Tuesday, December 22, 2009

kisah 7 tahun di wrap up ke 2 hari


(entry ini khas buat pengantin baru, my SG Girl, Puan Zuraida Mansor)

awal pagi. jam 6.10 saya dah call pengantin untuk bangun. dia sempat sms jam 2.47 pagi memaklumkan yang dia baru nak tido sebab tunggu pelamin siap. mandi, mekap sikit, minum secawan kopi saya terus gerak ke Sri Gombak. lebih kurang jam masa tu pukul 7.30 pagi. kalau ikutkan boleh je nak g lewat sikit tapi tanak lepaskan peluang capture moments masa mekap. nikah mula jam 9.00 pagi. jalan tak jem. semua orang bercuti sempena Maal Hijrah. so i've decided nak ikut MRR2 dan bila sampai di persimpangan Bandar Tun Razak, teringat yang Encik FK juga turut akan bernikah pada hari yang sama. so sambil memandu saya call guna loudspeaker ye FK kejap. borak2 dalam 15 minit, say gud luck kat dia and wish him congrats. lepas letak telefon, aku berperasaan sekejap. hahaha. ye lah. sorang demi sorang kahwin kan. dalam hati mula lah terdetik, kalau aku terima dia dulu, aku dah kahwin pun. hahahahaha.

so sampai di Sri Gombak jam 8.15 pagi. terus ke rumah Zurai. dari jauh dah nampak orang ramai bawah khemah. semua tengah berkemas2 apa yang patut. terus menuju ke tingkat atas and masa tu makcik tu baru nak siap. Wadi yang mekapkan dia. Wadi jugak jurumekap untuk Wedding Ina dulu. sambil2 aku menyibuk selit2 amik gambar, dah ramai photog sebenarnya. dari JanggutTouch.






mula2 aku dah janji dengan Ina, perempuan mengandung tu untuk jumpa kat Masjid kul 8.30 tapi Zurai paksa aku tunggu dia sebab takde sapa nak teman pengantin. huhu. takpelah. member punya pasal. Ina bising lah sebab aku lambat. tapi Zurai tolong kaverkan. hahahaha.sampai je kat Masjid, terus aku dapatkan perempuan2 itu. semua dah tunggu kat Masjid. masa yang sama, ada satu pasangan lagi yang bernikah di dewan yang sama. amik berkat hari Jumaat dan Maal Hijrah kan. hihi.






so ada dua families dalam dewan yang sama. sikit tak best ialah kitorang tak dengar pape pun. dari khutbah ke lafaz akad nikah hinggalah habis. hahaha. sebab banyak budak2 kecik nanges2 huhu. Zurai dah pesan, 'Babe, kang bila diorang sebut je sah, bagi tisu cepat2...nanti aku nak nanges punya.' nangis ape? hahaha. sebab tak dengar apa pun. :P

pas dah settle nikah tu, pengantin lelaki naik atas untuk solat sunat dan after pasangan lagi satu tu settle sesi batal air semayang baru lah Zurai dan Basiq dapat settlekan diorang punya plak. oh, lupa bitau. pasangan satu lagi tu adalah junior kami semua di Hillcrest. dan geng photog diorang ialah junior2 jugak. halim kot jadi otai dia.






kami pun apa lagi, snap sana. snap sini. posing la kan. kawan dah selamat. yang kita ni tah bila2. haha. berita paling mengejut dan menggembirakan ialah Has bakal mendirikan rumah tangga next year. bertunang bulan Februari and Nikahnya bulan Jun. :)







usai majlis di Masjid, kami bergerak pulang ke Jalan 10/10 untuk acara makan2. hahaha. nak dekat kul 12, aku balik rumah. ngantok. tapi tak balik dan tido pun, kena bawak mak g Alamanda. malamnye, ada celebration birthday si Akeem yang ke-6 kat Restoran Saba', Cyberjaya. (update yang ni next entry).

