Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Monday, March 19, 2012

current mode

gambar ehsan Google Image


portion paling besar didedikasikan kepada Life. 
tempat ke-2 jatuh kepada Work.
atau mungkin cuba balance Life and Work. 
hmmm. dah confuse.
Fun? lama dah tak fun2. sekadar fun di skrin ipad adalah. main game.
kalau tambah satu lagi, Study. Amacam?
Maybe Study tu masuk dalam Work/Life la. 
part of kan.

oklah, ayuh sambung menjuggle. 





Monday, March 12, 2012

berebut

half way thru Mac.
kelas hujung minggu dah bermula.
perebutan masa dan tenaga telah pun selamat dirasmikan Sabtu lepas.
masa ni la nak berebut untuk preparation wedding, assignment, kerja-kerja office, family time, rehat dan leisure. T__T

nak buat camne kan?
kena lah pandai2.
menempah semuanya sendiri. hadap la kan? ahaks!

oh. satu lagi rebutan nak di share kat sini.
rebutan di antara dua budak kecik ni.
Apel dan RF.
Kejadian semasa kenduri doa selamat lil Zarith (ZD) sabtu lepas.
Rebut sebab nak tengok Kun Seng Keng. LOL.

berebut Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus.


ok.
tu je. bye.

Thursday, February 9, 2012

whaddup?

Salam semua.
Apa khabar?
Ngeh ngeh.
Semua mood bercuti lagi kot?
Baru hari ni saya masuk opis.
Sebenarnya semalam. Tapi last minit kena EL sebab appointment klinik jam 2.00 petang.
Untuk tiga hari cuti, saya dah setelkan few things. Alhamdulillah.
Banyak lagi tak bertanda DONE dalam checklist.
Last weekend Razi, photog masa e-day hantar dvd softcopy gambar. yeay!
Ada masa, tunggu saya edit dan saya akan share ngan korang kat sini k.

Semalam dapat perkhabaran seorang lagi SG Girls Jr. dah keluar.
Aini dah selamat melahirkan baby girl dia di Hospital Selayang.
Will visit her this weekend. Harap2 dah balik SG by Sabtu.

I missed my friends. my girlfriends. Lama tak lepak dan borak2 dan share things.
Semua dah ada commitment masing-masing dengan family dan anak2.
Not that i don't have one tapi kurang sikit. Bila ada baby, lagi bz kan.
Takpe la. my time will come. for now, lets enjoy every bit of single life.
Haha.

ok lah. got to run to next building for a workshop.
later peeps!


one.step.closer

Thursday, September 15, 2011

under the weather



(picture from google)


been all over the place since weekend.
shah alam - putrajaya - sri gombak - putrajaya - nilai 3 - bangi - putrajaya - bukit kiara - damansara - ampang - putrajaya.

i started my class last saturday. it was tough!
driving from Putrajaya to Shah Alam was ok.
new friends were nice.
i got a whole lot of notes from the lecturer.
i tried my best to read it tho' i only managed to finished 2 articles and a theory notes.
*sigh*
office work is overwhelming.
gotta prepare for Hari Raya Event. buying things for the deco.
i don't even have time to read newspaper dah. huhu.
and one important thing also need to be sort out. oh. bilakah?
the current weather condition doesn't help either.
with the haze since the last two weeks and raining everyday this week.
i got headache easily and my body started to scream 'get yourself some rest!!!'

oh boy. saya sudah mula membebel kembali di ruangan ini.
hahahaha. sorry korang. bebel pagi je kejap eh.

p/s : i am so not looking forward to weekend anymore now. -___-"




Friday, July 1, 2011

Julai

salam kawan-kawan ku.
*tarik napas*
alhamdulillah. saya masih sihat.
walaupun berlari2 ke sana sini, tapi masih berdiri teguh.
last weekend saya bz bercinta dengan family dan menyebabkan blog ini terbiar.
isnin hingga rabu saya berada di KK atas urusan kerja.
bukan takde wifi atau internet connection, tapi letih dan takde mood nak update.
semalam masuk office dan tersangat lah bz.

