Showing posts with label lepak. Show all posts
Showing posts with label lepak. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

i-city

dah banyak profile dalam fesbuk dan dah banyak blog yang feature gambar dan cerita berkenaan dengan i-city. selaku penduduk rasmi Shah Alam, dan selaku bekas warga permastautinan Shah Alam semasa di UiTM, Didi dan Um Liyana serta aku dan Mila telah gerak ke i-city pada Jumaat malam yang lepas. 

selepas daripada makan malam di Alamanda (yang turut disertai oleh Max Gorgon) kami terus gerak ke Shah Alam. sesampai di gate hadapan i-city, hujan telah mula turun. kata orang melaka, rebas. maknanya hujan yang titik2 halus itu lah. kat mana i-city? klik sini ye.

nak masuk ke i-city itu adalah jem. sakit otak lah jugak sekejap. tapi tahankan je. semangat nak tengok lampu. ye lampu.

i-city merupakan sebuah hab komersil yang mana ada deretan kedai2, entertainment area. dan di kawasan lapang (yang selalunya orang letak kolam, air pancut dan sebagainya) diletakkan lampu2 LED yang dibentuk seperti pokok, binatang dan pelbagai lagi. siang memang tidaklah nampak apa2. tapi bila malam? voila! (cerita Star Online berkenaan i-city, klik sini)

malam kami ke sana, kebetulan adalah perlawanan pembukaan World Cup (everybody...Waka Waka!) dan cuti sekolah. di sana disediakan skrin gergasi untuk peminat2 bola sepak menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. kami memang dah semangat nak amik gambar, so buat taktau. memang orang sangat ramai. di atas tu plak, ada cam bazaar jualan. bukan setakat air dan makanan, tetapi juga ada jual tudung2, crocs, permainan dan macam2 lah. dengan ratusan manusia yang membanjiri i-city malam itu, peluh juga membanjiri segenap ruangan muka, ketiak dan sebagainya.

dahla. asik cerita je. kalau korang nak tahu, g sendiri lah. tak susah. kalau ikut Federal Highway, sila terus sahaja hingga ke simpang Kampung Jawa/Seksyen 7 Shah Alam/Pintu Belakang UiTM. first simpang empat berhadapan dengan UiTM, belok kiri. terus dalam 50 meter, i-city di sebelah kiri anda. Jangan bimbang. Sebab kalau malam, dari jauh dah nampak lampu2 yang berkerlipan itu. Kita tengok gambar eh? Jom!

colours of life

makhluk sedang menurun. hahaha

bunga api?

light feast

peacock

ala2 gambar di lorong2 pokok di Paris. :P

itu je lah.
saya tak letak bebanyak di sini.
nak tengok lagi, boleh ke album di Facebook.

serius. ni tempat menarik untuk pegi.
silalah berkunjung ke Shah Alam!
very naise woooo.

Wednesday, October 7, 2009

bz sangat

what a weekend!!!
sorry peeps. i was so bz and i left my portable harddisk at Namie's since Saturday. ampun dipinta. saya telah menghadiri sesi interview Pembantu*Am*Pejabat selama dua hari so memang tak sempat nak update blog. adik plak bawak laptop ke SA.

ok. jom cerita pasal weekend saya k!

1. Jumaat

tengah hari , perempuan2 Geng! (Min, Didi dan saya) ke rumah P11 untuk lepak dan makan Domino's. sangat best dan kitorang duk bincang pasal perpindahan Cik Didi dan Cik Min. Malam itu selepas Maghrib kami beramai2 ke P14 untuk mengemas dan mencuci rumah. sesi mencuci itu menjadi super mudah kerana adanya mesin sembur air yang dipinjamkan dari Azni kawan Min. so lebih kurang jam 11 malam kami balik ke rumah masing-masing dengan super letih!



wajah2 gigih pengemas dan pencuci rumah ;)


2. Sabtu

pagi itu, janji dengan Namie jam 10 dah ada kat rumah dia. tapi memang la semalam itu sudah penat, kami (saya dan mak) bertolak ke Sri Gombak jam 11 lebih. sampai dah kul 1230 tengah ada bacaan doa selamat. i was the unofficial photographer of the day. mengambil gambar2 Cik Namie dengan Abang Baru dan suasana Open House itu lah. overall ok! masa nak transfer gambar lah saya nyer hard disk tinggal. tak perasan plak tu. mengong!






