Monday, December 19, 2011

L.I.M.A [18.12.2006-18.12.2011]



Tanggal 18 Disember 2011 adalah merupakan ulang tahun ke-5 saya dalam perkhidmatan.
Alhamdulillah.
Tidak senang untuk berada dalam servis.
Masih bertatih untuk menyempurnakan langkahan.
InsyaAllah, 10 tahun lagi kalau mampu, saya akan melangkah lebih yakin dan siapa tahu mungkin akan berlari. Berlari dan menempuh segala onak duri. Hehe. :D

Selamat Ulang Tahun Ke-5 rakan-rakan 2/2006.
Teruskan usaha mu.
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan.
Amin.

:)

Friday, December 16, 2011

iPhone 4S

and finally.
it is here in Malaysia.

ada sesiapa dah beli?
sila buat review ikhlas ye.
saya nak tau apa beza iPhone 4S dan iPhone 4.
:D


macam menarik tapi saya dah ada cik putih saya. so takpelah.
i'll pass this.
will wait for iPhone 5!

:)




Tuesday, December 6, 2011

buah mulut

cerita Ombak Rindu dah jadi talk of the town.
di Facebook, twitter, blog.
semua menyebabkan saya rasa nak tengok.
buku tu dah lama baca, so tak berapa nak ingat.
ada sesapa nak bagi pinjam? :D
tapi satu la, saya agak skeptikal dengan cerita melayu.
disebabkan semua orang kata best, bila saya pergi, cam tak je.
huhu.

tapi mungkin cerita ni best.
sebab saya suka OST dia. comel je.
hmm. bila nak tengok ni. assignment masih berlambak.
tsk. tsk.

Hafiz & Adira - Ombak Rindu



Friday, December 2, 2011

disember : mode nervous

salam semua.
dah bulan terakhir untuk tahun 2011.
oh nervous.
kenapa?
sebab ini menandakan final exam semakin hampir, semester 1 pun dah nak habis.
dan bertambah lagi usia, bertambah komitmen, bertambah tanggungjawab.
berdoa supaya semua dipermudahkan olehNya.
semoga rezeki bertambah.

mode nervous. mode happy. mode kalut.
semua pun sama.


hari ini juga adalah hari terakhir Didi dengan perut di atas. hari ni bakal menyaksikan rakan ketat saya Puan Didi bakal menjalani pembedahan c-sect untuk melahirkan seorang lagi Geng! Jr. to Didi, be strong. tak sabar nak jumpa kau sat g!


ok. dah mula nervous balik.
nak buat kerja. bye!

Thursday, November 24, 2011

a thousand years

Twilight Saga  : Breaking Dawn, Part 1 OST
Christina Perri - A Thousand Years


I have loved you for a 
  Thousand years
I'll love you for a 
Thousand more


p/s : (i) nak tengok Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 sekali lagi. (ii) Tak sabar nak tunggu Part 2 yang ada Renesmee. (iii) Edward Cullen looks the best in Breaking Dawn [cair!]. (iv) I love Bella's wedding gown. Simple and stunning. Effortless! (v) #HarimauMuda kalah? Saya sedih tak dapat tengok. Tapi takpe. Kita tunggu next round. Berusaha!



Wednesday, November 23, 2011

pulang awal

selepas dua hari kursus, baru boleh tarik nafas lega.
banyak je benda menanti kat opis. tapi commitment lain kena fulfil juga.
mahu pulang awal ni.
kepada pasukan  #HarimauMalaya #Harimau Muda dan Encik #khairulfahmi aka apexs, main lah bersungguh-sungguh.
Selamat Berjuang!!!
kawan-kawan yang ada twitter, saya mengharapkan update dari anda kerana saya ada commitment lain.
oh. kalau boleh, biarlah 0-0.
i love u Harimau Malaya!

ok. done. saya gerak balik dulu ye.
malam ni ada date dengan Mr. Edward Cullen di Pavilion.
esok ada date dengan Encik Vampire sorang lagi.
LOL


later!!

wordless wednesday #16

see you tonight!!!



