Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Friday, July 11, 2014
cerita baju raya
hi korang.
puasa tak hari ni?
selamat berpuasa ye.
hehe. dah hampir dua minggu puasa ni.
alhamdulillah.
anakanda dalam perut ni baik sekali. mak dia la yang tak larat.
kul 5pm ke atas memang waktu kecederaan.
lunyai dan melepek.
tapi alhamdulillah. masih berupaya menjalani ibadah ini.
so dah start persiapan raya?
baju raya, kuih raya, kasut raya, kereta raya.
pendek kata. semua raya lah.
tahun ni saya puasa dari bershopping benda2 raya ni.
duit raya pun dok berkira2 bajet.
maklumlah. lepas raya nak terima orang baru.
so kena jimat dan beli barang untuk dia.
kalau ikutkan, baju raya memang takde la tahun ni.
perut ni dah besar sungguh.
semua baju (read : every single blaus, shirts, jeans, kurung etc) dah takleh nak pakai.
since 7 bulan haritu.
memang meratapi la. bila tgk baju2 kurung yang bergantungan tu.
bila online, rasa kecewa je tgk baju2 ready to wear yang super duper cantik.
tapi apakan daya, dah tak celuih dah pun.
kalau beli, nanti rugi plak if lepas bersalin tak berapa nak muat.
baju raya encik suami dah selesai. tinggal sampin sahaja. maybe pakai yang sedia ada.
tahun ni tema dusty purple.
kain untuk saya memang ada cumanya tatau nak tempah design apa.
siap dah beli sepasang. masa trip bandung last year.
kalau buat dress, nanti tak pakai dah. sayang plak.
belek punya belek insta shop (oooo insta shop adalah bahaya!!), jumpa koleksi mazlianul maznan.
kebetulan ada satu saiz s. warna purple. so apa lagi, beli la dress tu.
kain jenis lycra. bolehlah. walaupun bukan pilihan hati sepenuhnya.
tapi daripada takde kan?
niat tu ada. nak tambah. kot la sehelai dua jubah atau dress.
nak batik. tapi DK kata kaler yang saya nak takde.
but next week dapat bonus macam nak rembat sehelai je kaftan batik aritu, still boleh kan dali?
hehe.
tudung plak? oh, tertarik dan jatuh hati dengan madison express shawl from sugarscarf.
saya beli madison sofia satin. punya la lama nak decide, sampai habis colour yang nak tu.
huhu, beli la yang seakan dan sewaktu dengannya.
so, berapa pasang baju raya korang?
dari siapa? Rizalman? Jovian Mandagie? Mimpikita? Nora Danish for FV? Melinda Looi? Syomir Izwa?
share la k..
oklah. kita cerita lain plak nanti.
ni dah macam kena beli kasut baru.
yang ada ketat. T__T.
kembang juga kakiku.
ok daaa.
Labels:
1435H,
baju raya,
family,
instashop,
life,
madison express shawl,
madison sofia satin,
persiapan raya,
ramadhan,
raya 2014,
relationships,
rtw raya 2014,
sugarscarf,
what i love,
what i wish
Thursday, June 12, 2014
oi oi
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Masya Allah. Lamanya saya abandon blog ini.
Baca blog korang masih lagi. Cuma nak update adalah super malas!
Korang rindu saya tak?
Masih ada yang sayang hendaknya. :P
Tengok Zurai rajin je update blog. Entry demi entry.
Tengok kengkawan lain pun masih sama.
Saya hanya aktif di Instagram sahaja.
Dan twitter (sometimes).
Reason ketiadaan update?
Melalui fasa baru dalam kehidupan.
Pindah tempat kerja, tanggungjawab baru. Busy dengan outstation.
Serta sibuk melayani diri sendiri yang perlukan belaian manja kebelakangan ini. Eh tak, sejak Januari la.
Haha.
Ok. Tak janji yang saya akan update sentiasa tapi insyaAllah.
Akan ku upload satu per satu entry mulai hari ini.
Bila ada masa, saya jumpa korang balik k?
Labels:
family,
kerja,
life,
married life,
rindu,
what i love,
what i wish
Wednesday, December 12, 2012
my life via instagram
so busy.
i wanna cry.
works. class. assignments. family events. travel. work again.
so, this is my instagram updates for the past 2 months.
2. breaking dawn part 2 premier with twilighters malaysia
3. adik's convocation that i missed due to yogya trip
4. poplook contest (that i didnt win, btw)
5. weekend class
6. H&M kids
7. Singapore Trip 2.0
8. Skyfall Movie Date
9. Project Management 101 - Microsoft Project
10. Breakfast Date
11. Singapore USS Trip
12. Philea Resort & Spa
13. Assignments!
14. Conference
15. Premier Talk - Tun M
16. Jovianista
etc.
till the next update.
adios!
Friday, September 14, 2012
mufti menk's words
Labels:
life,
marriage,
married life,
mufti ismail menk,
new life,
what i love,
words of wisdom
Monday, July 2, 2012
awesome rendition
from Yuna. 1 Malaysia sungguh bunyinya :).
Suka the tabla (betulkan tabla?) sound in the beginning. best!
