Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Makan Review : Churros Royale



semalam keluar mencari piala untuk event. lunch di rathaa banana leaf house, puchong. memang terbaek ayam 65 itu! terliur :P.

lepas lunch nak jalan ke kereta, ternampak ada kedai baru. Churros Royale namanya. mestilah jual churro kan? what is churro?

"A churro, sometimes referred to as a Spanish doughnut, is a fried-dough pastry—predominantly choux—based snack. Churros are popular in Spain, France, the Philippines, Portugal, Latin America (including Spanish-speaking Caribbean islands) and theUnited States. There are two types of churros in Spain, one which is thin (and sometimes knotted) and the other which is long and thick (porra). They are both normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate or café con leche." ~ Wikipedia

 its a cafe style shop. korang boleh nampak cara diorang sediakan churros. kaedah goreng selepas dikeluarkan dari acuan (yang macam sterring kapal haha).






so, apa yang dibeli? churros biasa with chocolate dipping. ada banyak jenis yang lain boleh di try. semalam macam nak yang ada filling vanila. tapi sebab full dengan nasi daun pisang tu, takleh masuk lah.

taste wise saya puas hati. cuma penggunaan minyak tu. even dia hanya guna sedikit tapi bila part keringkan minyak before serve tu mungkin tak dibuat betul2. macam banyak je minyak lebih2 melekat kat paperbag. i was told outlet yang dekat puchong tu adalah outlet ke-2 tapi berfungsi sebagai HQ. satu lagi outlet Churros Royale ada di Tropicana City Mall. For more info regarding Churros Royale, korang boleh tengok official website and facebook page diorang.

Overall rating? saya bagi 3.5 out of 5 stars. But saya akan pergi lagi untuk rasa yang ada filling plak. Atau pilih dipping lain.



  • No. 28-G, Dataran Puteri 3, Jalan Puteri 1/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
  • Lot LG-19 Tropicana City Mall



Wednesday, August 1, 2012

mengidam :p





gambar : ehsan wikipedia :)

buah tanjung!!
tiap kali Ramadhan, mesti mengidam benda ni.
bulan lain takde pun teringin nak makan.
ia adalah sejenis kuih dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
saya suka! tahan lama. boleh simpang dalam fridge.
makan sikit2.
so, baru je call Mek Maria, mintak dia carikkan.
nanti boleh gi amik. mintak2 ada! yeay!!
hujung minggu lepas, puas dah carik kat Pasar Ramadhan Taman Melawati.
sanggup redah jem tu.
tapi tak jumpa. yang banyak hanyalah akok dan lompat tikam je.

huhu. mahu....

Tuesday, July 3, 2012

Review Makan : Mee Ketam KL



:)
dah lama tak buat review makan.
so, here goes!
last two weeks, after one class and while waiting for another class, we went to lunch.
the venue was Mee Ketam KL.
Lokasi : Shah Alam. Kenapa nama Mee Ketam KL plak?
Entah. haha. tak sempat tanya :P

Ada banyak menu. Antaranya Mee Kari Ketam, Mee Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah, Mee Sup Udang Galah, Ketam Cili dan banyak lagi.
Saiz ketam dan udang korang boleh pilih. Harga beza sikit. Lagi besar, lagi mahal.

kedai dia very cozy. selesa la. layan ok.
hehe

rasa? sedap. kalau nak bagi bintang, saya bagi 4 dari 5 bintang.
1. kuah kari dia tak terlalu pekat
2. ketam dia normal size tu tak kecik sangat, tak besar sangat
3. fresh. masak tang tu jugak. bukan dah siap2.

semalam ke bila tah tengok MHI, baru dapat tau yang diorang dah bukak satu lagi outlet Mee Ketam KL di Keramat. so, yang tinggal kat area KL, boleh la gi yang di Keramat. :)

apa yang saya makan haritu. sedap kan? muahahahahaha

klik kalau nak tengok menu. if nampak la :D


so, apa lagi. 
jom layan Mee Ketam!
:)