Tuesday, November 22, 2011

anthem of the day : Black and Yellow Harimau Malaya


Auummmmmmm






enjoy!!

<3
Selamanya Harimau Malaya!!!




Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEA Ke-26 (2011) Milik Kita

Tahniah pasukan Harimau Muda yang telah berhempas pulas untuk pingat emas Sukan SEA. Personally, for me, Khairul Fahmi Che Mat adalah hero. Kerana banyak try yang dia selamatkan. Dan yang lain-lain pun sama kerana berjaya bertahan sampai ke penalti. Fakri, saya tak nak komen. Walaupun menang melalui penalti tapi masih puas hati kerana diorang main memang bagus. Ada sesiapa yang nak gi amik diorang kat LCCT subuh nanti? Kirim salam dan ucap tahniah ye.

Cerita banyak tak guna, saya dah habis suara. Ok nite2. Malam ni tidor senyum je. 
:)

 semangat! kenangan masa game world cup qualifying round. 
bukit jalil.


Congrats Malaysia!
Tanah Tumpahnya Darahku.

Friday, November 18, 2011

dating :)



lupakan kisah sedih.benda dah jadi. jadi lah kan.
innalillah wa inalillahirajiun.
mari memujuk hati.
hari ni nak dating bersama bestie saya, Puan Didi.
kami nak makan tu....kat ataih nun.
KLCC.

ok. nak balik. babai.

happy weekend!

kisah sedih

hanya beberapa saat.
sekelip mata.
graviti itu menarik ianya dari pegangan saya.
dan terus. jatuh.
ingatkan sikit, tapi rupanya dari belah kanan ke belah kiri.
oh. air mata tak boleh nak tumpah dah.
tak terkata.
freeze.
sejuk.
numb.

tema : crash.boom.bang.

sekarang ni kena bukak tabung baru.
untuk baiki.
oh my.
saya belajar dari kesilapan saya.

pasrah.

*pujuk diri sendiri*

Thursday, November 17, 2011

bantuan! bantuan!





assignments..
notes..
work..
proposal paper..
assignments...
test...
final exam..

H.E.L.P.


Tuesday, November 15, 2011

wow!


say buhbye to your smart phones (iPhone, HTC, Samsung Galaxy etc).
say hi to the latest phone from Nokia.
flexible, bend-able, touch sensitive. oh macam2 lah.
sila tonton video di bawah. :)


(link) (link)

macam tipu kan?
tapi best woooo.
erm. saya nak simpan berihitam kesayangan ni. tapi phone ni best kot!
saje2 menambah gadjet hebat. LOL

Monday, November 14, 2011

karaoke song

oh, lama sudah tidak ke karaoke.
last week, dia suh saya carik lagu Manis Masa Bercinta.
masa tanya tu, terus gelak.
sebab lagu tu adalah lagu lama kot. Dah la Haida dulu duduk sebelah rumah.
LOL.
Then terus download and layan lagu tu kat youtube.
pernah nyanyi masa kat karaoke, memang hancus!!!
Terutama bab 'manisssssssssssssssss'. Cungap u ols! :P
Kiki, ingat tak orang penah nyanyi lagu ni? Hahaha.


sila nyanyi! hahaha











Friday, November 11, 2011

11.11.11 - love is in the air

Jumaat, 11.11.11. Nombor cantik yang ramai orang tunggu.
Nak menikah, dapat baby, nak celebrate anniversary dan sebagainya.
Bukan senang nak jumpa tarikh cantik camni.
Pada 11.11 juga bakal menyaksikan dua rakan saya, pertama my childhood friend, Namie diijabkabulkan dengan Farid dan juga one of my bestie yang juga bakal melangsungkan pernikahan iaitu Dalila dan Bard.

I gotta choose to go either one. Sebab satu di Kuala Terengganu dan satu di Seri Gombak.
Sorry DK, i gotta choose one in KL sebab the next day i got class to attend. So sad. But please2 ask Nana Tonet to take picture k!

Happy Married Life kawan2. Have a blessed one!
Muahsssss!


p/s : favourite 11 these year are September 11th, Oktober 11th and November 11th. :D

Thursday, November 10, 2011

Travel Review : David Brown's Restaurant & Tea Terraces


Wow. saya belek2 folder gambar. banyak benda pasal travel saya tak update rupanya.
dan bila Groupon buat deal untuk David Browns's Restaurant & Tea Terraces, Strawberry Hills baru saya ingat yang ia adalah my favourite place in Penang. Letaknya di Bukit Bendera dan oh my. Magnificent!

so, hari ni saya nak share gambar-gambar menarik di David Brown's & Tea Terraces yang pernah saya kunjungi pada tahun penghujung tahun 2009 dan menyambut tahun baru 2010 sebelum train lama ditutup dan diganti dengan yang lebih baru dan canggih.







cantik kan?
apa lagi, jom beli voucher Groupon.
Hanya RM39.00!!
boleh layan afternoon tea set dan menikmati suasana romantik :)
have fun!

David Brown’s Restaurant and Tea Terraces
Strawberry Hill, Penang Hill, Penang, Malaysia
Tel: 04-828 8337 | Fax: 04-826 6337 | Email: info@penanghillco.com.my
Managed by Penang Hill Company Hotels & Restaurants Sdn Bhd

Wednesday, November 9, 2011

quick update (09/11/11)

yesterday i got my starbucks card. and also my first toffee nut frappucino for 2011. it's officially christmas ya'll!!! woot! for more info on the (card) benefits, click here.


today, my bestie, Aqilah selamat bersalin. baru semalam gelak2 ngan dia and bincang weekend ni dia nak berjalan2 supaya senang nak bersalin. tup2 pagi  ni Isk (hubby Qilah) bbm, dah admitted dan selamat bersalin jam 11.15 am. tahniah qilah. comel baby. tak puas sebab tak dapat cium!




happy!

lalala

Tuesday, November 8, 2011

story of my childhood friend

this is about my childhood friend, Namie.
kenal dia sejak saya berumur 8 tahun, darjah 2.
dia adalah best friend merangkap jiran.
sangat baik kot kitorang. bermula dengan insiden cucuk2 jari di pagar yang memisahkan rumah kitorang, terus jadi baik sampai hari ini, saya dah pun berumur 28 tahun.
makanya telah dua dekad kami kenal dan berkawan rapat.

kami berbeza dan sangat berbeza.
sebab saya anak sulung, dia anak bongsu.
dia sangat bergaya dan meletup, saya adalah manusia selekeh dan selamba. haha.
saya gila nak belajar naik motor, bawak kereta. dia tak heran pun. :p
pernah jatuh basikal masa kami konvoi nak tengok itik putih kat area Pinggiran Batu Caves (yang sekarang dah jadi penempatan beribu2 penduduk).
berarak ala2 kontijen merdeka depan rumah siap dengan bendera, topi. hahaha
macam2 kot.
tapi kami berdua sangat suka pink.
even dulu, kami pernah masuk magazine remaja sebab kegilaan pink dan hello kitty kitorang.
*malu*
dan skang kami berkhidmat dalam satu organisasi besar yang sama.
cuma berbeza skim.
:D

sebulan yang lepas, ada orang merisik dia. dua minggu lepas, dia bertunang.
dan tanggal 11.11.11 ni dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan (mak ai, bahasa aku!!)
tahniah kawan zaman kecil!

here are some of the pictures from her engagement. enjoy!

see. told ya. she's a beauty. i'm comot. :P

<3

bakal ibu mertua. 

can't wait for the nikah.
will update more!
mungkin satu hari nanti, update pasal kami masa kecik2.
hahaha

Friday, November 4, 2011

mylo xyloto

is the name of the latest album from Coldplay.
I'm currently addicted to Paradise.



