Friday, January 30, 2009

we are rewriting the history?

.
its miracle! sejarah dunia akan berubah?
.
source : Berita Harian Online
.
Artifak 1.83 juta tahun di Lenggong
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
.
Prof Madya Dr Mokhtar Saidin memberi penjelasan mengenai kapak batu di Bukit Bunuh, Lenggong.
.
GEORGETOWN: Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menemui bukti baru manusia terawal di dunia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, 1.83 juta tahun lalu dan bukan di Jawa, Afrika dan China, 1.8 juta tahun lalu. Bukti itu berdasarkan penemuan kapak tangan, alat repehan atau pisau dan batu teras ketika kajian bermula Ogos tahun 2000 di kawasan berkenaan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof Madya Dr Mokhtar Saidin. Katanya, artifak itu ditemui melekat dalam batuan suevit, sejenis batu yang terbentuk disebabkan hentaman meteorit 1.8 juta tahun lalu, sekali gus membuktikan manusia sudah wujud sebelum kejadian itu.
"Kesimpulan itu mengambil masa tiga bulan selepas penemuan untuk menentukan tarikh di Makmal Geokronologi Japan di Tokyo. Pengesahan pertarikhan mengikut kaedah belahan (fission track dating). "Hasil kajian turut mendapat pengesahan dua ahli arkeologi Universiti Oxford dan Universiti Pennsylvania kira-kira dua minggu lalu," katanya di sini semalam. Kajian itu dilakukan sembilan ahli arkeologi USM diketuai Mokhtar yang berakhir pada Jun 2008.
Teori sebelum ini menyatakan manusia paling awal berusia 1.8 juta tahun wujud di Georgia, Eropah Timur apabila fosil manusia terawal ditemui selepas penemuan sama di Jawa, Indonesia. Mokhtar berkata, penemuan alat yang pernah digunakan manusia zaman itu membuktikan manusia awal wujud di Malaysia sebelum dipercayai berpindah ke Jawa atau Afrika berikutan impak meteorit. "Penemuan itu membuktikan manusia terawal wujud di Lenggong. Walaupun kita tidak menemui rangka manusia, artifak itu adalah milik manusia zaman itu. Artifak yang ditemui adalah peralatan yang diguna pada zaman berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus membuat kajian di kawasan seluas empat kilometer persegi di Bukit Bunuh bagi mencari fosil rangka manusia dan yakin dapat menemuinya. "Kita tidak akan berhenti, malah terus menjalankan kajian. Mungkin selepas ini kita akan menemui rangka manusia atau artifak lain," katanya. Mokhtar juga bercadang menerbitkan sebuah jurnal mengenai penemuan itu bagi membuktikan kepada dunia yang manusia terawal wujud di Malaysia.
.
.
Rewriting 'Out of Africa' theory
By : Melissa Darlyne Chow
.
GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia's (USM) Centre for Archaeological Research Malaysia has found evidence of early human existence in the country dating back 1.83 million years.
"This discovery may make the rewriting of the 'out of Africa' theory necessary," the centre's director, Associate Professor Mokhtar Saidin said.The evidence was obtained from the discovery of artefacts in Bukit Bunuh, Lenggong, Perak. Mokhtar said the evidence found included stone-made tools such as axes and chopping tools. The artefacts were found embedded in suevite rock, formed as a result of the impact of meteorite crashing down at Bukit Bunuh.
The suevite rock, reputedly the first found in Southeast Asia, was sent to the Geochronology Japan Laboratory three months ago and carbon dated using the fission track dating method. Mokhtar said the results were sent back to USM two weeks ago and it showed the rock was dated to 1.83 million years ago. He said based on current studies, there was fresh evidence of human mobility coming from Asia and Southeast Asia, and not just out of Africa. Based on world evidence, there was early human existence "out of Africa" in Georgia (1.8 to 1.7 million years ago); Sangiran, Jawa, Indonesia (1.7 to 1.2 million years ago); as well as Longgupo and Yuanmou in China (1.8 to 1.6 million years ago). He noted that with the new evidence, there was a possibility that the hominids in Jawa could have migrated from Bukit Bunuh as a result of destruction from the impact of meteorites. The four square-kilometre site, which was first excavated between 2001 and 2003, revealed a Palaeolithic culture, dated at 40,000 years ago. The meteorite crash site was also discovered, the impact of which had caused the stones in its original state at Bukit Bunuh to melt, congeal and subsequently form the suevite rock. USM Vice-Chancellor Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak said the discovery was an important one for USM and the country as it would enable researchers to understand the origins of early humans in this region. He said the new discovery would also change the understanding of human exploration in this region.
.
to whoever it may concern regarding this matter...CONGRATS!!! continue to make Malaysia proud.
.

Thursday, January 29, 2009

tagging game

.
Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.
.
I am FIERCE (ye, saya garang! :P) .
I really want to go to ANY ISLAND IN PHILIPINES (BOHOL<>.
.
My favorite place BATHTUB (hot water)
.
.
My favorite thing is GADGETS.
My favorite drink is MANGO JUICE
.
.
My favorite food is NAAN CHEESE WITH GRILLED CHICKEN TANDOORI
.
My favorite colour definitely is EVERYTHING ON THE PALLETTE

.
I live in PRECINCT 11 PUTRAJAYA

.
I was born in KL
.
I attended UTM
.
My favorite story is SATC (the whole 6 season)
.
This is my hobby karaoke?
.
.
And I definitely dream for WOLRD PEACE AND A BETTER PLACE IN THE FUTURE
.
.
these 6 people are LUCKY cause i don't wanna tagged anyone of doing this!
hehe. kinda tiring mate!
that's all
.
buhbye!
end of tagged!
.
.

Happy Birthday Cheeky Lady!

.

  • teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal
  • bergaduh bila aku tetap nak menang yang aku tinggi dari dia
  • kuat makan tapi kurus gila
  • buta jalan (yes, its true...termasuk perjalanan dari Parkson ke Nandos di Alamanda)
  • gila lingerie sama seperti aku gilakan kasut
  • rapat dengan mama dia anda adik beradik dia especially ammar
  • favourite word/quote : My A$$
  • Pegawai Khas yang beezee
  • pelik tapi benar
  • banyak boyfriends, i repeat...boyfriends k. masih single ni..eh ye ke di?
  • minah sarcastic
weh geng! rindu aaa.
anyway...
" to Miss Nur Diyana Baharum aka Didi.
Happy 26th Birthday Dear! May this year, 2009 will bring you lotsa joy and happiness.
Love and Miss You Lots! "
Mwahs
XOXO
OPPSSS aku yang 26 tahun ni la...bukan didi! hahaha
.
.

