Tuesday, June 15, 2010

i-city

dah banyak profile dalam fesbuk dan dah banyak blog yang feature gambar dan cerita berkenaan dengan i-city. selaku penduduk rasmi Shah Alam, dan selaku bekas warga permastautinan Shah Alam semasa di UiTM, Didi dan Um Liyana serta aku dan Mila telah gerak ke i-city pada Jumaat malam yang lepas. 

selepas daripada makan malam di Alamanda (yang turut disertai oleh Max Gorgon) kami terus gerak ke Shah Alam. sesampai di gate hadapan i-city, hujan telah mula turun. kata orang melaka, rebas. maknanya hujan yang titik2 halus itu lah. kat mana i-city? klik sini ye.

nak masuk ke i-city itu adalah jem. sakit otak lah jugak sekejap. tapi tahankan je. semangat nak tengok lampu. ye lampu.

i-city merupakan sebuah hab komersil yang mana ada deretan kedai2, entertainment area. dan di kawasan lapang (yang selalunya orang letak kolam, air pancut dan sebagainya) diletakkan lampu2 LED yang dibentuk seperti pokok, binatang dan pelbagai lagi. siang memang tidaklah nampak apa2. tapi bila malam? voila! (cerita Star Online berkenaan i-city, klik sini)

malam kami ke sana, kebetulan adalah perlawanan pembukaan World Cup (everybody...Waka Waka!) dan cuti sekolah. di sana disediakan skrin gergasi untuk peminat2 bola sepak menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. kami memang dah semangat nak amik gambar, so buat taktau. memang orang sangat ramai. di atas tu plak, ada cam bazaar jualan. bukan setakat air dan makanan, tetapi juga ada jual tudung2, crocs, permainan dan macam2 lah. dengan ratusan manusia yang membanjiri i-city malam itu, peluh juga membanjiri segenap ruangan muka, ketiak dan sebagainya.

dahla. asik cerita je. kalau korang nak tahu, g sendiri lah. tak susah. kalau ikut Federal Highway, sila terus sahaja hingga ke simpang Kampung Jawa/Seksyen 7 Shah Alam/Pintu Belakang UiTM. first simpang empat berhadapan dengan UiTM, belok kiri. terus dalam 50 meter, i-city di sebelah kiri anda. Jangan bimbang. Sebab kalau malam, dari jauh dah nampak lampu2 yang berkerlipan itu. Kita tengok gambar eh? Jom!

colours of life

makhluk sedang menurun. hahaha

bunga api?

light feast

peacock

ala2 gambar di lorong2 pokok di Paris. :P

itu je lah.
saya tak letak bebanyak di sini.
nak tengok lagi, boleh ke album di Facebook.

serius. ni tempat menarik untuk pegi.
silalah berkunjung ke Shah Alam!
very naise woooo.

2 comments:

suhana azlin said...

traffic jamsss...

emm, lama tak rasa sakit otak akibat traffic jam, kat sini i exercise je beb jalan kaki..sonang =)

princess~syeena said...

babe,

aku pegi mlm sabtu...lagi la ramai org dan jam...