Wednesday, June 30, 2010

lepak sebentar bersama @hkon


tadi singgah alamanda lepas balik dari office. sorang2 je. ramai je kat alamanda tu. berpusing mencari parking. ada satu kereta tak berapa nak cerdik tu nak masuk line tapi tak reti signal. geram saya!!! sampai je alamanda, saya terus ke mesin harimau kuning dan kemudiannya ke mesin pemakan duit berlogo unta untuk bayar duit kereta. ini adalah merupakan kali kedua bayar duit kereta sendiri ye. pertama kali dulu, saya penah tulis di FB dan kena kutuk kaw2. ye lah. selama ni ayah chomel saya yang tolong g bayarkan. diulang suara, tolong g bayar, bukan tolong bayar k. baby hijau itu saya bayar sendiri menggunakan duit sendiri sejak saya beli bulan mac 2006 yang lalu. hihihi. ol skool sudah kereta saya kan?

lepas je bayar, saya turun ke booth pearl milk tea. hahaha. tak sah kalau tak singgah n beli. sambil layan bijik pearl yang sedap itu, maka berjalan lah saya sekitar alamanda. sampai kat body shop, saya buat u-turn dan buat keputusan nak balik. banyak sangat benda menarik dan menggangu keimanan untuk tidak berbelanja. terus bayar parking and balik.

sekarang saya tengah bosan. tido? asik tido je. nak streaming movie/tv series, netbook ni ala2 selow sikit. tengok tv? malas nak duk kat hall. baca buku? haah kan. plan nak baca eclipse and harry potter. tapi cam malas sebab dah tutup lampu. main BB? alahai. dah muak. setiap kali bunyi, saya akan check. oh ye. tadi main2 voice note ngan kiki. sebab dia tgh drive and takleh bbm. bahaya. tapi dia boleh rekod seolah2 bercakap la kami tu.

haih. inilah hasil bebelan kalau bosan. dah lah. saya nak bloghop sat. layan blog kak di (read : green apple) lagi best. ok korang. good nite. esok kerja. huargggghhh.

*tak sabar menanti weekend dan minggu depan. ya allah, permudahkan segalanya. amiiiin*

saya tinggalkan kamu dengan lagu yang saya rasa best sangat. teringat mak. nanges k. lagu ni background untuk iklan kat channel hallmark rasanya. enjoy!!

Martina Mc Bride - In My Daughter's Eyes


In my daughter's eyes I am a hero
I am strong and wise and I know no fear
But the truth is plain to see
She was sent to rescue me
I see who I wanna be
In my daughter's eyes
In my daughter's eyes everyone is equal
Darkness turns to light and the
world is at peace
This miracle God gave to me
gives me strength when I am weak
I find reason to believe
In my daughter's eyes
And when she wraps her hand
around my finger
It puts a smile in my heart
Everything becomes a little clearer
I realize what life is all about
It's hangin' on when your heart
has had enough
It's giving more when you feel like giving up
I've seen the light
It's in my daughter's eyes
In my daughter's eyes I can see the future
A reflection of who I am and what will be
Though she'll grow and someday leave
Maybe raise a family
When I'm gone I hope you see how happy
she made me
For I'll be there
In my daughter's eyes


serius. hayati lirik lagu ni. menyesal selalu gado ngan mak. tapi takpe. gado2 sayang. love u mummy!!!!

nite! xoxo

*** OMG. kenapa bau durian neh??????? ayah beli seguni. alahai. mabuk saya!

ATTENTION!!!!

saya memerlukan tiket Twilight Saga - Eclipse dengan kadar yang segera.
saya mahu dua tiket pada hari pembukaan selepas waktu bekerja.
saya prefer gold class. yang siap ada selimut tu. baru cam kaw2 kan?
bukan selalu. sebab nak tengok Edward Cullen la baru syiok kan lepak2 di sofa empuk.
today is THE day. Eclipse dah opening serata dunia KECUALI Malaysia.
tah apa2. kenapa lah semua nak kena seminggu lewat. benci gila!


anyhoooo. walaupun saya adalah excited nak tengok Robsten dan Taylor dan Dakota dan lelain tu, tapi hati ini jadi sayu bila mengenangkan satu lagi movie-adaptasi-novel kesayangan saya iaitu Harry Potter. Memang dah nak habis dah siri itu. Yang terakhir Harry Potter and The Deathly Hallow. Sedih lah plak. it going to be the end ok. Sejak the first book which i read masa form 4. (terima kasih Dzulhilmi Hamzah kerana bagi akak buku tu) sampai lah hari ni. saya dah pun berumur 27 tahun. the last movie will be separated to two parts. Mungkin sebab lama sangat dan production tanak banyak benda dipotong. Part 1 akan ditayangkan tahun ni dan part 2 akan ditayangkan pada tahun 2011. kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki, insyaAllah dapt tengok lah kan. Kenapa saya suka Harry Potter lebih dari Twilight? Sebab saya membesar dengan Harry Potter, banyak penggunaan perkataan2 out-of-the-world seperti Muggle, Quidditch dan banyak lagi. Ooooo sedihnyeeeeeeeeee. oklah. jangan buang masa. jom tengok trailer Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1. enjoy!!!!



terasa kah kesedihan korang???


p/s : balik ni nak g amik buku eclipse dan buku harry potter. baca!!!!

Tuesday, June 29, 2010

persamaan anuar zain dan krispy kreme


good morning people.
pagi ni anak dara ini datang ke office dengan muka sembab dan bergaris hasil pelukan bantal semasa tido.
malam2 saya sekarang hanyalah di ranjang. malas nak tengok tv. cuma online sambil baring.
penat masih belum pudar. hati  ni terhibur dengan kawan2 di twitter. Kiera, Ika, Enche Sani, Echah dan beberapa yang lain tidak putus2 mengupdate melalui tweets mereka. Mestilah tentang World Cup dan bola. 

Pujukan tak membuahkan hasil. Saya tidak tengok bola. dulu ada lah sikit2 layan jugak. Makin dah tua lama makin malas nak layan. buat gugur jantung je. Thomas Cup hari tu pun dah pening2 lalat. hehehehe.

saya punya mood masih tiada. terbang ikut sama ke Delhi, Agra atau Jaipur kot? huk huk. :(
anyways. dok buat kerja sambil kemas2 laci di office. taukah apa yang saya jumpa???


