Thursday, April 8, 2010

Road Trip Review : Geng! ke Penang



hey all.
ingatkah kengkawan saya bitau haritu saya ke Penang dengan Geng!
kami plan trip ni dalam tempoh dua bulan kot. on and off plan reramai dalam email.
mulanya plan nak naik tren, sewa kereta. 
tapi memandangkan banyak kekangan kalau naik tren, kami decide untuk bawak 2 kereta.
ahli Geng! yang join this trip adalah Didi & hubby, Min, Um & Mila dan yours truly.

initially kami nak gerak Sabtu jam 7 pagi tetapi atas idea gila saya untuk gerak awal dan sampai seawal pagi di Penang. dan Didi nak lihat sunrise dan nak mengcapture saat itu dengan panorama PNS beliau. :D

so, Jumaat malam usai saya bermain boling dengan officemates di Alamanda, terus gerak ke rumah Min. lena si Um, Mila dan Min tido. masa sampai Mila dah layu je atas sofa. yang dua orang diulit mimpi indah dalam bilik. saya layan tv ngan Mila (dia tido!) dan sudahnya jam 2 tak larat dah terus masuk bilik dan tido.

kul 3 tepat handphone bunyi dan dua2 bangun. tepat 3.30 kitorang dah ada kat bawah rumah. tunggu Didi dan hubbynya. jam 4 kami gerak. memang sungguh sejuk. naik kereta Mila (yang leather seat, tak best! sebabnya asik melorot je licin) dan kereta Min mengisi Um, Mila dan Min.



kami berhenti rehat untuk solat di Hentian Sg Perak. surau dia best!! open air.

lepas meneruskan perjalanan, kami masuk ke bahagian tengah Jambatan Pulau Pinang tepat jam 7.56 pagi. memang cuaca sangat mendamaikan. perut pun dah lapar, masing-masing memang agak high dengan ketidakcukupan tidur dan terlalu banyak kopi. 

terus ke Kayu Original for breakfast dan gerak ke Chowrasta untuk aktiviti membeli belah pertama. iaitu jeruk. lepas tu kami ke tingkat atas Pasar Chowrasta untuk melihat2 kedai buku terpakai yang memang olskool dan menarik. walaupun kami mabuk buku kat situ, sampai jatuh2 buku2 yang banyak tu. dah boring, kami buat plan untuk terus check-in di hotel B Suite. janji untuk turun jam 2.00 petang, kami habiskan masa dalam 2 jam jugak untuk tido dan rehat. ye lah. semalaman kat atas highway. apatah lagi encik2 driver itu kan!

  


bangun je, terus carik makan. perut pun dah nyanyi2 lagu boria. apalagi, ke Kayu sekali lagi untuk layan Nasik Kandar! wuhuuuuuuuuuuuuuuuu. empat bulan tidak makan nasik kandar ye!! heaven on earth. tambah plak ada sambal cili kering tuh. woot! woot!



kami kemudiannya bergerak ke Batu Feringghi. sambil2 saya sesat barat tu, banyak jugak lah tempat yang di lalui. paling penting, pulau tikus, jelutong tak pernah tak lalu. hahahaha. carik cendol tak jumpa. nak try jugak takut sesat teruk. last2 kami terus ke Feringghi. Hard Rock Hotel to be exact.

what do you expect? international hotel k. super nice. both interior dan exterior. i minat dengan 'my first hard rock shirt' tu, tapi memandangkan harganya boleh beli dvd dalam 25 keping, saya abaikan aje. and my favourite shirt adalah t-shirt John Lennon! lain kali pegi mesti sambar saya. (ingat tu ye, awak!)

  


kami apa lagi. terus la pose sana sini. siap pakcik guard tu kata, amik je gambar. nak lompat ke apa ke. kat dalam lagi cantik! hehehe. cool sungguh pakcik itu!



oh. saya dipaksa rela naik kuda ngan Didi. oh. cukuplah sekali tu. takmau dah. sakit kelengkang ni mengikut kuda itu bergeduk-geduk. dah la tinggi, bawah jauh plak tu. hujung ke hujung. huhu. takpe2. at least dapat aku mengepoh dengan seorang model aka pelakon Tari Tirana tu bermandi-manda dengan gf dia yang super cun tu! hehehe. eh chup. dia berlakon Tari Tirana kot. ntah lah. tatau!