selepas bersalin kulit (dari baju glamer raya ke pink attire) jam 330 saya bertolak ke Menara Kuala Lumpur. saya ada bitau kan yang saya join event Walk For Pink - Breast Cancer Awareness Month anjuran Estee Lauder? dengar orang semua cakap jalan sana sini jammed menyebabkan saya mencari alternatif. dan berjaya okeh! saya guna DUKE untuk sampai ke Menara KL dalam masa tak sampai 20 minit. park kereta kat parking lot cikai tepi Menara KL (rate RM 5.00). dah la tepi bukit. kalaula kereta melorot sure tak perasan. bayar je mahal :P. ambil pulak shuttle bus ke atas. dan masa saya sampai tu, takde orang lagi. tanya kat registration counter, boleh amik t-shirt jam 5.00 petang. so lepak2 dan amik2 gambar.


i met 2 breast cancer survivor. borak la. cerita itu ini. jam 5 saya pun terus ke booth untuk redeem t-shirt. mula2 cuak la jugak sebab pegi sorang2. tapi lepas tu saya jumpa bukan sorang atau dua tapi 5 orang member2. termasuk la batchmate, bekas officemate dan ramai lagi. dan tidak ketinggalan, saya jumpa Kak Zue. tapi serius malu nak tego!!!! sorry babe! huhu




overall i enjoy the walk VERY MUCH tau. dan persembahan lampu Menara KL tu super kewl lah! me likey. and untuk makluman korang semua, Menara KL akan diterangi dengan cahaya ataupun lampu pink sepanjang bulan Oktober bagi menunjukkan sokongan terhadap Breast Cancer Awareness Campaign. bravo!!!! mintak2 tahun depan acara ni jadi acara kebangsaan. best taw!

balik dari Menara KL saya telah dibuli oleh seorang budak jahat untuk ke Open House dengan memakai pakaian yang penuh dengan peluh dan bau yang sungguh jarum. ergh! benci. akibatnya dia perlu jadi driver untuk bawa kami ke KLIA early morning the next day. padan muka! :P

3. Ahad

seawal jam 5 dah terjaga. ye lah. member baikku Mama Lin aka Diva Dramatik akan bertolak ke Scotland via London untuk mengikut suaminya bekerja selama satu tahun. oh! sedih hati ni. nak cerita benda2 keji ngan sapa lagi kan. Lin sorang je yang layan dangdut sederas aku. Lin sorang je layan Inul dan lain2 artis yang sewaktu denganya. hoho. so jam 6.30 kami terus gerak ke KLIA. first time jumpa Encik Kamal (hubby Lin) yang dua bulan dah ke Scotland, serius makin kurus. ni yang buat aku nak g obersea ni. supaya jadi kurus. hahahaha.





Mya (budak kecik, anak Mama Lin) mula merengek manja. tak suka semua orang. nak ngan Mamanye je. Um datang dengan Mila dan Didi. dalam keadaan yang horror. tidak sihat. semuanya gara2 Didi kejut dia dengan gaya rambut singa. hahaha. tapi paling aku respek ngan Mila lah. serius ko calon SUAMI MITHALI ok!

kami layan borak, ambik gambar, dan mengacau si Mya. kul 845 pagi, Lin terus masuk. Oh, aku tak nangis k. kenapa eh? sebab aku tau yang aku still boleh contact dia kot. or aku nak g sana? jeng jeng jeng. doa je lah ada rezeki. aku nak g London ngan awak eh! :P

balik dari KLIA, aku, Min dan Encik Said g layan breakfast kat Foodcourt P8. Serius layan nasik lemak situ oke! terjumpa dengan Najeeb yang baru balik dari Istanbul dan sangat chubby! :D berserta Encik Afnan yang machos. hehehehe

so lepas breakfast kami proceed ke rumah memasing dan bermulalah hari aku yang sibuk. Mula dengan my beloved Acik Sohor and family (Cik Limah, Abang Ol and Abang Amir), diikuti oleh Mr Shazz yang kunun2 nak buat suprise kat aku tapi tak jadi, seterusnya Auntie Yam and Uncle Din dan last skali Busu Maman dan family. tapi aku tak staylama masa Busu datang.