Here Comes The Sun (original by The Beatles).
love!
p/s : baby hijau saya merajuk. i think imma let him go for good. T___T
Labels:
here comes the sun,
kereta baru?,
life,
muzik,
the beatles,
video,
what i love,
what i wish,
yuna
Monday, March 19, 2012
current mode
gambar ehsan Google Image
portion paling besar didedikasikan kepada Life.
tempat ke-2 jatuh kepada Work.
atau mungkin cuba balance Life and Work.
hmmm. dah confuse.
Fun? lama dah tak fun2. sekadar fun di skrin ipad adalah. main game.
kalau tambah satu lagi, Study. Amacam?
Maybe Study tu masuk dalam Work/Life la.
part of kan.
oklah, ayuh sambung menjuggle.
Labels:
bebel,
in my life,
life,
random,
study,
what i wish,
work work
Tuesday, January 10, 2012
finally...
done with two final exam papers.
but no. i am not finish. just yet.
tonnes of work to be done.
in two weeks time.
need to settle my proposal paper.
next sunday is my spss examination.
oh my!
i'm gonna be crazy.
that doesn't include office work and wedding prep.
please. i. need. space. to. breath.
but no. i am not finish. just yet.
tonnes of work to be done.
in two weeks time.
need to settle my proposal paper.
next sunday is my spss examination.
oh my!
i'm gonna be crazy.
that doesn't include office work and wedding prep.
please. i. need. space. to. breath.
Saturday, October 1, 2011
Good Bye (For Now)
Kita telah secara rasminya memasuki suku ke-4 tahun 2011. Hari ini 1 Oktober 2011.
Semalam menyaksikan banyak perkara berlaku.
Kedua. Dua orang rakan baik saya di pejabat, Muni dan Dali telahpun berangkat pagi ini ke IN*TAN untuk menjalani kursus 6 bulan mereka, selepas 2.5 tahun berkhidmat. Lama kan? Walaupun Qilah masih berada di pejabat kerana terpaksa tidak hadir DeePeeYea, tapi dia akan berangkat juga meninggalkan office selama 3 bulan selepas baby dia keluar nanti. Uhuk.
To Muni & Dali : Selamat berkursus. Have fun. Enjoy every bit of the courses. Its gonna be a whole lot different then what i had last time! Gonna miss both of ya! xoxo. DK - please update ;)
Good Bye (For Now)......
Semalam menyaksikan banyak perkara berlaku.
Pertamanya adala semalam merupakan hari terakhir bagi YBhg. Datuk TKSUK JayPeeAm berkhidmat dalam Perkhidmatan*Awam selepas 33 tahun. Secara wajib, beliau akan bersara pada 2 Oktober. Majlis perpisahan, Majlis Sekalung Budi dah selamat berlangsung petang semalam. Saya jadi emcee. Oh, sedih ok. Sangat sedih. Nasib baik tak tertelan ayat2 yang nak dikatakan. Gambar official majlis semalam saya masih belum terima, so saya upload gambar our tea session last Monday kat Kelab Tasik. To Datuk, i wish you well. Remember me. InsyaAllah, see ya again. :)
Us
Kelab Tasik Putrajaya, September 2011
DK, Muni & Yours Truly
Siam Niramit, Bangkok
July 2010
Kedua. Dua orang rakan baik saya di pejabat, Muni dan Dali telahpun berangkat pagi ini ke IN*TAN untuk menjalani kursus 6 bulan mereka, selepas 2.5 tahun berkhidmat. Lama kan? Walaupun Qilah masih berada di pejabat kerana terpaksa tidak hadir DeePeeYea, tapi dia akan berangkat juga meninggalkan office selama 3 bulan selepas baby dia keluar nanti. Uhuk.
To Muni & Dali : Selamat berkursus. Have fun. Enjoy every bit of the courses. Its gonna be a whole lot different then what i had last time! Gonna miss both of ya! xoxo. DK - please update ;)
“You may forget what they said, but you will never forget how they made you feel.”
Good Bye (For Now)......
Thursday, September 15, 2011
under the weather
(picture from google)
been all over the place since weekend.
shah alam - putrajaya - sri gombak - putrajaya - nilai 3 - bangi - putrajaya - bukit kiara - damansara - ampang - putrajaya.
i started my class last saturday. it was tough!
driving from Putrajaya to Shah Alam was ok.
new friends were nice.
i got a whole lot of notes from the lecturer.
i tried my best to read it tho' i only managed to finished 2 articles and a theory notes.
*sigh*
office work is overwhelming.
gotta prepare for Hari Raya Event. buying things for the deco.
i don't even have time to read newspaper dah. huhu.
and one important thing also need to be sort out. oh. bilakah?
the current weather condition doesn't help either.
with the haze since the last two weeks and raining everyday this week.
i got headache easily and my body started to scream 'get yourself some rest!!!'
oh boy. saya sudah mula membebel kembali di ruangan ini.
hahahaha. sorry korang. bebel pagi je kejap eh.
p/s : i am so not looking forward to weekend anymore now. -___-"
Labels:
bebel,
life,
relationships,
study,
what i wish,
work work
Friday, December 3, 2010
Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???
*angkat tangan*
dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???
camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3% pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!
ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.
klik untuk tumbesaran besarkan
lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)
So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok.
orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni.