hari ni dah masuk bulan Julai.
bermakna kita dan tinggalkan separuh tahun untuk tahun 2011.
apa pencapaian sedia ada saya? erm. banyak perubahan.
hari ini lebih baik dari semalam dan insyaAllah esok lebih baik dari hari ini.
ups and downs in life itu perkara biasa.
kalau tiada, agak pelik lah.
apatah lagi terhadap manusia beremosi seperti saya. hehe.
Julai di pejabat menyaksikan beberapa nama keluar dari sini dan bertebaran di muka bumi Allah di merata2 jabatan dan kementerian. Sedih. tapi itu kan life cycle. rezeki masing-masing, Allah dah tetapkan.
sedih yang teramat, tapi saya happy dan bangga. boss naik pangkat, nana tonnet dapat kerja baru di bank.
siapa tak happy?

rejab hampir habis dan syaaban dan makin hampir, makanya Ramadhan pun dah nak menjenguk kita sekali lagi. hmmm. syahdu dah ni.

jom lah. breakfast dulu. sambil muhasabah diri.

;)

Tuesday, May 31, 2011

ketenangan

  1. jalan raya tidak sibuk seperti biasa;
  2. angin pagi yang bertiup lembut di muka;
  3. lagu Keluarga Bahagia - Saujana;
  4. tegukan air kopi yang mengalir deras menuju ke tekak;
  5. bau leather pada kerusi, wallet dan lelain yang berkenaan;
  6. mak kejut pepagi 'bangun...bangun...';
  7. desiran ombak kat pantai;
  8. sehari di pejabat tanpa gangguan bunyi telefon;
  9. mendengar perkhabaran baik dari rakan-rakan;
  10. meluahkan isi hati di blog.

selamat bertenang semua!

:)


Tuesday, January 25, 2011

kahwin. perlu jemput ex(s) atau tak?


situasi : 

si bakal isteri (A) telah berkawan dengan si bakal suami (B) selama 7 tahun. mereka bakal berkahwin bulan November ini. Si A menyatakan bahawa dia mahu menjemput bekas teman lelakinya (C) ke majlis perkahwinan mereka. A dan C telah break off lebih kurang 10 tahun yang lalu dan hanya berhubung melalui facebook sahaja. Si B menyatakan sekiranya A nak juga jemput C datang ke majlis itu, B tak jadi kahwin dengan A. 


soalan : 

1. wajarkah tindakan B?
2. adakah keperluan untuk menjemput ex(s) ke wedding?
3. korang ada pengalaman? sila kongsi.


p/s : ini bukan situasi pemilik blog. ini masalah pendengar di radio. tajuk utama yang dibincangkan di Fly.fm pagi tadi. memandangkan saya pun belum kahwin, nak jugak tau. hik hik. :). thanks in advance. 











Wednesday, January 12, 2011

segan

assalamualaikum korang..

i'm here. don't panic.
masih bernafas walaupun semput.
saya tiada mood nak update blog. sebenarnya ada banyak cerita dan gambar2 menarik nak saya kongsi.
kepada yang ikuti twitter saya (ewah, dah macam artis ko!) tahu perkembangan kot. :)

saya jatuh sakit dari balik bercuti hari itu. ye, masuk minggu ke-2 Januari 2011, saya sakit teruk.
batuk dan semput. suara saya hilang terus.
semalam saya bercuti. doktor yang merawat tak bagi MC tapi saya apply cuti rehat.
walaupun pada dasarnya saya masih belum sihat, suara saya tiada, kepala masih weng.
saya datang kerja hari ni.
saya segan nak cuti lama2.
saya tak larat, tapi nak apply cuti tu macam ermm....
takpe, selagi larat saya gigihkan aje.

oklah.
saya kena makan ni. nak makan ubat.

doakan suara saya kembali semula dan saya bergiat cargas ye!

:)

Wednesday, December 8, 2010

double C. no, make it triple

hai korang.
saya bukan nak cerita pasal Chanel :P.
saya nak cerita pasal cuti, chocolate dan coffee.
saya suka cuti. saya juga suka chocolate. oh, coffee tak yah sebut, menggila namanya.
cuti membuatkan saya lebih banyak baring, tido, tengok movie atas katil dan marathon tv series.
cuti juga membuatkan saya sangat buncit kerana apart from muching a whole lot of junk foods, i've stuffed myself with a lot of carbs.