Lokasi kedai:
1. Shah Alam : 
No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, (Belakang UNiSEL) , 40000 Shah Alam, Malaysia
2. Keramat :
Sebelah Masjid Dato Keramat , Pasar Keramat (Bawah Flat Baitulmal)

more info : Facebook Mee Ketam KL / blog 




Tuesday, January 17, 2012

rindunya

potato rosti with sausage n black pepper sauce. yums!

nak makan potato rosti.
korang ingat tak dulu semasa Hartamas Square belum dirobohkan ada satu gerai jual rosti kat belah belakang dekat dengan screen besar orang tengok bola tu?
sejak Hartamas Square dah roboh, tatau mana nak carik orang yang jual rosti ni dah.
port makan lewat malam pun sudah tiada. mana lah depa pergi eh?
kalau korang tau, btau eh? bleh carik.
oh. lama dah tak cakap pasal makan kan? hehehe

Thursday, October 13, 2011

Flora Kafe, Amp Walk

sangat cantik!
saya suka setting kafe ini.
and the foods were not bad at all.
(their specialty are Johor traditional dishes such as Laksa Johor & Mee Bandung)
saya makan sotong kangkung dan mango juice!

saya ambil dua keping gambar je tadi. sebab ala2 termenung sebentar. haha. anyways. what i like about this cafe is.....

the chiavari-ghost chair. nice!

and the big, colourful roses. so cantik!!!

singgah la ;)

Flora Kafe
Lot G08-1
Ground Floor
the Ampwalk


p/s : the owner, Razak owns Flora etc too (he is the one who is responsible for breathtaking white rose pelamin for Marion Caunter & SM Nasarudin wedding)

Tuesday, May 17, 2011

Food and Travel Review : Ali Bubur Kacang, George Town, Penang


Selalu dah g Penang kan?
Tapi kali ni kita lepak tempat berbeza pulak. 

It was my first time ke Ali Bubur Kacang walaupun berkali-kali ke George Town dan Pulau Pinang. Kali ni kita ketepikan makanan-makanan lain yang famous seperti nasi kandar (oh, rindu!), pasembor, mee udang, naan cheese dan tandoori. Kita layan bubur ok!

Kedai atau gerai ini telah berada di kawasan Little India di Market Street sejak tahun 1950 iaitu 61 tahun yang lalu. Selalunya nak dapat parking kat area ni memang susah. Sebab jalan yang agak kecil dan sempit, serta parking space yang limited. Kena la tawaf few times atau parking jauh dan jalan kaki sikit. Area Little India ni memang best! Meriah. Sangat berwarna-warni dengan sari dan kalungan bunga yang dijual sepanjang jalan. 

So bila dah penat berjalan-jalan di area itu adalah satu perkara yang bagus untuk menikmati bubur kacang di gerai Ali Bubur Kacang. Uncle Ali (dalam gambar di bawah) mengambil alih perniagaan keluarga iaitu bapanya (ada gambar tapi blur, so tak letak lah). Hanya bubur kacang hijau dijual di sini ye. Dan bubur kacang hijau itu boleh jadi bubur kosong atau dimakan bersama dengan roti. Harga lain sikit. Bubur sahaja RM 1.00 dan kalau nak cicah dengan roti RM 1.20. Rasa? Tidak lemak sangat dan tidak terlalu manis. Just nice. Cuaca panas,bubur kacang hijau panas? Layan tau. Hehehe.

Ok, moh layan gambar!

bubur kacang hijau kosong ;)

kalau order dengan roti...gebu kan?

Uncle Ali sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk olskool. 

kami dah kenyang... so nak balik!! bye Uncle! Next time datang lagi!!
(bawak rezeki kitorang ni, masa datang kosong, kami berangkat balik, ramai datang. dine-in dan take away)


So, jangan lupa singgah Ali Bubur Kacang kalau korang pi Penang.
oh, saya bagi link peta dia kat sini.

