Showing posts with label yoyol. Show all posts
Showing posts with label yoyol. Show all posts

Monday, August 10, 2009

penat dowh


kan aku kata aku ada event hari rabu kan?? wah. tak sudah2 lagi prep itu. tadi aku g Kompleks Sukan Air, pastu lari pegi Bangunan Sultan Abdul Samad g amik topi (sempat makan lunch kat Ikan Bakar Istana Negara - gila meleleh wa cakap lu, terima kasih encik suhaimi!) pastu singgah Kompleks semula, tengok rehearsal air and balik office. paling best adalah apabila Dato' call dan bitau mesyuarat esok dia tangguhkan due to medical issues regarding my bosses dan keterikkan jadual untuk event. dia nak aku concentrate on event itu. terasa ringan skit bahu ni bila dia bitau aku tadi. dengan bos aku kuarantin kat umah, kerja melambak. memang la kurus. hahaha.

oh, btw korang. Majlis Ayol dah selesai Sabtu yang lepas. aku malas nak cerita ceriti, yang penting kami (penganjur utama malam itu) telah berjaya melangsaikan perkara2 di Majlis tersebut. Terima Kasih tidak terhingga kepada Min yang macho dengan walkie talkienya, Nana yang ayu bersimpuh di atas pelamin serta memakai bunga tangan, Didi yang mengiringi VVIP untuk menyanyi bersama (hehehe), Mila dan Um yang begitu efisyen sebagai pengapit, Lin yang aktif bagaikan tiada Kasih Mya, Max yang begitu multitasking dengan emceeing dan menyanyi (love your suit Max!) serta CheChe dan bakal tunang Cik Faie yang begitu romantik (che, aku approve - wah! hahaha).

so, tak lengkap entry ini tanpa gambar. without editing gambar2 ni, tengoklah and enjoy k! pictures credit to Mama Mya aka Lin.

the A's (portion sahaja)


'that thing you do'




okeh,
sekian, terima kasih.


Thursday, August 6, 2009

mood kahwin

hahaha. bukan saya nak kawin lah. (belum lagi!)

ingat tak entry marital friday tu? pasal ayol kawin kat Jengka..skang ni sambil2 tak berapa bz dengan kerja2 kat opis, saya tengah menyettlekan benda2 untuk reception dia hari Sabtu akan datang. antaranya buat slide wedding dia, carik lagu2, bincang2 dengan min, buat corsage. oh, saya jugak emcee untuk malam tu, tapi teks masih tak settle.

tadi dia datang ke office dengan laila. letihla hari ni. saya habis meeting dah sangat petang, diskas ngan tksu sampai 745. yoyol datang hantar 500 ++ gambar untuk saya pilih dan sort out untuk slide dia..ayoooooooo bila lah nak siap slide itu! mati haku!!!!

nanti lah kalau dah jadi slide tu saya tunjuk kat sni. buat masa ni kita tgk skit gambar2 wedding masa kat Jengka k!


abang Bling! yang segak berbaju melayu

laila, si wifey

schweeet!

Gang! Day 1

Gang! Day 2

so, malam2 begini, saya sedang mencari quote2 untuk diselit dalam slide tu. one of my favourite (all-time favourite sebenarnya) adalah yang ini...

Give your hearts, but not into each other's keeping.
For only the hand of Life can contain your hearts.
And stand together, yet not too near together:
For the pillars of the temple stand apart,
And the oak tree and the cypress grow not in each other's shadow.


ok, with that, i end this entry.

much much love.

xoxo

Friday, July 31, 2009

its THE MARITAL friday

(picture from google images)
first and foremost (adakah ayat the marital friday eh?????) hahahaha

secondly, setelah sesi perbincangan yang agak panjang dan berkali2. sesi yang disulami mata kucing, bihun goreng, roti john, nandos dan sebagainya. Akhirnya, tiba juga Jumaat ini.

saya menaip ini di rumah, dengan mengambil cuti untuk hari ini (lamanya tak cuti. last sekali before Hari Pekerja). jam 10 jap lagi Geng! akan bertolak ke Jengka 10, Pahang untuk mengantor Abang Bling!Bling!. beberapa jam lagi Yoyol akan bergelar suami. jeng jeng jeng.

beg belum pun dikemas. taktau nak bawak baju ape. yang pasti dua helai lah. baju untuk majlis nikah malam ni dan majlis sanding esok tengah hari. kejap je saya pegi Jengka. esok dalam jam 3 dah gerak balik ke Putrajaya semula. Esok pula seorang lagi bestfriend saya akan melangsungkan pertunangannya. walaupun tiada perancangan awal nak bertunang, dia bertunang jugak. aku harap kau happy babe!!!! tunangan orang tu. hehehehe. lagi dua bulan dah nak nikah.

masa berjalan, semua orang dengan perancangan masing-masing. and i am so glad i am part of it. walaupun membantu sekadar yang aku mampu, still sedikit sebanyak tempias happiness itu kena pada aku.

apepun tak sabar tunggu malam ni. saat yang aku nak tunggu ialah masa yoyol nak akad nikah, kita tunggu entry2 khas majlis pernikahan yoyol nanti k!

wish me a safe journey people!!!!
c ya tomorrow nite or sunday morning k.

xoxo

p/s: Mama Lin, rindu kau! maaflah ari ni tak dapek nak sesi gediks2 together for lunch! c ya k. kiss Mya for me :D