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.
p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)
Labels:
life,
me,
pinjaman pendidikan,
ptptn,
sharing,
ujrah,
what i hate
Wednesday, December 1, 2010
it's a girl thing (siri II)
oh. saya telah menjadi pemalas for the past few days.
ada la 4 entry yang masih tercongok dalam draft tu.
aduhmak. bukan apa. entry itu perlu disertakan dengan gambar.
tapi saya pemalas nak edit la.anyways. nak kongsi quote ke-2 untuk korang dari sambungan siri it's a girl thing yang lalu. so here it goes...
hari ni dah 1 Disember 2010. Boy it was fast. Masih lagi teringat celebrate New Year 2010 dalam train. Hmmmm. Time flies kan.
Ok. later!
ada la 4 entry yang masih tercongok dalam draft tu.
aduhmak. bukan apa. entry itu perlu disertakan dengan gambar.
tapi saya pemalas nak edit la.anyways. nak kongsi quote ke-2 untuk korang dari sambungan siri it's a girl thing yang lalu. so here it goes...
"It has been said that a pretty face is a passport. But it's not a visa, and it runs out fast" ~ Julie Burchill
hari ni dah 1 Disember 2010. Boy it was fast. Masih lagi teringat celebrate New Year 2010 dalam train. Hmmmm. Time flies kan.
Ok. later!
Labels:
good morning,
life,
little book of quotations,
quote,
what i love
Friday, November 26, 2010
baru je
baru je nak rasa best, tetiba rasa tak best
baru je rasa nak suka, tetiba rasa menyampah (turn off)
baru je rasa nak sayang, tetiba rasa benci
baru je rasa nak makan, tetiba rasa nak kentut
baru je rasa nak balik, tetiba ada banyak kerja
baru je rasa nak shopping, tetiba tengok duit tak cukup
baru je rasa nak jogging, tetiba kaki rasa cramp
baru je rasa nak makan angin, tetiba ada gunung berapi
baru je rasa bersemangat, tetiba rasa down
baru je rasa nak telefon dia, dia dah call kita
hahaha. akak tengah hyper ni.
pusing2 dalam kepala ni.
banyak sangat benda.
akibat hazelnut black coffee.
aiseh.
so, apakah baru je kamu semua??? hihihi
;p
Labels:
bebel,
friends,
life,
what i kinda hate and like
Thursday, October 21, 2010
kawah bulan
since Ramadhan, masuk ke Syawal. saya ada masalah baru melanda diri saya. entah kenapa dan dimana asalnya saya tak tahu.
selama ini Alhamdulillah, saya dikurniakan kulit yang ok. ada la jerawat sebiji dua apabila Auntie Flo datang menziarah. tapi sejak dua tiga bulan ini, bijian kecil dan membawa kepada jerawat yang begitu besar dan sakit adalah banyak terutama di bahagian dahi saya. sedih sangat. kering yang jerawat halus atau jerawat nasi, datang lagi beberapa biji. bila datang saja yang besar, mulalah rasa tidak selesa terutamanya semasa solat. saat sujud dan jerawat batu kena pada permukaan sejadah, rasa nak nangis.
maybe korang rasa saya exaggerate, tapi ini betul. sakit sungguh bila dia bengkak. selalunya jerawat saya datang dan pergi. ini tidak. pergi yang sebelah kiri, tumbuh pulak sebelah kanan. sakit plak tu.
nak kata saya bertukar produk kecantikan, tidak pula. saya masih kekal memakai penjagaan kulit muka dengan brand Loreal itu. cuma semasa hari lahir tempoh hari mak menghadiahi saya compact powder yang baru. memang seronok pakai, sangat halus dan menutupi noda-noda halus di muka. sejak itu, timbul bijian halus. waaa. adakah kerana pemakaian bedak mahal itu tidak sesuai dengan kulit saya?
atau mungkinkah kerana saya kehilangan berat badan mencecah 6kg menyebabkan nutrien dalam badan semakin tiada? mungkin juga kerana tidak cukup tidur atau pengudaraan di bilik yang tidak elok? perlukah saya makan Innershine Prune Essence kembali untuk mengembalikan keserian wajah saya? Ececece. Tolong!!! Siapa ada tips2 yang baik untuk kulit...help.
Wednesday, October 20, 2010
mahal
(di hadapan McDonalds, ada jualan dan promosi barang-barang kecantikan mostly untuk kecantikan wajah)
aku : miss, berapa harga sekotak mask ni?
miss : if you buy a box of 10 pcs, the price is RM49.90. but if you buy two boxes the price is RM39.90 for the second box..
aku : (tak pernah beli mask sekotak dan rasa mahal) huyooo, kenapa mahal sangat? mask saja harga RM49.90 ke? organic product ke?
miss : ya la. mesti mahal. made in taiwan and ini mask ada masuk tv punya. ada iklan. itu sebab mahal.
aku dan qilah pandang each other dan gelak sepanjang2 kami turun escalator menuju ke parking. barang kat Malaysia mahal sebab dia masuk iklan kat tv ke???? ;)
aku gelak sebab tanya bahan apa yang dua guna sampai harga camtu. bukan ada brand pun. sekali dia jawab keluar iklan plak dah. hiks.
