Hari : Rabu
Waktu Sekarang : 3.55 petang
Cuaca Sekarang : Hujan lebat mencurah2 di luar tingkap, Masjid Putra yang indah tak nampak.
Mood Sekarang : So-so. cam malas sikit + sejuk + semangat sikit + teringin nak makan
hujan lebatnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!! untuk hari ke-5 nya dalam bulan Ramadhan 1430H, memang Ramadhan kali ini sejuk. Alhamdulillah. dan mungkin kerana itu juga sampai hari ini saya masih lagi tiada cravings nak makan apa2.
kalau tahun-tahun sebelumnya, sedari hari pertama lagi muka ini telah menjenguk2 di Pasar Ramadhan, tapi untuk kali ini ataupun tahun ini, believe me saya masih belum menjejakkan kaki ke mana-mana pasar langsung. termasuklah kedai kat bawah yang jual kuih pun saya tak penah beli ape2. weekend lepas, saya goreng cikodok pisang di rumah untuk dua hari. hari isnin hingga hari ini (rabu) dari office terus saja saya balik ke rumah.
oh, adalah craving satu hari tu. yang gila nak makan sambal sardin pedas tu. adalah pelik seorang yang bernama yantie ini tidak teringin nak makan apa2 (apatah lagi di bulan puasa!). walaupun saya layan blog peeja, blog ceera yang penuh dengan entry makanan yang sedap2, tapi masih belum terliur ataupun nak sangat2 makan! hukhuk. adakah saya dah tua dan takde selera dah ni? aisshhhh baru nak masuk 26 tahun la (lagi berapa hari je ni...standby okeh!). belum tua lagi!!!! takpelah. mungkin belum dapat feel ramadhan betul2 lagi kot sebab saya berpuasa ganti sampailah hampir2 dah nak ramadhan hari tu. hehehe. craving biasa tu memang dah biasa sangatlah. contoh nak makan NASIK KANDAR KAYU ORIGINAL, BUKIT JAMBUL, makan NAAN CHEESE + TIKKA AYAM/ TANDOORI AYAM. ni memang meleleh habis lah. hahaha.
tapi kan korang...masa lepas solat zuhur tadi saya ada rasa teringinlah...... teringin nak makan............ SAMBAL SERAI GORENG BURUNG PUYUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huk huk. mana nak carik. memang tak leh carik. hanya boleh beli burung puyuh di supermarket Jaya Jusco dan buat sambal serainya lah. hoho mana sempat. tadi kol mak, mak kata puyuh goreng adalah. harap2 mak beli. huhuhu
oklah. makin sejuk saya ni. nak menaip pun tangan dah hampir nak keras. hari ni nak balik awallah. didi berbuka ngan min, um mana tah ngan mila kot. erm takpe2 dah janji nak buku together next week. oklah. selamat berbuka untuk hari ini (in advance!)
bye love!