Sunday, October 3, 2010

Travel Review : Alor Star, Kedah Darul Aman



after a short break. Lebih kurang sebulan lebih, saya menerima memo untuk outstation semula. Kali ini ke utara Semenanjung Malaysia, iaitu ke negeri Kedah Darul Aman. Lokasi kursus di Alor Star. Saya adalah sangat excited dengan perkhabaran ini. Haha. First time kot ke Alor Star. Dah banyak kali dijemput ke sana, baru tahun ini berkesempatan ke sana. Ramai rakan2 rapat yang berasal dari Alor Star. Najeeb, Yanty, Shaz dan beberapa yang lain. Selalunye saya ke belah sana hanya sekadar ke Penang, tapi kali ni extended version. Haha.


Semasa plane hampir nak touch down, saya excited macam jakun melihatkan keadaan muka bumi Kedah yang hampir 70% (ye ke? betulkan kalau saya salah) dilitupi dengan kawasan bendang. Sawah padi. Dan benda pelik pertama yang saya nampak adalah ini...


Muni kata tu gunung-apa-ke-namanya di tengah bendang. Jakun wooo. Hahaha. 

Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid, kami dijemput oleh parents Muni. Terus ke rumah Muni di Taman Shahab. On the way, bapak Muni dengan comelnya telah melalui jalan jauh dari airport ke rumah semata2 nak kenalkan saya dengan bandar Alor Star. :)

Saya adalah excited. Bukan hanya kerana ini adalah tempat kelahiran rakan2 baik saya, malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berasal (dilahir dan dibesarkan) dari Alor Star. Idolaku. Lepas lunch, saya terus paksa ajak Muni ronda. Masa ni la kita nak explore negara sendiri. Sebenarnya banyak sejarah2 yang kita orang muda ni tak tahu. So, amik lah peluang setiap kali kita berjalan2 ok!

First stop ialah Klinik Maha. Klinik ini adalah klinik Melayu pertama yang dibuka di negeri Kedah. Ianya adalah merupakan klinik mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Klinik ini dibuka selepas beliau tamat kontrak berkhidmat di hospital di Langkawi. Sehingga ke hari ini, klinik ini masih beroperasi. Cuma not sure milik siapa. 



Dari klinik tu, satu pusingan ja dah sampai kat Pekan Rabu. Lokasi perniagaan yang popular dikalangan orang tempatan mahupun dari luar. Disebabkan kami sampai pun dah agak lewat, tak berapa nak meriah dah Pekan Rabu. sempat jugaklah aku membeli belah sikit untuk bekalan mak kat rumah. Ikan Pekasam, Peneram, Pulut Susu, Pulut Hitam dan acuan cheese tart.




Lepas sesi kirai duit, Muni ajak p jalan lagi. Kunun juai mahai takmau p rumah kelahiran Mahathir di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai. Bajet nak p the next day. On the way tu, sempat lah lalu di Menara Alor Star. Pun takde rezeki. Sebab ditutup kerana berlaku kerja-kerja pembaikan. T___T. Singgah pulak di dataran berhadapan dengan Masjid Zahir. Amik gambar di situ saja. Ada Kompleks Balai Besar, Balai Nobat. Memang la kena hon dengan orang-orang yang lalu lalang. Tapi buat muka tak reti je. Hahaha. So Muni kata jalan ke Kuala Kedah. Kat Kuala Kedah pulak tak dan makan laksa pun, sebab hujan renyai dah mula turun. Setakat p, tengok dan balik ke Alor Star semula. Malam tu takde buat apa sebab Muni dah start klas. 

    


 

The next day, memandangkan kelas saya hanya bermula jam 11 pagi, plan sehari sebelum itu nak dilaksanakan. Muni ada klas pagi, so saya ajak pemandu untuk jalan2 area tu. Al-kisahnya, setiap hari Isnin, tempat2 bersejarah ni semuanya tutup. Ye la, Kedah macam Kelantan. Jumaat cuti, Ahad kerja. Waaaa rasa nak nangis sebab tak dapat masuk. Last2 amik gambar kat pagar je. T___T. Sama juga keadaannya semasa pergi ke Rumah Merdeka. Pun tutup! waaaaa. Otw balik dari kelas nak ke rumah Muni sebelum balik, sempat la lalu di area sekolah elit di Alor Star. Sekolah mana lagi kalau bukan Sultan Abdul Hamid College atau KSAH. Saya ada ramaaaaaiii sangat kawan yang merupakan alma mater kolej. Memang semuanya power. Sila google untuk maklumat lanjut berkenaan SAHOCA/KSAH.

          


Satu yang sedih adalah melihatkan keadaan Terusan Wan Mat Saman. Terusan terpanjang di Malaysia. Yang sangat termasyhur dan popular dalam buku sejarah sekolah menengah. Tapi tidak dijaga. Kotor, tersumbat. Alangkah eloknya kalau ianya dijaga dan dipelihara. Itu kan warisan negara?

Petang Isnin dah pun gerak balik ke KL. Tak syiok! Tak puaih! Disebabkan itu lah saya nak pergi ke Alor Star lagi. Bila? Belum ada plan. Tapi..tunggguuu..Banyak lagi tempat lain. Antara yang wajib p adalah Lembah Bujang!

Anyways, kepada sesiapa yang bakal berjalan2 ke Kedah, Alor Star khususnya, silalah melawat ke tempat2 tersebut. Sebenarnya banyak lagi. Visit Kedah State Government Tourism Official Page untuk maklumat lanjut. 

Jom pakat ramai-ramai pi Kedah!!!!


4 comments:

suhana azlin said...

jgn kata alor star,kedah pun saya adalah tidak pernah sampai T__T

pastu dok sebok nak jln2 uk la hape la padahal negara sendiri pun x habis explore lagi kan? huhu

rennylesa said...

hehehe..sy menyibuk sekejap...

sy duduk di semenanjung nak dekat 14 tahun dah, merantau punya pasal...dan syukurlah sy dah habis mengunjungi ke semua negeri dan wilayah di Malaysia...

TAPI... kalau luar negara...sy angkat bendera putih lah dgn korang..hihihi belum berkesempatan...

:)

suhana azlin said...

hehe takpe la renny (haha tetibe nyampuk gaks =P)

at least satu semenanjung u dah redah, kita kan kena bangga dgn tempat dlm negara sendiri..overseas bukan best sgt, sehari dua je best masuk hari ketiga dah rindu kat nasi lemak and roti canai...uwaa...nak balikk..

The Sharkox said...

Hei...welcom to alorstar...

Gunung yang nampak dari kapai terbang tu namanya Gunung Keriang...

The Sharkox: Jejaka Hensem dari Sintok