Till next review....

Thursday, February 24, 2011

rezeki

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu" 
~ Riwayat Bukhari & Muslim (sumber e-Hadith JAKIM)



alhamdulillah.
pagi Khamis ni saya terima bungkusan kuih yang sedap. 
kiriman bekas boss/mentor saya, Puan Anida (hi Puan *lambailambai*).
ni dah kali ke-2 puan super sweet. 
kali pertama dulu masa baru balik dari London, bagi saya bath set yang comel.
thanks Puan!! 


oh. ada satu lagi. rezeki juga. hari Selasa lepas, Cik DK belanja pizza hut. ohmaigod. lama kot tak makan Super Supreme. Dulu kalau nak makan pizza akan call 755-25-25..special delivery...mesti mintak Super Supreme. Teringat arwah Mak Pah cakap 'apa la korang makan ulat-ulat tu'. Ulat-ulat adalah merujuk kepada cheese string apabila kita angkat pizza itu. Dan setelah berbelas tahun, Pizza Hut membuktikan ulat-ulat itu masih ada. 


Thanks DK!!!




cheese string!!!! :)


*lapar*



Tuesday, February 22, 2011

craving

1. Starbucks Coffee - yikes! it has been too long since the last time i had starbucks coffee. semuanya kerana catuan makan makanan mahal sepanjang Februari. *sobsob*

2. Afternoon Tea Set - tak kira la kat memana pun. tak spesific. yang penting ada earl grey tea dan cakes dan scones dan sandwiches.

3. Salmon - smoked salmon sandwiches, salmon piri @ Sushi King, salmon sashimi. anything la asalkan salmon!! terliur hanya dengan menaip sahaja.

4. ice cream - nak BR. lama tak layan BR. lalu kat BR amik bau saja.

5. dominoes hot n spicy chicken wing - sluurrrrrrrrrpppp. hirup kuah pedas itu!!!!! panasss dan pedasssss

6. daging salai masak lemak cili padi

7. spaghetti goreng dengan shitake mushroom Puan Didi - oi, dah lama oi :P

Monday, November 22, 2010

Food Review : Fullhouse Lifestyle Store & Cafe


last night i was craving for salmon. 
and i went to Fullhouse Lifestyle Store & Cafe in Jalan Yap Kwan Seng. 
Saw this kedai last weekend. So decided to give it a try last nite.

Mood semalam tidak bagus, so tiada gambar ye kawan2. 
Cik Mosi keluar semalam dan mengkongker diri. Hahaha. Tetiba salahkan orang lain. :p

berbalik kepada Fullhouse, ada few outlet yang dah dibuka di area Lembah Kelang.
jangan confuse dengan Garden Lifestyle Store & Cafe k. Sebab konsepnya hampir sama. Rumah cantik yang dipenuhi benda2 chomel dan cantik. Antara outlet2 yang ada adalah di Ara Damansara, Sunway Pyramid and Sunway Giza. 

So what i had? Tentulah salmon. Tengah tak tentu hala, sebab perut lapar, masih gigih order Smoked Salmon Sandwich dan air Sea Coconut. Dia order longan. 

imej ihsan Google Image *pinjam*

sedap ok! memang dapat menghilangkan craving salmon. kalau korang jenis adventure makan, boleh lah datang kat Fullhouse ni. suasana yang sangat cantik, aman damai. makanan ok. pada aku ok lah. taktau la korang camne. makanan adalah western fusion. nice. 

kalau bermnat nak celebrate birthday ke, anniversary..tempat ni memang sesuai. cantik dan intimate gitu. parking tak perlu risau. sebab jockey style. bagi je kunci kereta dan diorang akan tolong park kan. tak perlu risau. habis makan leh amik balik kereta. 