nota kaki : sebenarnya kalau kira-kira balik, tak la mahal pun mask tu. if bahagi sepuluh, baru harganya sekeping RM4.90. bila jual banyak tu rasa mahal. ahahaha
aku : miss, berapa harga sekotak mask ni?
miss : if you buy a box of 10 pcs, the price is RM49.90. but if you buy two boxes the price is RM39.90 for the second box..
aku : (tak pernah beli mask sekotak dan rasa mahal) huyooo, kenapa mahal sangat? mask saja harga RM49.90 ke? organic product ke?
miss : ya la. mesti mahal. made in taiwan and ini mask ada masuk tv punya. ada iklan. itu sebab mahal.
aku dan qilah pandang each other dan gelak sepanjang2 kami turun escalator menuju ke parking. barang kat Malaysia mahal sebab dia masuk iklan kat tv ke???? ;)
aku gelak sebab tanya bahan apa yang dua guna sampai harga camtu. bukan ada brand pun. sekali dia jawab keluar iklan plak dah. hiks.
nota kaki : sebenarnya kalau kira-kira balik, tak la mahal pun mask tu. if bahagi sepuluh, baru harganya sekeping RM4.90. bila jual banyak tu rasa mahal. ahahaha
Monday, October 18, 2010
Bapak
*post ini terletak dalam draft dalam tempoh 24 jam. saya agak keberatan untuk publish. tapi untuk memori hari akan datang, saya letakkan juga.
Salam everyone,
I was away.
Since Tuesday.
To Melaka.
Not for work.
Not for holiday.
It was for my Bapak.
Bapak adalah panggilan anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham Haji Abdul Ghani bin Endut yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, (lebih kurang) jam 12.38 pagi. Punca kematian adalah senility without mention of psychosis atau dalam bahasa mudahnya, sakit tua. Beliau berumur 79 tahun.
Beliau telah mula uzur sejak awal tahun ini. Kakinya lemah dan mula menggunakan tongkat. Semasa Aidilfitri yang lalu, Bapak menggunakan tongkat dan kelihatan uzur. Minggu ke-3 Syawal, beliau telah dibawa ke Pantai Specialist untuk rawatan susulan kerana keuzurannya. Hasil pemeriksaan, Mak pulang ke KL dengan berita bahawa sistem badannya telah semakin lemah dan sedikit keuzuran (demam, batuk, selsema dan lain-lain) perlu diberi perhatian khusus.
Hujung minggu yang lalu, anak-anak Bapak berkumpul di Melaka dan mengadakan solat hajat sebagai mendoakan kesihatan Bapak supaya semakin baik. Keluarga kami yang agak renggang sejak 2 tahun yang lalu bertaut kembali kasih sayangnya kerana Bapak. Alhamdulillah. Mak pulang dari Melaka pada kali ini membawa berita yang kurang baik iaitu kesihatan Bapak semakin buruk. Serta-merta saya berasa bersalah kerana tidak turut serta dalam sesi tersebut dan bersama-sama dengan Bapak.
Hari Selasa, di pejabat. Sedang berdiskusi berkenaan dengan trip ke Kenyir. Saya mendapat panggilan bahawa Bapak sedang tenat di Melaka. Bergegas mengemas beg dengan mengambil baju tidur dan sehelai kurung. Terus ke Parit Putat, Sungai Rambai dan sesampainya kami di sana, suasana sungguh hiba. Bapak demam. Saya melaksanakan apa yang sepatutnya saya buat. Sehingga jam 4 petang, hampir kesemua anak dan cucu telah berada di Sungai Rambai. Keputusan dibuat untuk membawa Bapak ke Taman Kesidang bagi memudahkan penjagaannya. Dengan kuasa Allah, Bapak membuka mata dan menganggukkan kepala dan bersetuju untuk dipindahkan. Subhanallah. Kami terus pulang mengemaskan tempat tidur Bapak, yang juga merupakan tempat terakhirnya di dunia.
Sampai sahaja di rumah Pak Busu, Bapak meminta kopi o. Bergegas kami mendapatkan kopi o dan menyuapkannya. Semakin lewat petang, semakin ramai anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit serta kaum keluarga dan kenalan telah berkumpul di rumah Pak Busu. hanya seorang menantu dan seorang cucu, yang masih belum menerima berita, kerana masalah teknikal masih belum pulang. Malam itu, semua berkesempatan untuk membacakan yasin, memohon maaf kepada Bapak. Alhamdulillah, bacaan yasin kami masih boleh disambut oleh Bapak. Mulutnya masih lagi tidak lekang dari menyebut kalimah Allah. Jari-jarinya juga terus berdoa bersama. Malam itu dengan hati yang tidak senang, saya meninggalkan Mak dan anak-anak lain untuk bergilir menjaga Bapak. Saya pulang ke Batu Berendam.
