Wednesday, August 28, 2013

i love shawls


salam
tetiba kan?
janji nak update pasal raya.
tak update2. dan dan cerita pasal shawl. hahaha.

terima kasih kepada cik puan suhana azlin, saya telah terjebak dengan shawls dari VS atau nama sebenar ShawlsByVSNow.

paling suka adalah VS Essential Shawl.

  

dua kaler ni saya beli for raya hari tu. dah pakai. puas hati.
so hati ini meronta2 nak beli lagi. wakakaka.
kenapa saya suka?
sebab kain elok, labuh dan lebar. pemakaian jadi sopan dan hujungnya adalah melengkung.
banyak kaler lagi tapi semua dah out of stock.
kepada tokey, tolong la restock. saya nak kaler fern green, lemon meringue, antique brass, dark magenta, oxford blue, raspberry rose dan memacam lagi lah. please...please..

love!
ok tu je. nak share :)
sharing is caring.
FB page


*entry ini adalah tanpa bayaran. iklan ini adalah percuma.



Thursday, August 22, 2013

current playlist


salam semua.
erk.
masih belum update pasal raya.
sebab?
gambar tak resize (alasan!)

nak share my current playlist.
songs that make my day better.

Katy Perry - Roar



Paramore - Still IntoYou


Passenger - Let Her Go


Ed Sheeran - Lego House


Ed Sheeran - Give Me Love


Bruno Mars - Treasure


Friday, August 16, 2013

Syawal 1434H


Salam Aidilfitri semua.
entry ni tersimpan dalam draf sejak Isnin lepas.
sebab cari gambar takde.
gambar semua telah dibawa pulang ke Pulau Pinang bersama encik suami.
so mood nak update banyak2 pun tak berapa nak ada.




oklah. cerita raya later k?
xoxo


Monday, August 5, 2013

iftar ramadhan 1434H - my sg girls



finale iftar kat luar.
alhamdulillah.
setakat ni. without fail dapat berbuka at least sekali setiap ramadhan dengan my SG Girls.
Keluarga makin besar. Anak-anak semua dah makin lasak dan makin membesar.
Yang nak masuk no 2 pun ramai.
hihi. SG Girls JR berkembang pesat.
Alhamdulillah.


complete. without our only guy member - amirul fadzley :P

the babies. SG Girls Jr.

selalu doa friendship ini berkekalan sampai bila-bila.
amin :)

i love you girls, forever :)
selamat hari raya. jumpa masa open house pot luck k. 


Thursday, August 1, 2013

update raya aildilfitri 1434H


salam semua.
hari ni buat entry sempois.
takde pape in between. tau tau dah nak raya kan?

ok. jom update persiapan raya setakat ni?
itu pun kalau ada.

baju raya :
warna? royal blue :)
(i) yours truly punya siap hari SELASA. ye. hari SELASA. sebab baru hantar last week. ampun la tailor. terpaksa dan memaksa. al maklum. dah beli kain berbondong kat Bandung tapi tak gi buat. berdoalah agar baju yang siap sempurna hendakNya.
(ii) suami punya alhamdulillah siap dah and dah ambil hari ni. sampin pun dah siap beli.
tiada kasut raya lagi. mungkin takkan ada. tapi nak beli flat untuk pakai ke opis. kasut gunasama.
tudung pula? tudung dah beli dua helai dari Shawl by VSnow iaitu VS Essential Scarf. Terbaik kualitinya. Alhamdulillah.

kuih raya :
tahun ni dapur tutup. sebabnya (i) sayang nak pakai oven baru yang dihadiahi oleh Puan Suhana (thanks, i love you!). (ii) saya cedera pertengahan ramadhan lalu - jatuh dan tidak sihat hampir seminggu.
tapi ada beli sebotol dari kakton di opis, dan beberapa bungkus kerepek juga batang buruk. tapi mak ada beli beberapa botol tart nenas. memang terbaek!

duit raya :
alhamdulillah. bantuan kakngah. dah siap tukar semalam. dan dah dapat pun cashnya. sampul dua jenis. satu dari r*h*b dan satu dari al-rajhi. omel!

kad raya :
tahun ni dapat satu je. tu pun dari konsultan. muahahaha. takpelah. ada gak kan?

iklan raya : biasa2 je. petronas punya pun. panjang bebenor. ok ok je

apa lagi?
haha
itu je la kan yang paling essential.
tahun ni insyaAllah beraya di Melaka. sebab last year dah raya kat Penang.
weeewiiit. seronoknya.

so marilah kita habiskan baki ramadhan ni dengan penghayatan paling tinggi.
insyaAllah, segala kebaikan akan dibalas olehNya.
Amin. saya doakan keselamatan dan kesihatan semua orang sepanjang tempoh perayaan ni.
hati-hati di jalan raya.jangan makan sampai sakit perut. walaupun 'setahun hanya sekali'

:)

later kita sambung lagi tau.
buhbye.


p/s : takziah kepada mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan jalan raya. saya minat dia woo! RIP CBH.