enjoy!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha peeps!
Have fun dan berhati-hati di jalan raya. Be Safe.
Can't wait to go back to kampung and tengok rumah. Alhamdulillah.

mmm yeah

kalau orang datang kat korang and tanya "kau tau tak lagu yang ada mm yeah....mm yeah?" dengan clue lagu dance, apa korang akan jawab?

itu lah yang jadi kat aku bila kawan baik ku sorang ni kata lagu ni dok main dalam kepala dia. puas aku google. selepas hampir setengah jam, baru lah discover lagu ni. macam2 keyword try kot. haha. memang lawak.
nak tau lagu apa?

Alexander Stan - Mr. Saxobeat! tak penah dengar? Meh dengar thru video bawah ni. :D
Erk. Video disabled.
Tengok kat kat sini k. (link)

best buat ringtone!
oh yeah.. mmm yeah... mmm yeah.
hahaha

Wednesday, November 2, 2011

Gmail's New Look



nice right?
i've changed mine. it's kinda awkward at first but will get use to it.  
go change yours now! i want to continue exploring the function. 
toddles!

:)


Tuesday, November 1, 2011

My Happy SG Girls

since last month, SG Girls ada few happy news.
pertambahan ahli dalam SG Girls semakin hari semakin bertambah.
happy!!!


SG Girls at Ina's. 
Aidilfitri 2011. Rawang.
Birthday Cake for September babies.

semoga semua happy news ini bertambah hendaknya dan semoga semua urusan dipermudahkanNya.
Amin.
Love you SG Girls!

Big Bad Wolf Book Sale : the aftermath!!!!

taken from Mr. Wolf's FB

  • siapa yang masih tak puas, boleh pergi lagi!
  • siapa yang tak sempat pergi, please pergi ;)
Details as below 

Date : 24 - 28 November 2011
Venue : South City Plaza (map here)
Price Range : RM5 and below (as per stated in the FB)

so, why wait? 
be a part of the reading community ;)





p/s : more updates later eh. tak menang tangan *ngee*

Wednesday, October 19, 2011

Johor Bahru - Singapore

Salam semua..
Menaipnya saya di sini...hahahaha,

FYI, saya di JB ni.
Mengurusetiakan kursus dan memberi input semasa kursus.
Sangat tak berminat untuk tinggal di hotel lama-lama. Dah terasa badan tak berapa nak sihat.
Selsema, pening macam2.

Paling best adalah tiap2 hari bangun tido, mesti tengok Singapore. Keluar je pintu bilik nampak berpusu-pusu kereta masuk ke entrance di Woodlands.


Niat di hati macam nak ke Singapore sekejap. Dapat perfume sebotol, popcorn garrett sebalang, fridge magnet dan kasut charles and keith ke, cukuplah. hahahaha.

erm. gambar menarik takde. sebab dah biasa makan2 dan jenjalan kat JB, soo take for granted je la. but we'll see. mana tau esok2 ada mood nak amik gambar ke.

ok. till my next entry!!

Thursday, October 13, 2011

Flora Kafe, Amp Walk

sangat cantik!
saya suka setting kafe ini.
and the foods were not bad at all.
(their specialty are Johor traditional dishes such as Laksa Johor & Mee Bandung)
saya makan sotong kangkung dan mango juice!

saya ambil dua keping gambar je tadi. sebab ala2 termenung sebentar. haha. anyways. what i like about this cafe is.....

the chiavari-ghost chair. nice!

and the big, colourful roses. so cantik!!!

singgah la ;)

Flora Kafe
Lot G08-1
Ground Floor
the Ampwalk


p/s : the owner, Razak owns Flora etc too (he is the one who is responsible for breathtaking white rose pelamin for Marion Caunter & SM Nasarudin wedding)

Tuesday, October 11, 2011

Big Bad Wolf Book Sale 2011 - The Review

it is really, really one big and bad book sale.not only this year they held it in Hall A MAEPS, Serdang but the books, wow!!!! *ngeee*

i went on the second day, early morning. reached there 10 minutes to 10am. people were already queuing along the tent. upon entering the hall, i was speechless. *rasa nak lari peluk semua buku2. wahaha*

hasilnya???