elok2 kami amik gmbr ngan MJ yang super white kat luar Hard Rock Cafe tu, hujan dah mula menitik. terus start kereta dan jalan ke area night market Feringghi. semua pakat nak masuk urut2. tapi end up yang berurut cuma Min dan Um. kami berempat cuma membuat rendaman kaki di Fish Spa.



memang syiok. kedai tu cute je. kecik. tapi super cozy. memang boleh terlelap lah! kalau tak kerana takut termasuk dalam kolam tu, tahankan je mata ini. yang penggeli, memang sakit perut gelakkan diorang. cuma aku dan Mila je yang ala2 ok from the start. yang lain??? tengok gambar sendiri lah k. hahahaha



kami plan nak rendam kaki cuma 30 minit. tapi apakan daya, hujan ribut di luar itu memaksa kami merendam kaki lebih kurang sejam lebih tanpa bayaran tambahan. thank you uncle tauke! hehe.



hampir jam 8 baru kami gerak keluar dan terus ke night market. sila teka gerai apakah yang dituju??? jeng jeng jeng. mestilah gerai DVD haram. hahaha. total wallet pecah (untuk DVD saja) - Um RM 88, Didi RM 88, Min dan aku RM 80 kot. haha 'ong' nombor tu! hik hik. punyalah lama menelek DVD hinggakan Mila yang hensem seperti seorang bakal KSN itu pun orang ingat penjual dvd. hahahaha. kesian Mila! ada je benda lain aku beli. contoh nya key chain sepasang dengan Didi dan gelang tuk mak. 

kemudian memasing dah sakit kepala sebab kena hujan dan kelaparan. malam itu berlaku sesat menyesat oleh aku! sorry kengkawan. hahaha. kami sesat tatkala mencari Sany Char Kuey Tiaw. tempatnya senang gila. betul2 kat simpang Tokong Ular. entah kenapa first round tu tak jumpa pun i taktau. hahaha.tapi alhamdulillah. super yums char kuey tiaw di situ. me ordered Special with lotsa kerang, kurangkan udang. hehehe. argh. masih terngiang2 dan terasa-rasa lagi char kuey tiaw Sany! next week la plak!!!

oh. gambar time makan2 memang nan ado. sebab masa makan2 lebih selesa guna kamera Didi. segan nak bawah kamera besar2. perasan sangat bukan orang Penang. hik hik. lepas perut kenyang dan drama sebabak (kat TV3) yang menyebabkan kami open table sesi kutuk mengutuk. hahaha. maaflah produser. 

kami sampai di hotel lebih kurang jam 10 dan memasing tanpa perlu arahan terus mandi dan kedebom! zzzz. the next morning, at 8 kami check out dan breakfast sebelum pulang ke Putrajaya. 

overall trip kali ni best. walaupun banyak tempat yang tak dapat nak pegi. :D takpe. me still (and will always) love Penang! super duper love. 

next? maybe ke Selatan. erm....tak payah dok hotel. duk umah Um je. hahahaha. tunggu Lin balik dan kemudian kita boleh berjimba dan mengupas detik2 di UTM zaman tok kadok. hahaha.

ok dah.
bye

p/s : gambar selebihnya di Facebook k! :D




5 comments:

Melissa said...

Looks like you had so much fun !

P/S: Sis, you have been tagged. No obligations ye. :)

ami wafa said...

ye, saya sgt enjoy trip ni walaupun mcm kejap sgt dan letih sbb x cukup tido, aktiviti terus menerus, kene ujan, sesat cari char kuay tiow sedap yg selak udang baru jumpa kuay tiow.

balik terus layan angels and demon sambil tertido2 half way thru haha. cik um lagi best, balik umah tido dari kul 6pm smpi kul 7am esoknya baru bgn.

dvd milestone saya setakat mlm tadi: angels and demon, greys anatomy season 6 part 2, chuck season 3 part 1.

sky said...

switakon, tgn u nmpak berotot mase buat aksi 'peace' dlm kete tu (pic 1)..hehe..

suhana azlin said...

sedapnya char kuey teow selak udang br jumpa mee...huhu..

kalau dpt gi jb wajib makan mee rebus tulang kt area blakang bukit serene okeh! nyum nyumm...

thesweetlittlecat said...

ade ke mata aku makin rabun? kerana aku nampak um cm makan chumel and didi cam 'chumel seorg ibu'?