kat sini aku tepek few pictures yang diambil dari Fullhouse Facebook Page. enjoy!






cantik kan???
salmon pun sedap! yummeh. tapi tak puas. siapa suruh makan sambil mintak kena marah. kan ke kena makan dengan linangan air mata. boo hoo. aa biarlah. hahaha. sambil mengenyangkan perut, sambil belajar la kan. ampun, tak buat lagi.

so, kepada yang nak try makanan dan nak rasa lepak di sini, boleh la ke outlet Fullhouse, Jalan Yap Kwan Seng. senang nak carik. berhadapan dengan Old Town White Coffee dan Tony Roma's. Untuk memudahkan,  aku letak nombor telefon untuk korang buat reservation k!

Fullhouse @ Jln Yap Kwan Seng
Tel: 03-21646466

Wednesday, August 25, 2010

berapa banyak lagu raya daaaa (dan duit raya free RM500)


hari ni, bukak je radio semasa nak ke pejabat terus dengar suara Faizal Ismail dan AG (Hot.fm). Dia kata hari ni dah hari ke-15 kita semua. umat Islam berpuasa. So kalau nak dihitung da pun separuh perjalanan dalam bulan Ramadhan ni. Ayat sambungan diorang ialah "so dah bolehlah pasang lagu raya!!!".

Tadi pulak masa lunch hour merayap dengan jiran sebelah ni ke Alamanda untuk membeli dan mencuci mata, dalam kereta terdengar seorang pendengar yang ditanya "berapa kerap nak dikeudarakan lagu raya dalam satu2 tempoh?". Jawab si pendengar/pentelefon "dalam satu jam tu nak la dengar 5,6 lagu". Haiyaaaa. Kakak! 5,6 lagu cuba kira kalau dah satu lagu 5,6 minit? tak ke hampir keseluruhan jam itu dipenuhi dengan lagu raya??? tolak campur iklan yang super banyak la kan...

So, korang dah start dengar lagu raya ke?Saya tak pasang satu pun lagi. Tengok la. Lagi 2 minggu ke kan...Baru aaa keterujaan itu melampau2 nak raya. Hahahaha. Skang ni dengar zikir dan alunan al-quran je. Radio pun sikit2 dengar selepas bosan dengan CD Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza tu 15 kali pusing dah. Bukan apa, bagi bersih rohani skit. Lepas raya sok, bukak la balik Justin Bieber. :P

Tadi pulak baru balik attend meeting jamuan raya. Bincang pasal menu. Alahai...tak keruan saya dibuatnya...

Ahahahaha. Tetiba merapik di tengah hari.
Hari ni kirim kat Mak nasi beriani. mahu ayam dan acara timun. Wuwuwuwu.

Oh! Nasi Kandar Kayu.............. 

ok. dah habis bebel. bye.


* edited: Pegawai kerajaan dapat duit raya RM500. Alhamdulillah....(klik sini)


Wednesday, August 18, 2010

perot meletop

salam and morning.
arrgh  pagi ni baru sempat update belog.
semalam pemalas lipas (peej, pinjam ayat kau!) nak update setelah pulang dari berbuka.
ye, berbuka di luar buat pertama kalinya. hiks. saya tak berapa gemar nak berbuka kat luar.
saya suka berbuka di rumah. ada la beberapa sebab. :)

anyways. mari cerita pasal iftar semalam.
kami plan dari last week nak berbuka. DK telah keluar dengan idea nak berbuka kat Chakri Ekspress, Alamanda. dia terus booked dan kami hanya bersedia dengan duit dan perut je.


Gerak ke Alamanda dengan Qilah jam 6.45. Tak ramai orang pun lagi. Sementara menunggu waktu berbuka dan semua orang lain sampai, saya sempat main2 ngan budak chomel dalam gambar kat atas tu. Dia pandai cakap "Apa tu..apa tu" Super chomel. tapi bila orang da start makan, dia jerit minta dukung kat parents dia. huhu itu tak chomel :P. Dalam jam 710, kesemua tujuh orang yang join dah datang. 