Wednesday, January 28, 2009

nightmare

.
di siang hari....
.
korang pernah ada urusan dengan Jabatan yang buat urusan dokumen luar negara?
.
this morning, it was my first and i hope it'll be the last
(sehingga service pulih seperti biasa lah kot atau lebih hebat!!)
.
kenapa?
.
as a public service officer saya 'segan' dengan keadaaan di pejabat itu tadi.
.
pagi ini...saya, mak dan adik ke cawangan wilayah jabatan itu untuk urusan ke luar negara. di pbd. apa yang boleh saya conclude ialah servis dengan public masih lagi di tahap yang boleh dibaiki. malah banyak boleh diperbaiki. sistem nombor giliran tidak sistematik. sistem hantaran dokumen untuk pemprosesan sangat lemah. sistem pembayaran sangat mengecewakan. 5 nombor dipanggil, 10 minit gadis kaunter hilang. 5 nombor seterusnya dipanggil, 10 minit gadis itu menghilang lagi. orang ramai terpinga2 kerana sepatutnya angka giliran di tangan dah pun dipanggil tapi perkara sebaliknya terjadi.
.
untuk pengetahuan semua, aircond di sana tidak berfungsi mulai jam 9 pagi. ia berlanjutan sehingga saya mengambil giliran mengambil dokumen yang telah siap selepas 3 jam (jam 12 tgh hari). semuanya berpeluh dan rungutan didengar di sana sini. apa yang saya dapat jawapan dari salah seorang pegawai di sana ialah "kitorang pun panas jugak". hmmm..mungkin kerana cuti panjang Tahun Baru Cina menyebabkan maintenance tak bleh datang kot. entahlah...
.
ramai lagi rakyat malaysia yang sedang bercuti dan oleh itu, urusan sebegini kerap dijalankan pada hari2 seperti hari ini. mungkin rezeki saya untuk menonton pelbagai ragam yang terjadi di agensi kerajaan yang paling banyak menerima complaint ini. now i know. i experienced it myself.
.
saya rasa yang boleh dibuat sekarang ini adalah penambahbaikan. re-org semula aliran kerja dan unsur-unsur 'urgency' perlu diterapkan pada semua pegawai di sana. bukan menjurus ke jabatan itu saja. temasuk lah agensi2 kerajaan lain yang stake holdernya ialah public itu sendiri.
.
bukan sekadar saya, mak dan adik mengalami nya sendiri. malah seorang relative yang telah berkali2 menjalani urusan di agensi ini merungut kerana tiap kali mengendalikan sesuatu urusan, pasti ada aduan dan ketidakpuasan pelanggan. jika dilihat tag yang tertera di dada2 pegawai di sana ialah 'servis*kami*adalah*senyuman'. tapi maaf, saya tidak nampak perkara itu sepanjang saya berurusan di sana selama 4 jam.
.
kepada public, saya pohon maaf bagi pihak mereka ini kerana masih tidak mampu melaksanakan servis yang tiptop! bagi kawan2 saya yang berada dalam public service, kita perlu saling ingat mengingati tentang perkara-perkara ini supaya tidak sakit telinga, mata dan hati membaca dan menerima pelbagai bentuk aduan terhadap servis kita di masa akan datang. kerana saya di jaypeeam, kami saban hari dibasuh dengan perkara2 ini. so sama2 lah kita k. saya rasa sistem maklum balas pelanggan tidak terpakai kot di agensi ni. erm. kalau star rating nanti mesti dapat star yang sikit. hihihi
.
oklah. itu saja. apepun, wishlist saya untuk ada 'buku merah' berlambangkan jata negara telah tercapai! wuhu!
.
take care peeps.
i'll update you guys later with more story semasa CNY holiday k!
miss ya'll
.
.

