.
.
halo lalings...
wah 3 hari ku tinggalkan blog ini berhabuk..
ceera pun dah bising semua orang pun tak update blog sebab cuti merdeka and ramadhan hihi
sebenarnya since Jumaat lagi aku dah berkampung kat Hotel Quality, semuanya kerana 'berkhidmat untuk negara'. jaypeeam sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan, so aku telah dilantik sebagai salah seorang Liason Officer. Kerja-kerja aku adalah untuk entertain tokoh-tokoh pelbagai etnik yang terlibat dalam perarakan pagi 31 Ogos 2008. dari jemput di KLIA ke urusan driver, aktiviti waktu senggang diorang sepanjang 4 hari di KL, makan, minum dan banyak lagi lah. adapun LO yang dilantik cuma 3 orang (untuk jaga 17 orang yang confirm hadir) tak la membebankan sangat. bukan jaga sebarangan orang. sape tokoh2 tu?
hehehe here is the best part...
mereka ni terdiri daripada pelbagai latar belakang. tokoh2 yang terpilih adalah mereka2 yang memberi khidmat bakti kepada negara baik dari segi pendidikan, perpaduan, sains dan teknologi dan alam sekitar. aku bangga kerana dapat mengiringi mereka ni sepanjang 4 hari. insyaAllah, apa yang termampu aku da berikan sebaik mungkin..owh, belum bitau lagi siapa tokoh2 tu eh?
hehehe ok kita mulakan dengan aktivis terkenal di Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Y.Bhg. Datuk Michael Chong, seorang yang cukup terkenal dalam membantu menyelesaikan kes2 aduan awam, the famous cartoonist, Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat), Y.B Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md Salleh - tokoh Maulidur Rasul yang merupakan economist terkenal dan OKU pertama yang dilantik menjadi Senator, Datuk Misbun Sidek (korang tak kenal aku pukul!) yang sangatlah tinggi, Encik Krishnamoorthy - wira yang menyelamatkan 18 mangsa penumpang tragedi feri terbakar di Mersing, Puan Marina Ahmad - wanita Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest, Umairah Ahmad Jamhari yang dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul kerana OKU paling cemerlang dalam PMR 2007, Puan Mary Yap juga Tokoh Maulidur Rasul yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Sekolah Kluster, Encik Abu Bakar Shawkat Ali - tokoh guru, Y.Bhg. Datuk Haji Rashdi Ramlan seorang Tokoh Guru, Y.Bhg. Datuk Dr. Dzulkarnain bin Abd Rahman juga Tokoh Guru, Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim merupakan pakar sejarah dan seorang pensyarah terkenal di UM, Puan Hajjah Anis Abdullah - dia adalah Tokoh Ibu Gemilang (7 orang anak kesemuanya Doktor - 3 darinya specialist!), Encik K. Rasa Selvan, Cik Noor Lina Mohd Yusof kedua-dua merupakan Tokoh Belia yang aktif dalam persatuan seperti pertubuhan belia dan pandu puteri, Encik Karam Singh Walia environmentalist dan ikon paling popular di tv3 (eleh, buat2 tak kenal plak korang ni!) dan Y.Bhg. Dato' Seri Salleh Mohamed Nor juga merupakan environmentalist terkenal di Malaysia.
fuhhh i think i got everyone's name!eh...chup chup...lupalah..dan segala keletihan ini adalah hasil dari mengelakkan dia dari diganggu/dihimpit/dipeyek - Dato' Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. (ade ke sorang minah bawah 18 tahun ni mintak kat aku...kak boleh tak nak bendera Dato' - yg tersisip elok kat pinggang orang tu..ku bagi bendera yang bertimbun dalam beg aku takmau plak!!!!huhuhuhu giler!)
to Dato' (if you read my blog lah), sorry for any inconvenient. because u are such a good-looking-well-known-1st-Malaysian-angkasawan and people from babies to sisters/brothers and uncles/auntie and atuks/granny love you so kitorang tak leh wat ape2. maaf sangat2.
all in all, 4 hari yang kurang tido dan lebih makan adalah sesuatu yang tak pernah terbayang akan aku buat. me proud of myself regardless pening kepala tak cukup tido, lari sana sini layan orang, bau ketiak orang yang nak self-capture gambar dengan Dato' SMS, baju korporat yang ala-ala gaun dan macam2 lagi. i got a token of appreciation from Madam Mary Yap and ucapan terima kasih Puan Sri memang mengharukan. Thanks Maam & Puan Sri!!!!And everybody else too!tak perlu hadiah atau pujian melainkan senyuman di bibir semua orang yang menitipkan ucapan terima kasih diorang pada apa yang termampu kami berikan! Semoga tahun depan ada lagi pengalaman macam ni..Mungkin dengan department lain???hahaha
kepada urusetia, jawatankuasa, petugas dan semua yang menjayakan Sambutan Kemerdekaan yang ke -51 tahun ni. Thank you, thank you, thank you, thank you, thank you, thank you!
gambar nanti la ye. letih tak hilang lagi. nak mandi and gi terawih!
*p.s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
**p.s : Happy Belated Birthday to Mama Lin, Namie (30th), Adni (29th) dan sesiapa yang menyambut Hari Lahir k!
sayang semua
x'sses dan o'sses
.
.











