  1. Plastik Krispy Kreme - saya rasa plastik ini adalah hasil belian awal 2009 atau 2008. bile eh Krispy Kreme datang Malaysia??? rasanya kalau pembaca tegar Switakon Sanctuary dah lama baca belog ni, mesti tahu yang saya gilakan donut. semuanya kerana kehadiran J.co, Big Apple dan Krispy Kreme. Saya sanggup memandu meredah belantara jalan yang sesak untuk ke Pavilion beli J.Co. begitu gila sekali. semasa pembukaan Krispy Kreme, kurang seminggu kot, saya terus ke Times Square untuk semata-mata beli donut yang harganya lebih kurang RM2.50 sebiji (saya beli sedozen). haih. skang??? malas dah nak makan donut. saya tanpa plan pun sedang diet makanan ringan. saya tidak lagi makan kudapan. if boring pun, minum air suam banyak2. itu yang berat tinggal 43kg saja. :P
  2. Poster Anuar Zain - poster ni adalah complimentary dengan membeli cd karaoke Anuar Zain untuk Encik Khair semasa konsert Lelaki Ini di Istana Budaya. Walaubagaimanapun CD itu masih dengan saya. hahahaha. sorry kiks. orang asik lupa sahaja lah. mula2 jumpa poster ni masih dalam bentuk skroll. saya ingatkan apa. rupanya poster orang yang bakal keluar dengan album baru bulan September nanti. wow. Abang Nuar pilih birthday month saya lah. :P. seronoknya!!!!!!!!
So, apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme?
Jawab, sila jawab. Saya akan revealkan jawapannya lepas korang (kalau rajinlah) teka apakah persamaan Anuar Zain dan Krispy Kreme!!!!


xoxo
Wanita Ini 
*tetibe. hahahahaha*


p/s: abang nuar tu tak habis2 renung i lah. hahahaha


Monday, June 28, 2010

susah sangat ke??


Now, now, now, honey
You better sit down and look around
Cause you must've bumped yo' head
And I love you enough to talk some
sense back into you, baby
I'd hate to see you come home, me the kids
And the dog is gone
Check my credentials...
I give you everything you want
everything you need
Even your friends say I'm a good woman
All I need to know is why?

Why don't you love me?
Tell me, baby, why don't you love me
When I make me so damn easy to love?
And why don't you need me?
Tell me, baby, why don't you need me
When I make me so damn easy to need?

I got beauty, I got class
I got style, and I got ass
And you don't even care to care 
I even put money in the bank account
Don't have to ask no one to help me out
You don't even notice that

I got beauty, I got heart
Keep my head in them books, I'm sharp
But you don't care to know I'm smart
Now, now now now now now now
I got moves in your bedroom
Keep you happy with the nasty things I do
But you don't seem to be in tune

There's nothing not to love about me
No, no, there's nothing not to love about me I'm lovely
There's nothing not to need about me
No, no, there's nothing not to need about me
Maybe you're just not the one
Or maybe you're just plain....... DUMB



give up

ok. saya telah tinggalkan blog ini untuk tempoh 4 hari.
saya ada banyak sangat entry yang tak dimasukkan lagi.
dah berjulat ok. dari Tanamera Spa ke Japan GT.

penat lagi. lah. kenapa penat?
sebab saya comittee untuk event semalam dan sabtu yang lepas.
event ape?

event ni:

 NAJIB   sambil diperhatikan Rosmah  menunjukkan kemahiran pada pertandingan Nescafe tarik selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Mendayung dan Hari Keluarga  JPM, semalam.
bharianonline - click sini.



utusan online - click sini


harian metro online - click sini

dua hari berkampung di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya sebab Pullman Hotel fully booked. Super letih. Kaki saya hari tu dah ok selepas spa, jadi balik. cramped teruk gila. sempat jugak buat pemeriksaan kesihatan. berat saya kini hanya 43.3kg.

argh. masih tidak mempunyai mood. gila penat.
saya perlu teruskan!!! fighting!
*mari teruskan tido*

Thursday, June 24, 2010

the day i knew i have a HUSBAND

this happened yesterday.

somebody handed me a very thick envelope. when i opened it, it was a wedding invitation from one of the HOD in JayPeeYam. his son is getting married. i blushed and laughed hysterically as i read through it.
why?

because of this!!! 

(i think) he knew me well enough to know that i am (still) single and available.
we kinda like have a meeting or at least see one another once in two weeks.
me, married with a husband is some funny news.
takkan lah i tak bitau satu JayPeeYam kalau i kahwin, kan?

never happened before ok.
i received tonnes of wedding invitation. i've received "yantie & partner", "yantie & family" or my name alone. but this is definitely new!

whatever pun, i just wanna share this with you guys.
sorry for the lack of entry. since monday i was busy .
with rehearsal & d-day untuk farewell K*P*P*A. and this coming weekend saya ada event dua hari berturut.
alhamdulillah. rezeki bulan ni murah.
saya bayar hutang2 tertunggak dah.

so, oklah. clock is ticking.
later k.
streamyx dah ok kat rumah tu.
rupanya adapter dia rosak lah. hehehe


TTFN!

Monday, June 21, 2010

coba bernapas

hari sabtu saya horror.
bukan horror tapi bosan.
bosan tapi tidak mengeluarkan sebarang duit.
saya malas keluar dari rumah.
saya buat spring cleaning yang mengakibatkan hidung dan seluruh T-Zone membengkak.
tapi saya berjaya habiskan 8 chapter The Carrie Diaries.
malam Sabtu saya craving burger tepi jalan tapi malas nak keluar.
pastu saya post tweets kat Twitter yang saya kepingin kopi dan aircond?
like wtf. hahaha

hari Ahad saya bermula dengan cemerlang.
saya breakfast dengan Didi dan Um (oh dan Najeeb).
berjaya basuh kereta selepas 2 bulan baby ku menderita kekotoran.
Mak Ngah Clan datang rumah.
ada tiket GT Japan.
mula2 malas join tapi katanya tiket paddock.
apa lagi. meroyan la haku. capai D5000 dan terus ikut.
kesian Kicap and Angah duduk di grandstand sambil kami melambai2 di bawah garisan permulaan.
oh. gadis GT Japan? tunggu entry khas saya.
malam tadi kepenatan. otak dan kaki.
mak suruh sidai baju pun saya geleng kepala. derhaka kau!