Thursday, January 22, 2009

Wednesday, January 21, 2009

dan jawapannya.....Genting Highlands

.
sambil kerja sambil cuti.
bak kata pepatah 'Sambil Menyelam Minum Air' - tapi jangan sampai tersedak plak. hihi.
samalah macam saya dan team di office. untuk pertama kali tahun ni, rasanya antara slot kursus yang paling awal lah. kami ke Genting Highlands, lebih spesifik lagi, Gohtong Jaya.
.
Bengkel yang di plan seawal November 2008 yang lalu hanya direalisasikan pada Januari 2009. takpelah. at least kompetensi pegawai yang buat kerja tak lah dipertikaikan lagi. hahahaha.
.
saya, aja dan syikin gerak naik kereta. tak pnah lah hari sabtu jem, tapi tengah hari tu kami tersadai kat sentul. jem gila. dengan panasnya. laparnya. atas sebab lapar, kami singgah jap kat BK Highway dekat dgn SriGombak..tapi kami berjaya sampai juga kat Seri Malaysia Genting Highlands jam 2.00 petang. terus check in dan cepat2 tukar baju untuk g taklimat.
.
kami kat sana selama 3 hari 2 malam (kenapa 2 malam???hahahaha tanya lah, nanti kena jual ;P). Ahad kelas habis awal. 2 sebab.
satu : kerana semua orang dah pandai kot, so cepat je slide tu pergi.
dua : kerana peserta bekejar nak g tgk AJL 23 dan naik genting.
.
lepas je buat latihan amal, kitorang tukar baju dan lari ke kabel car station. saya dah kerap jugak naik ke sana. cuma my peetee, Syikin lah. first timer. nak tanak saya ajak jugak naik. biar dia merasa cemana kat atas tu. Genting Skyway. malas nak drive. baby saya cam semput jugak nak naik atas tu. oh ye, kalau korang tak tahan mabuk, naik je Genting Skyway ni. Harganya cuma RM 10 untuk return ticket. kami yang stay di Seri Malaysia dapat discount 25%. Kalau dari Seri Malaysia, ada shuttle bus yang akan bawak ke Genting Skyway Station. Kekerapannya sangat lah kerap. 10 minit rasanya.
.
Perjalanan dengan cable car hingga ke puncak cuma mengambil masa 20 minit saja. Operation Hours pulak : Monday - Thursday 7.30am - 11.00pm and for Friday - Sunday 7.30am - 12.00 midnight. Sejuk sangat petang tu. best! for more info, klik sini k!
.
kami hanya bergambar je. tak main pun. Gaji on 19th. so masing2 kekeringan. saya sempat layan secawan kopi dan secawan jagung di First World Hotel. saya ok. tak la sejuk sangat. biasa. tak sepanas kl je. hihi. tak lama pun. lebih kurang kul 9 kami dah atas cable car utk turun semula. ye la. si aja dah tak tahan nak tengok abang faizal tahir dia. bila turun semua pun lapar. tunggu kat kedai makan sederet dengan hotel, lembab gila. by the time spider nyanyi, kitorang dah berlari balik hotel. tiga2 tak makan malam tu. hahaha AJL nya pasal. Abang Eddy (Favors by Eddy) ada reserve kan tiket. tapi saya tak sempat turun and g bukit jalil. huhu. malam tu saya puas hati. sebab semua pun best. saya suka stacy boleh tahan perut dan semput dalam nyanyi dan menari. gila power! and the bestest part was...M.NASIR!!! me like! nak beli tiket konsert bulan depan tu lah! hihi sapa nak ikut???
.
isnin pagi tu, lepas discussion untuk latih amal, saya jemput SUB yang datang dari Putra-J untuk majlis penutup. lebih kurang 1.30 after lunch, kami gerak balik. pening jugak kepala turun huhu. belum lagi g cameron. hahaha. sampai rumah, terus tertido sampai 4.50. bangun, cuci muka, g office. ada meeting jam 5.30ptg. huk huk. so. itu je lah cerita Genting Highlands saya. biasa2 aje. light2 gitu. hihihi.
.
gambar mana? hahaha. itu yang best. nanti saya post k! setakat ni cerita saja dulu tau. hihihi.
.
oklah korang. saya nak lunch jap. nanti sambung dengan next entry k!
.
xoxo
.

Tuesday, January 20, 2009

haluuuuuuuuuuuuu..

.
.
i'm back....from where? take a look at the picture and guess okeh! hihihi
i'll be back after you guys drop the answers
love,
Yantie :)
.
.

Friday, January 16, 2009

the official

.
gambar from the Dewan Tun Rahah's Wedding.
.
this morning i received a LOT of emails. mak ngah saya tak pandai nak zip kan file so dia hantar satu demi satu gambar. hihi shian dia. saya dapat 3 keping je gambar yang full size. tapi takpelah. untuk purpose mengabadikan gambar ini di blog saya, saya guna sahaja yang dia email tu!
.
so here goes the pictures. agak basi la sebab entry ini dah cerita pun. tapi thanks to Mr. Ghani, hasil klikklik dari Nikon D3 itu sangat la cantik! oh, saya emcee yang dengan 2 kuntum bunga tertoncet di sanggul siput ku. hoho
.
*the dais*
.
*the pengantin*
.
*the pulut kuning*
.
*the emcee*
.
*the tetamu*
.
*the groom's sis and usherette*
.
*the page boys and the flower girls*
.
*the ceremony*
.
*the big family*
.
*smile*
.
itu je. dah.
i'll be away this weekend. ada bengkel di atas bukit yang tinggi di semenanjung ini.
udara sejuk menanti. wuhuuuuu.
.
c ya! (on tuesday!)
.

