Wednesday, April 3, 2013

Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)


lamanya tak buat review makan-makan.

kali ni nak buat review pasal Restoran Tapak Sulaiman.

Nama lain restoran ni adalah restoran bunian. kenapa? bukan sebab yang mistik tapi lebih kepada sebab kedudukannya yang agak tersorok daripada dunia luar.
Lokasi restoran adalah di Kampung Limau Manis yang letaknya di antara Putrajaya dan Kajang.
Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah, saya sertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188.

kami pergi last two weeks. mula-mula plan 10 orang. tapi last2 pegi 7 orang je. and kena booked before pergi. kalau lewat memang takkan dapat seat. nombor untuk dihubungi adalah 0173812246.

kalau merujuk kepada blog puan bos saya, menu setiap hari berbeza. kami pergi haritu hari isnin, menu adalah masak lemak ketam, ayam goreng, ikan goreng kicap.

warung bunian, pilihan JJCM. before & after view



makan kat sini memang best. area kampung. sambil ditemani bunyi-bunyi angsa, ayam dan banyak bunyi lain.
overal verdict? 5 star!
aduhai. ni dah terliur teringat ketam lemak tu.
haih.
qilah, kita kena pegi lagi sekali ni. haha.
 

selamat mencuba!