Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430

rata-rata semua orang mesti 'inbox' handphone masing-masing penuh dengan sms ucapan selamat menyambut ramadhan. ahkon pun dapat banyak sms. ada bentuk gambar, ada bentuk pantun, tak kurang jugak interactive sms dengan mercun dan sebagainya.

apa yang pasti, sekali lagi kunjungan Ramadhan bulan mulia menjenguk kita. kalau di akhir Ramadhan yang lalu, kita asyik memikirkan sempat lagi kah kita bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, nah. sekarang memang kita sedang hampir menamatkan sehari puasa kita untuk Ramadhan 1430H.

hari ini bermula dengan cuaca sejuk dan nyaman. di Putrajaya sedari jam 1 pagi lagi hujan renyai2 dah turun. dan berlanjutan hingga ke petang ni. Alhamdulillah, hari pertama berpuasa kita dikurniakan dengan rahmat dari Allah s.w.t. hari ini ahkon takda plan nk ke Param membeli belah atau menjamu mata dengan makanan2 menarik kat sana. hehehe. nanti lah sebenarnya tunggu min balik. so apapun, makanan dah siap terhidang atas meja tu, tengah tunggu dua orang kakakku datang. oh ye, hari ni mak masak Asam Pedas Ikan Pari, Daging Kicap, Ayam Madu dan apa lagi tah. lapar plak aaa.

ok korang Selamat Berbuka!!!! ari ni jangan lupa semayang terawih!!!!!!!!!!!!!!!


No comments: