Monday, August 24, 2009

macam-macam ragam bulan puasa ;)


hai korang! sihat lagi ker? maksudnya korang puasa lagi tak? hihi
saya kat opis ni oklah. walaupun sempat melelapkan mata dalam 10 minit atas kerusi office sehinggakan tengkuk dan belakang belikat ni dah jadi tense. huhu i need a massage lah.

tadi baru je call mak, untuk tanya berbuka hari ni juadahnya apa. snippet conversation kami di bawah:

Ahkon : Mak, wat pe?
Mak : La..keje lah.
Ahkon : hehehe nak tanya. berbuka makan ape?
Mak : Nak singgah kat Serdang beli lauk je.
Ahkon : Orang teringin lah.
Mak : Ko nak ape?
Ahkon : Macam nak makan sambal sardin pedas + sayur kacang buncis goreng.
Mak : Hahahahaha (Gelak gila-gila macam icon YM yag gelak guling2)
Ahkon : La..betullah. orang teringin la. nak makan ngan nasik panas campur kicap skit. buat eh.
Mak : Tengok lah. kalau sempat. tapi kacang buncis takde. kacang panjang adalah.
Ahkon : haaa okey2. mak buat kacang panjang ngan telur! yeay. bye.

Haaa boleh? Mak aku bantai gelak aku nak makan sardin. huhuhuhuhu sedey la :P
InsyaAllah. harap2 mak buat! hehe

Semalam pulak. Ada seorang yang baik hati telah membelikan samosa sebanyak RM10. sedap sungguh samosa tu. cuma balutannya mungkin agak tebal, so bila dah sejuk jadi liat. Masa baru bawak naik tu, mak jenguk dalam plastik. Conversation kami seperti di bawah:

Mak : Eh tie, banyak nyer A Famosa ni. siapa beli?
Ahkon : Hah? A Famosa ape?
Mak : Ni, sebungkus A Famosa ni. sapa nak makan.
Ahkon : (aku dah mula faham) Laaaaa. Samosa la mak. Orang ingatkan A Famosa manalah tadi.
Mak : Ha apa2 je lah. sama je bunyi. ko paham gak.
Ahkon : (sengeh je)

Sampai sudah benda tu disebut famosa. layankan je. hihi.
Mak aku bab2 perkataan dan koordinasi ayat ni kadang2 ke laut skit. tapi takpe. Mak Chumel!!!! I Love U Mak! nak sambal sardin tau!!!

ok korang.
selamat ke PARAM. jangan tamak beli juadah. nanti tak habis.







6 comments:

icedcham said...

okey.. bab a'famosa tu serius lawak.. gelak berair mata dah ni.. haha.. sorry sis, but your mom sangat chumel.. haha :)

ami wafa said...

aku gelak mcm org giler baca insiden 'a famosa' tu hahahahaha!!!! siyes, memang betul2icon smiley gelak guling2!

acik syikin ni memang rawk!!

princess~syeena said...

Babe,

smlm aku baru b'buka lauk sambal sardin dgn nasi panas plus telur dadar...meletopsss..a simple dish yet delicious kn...

ari ni, dh teringin nak pegi cari roti jala jauh nun di Shah Alam...

Mama Mya said...

muahaha...lawak2..

beb, aku pun nk gi urut la...
dpt urut tengkuk kejap pun jadik la huhu..jom gi reborn alamanda nk?

Mursapap said...

Sardin adalah makanan tatkala tiada makanan lain yang boleh dimasak maka sardin adalah the last resort.

Tp sodaplan bila makan dgn kicap letak kat nasi. Semalam breakfast jam 9pagi makan benda sama.. Tak pose kan..

adzsha said...

masa tgh pantang i bgtau hubby nk mkn sambal sardin dgn telur dadar after abis pantang huhuhu..byk2 mknan itu yg aku teringin hehe