coffee adalah cinta pertama saya (wah, banyak tul cinta pertama aku. :P).
tanpa kopi, seharian saya boleh jadi tidak keruan. oh, kena kahwin ngan kopi kot? sebab zaman skang orang kawin ngan PSP, ngan patung, ngan diri sendiri. masih ada yang belum kahwin ngan kopi. hahaha *lempang diri sendiri. budus*

semalam sesi kopi. saya dan dua gadis istimewa dari Geng! iaitu Didi dan Min. Kopi Session adalah sans Um dan Lin. Oh, we missed u guys. Secawan Toffee Nut Latte saiz VENTI dan sebungkus kopok black pepper yang Didi beli. Kami berborak pasal masalah negara. Balik tu terus gugur rambut berkoyan-koyan. T____T

kan? berat tak isu yang kami bincangkan???
tengok muka memasing pun dah tau! :P

chocolate?
cik Min baru pulang dari Langkawi. Untuk bulan November - Disember je total trip Min ke Langkawi adalah sebanyak dua kali. dua kali jugak beli bag baru. :p. Tapi best. Dapat coklat!!!! Kata Min, kalau nak lagi datang rumah. Oh sudah pasti. InsyaAllah, habis stok ni aku datang k.

bounty adalah tersedap di dunia!!!! woot! *high*


hah! kan? gemok kan? belum campur dua mangkuk besar meehon goreng semalam. dua mangkuk pada jam 4 petang dan 2 mangkuk lagi pada jam 10.30 malam. T__T

tapi takpe, saya sekarang dalam mode detoxing semula makanan2 tidak sihat semalam. KPI minum air suam hari ni adalah 4x refill dan ke tandas berpuluh kali.

ok. jap g nak g alamanda. beli cereal. :(

Friday, November 26, 2010

baru je

baru je nak rasa best, tetiba rasa tak best
baru je rasa nak suka, tetiba rasa menyampah (turn off)
baru je rasa nak sayang, tetiba rasa benci
baru je rasa nak makan, tetiba rasa nak kentut
baru je rasa nak balik, tetiba ada banyak kerja
baru je rasa nak shopping, tetiba tengok duit tak cukup
baru je rasa nak jogging, tetiba kaki rasa cramp
baru je rasa nak makan angin, tetiba ada gunung berapi 
baru je rasa bersemangat, tetiba rasa down
baru je rasa nak telefon dia, dia dah call kita


hahaha. akak tengah hyper ni.
pusing2 dalam kepala ni.
banyak sangat benda.
akibat hazelnut black coffee.
aiseh.

so, apakah baru je kamu semua??? hihihi
;p

Wednesday, November 24, 2010

bulan kesihatan


here i am. laying on my bed. at 3.32 pm. ahaks.
aku chotty la. got some errands. so cuti pun banyak, aku decide untuk cuti. 
lepas opis semalam, singgah klinik. ada sikit sakit. walaupun sihat di luar. dalam ada sikit sakit la. 
dah dapat ubat dan RM 50 melayang, balik rumah. kelakar kot. doktor kata last aku datang klinik tahun 2008 ok. huish. biar betul lama betik tu aku tak g klinik kan? rasanya ada kot. doktor tu pepandai je. seingat aku, last pegi klinik pun g klinik kerajaan. sebab apa tatau. g kat klinik kesihatan precinct 9 yang maha lembap dan tah apa2 tu la. terus terang bitau la. aku kalau sakit susah nak ke klinik kerajaan. aku plak jenis susah nak sakit. kalau sekali sakit tu memang parah dan tenat la. rasa nak mati jam jam tu jugak. so bila kau kena tunggu hampir sejam setengah nak jumpa doktor, memang aku tak sanggup. tu yang pegi klinik swasta je terus. 

cakap pasal klinik sakit, klinik gigi lagi dah lama aku tak pegi. dulu2 makngah daftarkan aku kat klinik gigi kat PJ Oldtown.Memang 6 bulan sekali, doktor akan hantar poskad kata aku dah kena pegi buat check up gigi. dah la poskad tu chomel2 belaka. suka !!! tapi aku paling benci kalau doktor gigi datang sekolah. hahaha. takut!!!!! siang2 dah pegi kumur2 kat toilet. tapi hasil pemeriksaan gigi aku masa sekolah semua dapat A. ahahaha