Keesokkan harinya, saya sampai di rumah Pak Busu (lebih kurang) jam 8.40 pagi, kelihatan seorang nurse hadir memberikan alat bantuan pernafasan oksigen kepada Bapak. Rupanya dia sesak nafas. Selepas rawatan itu selesai, melihatkan dia menutup mata, kami beranggapan bahawa kesan dari ubat itu menyebabkan dia tidur. Hampir jam 11 pagi, semua masih bimbang kerana Bapak belum juga bangun. Jari-jarinya juga tidak brgerak. Bapak sebenarnya koma. Sejak jam 8 pagi. Bersilih ganti pelawat yang hadir untuk menziarah Bapak. Nafasnya berbunyi dengan agak kuat. Kami telah mula risau. Sehingga malam itu, hampir saban waktu yasin dibacakan, kalimah syahadah diucapkan ke telinga Bapak. Jam 11 malam, menantu yang ditanyakan pada hari sebelumnya tiba bersama-sama dengan dua orang cucu. Sepupu saya sempat membacakan yasin dan mendoakan kesejahteraan Bapak. Bacaannya mula tersekat tatkala dia membacakan ayatul kursi. Kami semua dalam keadaan yang terlalu hiba dengan bacaan tersebut. Melihatkan kepada keadaan rumah yang agak ramai, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke Batu Berendam.
10 minit saya di Batu Berendam, baru sahaja nak menunaikan solat, Mak menelefon dan memaklumkan nafasa Bapak telah terhenti. Tanpa melengahkan masa, saja menyudahkan solat dan terus bergerak ke rumah Pak Busu semula. Uncle yang dalam perjalanan pulang ke KL pun turut memusingkan kenderaan (dari Pedas-Linggi) dan pulang semula ke Melaka. Keadaan pada masa itu tidak dapat saya gambarkan. Tatkala entry ini ditulis, air mata saya tidak tertahan. Lebih kurang jam 12.38 pagi, Bapak meninggalkan kami. Begitu senang dia pergi, tenang, dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit. Subhanallah. Kebesaran Allah itu begitu memukau.
Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Inalillahiwainalillahirajiuun. Al-Fatihah. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Batang Tiga, Klebang jam 11.50 pagi, 14 Oktober 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang dikasihi. InsyaAllah. Amin. Al-Fatihah.
Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Inalillahiwainalillahirajiuun. Al-Fatihah. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Batang Tiga, Klebang jam 11.50 pagi, 14 Oktober 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang dikasihi. InsyaAllah. Amin. Al-Fatihah.
Nota Kaki : Saya tidak kehilangan sesiapa di kalangan keluarga rapat sejak tahun 1998. Kali pertama arwah Mak Pah, isteri Bapak, nenek saya meninggal pada tahun 1993, saya berumur 10 tahun dan tidak mengerti apa-apa. Ketika umur saya 15 tahun, pada tahun 1998, saya kehilangan Mak Teh, nenek di sebelah Ayah saya. Pada umur 27 tahun, saya merasakan ia waktu yang sesuai untuk saya belajar. Bagaimana nak react dalam keadaan begitu. Apa yang perlu dibuat. Apa yang perlu dibaca. Saat itu dirasakan begitu cetek ilmu di dada. InsyaAllah, saya dah menanam azam untuk belajar apa yang patut. Agar saya tahu apa yang perlu dilakukan bila tiba masanya nanti.
Tuesday, August 10, 2010
1 Ramadhan 1431H
last year ada entry 1 Ramadhan 1430H.
tahun ini pun ada. Alhamdulillah. syukur kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa sekali lagi untuk tahun ke-27 aku hidup. (campur tolak dalam 22 tahun la dah puasa, start umur 5 tahun ;P) insya Allah sekejap lagi ada lah annoucement yang bakal dibuat untuk memaklumkan seluruh rakyat Malaysia akan mula berpuasa mulai esok, 11 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431H.
Ramadhan adalah bulan Islam paling saya sukai bukan hanya keberkatan yang dapat diperolehi dari bulan itu sendiri tapi kehidupan yang lebih tenang. banyak masa diperuntukkan dengan Mak terutamanya. bangun sahur, balik makan berbuka bersama. juga dengan Ayah. hari lain kami memang balik tak tentu masa, kadang2 tu balik rumah Mak dah tido pun. next day hanya dengar suara dia mengejut bangun pagi je.
Semoga tahun ni saya dapat lebih banyak pahala. Amiiiiin.
Ok, nak stop dah. Ready tuk g terawih plak.
Buat semua, family di Melaka, family Batu Caves, my SG Girls [Zurai, Maria, Aini, Azreena, Ina, Has], my Geng! [Didi, Min, Um, Lin, Cheche, Mila, Max, Ayol], my officemate(s), UTM-mates, seluruh rakyat Malaysia di Malaysia sendiri atau di luar negara [Kiki di Chennai, Sharila di Bangkok], umat islam di seluruh dunia, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya. Insya Allah. Jangan baru sehari puasa dah pasang lagu raya k! :)
p/s: it is a month away from my 27th birthday. sayu bila mengingati umur dah makin naik ni.
Labels:
hamba Allah,
life,
puasa,
ramadhan,
what i love
Friday, July 9, 2010
Tanamera Spa, Kayu Ara
Hai korang.
Baru nak hapdet ni. Sebenarnya saya dah ke spa ini lebih kurang sebulan yang lalu.
Selepas daripada kaki saya ini bekerja dengan kuat, saya decide untuk mempamperkan diri dengan pergi ke spa. Dengan khidmat nasihat dan networking my beloved Mak Ngah, kami terus buat keputusan untuk ke Tanamera Spa.