Lima minit (dalam 7.20ptg) inilah rupanya meja kami. Makanan diambil berdasarkan lauk2 yang ada. Dan kami ambil nasi seorang satu pinggan. bukan semua pun yang makan nasi.diet. :P. Gambar di bawah menunjukkan pinggan yours truly. hiks. Saya ambil nasi (banyak wooo), dua keping famosa dan somtam! woot! mengenang kembali kenangan di Bangkok. :). Dan uhhhh Tab Tim Krob itu menggiurkan sungguh!!!!! hihi



.

Ini wajah sebelum berbuka bersama Puan Qilah. Haha. Terasa tak berapa nak senonoh. Macam makan berdua dengan lauk yang boleh jemput 15 orang makan. Oh, perlu dimaklumkan. semuanya habis ye. LICIN. kami tak bazirkan sedikit pun. tak baik ye membazir. lebih2 lagi bulan puasa. Anyways, thanks so much untuk semua yang join. TM, DK, Aqilah, Aja, Shah and Hidhir. Lain kali InsyaAllah ada lagi.

kalau berminat, sila ke Chakri Ekspress ok.
RM43/pax. Ada macam2 makanan Malaysia, Thai. Sate, Ikan Bakar, Tom Yam.
Saya paling suka adalah desserts. yums!!!

sorry buat kamu semua terliur. huhu.
dah dah. gi klik butang X tu. :)

p/s: hari ni warehouse metrojaya kat PICC. erm. macam menarik nak pegi tapi takut ramai orang. sure ramai kan. tgklah. jenguk kejap ke masa lunch jap g.

xoxo

Monday, August 16, 2010

Food Review : Bubba Gump Shrimp Co.



My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."


Anyway, like I was sayin', shrimp is the fruit of the sea. You can barbecue it, boil it, broil it, bake it, saute it. Dey's uh, shrimp-kabobs, shrimp creole, shrimp gumbo. Pan fried, deep fried, stir-fried. There's pineapple shrimp, lemon shrimp, coconut shrimp, pepper shrimp, shrimp soup, shrimp stew, shrimp salad, shrimp and potatoes, shrimp burger, shrimp sandwich. That- that's about it.




Have you ever heard those quotes? yerp! those are from Forrest Gump movie. Ala yang cerita Tom Hanks jadi budak (sampai dewasa) namanya Forrest Gump. Dia cam ala2 wimpy la. Kaki takleh nak lurus sangat. Quote yang paling popular dalam cerita tu adalah "Run, Forrest, run". Ingat? huk, tak jugak? ok. baca kat sini dan sini. Trailer dia kat sini. :p


Ini adalah entry aktiviti yang telah lapuk ye. Mana taknya. Sesi makannya adalah pada malam sebelum Um Liyana bertunang. 3 minggu uols. satu minggu lagi hold, dah jadi sebulan. Oh, kena ingatkan (dah 3 para baru nak ingatkan) yang ini adalah entry bergambar yang penuh dengan makanan. Harap2 ia tak mengurangkan pahala puasa korang kalau korang baca entry ini di siang hari ok. Sila bertahan ;)


Sesi ini dijalankan atas perjanjian antara kami berdua. My treat to Didi was way before. Kat Sushi King je. And she asked me to pick the place, and the result is Bubba Gump. I know i promise someone to try Bubba Gump with him. Sorry la. Next time k. :) Yes, this is my first time makan di Bubba Gump dan Didi pulak untuk kesekian kalinya. Kali ke-400 kan Dids? LOL


we opted for Sunway Pyramid (SP) branch instead on The Curve. sebab nearer. adn yang berbezanya branch Bubba Gump di The Curve dan Sunway Pyramid ialah Bubba Gump SP adalah berada di luar bangunan SP itu sendiri. so cam comel je cinoni di luar.