Kak Maya invited me to her birthday dinner kat Madam Kwan's, KLCC and right after dinner we went to Luna Bar. it was my first time there and i had my fun. serius tempat tu sangat best untuk lepak dan chill. gila2 nyer best. cantik tapi penat nak naik sampai tingkat 34. yes! Luna Bar is located at the top of Pan Global building. kami lepak kat paling atas, paling hujung. at 12 am on the dot, we celebrated Maya's birthday and lepak lagi sampai kul 2. akibat berembun malam/pagi itu, aku kena selsema paling teruk dan sepanjang malam Selasa aku tido (dari kul 730 hingga 730 the next morning!)



ok. itu cerita hujung minggu lepas. yang sangat pack, sangat best dan sangat berekperience! :P

semalam aku gerak g SG amik harddisk kat umah Namie.
itu je lah.

bye.
xoxo


Thursday, August 20, 2009

Klinik Golf 1/2009


Jangan ingat kalau sakit je kena g klinik ok. Kalau nak belajar main golf pun kena g klinik taw. Kami officer2 muda sangat bertuah sebab ada bos yang sangat concern pasal sukan Golf ni. Datuk TeeKayEssYou telah mencadangkan kami semua menghadiri Klinik Golf. Dari Big Shots (bos-bos besar) hinggalah kami officer bawah2 ini semua semalam berangkat ke driving range di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC). Aku bertolak ngan EsYouBee tapi sesat barat sampai la ke hujung dunia Cyberjaya. Ingatkan nampak bangunan dari jauh berkilauan tu KKTTC tapi rupanya bangunan Indah Water.

So lebih kurang jam 8.20 malam kami sampai, terus ke tepi platform. S/U Kelab yang sepatutnya in-charge was down with fever, so aku sebagai Penolong S/U kena ambik alih. Kami diperkenalkan dengan Encik Ku Sairy, cikgu untuk malam itu. dan terus class kami bermula. Antara soalan-soalan yang ditanya ialah: apa itu birdie? boogie? eagle? albatross? beza iron ngan wood? macam mana nak tau berapa jauh dan kayu golf mana nak digunakan? peraturan asas kat green/fairway. attire semasa main golf. banyaklah. overall, basic golf sudah ada dalam kepala.

for those yang nak belajar dulu melalui virtual world, sila ke laman web PGA. klik sini. ada pictorial guide for beginners. sebab ye lah, kalau kot2 segan nak pukul tapi tak reti, g tengok tutorial tu kay!

Dua Big Bos sedang khusyuk dengan penerangan dari Cikgu.

And their officers pun semangat dengar jugak.

this is the right way to grib your club

selepas belajar grib, kita perlu belajar swing

ha, pelajaran selepas itu disambung dengan pukulan2 yang pelbagai. ada yang ke laut, ke longkang, ke kiri, ke kanan. nama pun beginners. standard la kan. kami 'menebas' sampai lebih kurang jam 1120 malam. memang la addicted. mula2 pukul ke kiri kanan. bola tak naik. tapi once dah dapat feel, mula lah seronok. satu timba bola habis, minta satu timba lagi. rasanya untuk malam semalam je, lebih kurang 100 biji bola la aku pukul (untuk first timer, ok ape!).

so lepas ni akan ada klinik-klinik sesi seterusnya untuk menterrorkan diri. tapi rasanya akan bersambung selepas Ramadhan. menurut kata cikgu, kalau betul2 focus kita boleh main di padang selepas 5th class. huuu semangat dah ni. kayu takde, kita carik yang second hand! hik hik.

oh ye, untuk korang yang berminat, layari laman web KKTTC di sini. ada banyak info berkenaan dengan Kelab KTTC dan juga K Golf And Rizman Golf Academy di sana. dan untuk yang berminat menyertas lesson golf ni, aku sertakan harga untuk pukul bola di driving range ni kat bawah kay:
  • 200 bola - RM 17 (biasa) RM 15 (student)
  • 100 bola - RM 9 (biasa) RM 8 (student)
  • 50 bola - RM 5 (biasa) RM 4 (student)
  • 2000 bola (with free 200 balls) - Coupon RM 90

Ini hanya promosi ok. siapa yang nak main, pergilah. Golf ni (pada aku) bukan setakat di padang tapi masa kita kat Driving Range ni lah kita ajar diri kita untuk focus. dan bila di green nanti, kita boleh kenal perangai manusia. malas nak ulas panjang2, g try pukul kat driving range ok. kalau korang kata main golf ni tak berpeluh, silaplah. aku macam mandi malam semalam.