Tanamera Spa ini merupakan rangkaian butik spa yang dah ada kat Malaysia beberapa tahun. Ia menggunapakai bahan-bahan semulajadi yang merupakan hasil organik bumi ini. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah kelapa, koko, kacang hijau, pandan dan macam-macam lagi. Seperti juga pusat spa yang ada di di mana-mana sekalipun, Tanamera Spa juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti urutan kaki, facial, whole body massage, hair treatment, pakej untuk bakal pengantin dan juga pakej bersalin.
(more info, click here.)
Kami memilih Tanamera Spa Wellness Centre di Kayu Ara kerana Mak Ngah kebetulan kenal dengan pemiliknya. So berjumpa kami berempat di One Avenue jam 10 pagi. Sampai sahaja di sana, kami diberikan sedikit penerangan mengenai treatment yang ditawarkan. Para pengunjung diberikan kebebasan untuk memilih sama ada mahu secara 'ala-carte' iaitu single treatment atau secara pakej. Kami memilih 5 Elements Package iaitu Pakej Mentari which consist of Tanamera Massageworks iaitu urutan seluruh badan and Tanamera Bodyworks iaitu scrub dan mask seluruh badan. Keseluruhan masa yang diambil untuk pakej ini adalah plus minus 3 jam. So ready untuk rest dan relax.
For our session, me and Mak Ngah opted for Cocos Spa Treatment iaitu treatment yang menggunakan Virgin Coconut Oil untuk massage dan Dessicated Coconut Body Scrub untuk menghilangkan daki2 di badan. hahahaha. My Mak dan Girl (cousin saya) pilih Tanamera Cocoa Bean Treatment. Kalau dah nama pun cocoa bean kan, apalagi. Memang sedap sungguh baunya. badan kaler coklat hitam dan bau pun macam coklat. hehehe. While you guys choosing your treatment, Tanamera Spa will present you hot towel and a cup of herbal tea. So yums. Ayaq Teh Tawaq la kan. hihi. Maybe the tea will help to cleanse your body and to get it ready before kena lanyak. :D. And each of us dapat one masseuses each and after choosing your package, the masseuses will take you to your own personal room.
Inside the treatment room, on the bed, in a basket, you'll find a batik sarong, shower cap (head cover) and disposable panties for you to wear. Yes, you have to take off EVERYTHING. including your bra and panties ye. Don't worry, for Tanamera Kayu Ara, the centre is specialize for women only. So, you don't have to worry about anything. No peeking, no man, no pervs, no nothing. So, relaks dan buka segalanya. :P
After i changed to my batek sarong, disposable panties and head cover, the masseuses came and ask me to soak my feet in a bowl of water with rose petals. Rasanya dia buh bath salt dalam tu dan bertujuan untuk melembutkan kaki. She then massaged my feet. I actually feel so bad and awkward masa dia urut kakiku. Why??? Because she was squatting and massaging my feet while i sat on the stool. *rasa bersalah sangat. huhuhu*. but i didnt take long. Kejap je. Dalam 5-8 minit je. Then she asked me to lie on the top of the bed face down. Maka bermulalah sesi urutan badan. Seluruh badan ye, kena ingat tu. Mula dengan sebelah belakang badan, dari hujung kaki hinggalah ke bahu. Ditelangkupkan pula ke depan. Remember to relax, don't be shy. Kalau korang malu, memang tak enjoy la sesi itu. Diorang buat kerja super professional. Dia tutup ngan kain before pusingkan badan, diorang juga akan cover dada masa urut tu. Ye, kalau malu memang lari terus dari situ. hahahaha.
After the grueling one hour and a half diurut, diorang akan start lumurkan masker sebelum badan korang diskrub. for my case, the coconut scrub smelled super nice that made me wanna eat myself! rasa macam kuih raya yang besar. hahahaha. masa dia gosok scrub tu memang terasa keping-keping kulit mati jatuh berderai dan berguguran ke bumi ok. hahahahaha.. kepada mereka yang kalau cuit sikit dah rasa geli, sila tahan. and at this part lah (part scrub dan mask) akan ada soalan "miss, nak scrub/masked dada sekali ke?" rasakan ianya diuli bak tepung buat cucur ok. hahahaha. ala. tak luak. tapi seram gak aku. dalam otak dok fikir "please don't judge my dada, please...please...". bengong!!!
your attire for the session ;)
selepas scrub, jangan terkejut kerana akan ada few slaps of cold cream yang mereka akan beruskan atas badan kita. masih lagi coconut, dan baunya sedap. macam santan! lepas mask tu kering dan selimut putih itu melekat di badan korang. part ni, aku dah mula resah. after 2 hours lying so still on the bed. aku takleh terima keadaan yang begitu tranquil sekali. mulalah tangan gatal amik BB dan main BBM. hahaha. masseuses kejot untuk bangun mandi sebab treatment dah selesai. tak jauh pun toilet, dua langkah dah sampai. shower biasa, besar punya shower head, air suam2 kuku. memang best. tambah plak free flow organic shampoo (shampoo serai) and conditioner. kalaulah ada bathtub, mahunya aku tertidor dalam bilik air.
maka, dengan itu berakhirlah sesi treatment. ada mini salon yang membolehkan kita keringkan rambut. keringkan je, nak guna product, bayar. overall, pengalaman spa pertama aku adalah sangat puas hati. even amik pakej RM190. serius puas. bau badan sedap, kulit halus mulus bak bayi. thanks to my Mak Ngah la kan. aku ada plan nak pegi lagi. insyaAllah after 2 months ke, before or lepas raya. dapat pakej lain plak ke. hehehehe
oklah, kalau korang berminat, sila cuba. kat mana-mana spa centre pun takpe. sama. cuma mungkin product dan servis yang berbeza. asas tetap sama. but anyway, kalau nak jugak ke Tanamera Spa Kayu Ara, Damansara, aku letak kat bawah ni nombor phone dan alamat penuh. pergi, jangan tak pergi.
have a fun pampering weekend!!!!