and malam itu, saya merasmikan Q** 1010 yang masih berbau kedai. kitorang punya la pemalas nak cari parking (Jumaat malam ok, kereta banyak), kami park kereta guna valet je. hahahaha. tambah plak lapar gila. tak mahal pun. dalam RM10 kan dids? so bila dah sexcited terus masuk dalam dan pilih seat. booth penuh. so kitorang duduk kat tepi bar tu je. awek dalam gambar di bawah ni memang layan kami bagus punya. dari cari tempat hinggalah ke order makanan. 




alamak, nama dia apa eh. lupa. cik waiter sedang explain penggunaan signboard di atas meja. kalau kita nak apa2 service dari mereka, tunjukkan yang kaler merah tulis "Stop Forrest Stop". kalau takde apa2, just tunjukkan kaler biru "Run Forrest Run". saya suka sangat dengan waiter2 kat restoren camni. sangat helpful. sama jugak macam kat Tony Roma's, TGIF, Chillis, Manhattan Fish Market dan banyak lagi. Informative and very friendly. Tu belum masuk kalau celebrate birthday!



lepas order, kami cam-whoring sebentar. amik gambar dengan segala benda mak nenek yang ada atas meja. ada bucket, ping pong bat beverages menu dan lelain. dua-dua dah lapar. hahaha

 
my air (right) Jenny's Favourite - if i'm not mistaken and didi slurping her Run Forrest Run


  
afraid that we cannot finished everything we ordered, we played it safe that night by ordering a you-can-finish-it-off-without-feeling-guilty-or-bloated appertizer. Apa nama dia eh...erm..Cajun Shrimp, yerp! very nice. the shrimp? ooo la la..

 
manusia yang kelaparan apabila dapat makanan, dia akan endure perasaan itu dan makan dengan nikmatnya. termasuk la yours truly. dapat je Mama Gump's Lamb Rack (it's baby lamb rack ok) terus layan dengar nikmat. at first glance i was underestimate the size of then rack.but mind you, kalau perut kecik tak payah belagak ye. hahaha. memang tak habis. ada tinggal tiny bit of the daging pada rack terakhir, saya mengalah. 

di sebelah kanan adalah makanan didi.  Barbeque Beef Back Ribs with fries and a cute coleslaw.dia berjaya habis kan semua ok. trust me. she did.:P

kami settle down dengan menyandar di kerusi. berat perut untuk bangun dan berjalan. a very nice dinnerdate with Didi. hope we'll going for another one soon (after raya la kan). Hahaha. oh we didn't settled that nite with just the dinner. we had another Grande Caramel Frapp at Starbucks and head to Um's for her engagement preparation later. 



overall it was a very nice experience. with a very good service. superbly nice place and a good food, i recommend u to go and have the experience like me. bukan selalu pun. hihihi. ok. tu je. just go and try. i will put in the smell of the foods if i could, but cannot lar.


hahaha. ok then!
have fun dan selamat berpuasa. 


*sila keringkan airliur anda sebelum orang lain perasan. hahahaha







Tuesday, July 27, 2010

Lepak Session at The Apartment

hoho. ini cerita tok kaduk. berzaman sudah.
anyways. nak jugak hapdet! :P

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Tempat : The Apartment, The Curve

SG Girls selepas dari E Day Cik Maria tempoh hari agak lagi tak jumpa. So kami decide nak melepak. Sempat celebrate belated birthday Ina dan hubby. Center of attention hari itu tentulah si hensem Rif Rafel. hiks.

Anyways. malas nak cerita panjang. Tengok gambar je k.

pavlova yang meletop macam mr.lova lova

cik single dan bakal pengantin hujung minggu ini

bakal pengantin 2011 dan si hensem!