388myr + 165myr worth of books!!
*abaikan kaki macam gajah itu*

and these are mine. :)

What i bought?
  1. The Shopaholic Series by Sophie Kinsella - total of 6;
  2. Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray ;
  3. What The Dog Saw by Malcolm Gladwell;
  4. Twilight by Stephanie Meyer - satu-satunya takde, so beli lah. RM 8 je pun :P;
  5. The Complete Idiot Guide to Word Search Puzzle;
  6. Jamie Oliver : Jamie's Kitchen;
  7. Edward Monkton's A Lovely Love Story & The Shoes of Salvation;
  8. 2 books for my niece and nephew. :D

best!
go get your books now!!
the sale is still on till October 16th, 2011.



111011



On your birthday, I am so very happy

to have shared life with you another year,
basking in the special light of your love.
May your birthday be filled
with joy, satisfaction,
and the kind of amazing happiness
I feel whenever I’m with you.



Happy Birthday Love!



Saturday, October 1, 2011

Good Bye (For Now)

Kita telah secara rasminya memasuki suku ke-4 tahun 2011. Hari ini 1 Oktober 2011.

Semalam menyaksikan banyak perkara berlaku.

Pertamanya adala semalam merupakan hari terakhir bagi YBhg. Datuk TKSUK JayPeeAm berkhidmat dalam Perkhidmatan*Awam selepas 33 tahun. Secara wajib, beliau akan bersara pada 2 Oktober. Majlis perpisahan, Majlis Sekalung Budi dah selamat berlangsung petang semalam. Saya jadi emcee. Oh, sedih ok. Sangat sedih. Nasib baik tak tertelan ayat2 yang nak dikatakan. Gambar official majlis semalam saya masih belum terima, so saya upload gambar our tea session last Monday kat Kelab Tasik. To Datuk, i wish you well. Remember me. InsyaAllah, see ya again. :)

Us
Kelab Tasik Putrajaya, September 2011

DK, Muni & Yours Truly
Siam Niramit, Bangkok
July 2010



Kedua. Dua orang rakan baik saya di pejabat, Muni dan Dali telahpun berangkat pagi ini ke IN*TAN untuk menjalani kursus 6 bulan mereka, selepas 2.5 tahun berkhidmat. Lama kan? Walaupun Qilah masih berada di pejabat kerana terpaksa tidak hadir DeePeeYea, tapi dia akan berangkat juga meninggalkan office selama 3 bulan selepas baby dia keluar nanti. Uhuk.

To Muni & Dali : Selamat berkursus. Have fun. Enjoy every bit of the courses. Its gonna be a whole lot different then what i had last time! Gonna miss both of ya! xoxo. DK - please update ;)

 “You may forget what they said, but you will never forget how they made you feel.” 


Good Bye (For Now)......

Friday, September 30, 2011

i love you like a love song baby...

lately ni semacam dah hooked up to Selena Gomez.
tetiba. hahaha. maybe sebab lagu dia catchy kot.
dan dia super chomel.
dulu tak, skang makin hot. patut aa Biebs cintan ngan dia.

banyak benda nak update tapi masa sikit sangat lah.
so, sementara saya settlekan kerja-kerja yang maha banyak ini, dengarkan beberapa video favourite saya dari Selena Gomez...(termasuk yang dia rap lagu Super Bass!)





enjoy!


Thursday, September 29, 2011

Anuar Zain (2011)

yang ditunggu dah tiba. Album abang nuar zeng.
Woot! Woot!
(sama-sama keluar ngan album Mek Ti kan?)
kat kedai cd di Alamanda dah beriya-ia main lagu-lagu album ni.
i suka!
belum beli, pinjam dari bos kat opis :D

layan dulu baru decide nak beli ke tak....