hari ni? Isnin.
tak sempat nak layan Monday blues.
weekend ni event besar.
haram tak settle banyak benda.
esok malam yemcee lagi.
wah. kalut aku!
nak kena g beli belon ni.
sapa nak ikut? kat Petaling Jaya.

oh. lagi 15 minit kul 1.
nak g lunch.
kelaparan.
later.

wi-fi router kat umah masih belum dibetulkan.
sebab tu tiada entry sabtu dan ahad.
malas guna BB modem.
celcom punya connection lembab!'

ok dah. bye

Friday, June 18, 2010

SG Girls Countdown


semalam menonton movie adaptasi dari siri tv kegemaran saya Sex And The City. 
it really reminds me of single life is so yesterday and marriage is so in right now.
ye ke? sebab umur dah 27 kot??? tettttt

the movie??? super sad kot. like going to the movie alone. watching Big and Carrie oh-so-romantic-but-full-of-drama life. and hating the fact that the couple beside me was in the middle of pegang-memegang-seluk-menyeluk-raba-meraba situation. get a room!!! stupid lah! tak kahwin lagi tu. meroyan agaknya. (review SATC later k!)

ok. entry ini adalah menggambarkan situasi kehidupan, single dan meniti alam perkahwinan, saya dan SG Girls. kawan2. kalau kamu semua perasan, di kanan belog saya ini ada satu keping gambar yang mana iainya merupakan countdown kami, SG Girls (untuk settle down). diam tak diam. rupanya dari 7 orang (Yours Truly, Zurai, Maria, Aini, Azreena, Shazlina and Hasliza) dah tinggal 2 orang uols.

1. Pertunangan Ina (Shazlina) pada 26 Julai 2008. (ceritanya di sini)


2. Pertunangan Zuraida pada 8 Mac 2009 (ceritanya di sini)


3.  Pernikahan dan Persandingan Ina pada 30 & 31 Mei 2009 (ceritanya di sini dan sini)




4. Pernikahan dan persandingan Zurai pada 18 & 19 Disember 2009 (cerita di sini)





5. Pertunangan Has pada 28 Februari 2010 (cerita di sini)


6. Pertunangan Maria Arnida pada 12 Jun 2010 
    
Majlis ini berlangsung last weekend. Ala weekend yang saya super bz itu. So happy for her. Gambar tak berapa banyak. Gambar SG Girls dengan perempuan bertunang dengan Zurai. tunggu dia upload baru saya boleh buat entry rasmi. Buat masa ni, letak gambar dulu k.




Selepas ini adalah majlis pernikahan dan persandingan Has yang bakal berlangsung di Seri Gombak pada 31 Julai 2010. Saya tidak dapat hadir kerana akan ke luar negara pada waktu itu. 

Masuk bulan Syawal nanti, seorang lagi akan dirisik. Majlis pertunangan insya Allah akan berlangsung hujung tahun dan pernikahannya pada hujung 2011. Maria bakal dinikahkan dengan pasangan pilihannya pada Mac 2011. SG Girls Jr. yang kedua (selepas Rif Rafel) akan dibersalinkan oleh Zurai pada bulan November 2010 insyaAllah. Kami akan ke Jakarta masa tu. mintak2 baby dia tunggu kami balik!!!

Fuhh. bz kan? kena lah i standby baju meletop2 banyak2 kan.
so trip2 ke obersea akan dihabiskan dengan membeli kain yang super banyak. 
huahuahua.

And then there were two

Countdown SG Girls? Tinggallah kami berdua, yang masih solo, tinggal dengan parents dan belum sempat dirisik dan sebagainya.Saya dan Aze. Bilakah? Wallahualam bi shawab. Doa sahaja ye. Insya Allah, we'll be strong as ever. Maybe stronger dengan adanya pasangan (dan baby) masing2 yang sangat memahami. To Apek and Basiq, thanks!!


xoxo








Thursday, June 17, 2010

the day has come....

for me to re-unite with Mr. Big and Carrie Bradshaw.

"me & you, just us two"

that's Big & Carrie.
me? me n myself, just one. can't wait.
(sepatutnya dengan my movie date, tapi tidak available)
tak kisah. nak jugak!!!!!
movie jam 6 sebentar lagi.
mahu review????
mahu? mahu? :)
we'll see.

Wednesday, June 16, 2010

Restaurant Review : Sahara Tent

ok kengkawan.
memandangkan banyak nye entry saya tak siap2 dan aktiviti weekend lepas adalah sangat banyak, saya dengan ini memulakan dengan aktiviti pada Jumaat malam. pada mulanya Geng! telah plan untuk berjimba berjemaah, akan tetapi total perjimbaan hanyalah seramai empat orang iaitu saya, Dids, Um dan Mila. yang lain ada last minit  punya isu dan tidak dapat join. sesi makan ini adalah sebelum kami ke i-city!

Jumaat itu bermula dengan Summer Sneak Preview di Starbucks Alamanda bersama Didi. Best gila. brain freeze ok! Dids, nanti kita buat lagi k.

anyways. nak blog berkenaan dengan tempat makan paling baru di Alamanda iaitu Sahara Tent Restaurant. kedudukan restoran ini adalah bersebelahan dengan Old Town White Coffee. untuk sesiapa yang tidak berapa nak arif tentang Alamanda, kedudukan kedai ini aalah di sebelah north wing kalau tidak silap saya. sama wing dengan Parkson, Kenny Rogers, MPH dan lain1.