Thursday, January 15, 2009

perbezaan ini

.

.
.
.
i watched them grow. dari jauh. dan sekali sekala. nak tunggu baby sendiri belum lagi lah. tapi melayan baby-baby ini macam best. kejap je dah makin besar dan sangat bijak.
.
Yusoff adalah my schoolmate, Jannah's first baby. sangat behave. tangan suka merayap. chumel. berulas2. Jannah kata dulu lagi banyak ulasannya. makin sikit sebab makin lasak!
.
Raha plak..Neighbour saya di Seri Gombak dulu, Cik Yam dan Cik Baki nyer cucu. anak Kak Salwa. makin cun. makin kerek. hahaha. suka kaler2 sweet, pink, purple. segalanya yang girly bagilah kat raha. mesti dia suka.
.
and last but not least..Mya. yang banyak di'feature'kan dalam blog ni. My BestFriend, Lin nyer first baby. budak ni asik tak tido je. tapi kalau tido, sebijik macam mak dia. bab makan blum update lagi. sebab dia menyusu je kan skang. kalau ikut tebiat mak dia masa pregant, masak la ko Lin. hihi.
.
ok. thats all for today's babies stories.
.
bye.
.
*tengah bosan dan dalam mode malas fikir*
.

Wednesday, January 14, 2009

be a potato couch!

.
my last trip to a dvd stall was last month. di sana. di pulau itu, di tepi pantai. saya membeli segugus dvd. hampir 20 keping movie dan hampir nak borong series yang berseason-season. tapi sebab saya masih rasional dan ketika itu gaji masih jauh, hasrat itu terpaksa saya pendam. tapi inilah hasilnya untuk 20 minit browse dekat stall dvd...

.
.
ada lagi tapi saya tak ingat dah. hihi ada satu je lagi yang belum sempat tengok. MILK. malam tadi layan Seven Pounds. sedih sangat. saya menangis. erm. memang la Will Smith power! nak tau pasal cerita2 ni...belilah dvd or tunggu keluar movie k. Revolutionary Road sememangnya best. Kate Winsler memang terror ar. patut pun menang Golden Globe!
.
selain dari beli dvd, few movies jugak saya layan di Cinema. if ada geng dan ada duit, jalan je. 2 movie yang saya g tengok kat wayang besides [REC] ialah Australia dan BedtimeStories.


.
Review? :
.
Australia : 4/5 stars. Sebabnya, saya menonton tak habis kerana nak g amik orang tu balik kerja. hihi tapi Hugh Jackman sangat lah hensem.weet! weet! oh, saya juga mahu ke outback Australia yang cantik itu selepas menonton!
Bedtime Stories : 4.5/5 stars. Comedic Rank : Awesome!!!! - buktinya saya menggunakan ringtone Skeeter Bronson (Adam Sandler) untuk default ringtone. sangat menjengkelkan tapi kelakar...ring...ring...ring...ringgggggggggggggggggg!!!
.
next sesi membeli belah dvd saya akan dapatkan cerita-cerita ini :
  1. HSM 3
  2. Twilight
  3. The Curious Case of Benjamin Button
  4. Bride Wars
  5. Rachel Getting Married
  6. Vicky Christina Barcelona
  7. Valkyrie
  8. Marley And Me
  9. Yes Man
erm. tak banyak dah. tapi nanti bila dvd depan mata baru bleh tau nak yang mana kan? hihi
oklah tu je cerita potato couch ini. jangan makan sambil tgk dvd tau. nanti boolat!
.
bye!
.
.

