sejuk) tadi. Letakkan blueberry filling di mana-mana kawasan yang anda suka. Kemudian gunakan lidi atau pisau untuk mencorakkannya. Bakar dalam suhu yang sama untuk tempoh 30 minit atau sehingga filling masak. 

- resepi ini sangat sedap. saya membuat sedikit kesilapan dalam menyiapkannya. layer biskut saya adalah sedikit tebal. tapi sedap. takpe. dan semasasaya membakar pastry ini, saya telah secara tidak sengaja bermain dengan mode pembakaran menyebabkan pembakaran berlaku di sebelah atas dan mengakibatkan kulit cheese agak legam dan tak nampak blueberry dah. haha. nasib baik sedap! walaupun agak pitam rupanya. 

Silakan mencuba resepi ini ok. Sesuai untuk minum petang. Saya layan kedua-dua ni petang tadi dengan secawan Earl Grey tea..Tetibe terindu Lin dan Mya...uhuks ;(

Dapur akan berhenti rehat weekend depan kerana saya akan outstation dari khamis hingga ahad. Don't worry, next recipe will be Red Velvet Cake with Cheese Layering. Yums!

XoXo

4 comments:

suhana azlin said...

rintu acik atie gaks la..uwaa...

lama dah x menjala, cuaca sejuk dpt roti jala cicah kari pekat bau melekat memang mahsyuk kan..phew!

sila sila sila..saya mau resepi red velvet yang besh yer..sila share =)

swit@kon said...

suhana azlin,

kau ajar mya cakap melayu tau.
kang aku jumpa dia terpinga2 plak.
tunjuk gambar aku selalu.
hahaha tetibe aku over!

aku ada recipe red velvet sedap. sila rujuk entry lama. ;)

ye, kari bau melekat tau!

My Love.. said...

aku mahu pavlova..buat la n nanti kita hangout before aku deliver..apa kata this week.aku dh nak masuk 36mggu.takut...

Mursapap said...

Weh, cake, biskut, kueh legam adalah kegemaran ku!!!!