Ok. Sahara Tent ini adalah satu restoran makanan Arab/Turki dan yang sewaktu dengannya. Memang sedap. kalau dulu kena g Cyberjaya untuk ke Restoran Saba' tapi kali ni dah ada yang dekat iaitu Sahara Tent. It is indeed a kinda exclusive sebenarnya. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan. Tidaklah boleh lepak hari2 kan? ok. jom ke gambar dan explanation akan dibuat semasa anda melihat gambar.

inilah sahara tent di Alamanda

interior yang best!

ini ke Sahara Tent????
(buat birthday Mya kat sini, siap ada Belly Dancer, ada berani Lin???)

kami dilayan oleh Lui. Arab yang cam Cina. ye ke? tah.

the food. 
we didn't order the cicah2 cam hummus tu semua. end up makan semua makanan kering2. 
look at my Lamb Rack (gambar bawah). kering kontang!
Mila makan apa ar? Lupa!!! 
Um makan Sahara Chicken (first picture). 
Didi makan Batchan ehhh tak Bathenjan. 
Gravy with fried eggplant, tomato, capsicum, potato, chicken, lamb chop dan lain2.
(gambar tengah2 yang macam masak asam)

overall?
ok lah. i still prefer Saba'.
Harga murah dan sedap. Tapi dengar cerita dah tak best jugak sebab chef kena tahan ngan Imigresen.
Takpelah. Kalau korang peminat makanan arab, sure suka! banyak lagi yang boleh dicuba k.
Selain dari Sahara Tent, Putrajaya dah ada satu lagi kedai arab di Presint Diplomatik. Namanya Al-Jazeera. itu kita cuba lain kali ye.

setakat itu dulu.
go and try.
have fun!!!!


Sahara Tent Restarant
Alamanda Shopping Centre
LG90, Ground Floor, Jalan Alamanda, Precint 1
Putrajaya, WP Putrajaya 62000
603- 8888 7310

world of candy

i <3 Katy Perry
everything in this video is super yummeh!!

California Gurls - Katy Perry feat. Snoop Dogg

for her MTV Movie Award performance - click here.

Tuesday, June 15, 2010

i-city

dah banyak profile dalam fesbuk dan dah banyak blog yang feature gambar dan cerita berkenaan dengan i-city. selaku penduduk rasmi Shah Alam, dan selaku bekas warga permastautinan Shah Alam semasa di UiTM, Didi dan Um Liyana serta aku dan Mila telah gerak ke i-city pada Jumaat malam yang lepas. 

selepas daripada makan malam di Alamanda (yang turut disertai oleh Max Gorgon) kami terus gerak ke Shah Alam. sesampai di gate hadapan i-city, hujan telah mula turun. kata orang melaka, rebas. maknanya hujan yang titik2 halus itu lah. kat mana i-city? klik sini ye.

nak masuk ke i-city itu adalah jem. sakit otak lah jugak sekejap. tapi tahankan je. semangat nak tengok lampu. ye lampu.

i-city merupakan sebuah hab komersil yang mana ada deretan kedai2, entertainment area. dan di kawasan lapang (yang selalunya orang letak kolam, air pancut dan sebagainya) diletakkan lampu2 LED yang dibentuk seperti pokok, binatang dan pelbagai lagi. siang memang tidaklah nampak apa2. tapi bila malam? voila! (cerita Star Online berkenaan i-city, klik sini)

malam kami ke sana, kebetulan adalah perlawanan pembukaan World Cup (everybody...Waka Waka!) dan cuti sekolah. di sana disediakan skrin gergasi untuk peminat2 bola sepak menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. kami memang dah semangat nak amik gambar, so buat taktau. memang orang sangat ramai. di atas tu plak, ada cam bazaar jualan. bukan setakat air dan makanan, tetapi juga ada jual tudung2, crocs, permainan dan macam2 lah. dengan ratusan manusia yang membanjiri i-city malam itu, peluh juga membanjiri segenap ruangan muka, ketiak dan sebagainya.

dahla. asik cerita je. kalau korang nak tahu, g sendiri lah. tak susah. kalau ikut Federal Highway, sila terus sahaja hingga ke simpang Kampung Jawa/Seksyen 7 Shah Alam/Pintu Belakang UiTM. first simpang empat berhadapan dengan UiTM, belok kiri. terus dalam 50 meter, i-city di sebelah kiri anda. Jangan bimbang. Sebab kalau malam, dari jauh dah nampak lampu2 yang berkerlipan itu. Kita tengok gambar eh? Jom!

colours of life

makhluk sedang menurun. hahaha

bunga api?

light feast

peacock

ala2 gambar di lorong2 pokok di Paris. :P

itu je lah.
saya tak letak bebanyak di sini.
nak tengok lagi, boleh ke album di Facebook.

serius. ni tempat menarik untuk pegi.
silalah berkunjung ke Shah Alam!
very naise woooo.

Pencen dan Anugerah

hey peeps. sorry for neglecting this blog for a while.
my router was struck by lighting last Thursday (kot?) and the internet dah macam haram. tak boleh connect langsung. so i'm using my Blackberry as modem but this connection is wee bit slow.

semalam saya hanya ke office untuk hadir mesyuarat rowing sahaja. lepas mesyuarat jam 12 saya pecut ke KL, sempat beli baju raya (kaler green uols!) dengan Mak, settlekan KayDoubleYouEsPee saya, terus ke Maybank untuk cancel AutoDebit SI, lunching alone kat Pavilion and back in Putrajaya.

sambil2 memandu itu, sempatlah terima email2 dari pejabat dan personal mail. ada satu email tajuknya 'Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Bulanan'. tidaklah mengambil pot kerana mengingatkan itu adalah email pemberitahuan general. Pagi ni masuk office, librarian call dan maklumkan bahawa saya pemenang anugerah tersebut. wakakakaka. gila lawak. i can feel that my face turns red while talking to her.  kerana apa? i loaned all five books kerana mahu menyiapkan assignment peeteekay. initially it was a tie between me and other person tapi memandangkan buku yang dipinjam oleh moi adalah buku ilmiah (read: ILMIAH), so i was the chosen one!

wakakaka masih kelakar lah.
nak sambung mengemas. bye!

Friday, June 11, 2010

introducing.....Bree Tanner



" The character of Bree, a newborn vampire who finds herself a part of Victoria’s army, is introduced in Eclipse to the tune of 10 whole pages. The 178-page novella is a deeper look into Bree’s creation and subsequent 3-month life as a newborn vampire. New characters are introduced, providing a back-story for the more prominent members of the Seattle newborn army, created to kill Bella and the Cullen’s."



The Short Second Life of Bree Tanner, an eclipse novella by Stephenie Meyer.
Buku ni masih belum available bagi peminat Twilight Saga di Malaysia. Tapi di US boleh di preorder melalui Amazon.com.