oklah. tu je. aku nak g semayang asar. huhuhu hari ni sepanjang hari meeting. lotih lah!

xoxo. muaksss

Friday, July 17, 2009

Movie Review - Harry Potter and The Half Blood Prince


Disclaimer Notice : Perhatian, entry ini mungkin akan menyebabkan anda mengetahui plot2 cerita Harry Potter. Siapa yang nak suprise, tolak cursor mouse anda ke atas hujung kanan skrin dan klik tanda 'x' ok. Terima Kasih

hey peeps,

watched the movie yesterday. Thanks Min, Apit, Adni for accompanying me okeh! to those who already read the book, it was ok la. but waaaaaaaaaaaaaayyy to different from the book. the story was a bit here and there (change of plots) overall me likes it! oh, why did i put up a poster of Dumbledore instead of Harry and the rest...Sebab dia adalah hero Harry Potter and The Half Blood Prince!

yang membaca buku ini, semua tau dah cerita cuma nak direalisasikan melalui filem. saya benci Bellatrix Lestrange, Severus Snape, Draco Malfoy dalam cerita ini. Bukan selama ini suka, tapi perasaan itu meluap2 pada edisi ini. Kematian Dumbledore amat meninggalkan kesan. He was killed by Severus Snape with the killing curse 'Avada Kedavra'. At this point, the cinema was so quiet and i was in tears. Especially when all students and professors of Hogwarts pointed out their illuminate wands to the sky. oh, the person next to min (a guy) was sobbing okeh! gila sedih! kalau nak lagi intense perasaan korang, sila baca buku k.

Overall, saya suka lah movie ini. Saya nak tengok sekali lagi ahad ni. Dengan mak pulak!

Sedikit pesanan dari penaja :

Walaupun tuan-tuan dan puan-puan suka dengan Harry Potter, tinggalkanlah anak-anak yang masih belum seswai ke panggung itu di rumah. Atau tunggu saja cd/dvd keluar. Bukan tidak sukakan kanak2, tetapi kehadiran adik2 kecil itu menganggu konsentrasi penonton yang sedang menghayati filem. Tambah plak jenis yang parents buat bodoh je tu. Minta maaf kepada yang terasa, tetapi kita kena hormat orang lain juga. huhuhu. Satu lagi penggunaan telefon bimbit (handphone) untuk menjawab panggilan. Tolonglah! dah la tak silent, jawab telefon macam bercakap dengan satu panggung. Sila ambil perhatian k. Tolonglah jangan buat. Sedarlah kita ada Social Responsibilities okeh!



Wednesday, July 15, 2009

word of the day


Karcis

"Id tiket (wayang, bas, dll); ~ masuk Id tiket utk masuk menonton wayang dll; ~ nama Id kad nama; ~ tampel Id, bp surat kecil tanda membayar sewa pasar (upah penjaga sepeda dll)"

esok...........
♥ harry potter and clan♥

tak sabar. yeay!



Wednesday, April 29, 2009

Food Review - Pancake House International

.
.
here are few pictures of me, adik besar and zurai spending our Saturday at Pavilion, KL. Lama dah. early April. dah hampir basi.
(oit SG Girls, me miss you guys a lot lah!!! ahad ni lepak jom???Zurai, jom aaa bawak ko nyer album!!!)
.
they just got back from a kenduri, me and mak from the tailor.
.
jalan2, lapar dan singgah di Pancake House International.
.
originated from Philippine, this is the second outlet after Sunway Pyramid.
.



*picture courtesy of thestar.com.my*
.
melihat pada menu yang diberi oleh waiter (seorang wanita filipino yang chomel dan shuwit!) memang terasa nak makan semua yang ditawarkan. dari salad, pancake+savoury yang meletopss, ice-cream dan lain2...meleleh ayaq lioq!
.
bila syaiton menguasai diri, kami pun 'oda'lah. macam2. ni la contoh2 nyer....
.




..
.
siapa yang gemar cuba makanan sedap selain makanan melayu, boleh la singgah ke Pancake House International.
.
Pancake House International
Level 1, Lot 1.10.00Pavilion KL
Tel: 03-21455591/92
Business Hours: Daily, 10am to 10pm.
.
.
p/s : i miss my fun time with food
p/s/s : i miss hanging out with my girls. Ina nak kawin lagi kurang sebulan je..huhu
.
XoXo
.
.