major buat gigi adalah masa sekolah kot. ke universiti. tak ingat. kawan2 yang kenal aku memang tahu la (ada je yang tak perasan) yang gigi depan aku (gigi kapak aka gigi arnab) ni pernah patah suku. masa darjah 6. zaman2 menjantan tu la. main roller blade. orang main biasa2, aku main nak up je. so main la 'bola sepak' guna roller blade. 'bola' yang digunakan untuk tendang ialah tin minuman yang kemek. ala. konon macam ice hockey tu la. ada putter ke pucker tu. oh, aku dah google. benda tu nama dia puck. cam Puck dalam Glee la plak. ahaks!! so main punya main, aku jatuh tersembam, muka dulu. maybe masa tu aku seronok sangat, aku tengah sengeh kot. dan hasilnya aku rasa bibir aku sebal dan dunia ni bergegar. kazen aku nampak gigi aku jatuh dan dia maha bijak pegi lenyek gigi aku tu dengan roller blade. balik rumah (jarak dalam 5km jugak la) terus tutup mulut. mak tanya je kenapa, aku terus nanges. nasib baik takde apa2. suku gigi je patah. kalau semua? tak ke aku jadi minah rongak. :P 

apapun, sampai hari ni aku ingat ok. malu tau tak. main kat taman nak geng budak lelaki je. budak pompuan tamau. hah! itu la jadinya. so masa aku sekolah lagi la kot atau dah masuk uni, baru pergi Cahaya Suria (klinik gigi kerajaan) untuk buat crowning gigi yang patah tu. rasanya lepas SPM. sebab doktor kata, kalau nak tahan lama buat bila umur aku dah 18. so to date, trip aku yang terakhir untuk major overhaul gigi adalah pada tahun 2001. 9 tahun kau! 

tapi rasanya tahun 2008 atau 2009 kot, adalah sekali aku try pergi klinik gigi kerajaan. pun dekat precinct 9 tu. itu pun sebab masa tu sakit gigi. entah kenapa aku taktau. paling tak suka, dia celup2 alat2 check gigi tu, twist satu dua kali, dia stop. dia kata 'ok, takde apa2. gusi awak bengkak je'. oh aku hangin sebadan. punyalah gigi aku sakit, dia bleh jawab camtu je???? PPfffffffffftttt. terus aku tobat dan jaga la gigi elok2. 

dan hari ni, semalam sebenarnya. aku nak buat scaling gigi. malam semalam dihabiskan dengan mengugel klinik pergigian dan jenis2 rawatan pergigian. aku tahu yang korang semua tahu, rawatan pergigian ni mahal. bahkan ia antara rawatan yang termahal selepas pembedahan. tapi aku rasa rakyat Malaysia ni kurang sikit pasal pergigian ni. bukan tak jaga. maksud aku buat rawatan. sebab mahal kau. teringin rasanya nak gigi putih macam Kim Kardashian tu. makan riban la duit. so aku ni mampu buat scaling sajor. bila dah gugel, jumpa lah satu klinik ni. tadi lepas lunch, aku pun pergi kat Klinik Pergigian Izra, Precinct 8. Doktor punya appointment penuh sampai malam. Aku plan nak walk-in je. Takde rezeki. So kena book another session. Dapatlah, esok kul 4. huhu takut bos tak kasi lepas plak. aduhai. try nasib je la. 

so itu je lah. kalau ada apa2 update esok, aku btau. kalau jadi buat scaling, aku nak tanya sekali kalau buat braces berapa lama and berapa riban. kena tanya berapa lama. kot nak kawin esok lusa, gigi besi. nak senyum takleh sebab nanti flash terpantul balik. hehehe. sorry Eny! aku gurau. takdelah. tengok lah dulu. 

eh! eh! dah kul 4. aku nak gerak. ada kerja tak settle lagi ni. later korang!! papai!

;)





Monday, November 22, 2010

tepu

bila balik cuti panjang, mula lah malas nak update blog.
so many stories, so little time and so lazy to type a single word pon.
hahaha.

keji bukan?

oklah. update akan datang adalah:

1. Harry Potter and The Deathly Hallows, Part 1 - from my perspective
2. Kenduri Akikah Danish
3. Rumah Penuh
4. Bangkok Day 5

ok. sekang tengah semangat nak buat kerja.
petang ni Didi nak belanja layan minum Starbucks Toffee Nut Frappucino. woot!!! LOL ;p

later ok!
muahssss

Tuesday, November 2, 2010

re-cap

hai korang.
it's the second day of November. boy, it was fast kan?
tetiba tinggal lagi sebulan untuk ke bulan Disember dan pejam celik lagi sekali, dah 2011.

umur makin banyak. perangai? masih banyak perubahan boleh dibuat yantie!!!
berita-berita terkini sejak dua menjak ni memang banyak. semuanya melibatkan rakan-rakan dan family member.