<3
maka, dengan itu berakhirlah sesi treatment. ada mini salon yang membolehkan kita keringkan rambut. keringkan je, nak guna product, bayar. overall, pengalaman spa pertama aku adalah sangat puas hati. even amik pakej RM190. serius puas. bau badan sedap, kulit halus mulus bak bayi. thanks to my Mak Ngah la kan. aku ada plan nak pegi lagi. insyaAllah after 2 months ke, before or lepas raya. dapat pakej lain plak ke. hehehehe
oklah, kalau korang berminat, sila cuba. kat mana-mana spa centre pun takpe. sama. cuma mungkin product dan servis yang berbeza. asas tetap sama. but anyway, kalau nak jugak ke Tanamera Spa Kayu Ara, Damansara, aku letak kat bawah ni nombor phone dan alamat penuh. pergi, jangan tak pergi.
Kayu Ara Damansara.
3-10,One Avenue,
Jalan Masjid, PJU 6A,
47400 Petaling Jaya.
Tel: 03 7725 6479
Mobile: 019 2677 553 (Tatiana Azman)
E-mail: kayuaaraa@ gmail.com
have a fun pampering weekend!!!!
<3
Labels:
life,
organic product,
tanamera spa kayu ara,
weekend,
what i love
Monday, June 21, 2010
coba bernapas
hari sabtu saya horror.
bukan horror tapi bosan.
bosan tapi tidak mengeluarkan sebarang duit.
saya malas keluar dari rumah.
saya buat spring cleaning yang mengakibatkan hidung dan seluruh T-Zone membengkak.
tapi saya berjaya habiskan 8 chapter The Carrie Diaries.
malam Sabtu saya craving burger tepi jalan tapi malas nak keluar.
pastu saya post tweets kat Twitter yang saya kepingin kopi dan aircond?
like wtf. hahaha
hari Ahad saya bermula dengan cemerlang.
saya breakfast dengan Didi dan Um (oh dan Najeeb).
berjaya basuh kereta selepas 2 bulan baby ku menderita kekotoran.
Mak Ngah Clan datang rumah.
ada tiket GT Japan.
mula2 malas join tapi katanya tiket paddock.
apa lagi. meroyan la haku. capai D5000 dan terus ikut.
kesian Kicap and Angah duduk di grandstand sambil kami melambai2 di bawah garisan permulaan.
oh. gadis GT Japan? tunggu entry khas saya.
malam tadi kepenatan. otak dan kaki.
mak suruh sidai baju pun saya geleng kepala. derhaka kau!
hari ni? Isnin.
tak sempat nak layan Monday blues.
weekend ni event besar.
haram tak settle banyak benda.
esok malam yemcee lagi.
wah. kalut aku!
nak kena g beli belon ni.
sapa nak ikut? kat Petaling Jaya.
oh. lagi 15 minit kul 1.
nak g lunch.
kelaparan.
later.
wi-fi router kat umah masih belum dibetulkan.
sebab tu tiada entry sabtu dan ahad.
malas guna BB modem.
celcom punya connection lembab!'
ok dah. bye
bukan horror tapi bosan.
bosan tapi tidak mengeluarkan sebarang duit.
saya malas keluar dari rumah.
saya buat spring cleaning yang mengakibatkan hidung dan seluruh T-Zone membengkak.
tapi saya berjaya habiskan 8 chapter The Carrie Diaries.
malam Sabtu saya craving burger tepi jalan tapi malas nak keluar.
pastu saya post tweets kat Twitter yang saya kepingin kopi dan aircond?
like wtf. hahaha
hari Ahad saya bermula dengan cemerlang.
saya breakfast dengan Didi dan Um (oh dan Najeeb).
berjaya basuh kereta selepas 2 bulan baby ku menderita kekotoran.