bila keluar dengan girlfren

.
semua pun jadi best dan crazeee.
.
i love my SG Girls.
.
hari Isnin lepas...saya dapat free movie screening preview tix dari CinemaOnline. dapat 4 movie tix cerita [REC]. its a Spanish Horror Movie. Aini kata movie ni sebijik cam cerita Quarantine. taktau la plak sebabnya saya tak suka cerita horror. semalam pun hampir menarik diri dan mengajak budak2 tu makan je dan lepak2. beberapa fakta menarik mengenai sesi keluar malam selepas kerja kami hari Isnin lepas ialah :
.
  • aze yang dah dinner bila dengar saya dan zurai sedang makan malam di Ikea cepat2 datang sebab terliur dengan meatballs.
  • lawak untuk kenakan aze yang tiket ada tiga je tak menjadi sebab aze tak tertipu dengan muka saya yang penat dan bukan ada rupa penipu pun
  • lepas makan meatball sebanyak 10 biji dan chicken leg, saya beli large size popcorn lagi. popcorn itu sehingga ke semalam tersadai di makan semut je
  • zurai muntah sebab cerita tu mengisahkan apa yang berlaku di rekodkan dalam handy cam. so bergegar2. habislah meal malam tu keluar balik. owh. dia muntah sebab bau minyak wangi mamat sebelah dia kuat sangat
  • masa amik tiket, wakil CinemaOnline amik gambar kami berdua dan dia nak interview saya next day thru phone. tapi dia kol masa saya tengah meeting...
  • saya balik ke rumah naik ERL semalam. buat pertama kali, first time naik ERL lepas tengah malam.
seperti biasa. Cik Zurai membawa kamera nya. dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan deco Chinese New Year di the Curve dan Cineleisure! enjoy the piccas keh!
.
timer! haha
.
muka orang tanak begambar la kunun
.
me like the blue water and the pink lotus!
.
meatballs, fries, chickn leg lemon and herb & zurai
.
menjawab sms. muka je serius na..hati soka! hahaha
.
aini dan gaya makan meatballs
.
.
.
last but not least. THANKS CINEMAONLINE.COM.MY!!!!!!!!!!!!!

.
k!
till my next post!
buhbye hunnysssssssssssss
.
.

Tuesday, January 13, 2009

kalau dah kena tagged tanak buat bleh?

