nama pun manusia.
darjat tu memang la berbeza.
dan layanan? totally different.
it is sad. zaman dah maju sekarang pun manusia masih lagi mementingkan darjat.
sedih tu sedih. tapi kelakar masih tetap kelakar.
sebab kalau kau angkat sangat pun, bukannya membawa kepada apa2.
kau takkan jadi tinggi cam orang yang kau angkat tu pun.
ye, saya hanya rakyat biasa.
yang menggunakan kenderaan cap malaysia, berumur 9 tahun (lahir 2001) yang bonet depannya dah berkarat akibat diganti lain kerana kemek accident.
tapi tidak lah bermakna saya ni tidak berduit atau cikai.
kalau saya nak cepat dan mampu bayar parking valet, anda perlu ambil kunci kereta saya dan letak di tempat yang selamat lah.
dan kembali kan kereta itu semula apabila saya selesai membeli belah.
setakat RM20 kot. takyah aa kecoh.
hanya kerana kenderaan-kenderaan yang diletakkan di parking valet itu cap eropah dan bernombor plat single digit, anda boleh pandang hina kereta saya?
kalau saya bagi resit, tak perlu tanya 'oh, kereta ferrari tu ke?' like wtf!
nak perli, sila fikir dulu. gaji aku 3x gaji kau kot - hah! ni yang malas nak start. kang parah.
ok dah. malas nak panjang2.
itu lah KL kot.
hanya rich n famous diberi layanan umpama menatang minyak yang penuh.
rakyat kelas kedua dan ketiga, bolayan.
takpelah. sentiasa lah kita beringat.
di sisi tuhan, kita ni sama je.
yang membezakan, hanya amal ibadat dan sedekah jariah kita sahaja.
wallahualam bissawab