Mak Ngah Clan datang rumah.
ada tiket GT Japan.
mula2 malas join tapi katanya tiket paddock.
apa lagi. meroyan la haku. capai D5000 dan terus ikut.
kesian Kicap and Angah duduk di grandstand sambil kami melambai2 di bawah garisan permulaan.
oh. gadis GT Japan? tunggu entry khas saya.
malam tadi kepenatan. otak dan kaki.
mak suruh sidai baju pun saya geleng kepala. derhaka kau!
hari ni? Isnin.
tak sempat nak layan Monday blues.
weekend ni event besar.
haram tak settle banyak benda.
esok malam yemcee lagi.
wah. kalut aku!
nak kena g beli belon ni.
sapa nak ikut? kat Petaling Jaya.
oh. lagi 15 minit kul 1.
nak g lunch.
kelaparan.
later.
wi-fi router kat umah masih belum dibetulkan.
sebab tu tiada entry sabtu dan ahad.
malas guna BB modem.
celcom punya connection lembab!'
ok dah. bye
Labels:
bebel,
kerja,
life,
weekend,
what i kinda hate and like
Friday, June 18, 2010
SG Girls Countdown
semalam menonton movie adaptasi dari siri tv kegemaran saya Sex And The City.
it really reminds me of single life is so yesterday and marriage is so in right now.
ye ke? sebab umur dah 27 kot??? tettttt
the movie??? super sad kot. like going to the movie alone. watching Big and Carrie oh-so-romantic-but-full-of-drama life. and hating the fact that the couple beside me was in the middle of pegang-memegang-seluk-menyeluk-raba-meraba situation. get a room!!! stupid lah! tak kahwin lagi tu. meroyan agaknya. (review SATC later k!)
ok. entry ini adalah menggambarkan situasi kehidupan, single dan meniti alam perkahwinan, saya dan SG Girls. kawan2. kalau kamu semua perasan, di kanan belog saya ini ada satu keping gambar yang mana iainya merupakan countdown kami, SG Girls (untuk settle down). diam tak diam. rupanya dari 7 orang (Yours Truly, Zurai, Maria, Aini, Azreena, Shazlina and Hasliza) dah tinggal 2 orang uols.
1. Pertunangan Ina (Shazlina) pada 26 Julai 2008. (ceritanya di sini)
2. Pertunangan Zuraida pada 8 Mac 2009 (ceritanya di sini)
3. Pernikahan dan Persandingan Ina pada 30 & 31 Mei 2009 (ceritanya di sini dan sini)
4. Pernikahan dan persandingan Zurai pada 18 & 19 Disember 2009 (cerita di sini)
5. Pertunangan Has pada 28 Februari 2010 (cerita di sini)
6. Pertunangan Maria Arnida pada 12 Jun 2010
Majlis ini berlangsung last weekend. Ala weekend yang saya super bz itu. So happy for her. Gambar tak berapa banyak. Gambar SG Girls dengan perempuan bertunang dengan Zurai. tunggu dia upload baru saya boleh buat entry rasmi. Buat masa ni, letak gambar dulu k.
Selepas ini adalah majlis pernikahan dan persandingan Has yang bakal berlangsung di Seri Gombak pada 31 Julai 2010. Saya tidak dapat hadir kerana akan ke luar negara pada waktu itu.
Masuk bulan Syawal nanti, seorang lagi akan dirisik. Majlis pertunangan insya Allah akan berlangsung hujung tahun dan pernikahannya pada hujung 2011. Maria bakal dinikahkan dengan pasangan pilihannya pada Mac 2011. SG Girls Jr. yang kedua (selepas Rif Rafel) akan dibersalinkan oleh Zurai pada bulan November 2010 insyaAllah. Kami akan ke Jakarta masa tu. mintak2 baby dia tunggu kami balik!!!
Fuhh. bz kan? kena lah i standby baju meletop2 banyak2 kan.
so trip2 ke obersea akan dihabiskan dengan membeli kain yang super banyak.
huahuahua.
And then there were two.
Countdown SG Girls? Tinggallah kami berdua, yang masih solo, tinggal dengan parents dan belum sempat dirisik dan sebagainya.Saya dan Aze. Bilakah? Wallahualam bi shawab. Doa sahaja ye. Insya Allah, we'll be strong as ever. Maybe stronger dengan adanya pasangan (dan baby) masing2 yang sangat memahami. To Apek and Basiq, thanks!!
xoxo
Labels:
friends,
life,
marriage,
relationships,
SG Girls,
what i wish
Tuesday, June 15, 2010
Pencen dan Anugerah
hey peeps. sorry for neglecting this blog for a while.
my router was struck by lighting last Thursday (kot?) and the internet dah macam haram. tak boleh connect langsung. so i'm using my Blackberry as modem but this connection is wee bit slow.
semalam saya hanya ke office untuk hadir mesyuarat rowing sahaja. lepas mesyuarat jam 12 saya pecut ke KL, sempat beli baju raya (kaler green uols!) dengan Mak, settlekan KayDoubleYouEsPee saya, terus ke Maybank untuk cancel AutoDebit SI, lunching alone kat Pavilion and back in Putrajaya.
sambil2 memandu itu, sempatlah terima email2 dari pejabat dan personal mail. ada satu email tajuknya 'Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan'. tidaklah mengambil pot kerana mengingatkan itu adalah email pemberitahuan general. Pagi ni masuk office, librarian call dan maklumkan bahawa saya pemenang anugerah tersebut. wakakakaka. gila lawak. i can feel that my face turns red while talking to her. kerana apa? i loaned all five books kerana mahu menyiapkan assignment peeteekay. initially it was a tie between me and other person tapi memandangkan buku yang dipinjam oleh moi adalah buku ilmiah (read: ILMIAH), so i was the chosen one!
wakakaka masih kelakar lah.
nak sambung mengemas. bye!
Labels:
bebel,
kerja,
life,
what i kinda hate and like
Subscribe to:
Posts (Atom)