pertama sekali, congrats buat Puan Zurai dan Encik Basiq sempena kelahiran putera tercinta pada 31 Oktober 2010. Zurai bersalin dua minggu awal. Awal Ahad pagi (jam 1.15 pagi) saya terima sms. Dia bersalin tanpa Basiq. Ye la, hubby di Brunei. Bukan di Sekinchan. Hehehe. Takpe babe, next baby ok! Baru je nak amik air selusuh, tengok2 dah terbersalin. Ahad itu, saya sempat menjenguk Zurai di Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH). Chumel sungguh baby boy. Sebab teruja, i tak sempat amik gambar. Wiken ni la kot g jenguk and hantar present baby. So, another boy for SG Girls Jr. Kita ada Rafel (anak Ina), Aqil Naufal (anak Mirul) dan Faroq (baby Zurai-nama TBC).

tahun depan, dua orang ahli SG akan mendirikan masjid. sorang bakal bertunang new year dan nikahnya akhir bulan April. dan seorang lagi akan bernikah awal April. Erm. tinggallah saya dan Aze je. T___T. Email berkenaan dengan tema wedding2 tersebut dah pun diedarkan. Saya amik maklum je. Belum balas pun. :)

Geng!'s news...lama tak jumpa. Um dan Mila ada lagi lebih kurang 90 hari untuk menikah. Kami (Didi n i) dah plan nak pakai baju apa walaupun pengantin tak tetapkan apa2 warna. hihi. Max pulak bakal juga melangsungkan pertunangan dengan Khairun. Maybe Januari. so yang tinggal, saya dan Min. T___T.

merujuk pulak kepada entry di Melaka tempoh hari, Kak Long yang masuk hospital dah pun selamat balik ke rumah semalam. Agak teruk juga hinggakan ada tebukan kecil di leher. Tapi Alhamdulillah, semua dah ok, so kita doakan semua selamat je lah.

Weekend lepas saya berada di Melaka. Ahad pagi balik sini. Buat dua trip ke hospital iaitu ke APSH dan Hospital Selayang. Malam tu g makan kat Seoul Garden. wooooooooooo hooooooooooooo! Tapi tak banyak, sebab Seoul Garden Plaza Pantai adalah sedikit kepam. keluar dari kedai tu, bau melekat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Hari ni kerja. Jumaat ni cuti. Weekend ni boring sikit kot. Hanya aktiviti attend wedding pada 6 November.

Ok. itu sahaja entry bosan hari ni.

Wednesday, October 20, 2010

mahal

(di hadapan McDonalds, ada jualan dan promosi barang-barang kecantikan mostly untuk kecantikan wajah)

aku : miss, berapa harga sekotak mask ni?


miss : if you buy a box of 10 pcs, the price is RM49.90. but if you buy two boxes the price is RM39.90 for the second box..


aku : (tak pernah beli mask sekotak dan rasa mahal) huyooo, kenapa mahal sangat? mask saja harga RM49.90 ke? organic product ke?


miss :  ya la. mesti mahal. made in taiwan and ini mask ada masuk tv punya. ada iklan. itu sebab mahal. 

aku dan qilah pandang each other dan gelak sepanjang2 kami turun escalator menuju ke parking. barang kat Malaysia mahal sebab dia masuk iklan kat tv ke???? ;)
aku gelak sebab tanya bahan apa yang dua guna sampai harga camtu. bukan ada brand pun. sekali dia jawab keluar iklan plak dah. hiks.

nota kaki : sebenarnya kalau kira-kira balik, tak la mahal pun mask tu. if bahagi sepuluh, baru harganya sekeping RM4.90. bila jual banyak tu rasa mahal. ahahaha

Friday, October 8, 2010

cycle of life

as i published this entry, i'm already at Nilai.
Cecece. Cam poyo. Padahal Nilai je pun. Half an hour dari rumah. ;p.
Ada kerja sikit lah. Lunch time saya balik dah.
Hari ni macam bakal lagi kelam kelibut.
Pagi di Nilai, petang ada event di PICC.
After office nak shoot ke rumah boss di Tasik Prima, Puchong.
Malam meraban kot ngan Kiki yang balik bersempena peeteekay tu.
Esok pulak ada 3 jemputan open house (lagi??) dan dua jemputan walimatul-urus.
Ntah la. Nak pegi yang mana tatau.
Dalam hati nak sambung buat cheese tart, buat roti jala dan kuah kari.
Buat birthday kek! Yeay. Lagi berapa hari jek ni.
And 101010 is around the corner.
Bertuah Zurai dapat celebrate birthdate cantik tahun ni.
Dengan hubby dan baby (dalam perut). Happy Birthday in advance darling!!!