However, as a gift to her fans, Stephenie Meyer set up a special page BreeTanner.comthe official site where you can read The Short Second Life of Bree Tanner for FREE. yes, FOR FREE. lucky us right? seriously, korang yang meminati Twilight Saga, sebelum ke pawagam untuk menonton Eclipse yang bakal keluar Julai nanti, boleh menghadap komputer masing2 dan membaca novel ini secara online. Perlu diingatkan, ia bermula dari 7 Jun hingga midnight 5 Julai sahaja. naskah itu tidak boleh didownload atau di print. Ok, cakap panjang tak guna, klik sini dan baca lah sampai habis. 

Go TwiHards! 

p/s : click here for Jodelle Ferland interview. She played Bree Tanner in the upcoming Twilight Saga:Eclipse 


World Cup 2010 (waka waka, it's time for Africa)

it's here, finally!
yes. it's the World Cup 2010 people.
when was the last time eh? oh, 2006. i was just started working during that world cup year. and the same year jadi peeteedee.
so, are you guys ready? i know i don't. hahaha. not a big fan of soccer/football tho.
i know Kicap, Ayah, Hazry, Kiera, Dalila, WanMai suka benda2 ni. there a football freaks. :P (just to name a few, ramai je lagi kan!)
matilah ramai akan bengkak mata selepas ini.

Shakira - Waka Waka (It's Time For Africa)
(credits to YouTube)


the official page for World Cup Africa 2010, go to FIFA.com
for World Cup 2010 Africa match schedule, here is the pdf file.
World Cup History, click here.

so. which team eh? me? i'm with France. oh no, Zidane is no more playing for France. but Thierry Henry still with the France team. ermmmm. yums.
alamak. should i go for Argentina ? they have Messi rite?
or Brazil? Kaka? nah... definitely not England (i just don't know why...). i love their players. all of them. full of yummies. specially Mr. Beckham. *wink*  - eh, ada ke? :P'
Portugal? tanak jugak.
oh, i loooooove the orange team too! the Netherlands. tak boleh pilihlah. semuanya sexy dan handsome.
me love the boys. not the game. typical perempuan. boo!

tell me, which team do you support?

Thursday, June 10, 2010

missing pieces


the beach, the sand, the sea & all the scenery places ...








the food ...






the friends




  • mengantuk. sambil baca transkrip ucapan YAB Perdana Menteri - Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 di Dewan Rakyat pagi tadi.
  • i'll be seeing SG Girls + SG Girls Jr. this coming Saturday for Maria's Engagement. yeay! mahu ciyom Rafel.
  • rasa tepu dan mahu vacation. saya dah beli tiket. ke mana? nanti lah bitau.
  • rindu pula nak jalan2 keliling Malaysia dengan tambang full fare dan percuma. Muni/Dal, sila jawab.
  • mahu charge bateri kamera dan snap snap lah! 
  • rasa nak tengok movie la weekend ni. nak tunggu SATC tu lembab sangat. Saturday lah kot, amik midnite. wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

hari ni masih mahu balik awal dan main game. 
wakakaka. gelak macam budak setan.





Wednesday, June 9, 2010

you make me Ga-Ga


Lady Gaga - Alejandro, the debut.
*speechless*
(lagu dia best, tapi video serius provokatif!)
credits to x17online.com & youtube

sila lah tengok. klik je link kat atas tu.
Jangan tiru aksi tersebut di mana-mana sekali pun. 
have fun watching it.
(tak sampai hati nak upload di sini...)

Tuesday, June 8, 2010

coming to an end

Glee Season 1. if at Sectional, Rachel 'Dont Rain On My Parade' solo wowed the audience, in the second part of the first season, the finale is featuring the New Direction competing at Regional.

and the power voicalist, Rachel & Finn lead the performance with Faithfully. (a cover version from Journey. again). oh, sangat tidak sabar!!!!!

credit to GleeOnFox

i hate to say this but i think Finn and Rachel is a very cute couple.
:)
this Gleek is signing off.

iPhone 4





akhirnya. keluar jugak the 4th Generation of iPhone. saya baru terima e-mel ini dalam inbox jam 10 pagi tadi.

apa yang paling dibanggakan adalah Apple telah berjaya membuat iPhone yang boleh mengaplikasikan kemudahan video call. video call adalah super cool k. berbanding guna IM bervideo. nak on komputer, dan bukak webcam. ala. rasanya memang dah terpikir awal2. tapi marketing strategi kan. what do you expect??? dengan dua kamera, depan dan belakang. memang melets!

Apple memang sedang mendahului teknologi lah sekarang ni. untuk telefon. smart phone. *buat ombak*
Kesian kepada orang2 yang dah beli iPhone 3GS. Rasanya tak sampai setahun kot gap antara 3GS dan iPhone 4. well...well. Padan muka kau Kicap!!! :P

Tapi percaya tak bila dah canggih sangat ni kadang2 menyusahkan? Contohnya dengan adanya aplikasi Google Latitude yang boleh diinstallkan dalam phone memasing, senang je kita nak track kat mana orang itu. adalah baik dan ada buruknya. Sama juga macam twitter dan facebook. Kalau orang2 yang memang suka update every single time kat mana dia berada, memanglah senang orang nak carik. dapat plak orang nak buat dajal dan sebagainya. :D. track bf, suami, bakal suami, tunang. Wakakakaka.

(video pengenalan iPhone 4 di sini).

iPhone 4 mempunyai skrin dengan resolusi tertinggi yang ada dalam handphone di pasaran buat masa ni.

Dalam masa yang sama, iPhone 4 gives you multitasking application. contohnya korang tengah main game, tapi nak balas sms, tak perlu lagi tutup game, g muka depan, masuk sms dan sebagainya.

lain? talktime yang bertambah 40% berbanding dengan iPhone lama kerana Apple telah membesarkan saiz bateri? wth. hahaha. tapi phone ini adalah phone yang super nipis. me likey. 

