memandangkan banyak nye entry saya tak siap2 dan aktiviti weekend lepas adalah sangat banyak, saya dengan ini memulakan dengan aktiviti pada Jumaat malam. pada mulanya Geng! telah plan untuk berjimba berjemaah, akan tetapi total perjimbaan hanyalah seramai empat orang iaitu saya, Dids, Um dan Mila. yang lain ada last minit punya isu dan tidak dapat join. sesi makan ini adalah sebelum kami ke i-city!
Jumaat itu bermula dengan Summer Sneak Preview di Starbucks Alamanda bersama Didi. Best gila. brain freeze ok! Dids, nanti kita buat lagi k.
anyways. nak blog berkenaan dengan tempat makan paling baru di Alamanda iaitu Sahara Tent Restaurant. kedudukan restoran ini adalah bersebelahan dengan Old Town White Coffee. untuk sesiapa yang tidak berapa nak arif tentang Alamanda, kedudukan kedai ini aalah di sebelah north wing kalau tidak silap saya. sama wing dengan Parkson, Kenny Rogers, MPH dan lain1.
Ok. Sahara Tent ini adalah satu restoran makanan Arab/Turki dan yang sewaktu dengannya. Memang sedap. kalau dulu kena g Cyberjaya untuk ke Restoran Saba' tapi kali ni dah ada yang dekat iaitu Sahara Tent. It is indeed a kinda exclusive sebenarnya. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan. Tidaklah boleh lepak hari2 kan? ok. jom ke gambar dan explanation akan dibuat semasa anda melihat gambar.
inilah sahara tent di Alamanda
interior yang best!
ini ke Sahara Tent????
(buat birthday Mya kat sini, siap ada Belly Dancer, ada berani Lin???)
kami dilayan oleh Lui. Arab yang cam Cina. ye ke? tah.
the food.
we didn't order the cicah2 cam hummus tu semua. end up makan semua makanan kering2.
look at my Lamb Rack (gambar bawah). kering kontang!
Mila makan apa ar? Lupa!!!
Um makan Sahara Chicken (first picture).
Didi makan Batchan ehhh tak Bathenjan.
Gravy with fried eggplant, tomato, capsicum, potato, chicken, lamb chop dan lain2.
(gambar tengah2 yang macam masak asam)
ok lah. i still prefer Saba'.
Harga murah dan sedap. Tapi dengar cerita dah tak best jugak sebab chef kena tahan ngan Imigresen.
Takpelah. Kalau korang peminat makanan arab, sure suka! banyak lagi yang boleh dicuba k.
Selain dari Sahara Tent, Putrajaya dah ada satu lagi kedai arab di Presint Diplomatik. Namanya Al-Jazeera. itu kita cuba lain kali ye.
setakat itu dulu.
go and try.
have fun!!!!
Sahara Tent Restarant
Alamanda Shopping Centre
LG90, Ground Floor, Jalan Alamanda, Precint 1
Putrajaya, WP Putrajaya 62000
603- 8888 7310