Oklah.
See ya later aligator!!!!

XoXo

Thursday, July 15, 2010

you know i'm back when....


this blog is updated. 
wakakaka. 
been back since yesterday.
i brought along my babies (D5000, netbook & BB) to Sandakan but was too lazy occupied to update my blog. 

anyway. i was at Agnes Keith House & English Tea House & Restaurant on the top of the hill of Sandakan. Also went to Sepilok but unfortunately the orangutans dah tido. Didn't have the time to go to Labuk for Proboscis Monkey watch. Had the cheapest seafood (ala two type je pun) at Ocean King Seafood. Saw the most beautiful evening rainbow. also failed to capture the beautiful scenery of Kampung Air.

aaaa. mahu pegi lagi ke Sandakan.  

later updates. banyak cerita lagi ni. ergh. bila banyak benda, blog terganggu. balik rumah malas update. eh chup. ok dah. bye.

xoxo

Thursday, July 8, 2010

masih bernafas

sayangku semua.

i am here.
still alive. still breathing.
siapa yang ikut twitter saya tahulah apa yang saya buat dan kat mana saya. hahaha

saya rindu nak update blog.
say tak sempat.
kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja yang berdedikasi, rakyat malaysia yang harmoni, girlfriend yang chomel dan sebagainya.

banyak nak update korang ni. ok, kita re-cap sikit jom!

1. Twilight Saga - Eclipse. i was among the first to watch it YESTERDAY. saya dan my twihard partner iaitu Min. awwww. so sweet. review later. apa yang boleh dikatakan, sila beli tiket sekarang juga dan pergilah menonton. super awesome ok! Thanks to Twilighters Malaysia for made it happened. *ralat kerana gagal menang lucky draw. yang menang ialah akak sebelah seat saya. hehehehe*

2. Saya hilang sebab Isnin tu bz. ada ceramah dan sebagainya. Selasa dan Rabu saya berkampung selama dua hari di Royale Chulan, Kuala Lumpur bersama yang tersayang attending Asian World Summit on Corporate Governance. Tidak sangka rupanya wajah i masuk tv u. hahahaha. dan surat khabar. :P. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Lim Guan Eng, ramai CEO-CEO dari pelbagai syarikat dan ramai lagi lah. happy!

3. Kerja adalah super banyak. Biasalah, dua hari takde kat office. Saya duk kat conference pun dok gtalk ngan Aqilah pasal kerja2 kat office di samping mengompat satu dua baris.

bukan tanak update blog tau. tapi bila balik dah malam, lepas mandi, letak kepala atas bantal terus hanyut. huhu. lagipun ada orang marah pasal saya disablekan right klik kat chat box tu. malas dah rasanya nak update blog. kerana ada pencemaran bahasa di situ. dah lah saya tak kenal dia. huhu.


oklah. tu je. nak meeting 8.30.
bye.


p/s: sudah rindu sama Edward Cullen. alahai. :(

Wednesday, June 30, 2010

lepak sebentar bersama @hkon


tadi singgah alamanda lepas balik dari office. sorang2 je. ramai je kat alamanda tu. berpusing mencari parking. ada satu kereta tak berapa nak cerdik tu nak masuk line tapi tak reti signal. geram saya!!! sampai je alamanda, saya terus ke mesin harimau kuning dan kemudiannya ke mesin pemakan duit berlogo unta untuk bayar duit kereta. ini adalah merupakan kali kedua bayar duit kereta sendiri ye. pertama kali dulu, saya penah tulis di FB dan kena kutuk kaw2. ye lah. selama ni ayah chomel saya yang tolong g bayarkan. diulang suara, tolong g bayar, bukan tolong bayar k. baby hijau itu saya bayar sendiri menggunakan duit sendiri sejak saya beli bulan mac 2006 yang lalu. hihihi. ol skool sudah kereta saya kan?

lepas je bayar, saya turun ke booth pearl milk tea. hahaha. tak sah kalau tak singgah n beli. sambil layan bijik pearl yang sedap itu, maka berjalan lah saya sekitar alamanda. sampai kat body shop, saya buat u-turn dan buat keputusan nak balik. banyak sangat benda menarik dan menggangu keimanan untuk tidak berbelanja. terus bayar parking and balik.