next day, Sabtu. jam 9.30 pagi aku gerak. kali ni terus ke rumah mak buyong, Ina untuk make up kan dia dulu before g kenduri. lebih kurang 1030 kitorang gerak dari Bolton ke Sri Gombak. berapa minit je pun. tak sampai 5 minit. sampai2 Zurai ajak breakfast dulu. aku tak lalu makan, tapi mak buyong layan nasi lemak sebungkus and satu tupperware kuih bakar :P.

lepas kami puas melepak dengan sangat lama dalam bilik pengantin, bermula lah episod Zurai cuak. nak bersanding. takut itu, takut ni. hahaha. aku layan gelak je la. amik gambar lagi dan lagi.























sebenarnya kami pakai baju sama-sama tu cuma duduk kat red carper je. pastu bila pengantin dah bersanding, baik punya empat2 orang g melantak. hahaha. aze lagi lah. dia bukan bleh tak makan or makan lambat. Zurai and Basiq bermandikan peluh, kami syiok makan dengan mak Aini. dia kenalkan kitorang kat mak dia and bitau Ina lah yang dah kawin tu. tetiba mak Aini pandang aku, 'ko mengandung berapa bulan?' hahahaha. aku ngan muka blur cam terus tunjuk perut Ina. dan cakap 'Acik, ni perutnya. saya belum kawin.' hahahaha. semua pun senyum sumbing. makcik sebelah mak Aini semangat plak bila Aini kata aku kerja peeteedee. banyak la Q&A berlaku selepas itu. huhu.

paling best, aku tinggalkan kamera kat dalam bilik pengantin so gambar berarak dan gambar bersanding aku takde langsung. hahaha. bila pengantin dah start makan baru aku hegeh naik atas amik kamera lam bilik.



sambil2 kat dalam khemah tu ramai la yang kitorang jumpa. kawan2 sekolah, kawan2 matrixs aku (Nahar, Along, Suhaila ngan baby and lagi sorang aku lupa nama - keji!). semua cam kata kat Zurai, akhirnya ko ngan Basiq jugak! hahaha ye lah. kenal masa matrixs kan. berchenta tu a year after kot. 7 tahun babe. diorang sempat tanya aku nape tak ngan Jai (x-bf aku la). aku jawab takde jodoh.

last sekali dah nak dekat 4.30 petang, lepas amik2 gambar semua, anak si Ina pun dah puas menendang2 perut dia, kitorang mintak diri.. salam2 semua orang dan terus gerak. gila penat. Jalan Kuching jammed nak mati plak petang tu. aku fobia gila bawak kereta bumper-to-bumper ni. rasa nak belanggar je. huhuhu. kul 5.45 sampai rumah and layan tv.

itu jelah cerita hari kahwin Zurai & Basiq. this week kat Melaka plak. depan umah Mak Noriah je. tapi sebab aku nak pegi Wedding Ice kat Linggi, maybe aku tak g majlid bertandang Zurai ni.

Buat Zurai dan Basiq (dah ucap bebanyak kali dah) - Selamat Pengantin Baru. semoga kekal ke akhir hayat k.

oklah. aku nak mandi. g opis. gila kau! dah kul 7. bai!!!!


7 comments:

hade said...

ahkon,

nak ikutt ahkon g kawin..makan free nasik minyak..nyam3..

tahniah ZUrai & Basiq...semoga kekal ke anak cucu..!!

hade said...

ahkon,

mybe Allah x temukan lagi u dengan jodoh u yg sebenarnya,

"Laki2 yang baik adalah untuk perempuan2 yg baik.."

cuma perlu usaha, bukakan hati u dgn jujur and bertawakkal..

manusia merancang, Tuhan tentukan..

take care cik ahkon,

zaha said...

bila nak tag dengan CP? hehehe...

swit@kon said...

hade,

haha takyah ikut pun memang banyak jemputan kan. hahaha. singgah je

swit@kon said...

zaha,

erm. layak ke? hehehe. i hokey ;)

zaha said...

apa tak layaknye...as long as you have determination and passion kira ok la tueh~

heheh...

swit@kon said...

zaha,

kamera orang tak canggih cam geng CP :D