Lain-lain features, built in antenna, HD video recording, editing video application dan sebagainya. Dengan tagline This Changes Everything. Again. Yup. Apple is outdoing every single gadget di dunia ini. Ye, saya adalah pengguna tegar BeriHitam, tapi iPhone tetap di hati. Saya gemar games, aplikasi cute dan banyak benda yang dioffer oleh Apple iPhone tapi BeriHitam saya masih lagi istimewa dengan BBM dan free talktime 50hrs per month!!!!! :p. Produk Apple masih lagi 'seperti pertandingan beauty peagent. dia akan menang kerana kecantikannya. tapi tidak long lasting kerana akan ada yang lebih cantik dan best akan diperkenalkan'. :P

ok. itu je.
rasa cam nak beli. beli ke tak?
hahaha. lu pikirlah sendiri.

xoxo,
Minah Gadget!

p/s: sekarang Blackberry Bold 9700 versi putih sudah keluar. Hanya di Maxis. Siapa nak jawab?????? Ai nak satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. oh, nak tau pasal BB 9700 putih? klik advertisment bawah ni!




Monday, June 7, 2010

MTV Movie Awards 2010

Yeay! New Moon menang besar ok!!!!!!!

saya masih belum sempat layan.
sebab pagi tadi kerja. (later i story mory k)
so malam ni nak layan kul 9.00 malam. i can't wait!! woot! woot!

apa yang best?  sebagai penggemar tegar hollywood celebrities dan movies, saya perlu tengok jugak.

i wanna see my super cute couple, Robert Pattinson and Kristen Stewart.
lama dah meninggalkan kegilaan twihard saya. :)

(pictures credit to MTV.com)
winning moment.
Kristen looked so gorgeous!

they won best kiss, so they have to kiss lah.
*oh, Robbie. you look kinda retard here, but i still love you*

awwww.

ok. sangat tak sabar.
buat masa ni, saya sedang sebak menonton kepulangan 6 rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air hasil misi keamanan yang disekat oleh Israel Laknatullah.
later kawan2.

Sunday, June 6, 2010

tapak kaki keras


howdy peeps!
buat pe hujung2 minggu ni?
cuti sekolah kan? sure korang dapat banyak jemputan kawin kan?
me? nah. i got one yesterday dan kena kerja sekali. 
datang sebagai emcee dan sebagai jemputan jugak.

recap kekerasan tapak kaki bermula jumaat. selepas pulang dari office, terus siap2 untuk hadir majlis nikah anak esyoubee kat Bangi. lepas je nikah tu, gerak ke dewan gemilang, youkayem untuk konon2 nak tengok setup dewan. menyedihkan ye, percaya atau tak, kami sampai jam 10 malam, pekerja in-charge dewan tu dah bising2 nak tutup dewan. memang tak sempat buat apa2. dah la kami kena angkat platform dan segala2 nye. dia siap boleh berdiri kat suis lampu dah ready nak tutup lampu dewan. menghalau ok. geram haku. jangan harap aku rekemen orang lain buat wedding kat situ lagi. period!

the next day seawal jam 10 lebih dah siap2 kat dewan. nasib baik pakai baju biasa. kena angkat itu ini. last2 kul 12 tukar baju memang bau dah macam apa. kerja started at 12.40 dan berakhir jam 4 petang. kaki memang super sakit dah la masa ni. sebab ke hulu hilir dewan. but double thumbs up untuk kumpulan muzik tradisional Banghuris atas persembahan yang super duper hebat! i like. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas wedding di dewan, saya dah janji ngan Kak Azura untuk datang jumpa dia. Actually dia buat aqiqah untul Ellery di rumah PIL dia di Bangsar. saya tak sempat datang but she insisted me datang dan jumpa. So i drove to Bangsar dan sampai di sana lebih kurang 5.30 petang with the same baju plus worse smell. :P. Sian Ellery, aunty atie masam! lama jugak borak2 sampai kul 7 saya pun mintak diri balik.

Malam tadi tido memang awal, jam 9.00 dah memang terlelap. tapi ada la manusia yang jenis apatah tak reti nak fikir orang lain tapi fikir diri sendiri je yang memekak2 di malam hari. jam 10.30 saya terjaga. kerana paluan kompang yang sangat jelas walaupun saya tinggal di tingkat 17. ye, saya paham. ada majlis perkahwinan. tapi sekiranya majlis itu berlanjutan sehingga dah hampir jam11, faham2 lah orang nak tido. ini tidak. kompang tu sekuat2 hati siap gendang bagai, 4 set lagu kot. Kemudiannya kalau habis di situ saja, tak mengapa lah. ini tidak. Habis kompang masuk pulak karaoke. hampir jam 12 juga saya baru berupaya terlelap. Itu pun karaoke itu belum habis. Masih terngiang2 di telinga ni lagu Aku Seorang Perindu ke Perindu Sepi tajuknya - Jamal Abdillah. Saya bukan lah inhuman tapi memang sakit hati kerana dah lewat malam. Bukan tak boleh, setakat nak berkompang jam 8-9 malam tu tak mengapa. Tapi bila dah sampai jam 11 pun tak reti2 lagi nak stop, lu fikirlah sendiri. Saya tingkat 17, kalau ada bayi2 di tingkat lebih bawah tu nak tido?? Entah lah. Mana tah letaknya social responsibility mereka. kepala sakit sebab terjaga tetiba, bunyi bising, kaki sakit lagi. hati makin sakit huhu. thanks Kiera dan Ika melayan twitter geram aku semalam!

tambah sakit hati kerana pagi ni saya kena bangun awal. dah malam tadi terjaga kerana kompang. Pagi ni jam 8 lebih dah kena sampai di Hospital Ampang. Saya ke sana untuk jadi emcee program official kerajaan. drive sendiri, sesat pulak. bukan sesat lah, dah sampai dah area pandan indah/pandan mewah tu tapi konpius antara Hospital Ampang dan Pantai Hospital Ampang. satu hospital kerajaan, satu hospital swasta. dah takde nama lain kot dah depa nak bubuh. Hahaha. Habis rehearsal jam 1 tadi. Terus balik rumah. Niat ni macam nak ajak Mak g Ikea petang nanti. Tengok dulu. Nak tido jap, tapi karaoke kenduri kawin kat bawah ni tak habis2. Nak lelap pun payah. mahu lumurkan lotion di kaki dan tido.