sekarang saya tengah bosan. tido? asik tido je. nak streaming movie/tv series, netbook ni ala2 selow sikit. tengok tv? malas nak duk kat hall. baca buku? haah kan. plan nak baca eclipse and harry potter. tapi cam malas sebab dah tutup lampu. main BB? alahai. dah muak. setiap kali bunyi, saya akan check. oh ye. tadi main2 voice note ngan kiki. sebab dia tgh drive and takleh bbm. bahaya. tapi dia boleh rekod seolah2 bercakap la kami tu.

haih. inilah hasil bebelan kalau bosan. dah lah. saya nak bloghop sat. layan blog kak di (read : green apple) lagi best. ok korang. good nite. esok kerja. huargggghhh.

*tak sabar menanti weekend dan minggu depan. ya allah, permudahkan segalanya. amiiiin*

saya tinggalkan kamu dengan lagu yang saya rasa best sangat. teringat mak. nanges k. lagu ni background untuk iklan kat channel hallmark rasanya. enjoy!!

Martina Mc Bride - In My Daughter's Eyes


In my daughter's eyes I am a hero
I am strong and wise and I know no fear
But the truth is plain to see
She was sent to rescue me
I see who I wanna be
In my daughter's eyes
In my daughter's eyes everyone is equal
Darkness turns to light and the
world is at peace
This miracle God gave to me
gives me strength when I am weak
I find reason to believe
In my daughter's eyes
And when she wraps her hand
around my finger
It puts a smile in my heart
Everything becomes a little clearer
I realize what life is all about
It's hangin' on when your heart
has had enough
It's giving more when you feel like giving up
I've seen the light
It's in my daughter's eyes
In my daughter's eyes I can see the future
A reflection of who I am and what will be
Though she'll grow and someday leave
Maybe raise a family
When I'm gone I hope you see how happy
she made me
For I'll be there
In my daughter's eyes


serius. hayati lirik lagu ni. menyesal selalu gado ngan mak. tapi takpe. gado2 sayang. love u mummy!!!!

nite! xoxo

*** OMG. kenapa bau durian neh??????? ayah beli seguni. alahai. mabuk saya!

Monday, June 28, 2010

give up

ok. saya telah tinggalkan blog ini untuk tempoh 4 hari.
saya ada banyak sangat entry yang tak dimasukkan lagi.
dah berjulat ok. dari Tanamera Spa ke Japan GT.

penat lagi. lah. kenapa penat?
sebab saya comittee untuk event semalam dan sabtu yang lepas.
event ape?

event ni:

 NAJIB   sambil diperhatikan Rosmah  menunjukkan kemahiran pada pertandingan Nescafe tarik selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Mendayung dan Hari Keluarga  JPM, semalam.
bharianonline - click sini.



utusan online - click sini


harian metro online - click sini

dua hari berkampung di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya sebab Pullman Hotel fully booked. Super letih. Kaki saya hari tu dah ok selepas spa, jadi balik. cramped teruk gila. sempat jugak buat pemeriksaan kesihatan. berat saya kini hanya 43.3kg.

argh. masih tidak mempunyai mood. gila penat.
saya perlu teruskan!!! fighting!
*mari teruskan tido*

Thursday, June 24, 2010

the day i knew i have a HUSBAND

this happened yesterday.

somebody handed me a very thick envelope. when i opened it, it was a wedding invitation from one of the HOD in JayPeeYam. his son is getting married. i blushed and laughed hysterically as i read through it.
why?

because of this!!! 

(i think) he knew me well enough to know that i am (still) single and available.
we kinda like have a meeting or at least see one another once in two weeks.
me, married with a husband is some funny news.
takkan lah i tak bitau satu JayPeeYam kalau i kahwin, kan?

never happened before ok.
i received tonnes of wedding invitation. i've received "yantie & partner", "yantie & family" or my name alone. but this is definitely new!

whatever pun, i just wanna share this with you guys.
sorry for the lack of entry. since monday i was busy .
with rehearsal & d-day untuk farewell K*P*P*A. and this coming weekend saya ada event dua hari berturut.
alhamdulillah. rezeki bulan ni murah.
saya bayar hutang2 tertunggak dah.

so, oklah. clock is ticking.
later k.
streamyx dah ok kat rumah tu.
rupanya adapter dia rosak lah. hehehe


TTFN!