<3

tu je lah. gambar lain semuanya dalam FB. i miss my girls. weekend ni diorang berkumpul tanpa aku untuk Has nikah dan majlisnya hari Sabtu. Saya tiada kerana ke luar negara pada tarikh itu. Huk. Sedih. Anyways, Selamat Pengantin Baru (in advance) Has dan Syafiq! Semoga berkekalan ke anak cucu dan hingga akhir hayat. 

Rafel says "adios peeps"

later!
xoxo



Thursday, July 22, 2010

sick

semalam jam 3 telah gerak dari office.
ada kerja emceeing di PICC so kena buat rehearsal.
rehearse sangatlah. dua baris je, terus DWH kata "you all dah biasa. takyah aa baca semua"
wakakaka. memang super cool itu lady boss! Encik Said dan saya bincang sedikit berkenaan skrip dan buat pindaan seadanya (sebenarnya Said je yang edit banyak benda. i ikut saja. :P). Jam 5.30 petang kami balik untuk bersiap kerana jam 7 dah kena ada di PICC.

Balik rumah mahu siap2. After mandi rasa lain macam. Sakit kepala yang hampir nak pitam. Terduduk di gigi katil dan baring sekejap. Hampir nak call Urus Setia mintak carik back up. Last2 ku gagah kan diri ini untuk bangun dan meneruskan hidup bersiap dan ke PICC.  Cepat2 gi isi perut di restoran yang menghidangkan hidangan untuk Urus Setia. Serius weng!!! Masuk sahaja ke dewan dah rasa ok sikit. Sekejap je. Event semalam adalah sesimple event. Very short but sweet. Sweet kah? Hahaha. Makanan??? Western! I thought we'll be having Chinese Course tapi rupanya tahun ni bertukar. What i had??

1. Classic Caesar Salad (with beef bacon bits, grated parmesan and smoked salmon - which is awesome!!)
2. Wild Mushroom Soup (with bread and butter)
3. Grilled Beef Sirloin (with vege and roasted potato)
4. Apple Pie With Vanilla Ice Cream (and glaced walnuts and strawberry sauce - a bit too sweet for me)

Dan pagi ini bangun dengan badan yang tidak sedap, kepala yang sakit dan tekak yang loya. Aduhai. Makan banyak kot! Esok nak travel. Sabtu kenduri. Ahad nak packing. Isnin dan Selasa kerja bersungguh2. Rabu travel lagi. Waaa tak mahu demam. 

Ok. stop sini ye. Nak makan paracetamol dan ubat selesema. 
Daaaa. Till we meet again. Later saya tulis lagi!

xoxo

Monday, July 19, 2010

weekend yang penuh

serius penuh ok.
dari jumaat malam hinggalah ke ahad malam.
start dengan dinner di Bubba Gump (review nanti ok!), persiapan majlis pertunangan Geng!, majlisnya itself dan movie date sebentar tadi (review pun later ok!).

had so much fun with my girls.doing girls thing. apepon, saya akan update sikit2. banyak nak cerita ni. banyak juga cerita pending. huarghhh. ngantok...tipu sebenarnya nak paksa tido sebab tadi masa tengok movie secawan cappucino pekat dah ditelan.

saya tinggalkan korang dengan sneak preview update later!!!! hahaha. poyo! :P








ok nite,
ngantok. 




Tuesday, May 4, 2010

Jalan sambil Kerja

di Penang!!!

ini berlaku last month. minggu ke 2 bulan April.
saya ke sana atas urusan kerja.
ceramah patutnya hari Sabtu. saya ke sana Jumaat. sebab malas lepak office. boleh?
saya bercuti lah. hahaha.

so, flight KL-Penang sampai betul2 sore khamis itu dan seperti biasa, benda pertama kalau sampai di Penang adalah Nasi Kandar. haha. itu wajib ye. dan ianya perlu dinikmati di Kayu Original!

ini merupakan trip ke-2 untuk tahun 2010 ni. first masa Geng! Trip tempoh hari. (entry itu di sini).
apa saya buat kat Penang? erm. macam2. banyak yang boleh dioffer oleh pulau chomel itu.
so apa yang saya buat? hehehe. takde apa pun besides makan dan merayap dan borong dvd haram.



  1. Layan Seoul Garden di Mid Valley. Review? erm. first time. saya bagi 4 bintang. love, love, love the bbq. especially daging black pepper dan teriyaki chicken. yums. nak pegi lagi. anyone??
  2. Lepas makan, perut buncit kita mesti ke City Hall. ramai la orang. so kami decide untuk jenjalan kat area tu. niat di hati nak layan orchestra Sekolah Cina kat City Hall tapi kami terlewat la pulak. sampai dah pun habis. lagipun kena beli tiket. terus sambung perjalanan untuk exercise lepas makan di area Mahkamah Pulau Pinang itu.
  3. Bilik tempat berehat. Kali ni Urus Setia tempatkan kursus di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. very naise place. untuk ada kursus, untuk tido. rate pun tak tinggi. hanya RM90/nite kalau tak silap. 
  4. usah ditanya ini apa. hahaha. ini adalah semasa di Perodua Service Centre. 
  5. Jeti ke Pulau Jerejak. Mahu menghabiskan duit untuk dinner di sana. ratenya hanya RM 35/pax. apakan daya. fully booked untuk hari itu. tidak jadi.
  6. Teh Tarik di tepi pantai. sebab tak jadi pegi Jerejak, lepak tepi tu je la. layan blues tepi pantai. tengok orang menjala. 
  7. Pari masak pedas. sedap kau. nasib baik tak berapa nak elok cuaca petang itu. ini di area Queensbay. memang mejanya betul2 di gigi air. al-kisah, sedang makan, hujan terus menderu. terus bangun dan bayar.
  8. Starbucks@e-Gate. my favourite place. sebab ada semua kedai makan yang best. Secret Recipe, Sushi King, Tao Japanese Buffet, Starbucks dan lenlain. kira semua ada. parking pun senang. tak perlu masuk shopping kompleks. me likey!
see. betulkan. di Penang kerjanya makan dan jalan je. memang gomok. 
ok. nak pegi Penang lagi.nak makan sedap dan jalan lagi. kita tunggu Puan Kopi meletup ye!


:D


Tuesday, April 27, 2010

Thursday, April 15, 2010

entry khas buat yang jauh di mata, dekat di hati

semalam kami (Geng!) layan dinner di Kelab Tasik Putrajaya. plan asal untuk tidak makan (thanks Didi!) bertukar dengan meng'order' set Cheese Naan dan Tandoori Ayam. amik gambar untuk tontonan Puan Suhana Azlin. :P. kami membuat beberapa perbincangan mengenai event2 yang bakal Geng! tempuhi. Max's plan, Wedding Cheche dan pengumuman paling sensasi dari pasangan sensasi. (biarlah itu diumumkan sendiri tuan punya badan). Oh! am so glad for both of you! mwahs!!!

untuk Puan Suhana Azlin yang berada di Aberdeen, Scotland. terimalah....

Roti Naan Cheese, Tandoori Ayam
(aku tau ko tak terliur sebab kat sana banyak Pakistani Restaurant)
tapi best woooo :P

Wajah2 Geng! - Lin, rindu tak??? :P
oh. yang besar tu gambar diorang bersama basikal Max.
(yang nampak cuma handle je)


dan keduanya untuk Puan Kopi....

balik malam semalam, saya buat kek.
khas buat Puan Kopi. yang berada jauh nun di Penang.
teringin nak Rainbow Cake kan babe.
malam ni aku sampai. lunch esok ko dah boleh makan kek ni!
or kalau nak lagi cepat, malam ni. hik hik.

tiada warna merah. kerana mau cepat semalam tergrab warna oren. 
: D

p/s: Kiki!!!! i bukan perasan pandai. i am a good baker!!!! :P