Kaki saya sakit, tapak dah makin keras dan haus. Tapi saya happy buat benda yang saya suka.
Erghhh tu dia. Dah start balik karaoke!!!! *ikut dialog citer P.Ramlee* dia bunyi lagiiiiiiiii.

moral of the story, dalam dunia ni, ada manusia lain jugak.
nak buat apapun, memang hak kita tapi jangan sampai kita rampas hak orang lain kerana kita akan dipersoalkan nanti.

have a nice Sunday kawan2.
esok saya CTR! tapi kena kerja juga. kerja yang lebih mencabar dan saya nervous. 
wish me luck.


xoxo





Saturday, June 5, 2010

I Need A Vacation

saya dah lama tak vacay.
cuma hujung minggu berpeleseran sahaja. awal tahun ke Langkawi/Pulau Payar (thanks to MakNgah, family day di Port Dickson dan baru2 ni ke Felda Residence Sungkai, Perak.
Sabah pun trip saya trip bekerja. tak macam orang tu kan.....seluruh Asean bakal di terokai. :P
apa yang saya maksudkan ialah cuti yang betul2 keluar dari Malaysia.
last year, by June saya dah merayap ke Bandung dan Singapore.
tapi tahun ni? asik poket bocor buat mende lain je kan.

pastu bila layan internet (kerja aku memalam, sampai tido dah lewat, eyebag macam makcik umor namploh tahun :P) tengok banyak lokasi di Malaysia yang memang best untuk berjalan dan bercuti. Antaranya Belum Eco Resort kat Perak. Macam seronok je. Resort yang didevelop oleh Emkay Group. memang menarik hati dan perasaan nak ke sana. Sebabnya? Eco-friendly resort babe, what do you expect. Asik2 g tepi laut je, kali ni kita masuk hutan dan lepak depan tasik la plak kan. Buat aktiviti trekking, cycling dan memacam. Selain dari releasee tension, boleh menyihatkan badan juga. Bosan lah g jenjalan for shopping sahaja. Sekali sekala masuk hutan, chill dengar burung2 berkicauan, cengkerik dan lain. Damai bukan? Lupakan Astro, TV Series, DVD dan sebagainya. Kat sini memang chillax habis la!!!

        
very nice. i want!

Resort ini dibina dengan scenery yang cantik dan romantik. Part paling boring nak cerita ialah takkan nak pegi sorang2 tempat camni kan? the downside of being single and your friends ada plan lain bersama family tercinta, ada kerja dan sebagainya. Akhirnya? Kau melongok la main internet kat rumah. Tu la, dulu zaman universiti tanak cari boyfriend, padan muka! kan tak kawin2 lagi dan takde soulmate. *ok, enuff bebelan kepada diri sendiri!!!!* Siapa yang nak pegi, sila ke laman web Belum Eco Resort di sini. Promotional rate adalah seperti berikut:

boleh tahanlah harga. tapi nanti nak pegi esok2, mahu tanya Gomen Rate. 
*erk, kiasu, untuk jimatlah!*


Siapa nak pegi, ni contact numbernya:

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding
33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan
 Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info@belumresort.com

Satu lagi tempat yang menyentuh hati dan rasa adalah di sebelah pantai timur Malaysia. Dapat tahu pasal tempat ni dari Puan Jiran yang sedang menghabiskan masa berhanimun di Pulau tersebut. Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa. A five star resort. Kat mana? Kat Pulau Duyong, Terengganu. Tempat berlangsungnya Moonsoon Cup tetiap tahun tu. Oh, sangat lah best. me love the area. the swimming pool, the room, everything lah.

breathtaking kan? 

the deluxe room

Rate di sini agak tinggi. sebab 5 star kan? tapi sesiapa yang berminat nak pegi, ada promotional rate sekarang ni. 2 days 1 Night stay untuk family (2 adult/2 children) baru RM 338++/nite which consist of breakfast, minibar and dinner set. For internet savvy, ada rate khas iaitu RM248++ /nite including welcome drink saja. Minat? Kalau nak pegi, contact nya adalah seperti berikut:

Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa
Pulau Duyong
21300 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia
Tel: (609) 6277 888
Fax: (609) 622 9903
Email: hotline@ri-yazheritage.com.my


ok. tu je. saya tidak dapat apa2 hasil dari promote tempat2 di atas. tapi entry ini saya dedikasi khas buat diri saya sebab saya teringinnnnnnn nak pegi. saya tak berapa gila sangat bershopping *sangat TIPU* dan lebih minat benda2 puas macam vacay cam ke pulau, naik gajah, masuk hutan, main ATV dan lelain. Apakan daya...masih single. Pfffttttt!


I'm (still) a girl. Sitting, Wishing, Hoping.
InsyaAllah - Allah Maha Adil dan Mengetahui segalanya.

(entry ini adalah auto-publish kerana saya sibuk malam semalam-Jumaat, arini dan Ahad, if masih larat dan tak mengantuk, saya update lah aktiviti weekend ye!)




Thursday, June 3, 2010

gadget freak



orang-orang yang rapat dengan saya tahu saya merupakan penggila gadget. atau gadget freak. 
i know every new gadget in the technology world (well, maybe not each and every single of them, but i still know lah! :P) . saat dapat menggodek gajet itu, saya tak nampak orang keliling dah. saya akan explore segala-gala function yang ada pada sesuatu gajet itu.

keturunan kot. dan saya agak pandai menggodek gajet2 ini. guna logik je pun. :P. contohnya mesin2 yang memerlukan operator. saya tak payah tunggu orang atau tanya camne, hanya beri saya beberapa minit untuk 'menjiwai' mesin/alat tersebut, voila. selesai masalah. hahaha. ye masuk bakul. tapi benda betul, sukati lah :P!!!

bekas2 handphone

maybe bermula sejak zaman mengenali pc sendiri di rumah (first PC was HP, Intel Pentium 3.0) pada tahun 1998, masuk ke zaman handphone pertama tahun 2000 dulu iaitu Ericsson T10, tukar ke Nokia 3210, tukar lagi 3310 (handphone baling anjing tak mati - jatuh kat CP berkali2 pun tak rosak) *Lin/Puan Kopi, korang ingat CP tak???*, tukar kejap ke Nokia Butterfly 8210, kemudian ada duit PTPTN sikit, beli Nokia 7250 sebab nakkan kamera dia. pakai handphone tu lama k. sampai lah deepeeyea dah nak habis. 