.
kita kena tagged. dengan 2 orang. Chaney dan Kiki.
Chaney, kita buat kiki nye dulu tau!
.
1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamui.
.
(1) dia bukan boyfriend saya! semua orang ingat dia adalah boyfriend saya. bukan! bukan! kesian gf dia. dia ada gf lah! he is my abang, my kaunselor, my bestfriend!
(2) saya kenal dia dah lama (kalau dah bleh jadi spokeperson masa tapisan halus maknanya lama dah la kan! muahahahahaha)
(3) dia adalah penghibur hati, duka, nestapa, gembira, nangis, jakun segalanya lah.
(4) dia dah jauh kat India.
(5) kalau saya rindu dia? erm saya nyanyi lagu Kabut Serangkai Mawar. sampai kering tekak sebab kalau dia ada, dia tolong sambungkan. Lagu-lagu yang ingatkan saya kat dia ialah : Kalis Rindu, semua lagu Anuar Zain, Ladhki Bani Aanjanee Hei dan banyak lagi.
(6) orang yang paling semart dan wangi kalau nak keluar. (koleksi utama kan minyak wangi...)
(7) rakan shopping warehouse sale masa before dia terbang g Chennai
(8) berjaya memujuk saya beli henpon Nokia N77 dengan umpan tunjuk tv hari2 masa kat IN*TAN
(9) apa lagi eh...dia dah lama sangat kat India sampai saya taktau nak tulis apa pasal dia...
(10) ..............
*Nota : Sorry kiki. orang sebak. hahahahahaha yo lah!
.
2. Tuliskan novel kegemaran kamu
Banyak sangat lah. saya membeli satu buku sebulan. and i'll make sure i read and finished it before i buy the next book. kadang2 beli 2, 3 dan merangkak jugak nak baca. skang ni tengah baca 'East of Eden - John Steinbeck'.
.
3. Listkan 5 bende yang kamu sayang
(1) KASUT2 saya
(2) pooh bear saya - kenal tak? kalau tak kenal, klik sini
(3) my baby, my car!
(4) segala souvenir2 dari all around the world from friends
(5) my wallet
.
kat bawah ni plak, tagged dari encik Chaney
.
Myself
.
First name: Norerianti
Name you wish you had:nan ado
What do people normally your name as: sama..takpaham, taknak jawab
Birthday: September 11th, 1983
Birthplace: Kuala Lumpur
Time of birth: lebey kurang 7.45pm
Single or taken: Single la kot.
Zodiac sign: Virgo
.
Appearance
.
How tall are you: 5 kaki 2 inci
Wish you were taller: not really - i got the help from my 3.5 inch heels
Eye color : honey
Current hair color: black
Short or long hair: POB
Ever dye your hair a bizarre color: i've perm, rebond, iron etc... never dyed
Last time you did something dramatic with you hair: masa last rebonding session. try to have fringe! i wish. sampai lebam kepala...tak jadi jugak
Glasses or contacts: none
Do you wear make up: yes!
Paint your nails: dah try. tak suka. rasa macam ada benda tah ape2 atas kuku
Shy or outgoing: outgoing. haha
Sexy or cute: in-between
Serious or fun: Kerja-wise - sangat serius. Funtime-wise - SANGAT fun!
A turn on: L - is for the way you look at me....
A turn off: kerek!
.
This or That
.
Flowers or chocolates: both!
Pepsi or coke: Coke - Vanilla Coke..tapi kena banned dah ni..huhu
Rap or rock: Rap
Relationship or one night stand: Relationship..although i had none at this very moment
School or work: work sucks. depend la. hihi
Love or money: ada duit, tarak kasih sayang, hati sakit. ada kasih sayang, duit tarak, boleh cari!
Movie or music: dua2.
Country or city: country
Sunny or rainy days: selepas hujan
Friends or family: family comes first
Have you EverLied: sikit2 lah. tgk keadaan
Stole something: takde
Smoked: tidak
Hurt someone close to you: erm. ada.
Broke someone’s heart: masa sekolah2.
Wonder what was wrong with you: Yantie tidak perfect! sangat tidak.
Wish you were prince or princess: i want my frog prince. untuk di ciyom dan bertukar menjadi pujaan hatiku.
Like someone who was taken: ada. pernah.
Shaved your head: tak penah. takmo lah. walaupun rambut saya tak santek macam orang lain.
Used chopstick: yerp
Sang in the mirror to yourself: bila rasa pening kepala..
FavouritesFlower: tiger lily
Candy: love it!
Song: saya minah mainstream. minah pendownload mp3! berjuta lagu.
Color: black. pink. semua lah.
Movie: SATC
Singer: tak kisah
Junk food: yang lebih oily, lebih banyak ajinomoto lagi sedap!
Website: gossip column. hihi
Location: pantai. laut.
Animal : takde
Ever cried over someone: always
Is there anything you wish you could change about yourself: eMOSI
Do you think you’re attractive: tidak.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: daisy duck. walaupun mengada, donald tetap sayang kat dia. atau Jem. sebab nak tukar baju je boleh picit subang dan mempunyai boyfriend yang best!
Do you play any sports: badminton best! dah lama tak swing.
.
Syarat dan peraturan:
.
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
(1) saya tengah tension ni. dah 6.57 petang saya takde rasa nak balik rumah
(2) lunch saya cuma pisang goreng RM2 dan air kotak mangga
(3) saya ni dituduh garang dan membuatkan orang tak leh bekerja. dia minta saya senyum banyak2. erk. saya ni bukan kah minah sengeh?
(4) saya akan ke Genting Higlands hujung minggu ni
(5) impian ke luar negara pertama kali saya musnah sekelip mata
(6) bila saya emosi, orang yang saya sayang akan kena sembur dengan saya. dan kerana itu saya tidak disayangi oleh sesiapa.
(7) saya dah lama tak buat cupcakes. saya rindu nak concentrate buat deco atas cake
(8) saya nak ke Penang. saya nak beli DVD dan jeruk. saya nak lepak kat Feringghi.
(9) saya suka bila ringtone lagu 'Forever-Chris Brown' kat handphone saya berbunyi
(10) kereta yang saya pandu sangat laju tapi selamat. walaubagaimanapun bila saya exciden haritu dan kena maki, saya trauma sampai hari ni
(11) kadang2 kawan2 yang saya letak harapan terlalu mengecewakan hati saya
(12) saya setia pada yang satu
(13) saya tak kisah kalau saya buat aktiviti seharian pun. tapi saya akan grumpy, eMOSI, carik pasal kalau seharian tu saya takde buat ape2
(14) Internet dapat menceriakan hari saya
(15) saya suka belikan hadiah untuk kawan2 walaupun saya tak dapat apa2 balasan sekalipun
(16) saya benci lah, tagged ni panjang sangat!
.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
(1) Puan Coffee Addict
(2) Encik Khairudin
(3) Puan Syeena
(4) Cik Kiera
(5) Encik Medcham - sebab anda dah kembali berblog!
.
cukup lah 5 je...
.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. : Khair dan Chaney
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
.
ok. penat dah ni! buat tagged je jari2ku dah kehausan. hahaha
.
.

