Tuesday, November 4, 2008

wonder pets!!!!

.
.
mula mengenali cartoon ini ketika aqeem kepoh menyanyikan lagu 'Wonder Pets' kat umah. Kak Long (mama dia) pun hapal. tak kose. mula2 dengar macam nak lempang. tadi sebelum datang opis, nak iron tudung terbukak TV9. baru start cerita ni. chomel gila. cuba korang dengar. kalau lah budak yang menyanyi tu ade depan aku. aku da geget dia.
ni versi Melayu. klik sini.

kalau korang nak dengar yang English Version, klik sini.

lalala.

telefon, telefon berbunyi. hahahaha
apa yang penting..kerjasama hahahaha tak tahan tak tahan
.

no, the orange juice!

.
Bila sendirian terbayang wajahmu
Bila kerinduan terasa cintamu
Bila keresahan inginku dibelai
Sepenuh kasih dan sayang...
.
that was aired on my radio on my way to the office. fuhh. badanku letih. semalam habis lecture (wah, terlebih sudah!lecture...tak tahan..) kul 1030pm. supper untuk pelatih2 tu adalah roti canai. nak tanak kena la jamah sikit. around 1130 baru gerak keluar dari pusat latihan and the host bawak saya ke restoren untuk menikmati makan malam. deng! makan malam? gemukla saya. antara yang diorder, tomyam campur, ayam masak kunyit, sayur, telur bungkus. banyak oke. total baru rm23!!!! ni yang buat rasa nak pindah luar KL je. hahaha. bilik hotel yang agak horror dan berbau lipas. ku tahankan aje. ye la satu malam. ape la nak kesah sangat. breakfast pun ala2 sedih.
.
touched down at KLIA exactly 1055 this morning. nak tau cerita kat lam plane? aha. i spilled my orange juice all over my slack and my hand! not because i'm clumsy oke. tadi turbulence teruk sangat. awan kumulatif yang merata2 di angkasa raya menyebabkan kapal terbang tu macam nak terhempas dah. cuba bayangkan sedang tuan-tuan dan puan-puan menikmati kekacang dan orange juice, tetiba cawan tu terpelanting dari tangan. hoho horror!
.
mabuk oke bila turbulence macam tu. ke hulu, ke hilir. sampai la ni pun cheq masih pening lalat. dan seorang pegawai awam yang gigih, saya ke office jam 3 ptg. dengan kepala yang berat dan takde hati sangat. ingatkan nak settlekan benda2 meeting. hampeh. bukan budak2 ni buat ape yang aku suruh semalam.. ;(
.
jap lagi nak balik. kepala pening. nak g nyanyi!!!!!!!!!!!! budak2 tu oke dah. erm kotak ijau ke ape eh....nanti aaa pikir. malas aaa skang.
.
buhbye lalings. love ya!
.
oh, satu rangkap lagi before i go...
.
Sukarnya untukku berpisah denganmu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Meronta hatiku menangis kernamu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Sehingga kulemas bila kau tiada di sisiku
Bawalah daku bersama denganmu
Dan janganlah engaku biar kusendiri
Dulu dan kini hingga selamanya
Engkaulah kesayanganku...
.
.

Monday, November 3, 2008

the most boring weekend, until...

.


.
nothing happened. hahaha.
.
just got back from monthly assembly with people of majestic building. terlalu panas, pening, kering tak berangin menyebabkan i lost my interest in what he said. sorry.
.


.
weekend ku berlalu amat pantas. seronok nya saya hari jumaat tak bermakna saya akan seronok juga pada hari sabtu dan ahad. sabtu pagi, breakfast di p8 dengan Min dan Fadh. makan nasik lemak dan minum nescafe. sampai kat rumah, naik lif, masa tu around 10 aku muntah. dalam lif okeh. eii yek keji sungguh. sepanjang sabtu takde buat ape2. around 12 start buat cupcakes dan sampaila ke pukul 5. sambung dengan tido dan hanya terkejut jam 7. malam layan tv ngan mak.
.
ahad, pagi2 aku terkejut sebab min kol ajak breakfast. um sangap kat umah. so kitorang ke Old Town White Coffee di Cyberjaya. i had french toast (soaking in oil and honey..wek) and cham coffee. ye tuan-tuan dann puan-puan. sekali lagi saya mengalami keloyaan akibat nescafe itu. aaa tak suka. now i know, i cannot take nescafe anymore. period!
.
usai breakfast, terus bersiap2. janji ngan my SG Clan nak sampai around 12. hahaha 1240 pm baru aku sampai san. korang, jangan marah k. skang yantie bawa kereta berhemah tau :p.
.
terus naik kereta Zurai dan kami berlima bertolak ke Rawang. sampai sama ngan rombongan pengantin. Amir and Wife memakai sepersalinan pink. sangat chomel. Ina yang da berpeluh2 dan chomot sangat kiut melayan bakal ibu mertua. hehehe. lama jugak kitorang menggila di rumah ina. pose sana sini. hahaha.
.


.

.

.
.
baju pun lencun, dalam kul 2 + kitorang gerak balik ke sri gombak. has buat kenduri parents nak naik haji. so kitorang sampai dalam kul 310 pm. aku tak larat makan. yang lain masih boleh masuk lagi. selain kenduri nak naik haji, has buat birthday nephew dia yang ke 1. hahaha. chomel gila. tapi aku merajuk ngan abang has, sebab tak dapat party hat. party hat barney tu chomel okeh!!
.
pastu semua da kepenatan, gerak ke rumah aini (blakang umah has je). parents aini da selamat sampai di Madinah 2 hari lepas. so kitorang lepak, sesi 'middle life crisis' bersilih ganti antara aku, maria, zurai, aini dan aze. aini hidang mango juice, bahulu dan kerepek. hehehe 630, hujan lebat dan aku pun tak larat. baliklah kami. sampai rumah, solat maghrib, call TMNet pasal modem yang rosak dan buat cream cheese topping for my cuppies. ermmm shomelss..jam 12 baru mata ni nak lelap. tensen tul! skang aku sangat ngantuk sebab baru pas turun dari tingkat 4 sebab ada makan2. i ate kuey tiaw goreng with lotsa cili jeruk, rendang ayam, rendang daging dan nasi impit. hehehe. petang ni, i'm off to Kuantan. esok baru saya balik. selagi modem saya rosak, saya bosan sebab tak bleh online kat rumah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.
okeh lalings. love ya!
buhbye..
.