Saya ingat lagi, hasil hasutan Kiki (sebab dia pakai phone yang sama) dan Mimi, pada 25 Disember 2007 saya membeli handphone Nokia N77 sebab ada tv, YE ADA TV OK, Astro tak lah! dan pakai nombor 018. nombor saya super cantek, skang tah mana pegi tah. gila teruja dan belagak. ingat lagi saya tengok Juara Lagu 2008 kat Baskin Robbin Pavilion dengan Najeeb guna phone tu. wakakaka. gila macam apa tah. Dan apabila bateri telefon N77 ku itu telah mengalami perkembangan sehingga penutupnya tidak boleh menutup bateri itu lagi, saya pasrah dan membuat penyelidikan yang agak lama untuk menukar handphone baru. Aim adalah teknologi terkini. Tapi bagi saya yang paling penting adalah penggunaan telefon, sms, mms dan Wi-Fi. 

Nokia tidak lagi menjadi pilihan kerana salah satu sebabnya kena ada at least 2K untuk sebiji phone nokia. takmau hutang2 dah. menyusahkan kepala je. Selepas setahun menimbang sama ada mahu membeli Blackberry Bold (ketika itu 9000) atau Iphone, at last saya membeli Blackberry. puas hati kerana dapat deal paling murah yang saya dapat. yeay!!!! *thanks Hana* dan saya masih lagi berchenta dengan Blackberry saya. Dengan aplikasi terhebat iaitu Blackberry Messenger (BBM), dan banyak aplikasi menarik lain (Time, Twitter dan sebagainya) yang membuatkan hati berbunga2 setiap kali tengok telefon sendiri. haha dan saya masih lagi mencari tips2 untuk menghebatkan diri dengan penggunaan BB. *muntah laaaa*

  

oh, saya tak pernah ada laptop. dulu saya pinjam dengan tempat kerja lama *memalukan!!!* Saya ada membeli laptop jenama apatah untuk Kicap masa dia masuk belajar dulu. elok saja saya habis bayar installment kad kredit, rumah sewa Kicap dimasuki malaun dan curi laptop itu. geram kan? tapi takpe, tiada rezeki. Fast forward, sampailah ke bulan 5 lepas, Kicap join UniPack by Streamyx (baca kat sini), saya telah mendapat Netbook percuma ye. hahahaha HP Mini 210. puas hati ai tau! bertahun aku hanya bergantung kepada pc ofis, laptop Min *thanks Min, mwahs*, blackberry Said *ngeeee* dan banyak sumber lain. Akhirnya Netbook itu milikku!!!! dan selepas dua minggu berchenta dengan Blackberry, HP Mini 210 sampai, percaya atau tidak - malam2 ku kini hanya diisi dengan menggodek netbook. Blackberry? ku lemparkan je ke tepi. hahahahaha. sebabnya? Blackberry dan habis explore. Tapi jangan salah sangka, saya masih menatang Blackberry bagai minyak yang penuh!!! Skang ni tengah 'gila' carik skin untuk BB, netbook carrier untuk si chomel HP Mini ku. Itu saja kisah minah gajet yang tah pape ni.

Korang gila gajet? Apa gadget pertama korang???
sila tinggalkan pesanan (comments) di bawah. 

Byeeeeeeeeeeeeeeeee.


*nota : gambar adalah courtesy of Google Image*





Wednesday, June 2, 2010

Kotak Merah Tambahan

Rakan baik saya merangkap BFF, Khai/Kiki/Kiko/Kipucino pulang ke tanahair pada malam 27 Mei 2010 yang lalu dari Chennai. Beliau telah memohon kepada Adni untuk buat reservation di Kotak Merah Tambahan di Pavilion pada 28 Mei 2010. Atas kerjasama Adni (terima kasih Adni!), kami telah berjaya membuat reservation dan sangat teruja. kerana selama ini kami hanya ke Kotak Hijau sahaja.

Tapi sebenarnya adalah biasa sahaja. Sound system hebat sedikit la kot. Kami masuk jam 3 so makanan yang dihidangkan adalah hi-tea. tak la vogue mana. biasa saja. interior memang meletup berbanding kotak hijau dan kotak merah biasa. Bayar RM 40/seorang. Melalak hingga jam 7. oklah kan... Tetapi, kalau sanggup bayar RM80/seorang, makanan yang dihidangkan adalah untuk dinner, paling menarik adalah OYSTER!!!!!. mahu mahu! *Kiks, before lu balik kita try untuk dinner jom??? Adni??? EncikFendiOsman???*

Pada mulanya hanya kami berempat. Angah, Khai, Adni dan saya. Kemudian Nisha sampai, Nana pulak masuk, kemudiannya Apit, datang pulak Nije, ditambah lagi keramaiannya oleh Mimie dan last sekali dua orang rakan Khai dari Chennai pun datang. memang sangat la meriah. Kami duduk di bilik No.16. Bilik Flaming Hot you!

our room (Flaming Hot)
*picture source - RedBoxPlus*

ok. mari kita mulakan sesi dengan gambar2.


   


  

orang ni la baru balik dari India. Sesi lepas geram sebab asik menyanyi lagu hindi je. :P.
gambar sebelah plak adalah mereka2 yang burung awal (read : early bird)

Lelaki (kiri) Wanita (kanan) :)

kesimpulannya sesi hari tu lebih hebat dari konserto Double Trouble oleh Wings & Search. Kalau di konsert itu lagu2 macam Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Laila Namamu Teratas je kan? Tapi masa di Kotak Merah Tambahan ni, dari Anuar Zain, Rossa, Lady Gaga, Yuna, The Beatles, Ungu, Wali Band, Zaiton Sameon, Ziana Zain, Black Dog Bone, Jamal Mirdad, Inul Darastista dan macam2 genre, jenis lagu. Semua ada! You name it! so, ok. tu je. gambar lain saya dah upload di Facebook ye rerakan. Malas nak tepek bebanyak kat sini.

Ok. enjoys semua!!!!!!!!
Jangan lupa, kalau ada sesi satu lagi, pastikan ambil semasa dinner ok!
Jemput datang la ye, Encik Tayo!

keep rocking!!