Friday, January 9, 2009

@#$%^&*(_)*()&^%^@#)_

.
penat
.
sakit hati.
.
benci dengan manusia 'itu'
.
nak balik!
.
update nanti lah!
.
bye!!
.
to Mr. Ice - Happy 26th Birthday 090109
.
have a nice weekend peeps!
.

Thursday, January 8, 2009

dia dah b(o)(o)lat

.
ye dia memang dah bulat sangat.
masa first jumpa dia, dia halus mulus je.skang ni cinonet juga cuma makin bulat lah.dah ada double chin pun.erm macam nak geget je.
eiii chiyom kang..
ar? ape?ooooo sape?
Mya la...Kasih Mya...
kalau korang nak tau citer pasal budak busuk ni...klik sni.
masa kat entry lama tu dia baru berusia tak sampai 24 jam.
semalam lepak umah Lin, dia dah berumur 1.5 ++ bulan.
mak nye pun makin boolat.
tapi Lin tetap lawa. makin lawa kot sejak jadi mama ni.
agaknya kalau orang dah bersalin, seri mama naik kot..
erm.. best gak kan..
apepun thanks to Min, Didi dan Yoyol sebab sudi lepak kat umah Lin semalam dan melantak Dominos.yoyol plak masih jetlagged baru balik dari Europe bagi present kat semua Geng (pompuan) set mandian Mark And Spencer. yeay!!! best best. sebab saya memang suka kumpul set mandian macam ni...kalau dapat VS lagi best yol! hahaha

.

.
ni la set tu. tapi cam tak cukup 4 plak..
.
oh. gambar Mya tak tunjuk lagi kan... ni lah budak musyuk permata hati Encik Kamal dan Puan Suhana itu..
.
uuu..best nye saya tido tanpa gangguan
.
ala..tangan sapa plak ni. main2 perut saya? saya nak tido laa.
.
buat taktau je la..usik aa. saya nak tido jugak!
.
lor..mama saya pun join diorang ni mengacau ke??!!isk
.
oklah..bukak mata skit...sikit je..
. arggghh dapat putin..besnyat tido..
.
aduh...minah mana ciyom ni..orang nak tido la..
.
sape pangku saya ni...best je..tak kacau saya tido..
auntie aati ni best la
muahahahaha
.
itu je la.. antara gambar2 kitorang kat rumah Lin semalam. hihi sebenarnya saya lah giant yang mengacau si Mya tido. asik ciyom biar dia melalak dan bangun. tapi seperti ibunya juga, Mya juara tido. hihi.
.
oklah tu je kot.
eh chup2...ada sorang lagi mama hot yang baru je deliver babynya semalam jam 8.22 pm. pagi ini Encik Ezri sms saya dan beritahu Miss Era dah selamat melahirkan bayi lelaki, Mohammad Arif bin Mohammad Ezri. Tahniah korang!
.
ok.
bye
.