Chomel. macam zaman Bila Resah. tapi ni gambar bile??


p/s : kenapa artis-artis lama pakai gambar pelik-pelik je untuk album baru diorang eh? siapa la jadi designer depa...#tetibe pelik


sokonglah artis tempatan. hahaha

Monday, September 26, 2011

Siti Nurhaliza - All Your Love (2011)





Finally. After 2 years of waiting (since the last album, Tahajjud Cinta-2009), the new album is out. Not yet launched but you can purchase the songs here

Aku dah layan few songs. Comment?
Siti Nurhaliza still Siti Nurhaliza. suara, genre. semua masih dia.
Nak kata super best belum boleh lagi sebab tengah try nak digest.
Tak sabar nak beli yang fizikal. :D
Ada satu lagu featuring Sean Kingston. Maybe lagu ala-ala raggae?
Ada satu plak dah macam sama macam lagu Mizz Nina. Hmm. 

Ok. Takyah citer bebanyak. Sila beli :D



Thursday, September 15, 2011

under the weather



(picture from google)


been all over the place since weekend.
shah alam - putrajaya - sri gombak - putrajaya - nilai 3 - bangi - putrajaya - bukit kiara - damansara - ampang - putrajaya.

i started my class last saturday. it was tough!
driving from Putrajaya to Shah Alam was ok.
new friends were nice.
i got a whole lot of notes from the lecturer.
i tried my best to read it tho' i only managed to finished 2 articles and a theory notes.
*sigh*
office work is overwhelming.
gotta prepare for Hari Raya Event. buying things for the deco.
i don't even have time to read newspaper dah. huhu.
and one important thing also need to be sort out. oh. bilakah?
the current weather condition doesn't help either.
with the haze since the last two weeks and raining everyday this week.
i got headache easily and my body started to scream 'get yourself some rest!!!'

oh boy. saya sudah mula membebel kembali di ruangan ini.
hahahaha. sorry korang. bebel pagi je kejap eh.

p/s : i am so not looking forward to weekend anymore now. -___-"




Tuesday, September 13, 2011

Open House Ke Satu

first open house (kalau boleh dipanggil open house lah) adalah yang dianjurkan oleh Puan Suhana Azlin. Pertama-tamanya saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput saya dan kengkawan lain walaupun setahun sekali anda kembali ke Malaysia.

Menu pada hari itu adalah Nasi Daging bersama lauk ayam masak merah dan dalca, Cheesecake dan Lasagna sebagai dessert. hahaha.

Memandangkan saya adalah berpuasa masa tu, memang blasah bersungguh apa yang tuan rumah hidangkan. sedap sangat2.

jom layan gambar yang di kirimkan oleh didi melalui FB.


oh. nasi sedap!

half of us. tuan rumah tukang amik gambar :D

birthday girl bawa (kap)kek sendiri

two birthday gals with pelakon tambahan, Mya

 
different angle pulak

the (kap)kek from Taste, Bangi
(not so tasty)

the happy girl with lotsa raya packets!!


kami pulang dengan perut yang kenyang dan happy. hahaha.
geng, another round at my house before Lin fly back to Aberdeen k?!

Monday, September 12, 2011

A dream come true for a coffee addicts #readybrew

especially for a Starbucks coffee  lover.

From September 13th, 2011 you'll enjoy ur Starbucks coffee anywhere you go, anytime u want with the latest Starbucks VIA Ready Brew! from my opinion, VIA ni macam instant coffee 3 in 1 but i bet, its gonna be better lah. afterall it is from Starbucks kan. :D




(images via starbucks.com and Starbucks Malaysia Facebook Page)


I'm not sure whether here in Malaysia they will have all sort of VIA coffee but will head up to Starbucks tomorrow to check it out. And i'll make the review later k!

for more info, please go to Starbucks Malaysia facebook page and twitter!

*crossing fingers for Caramel Macchiato Flavored Coffee VIA*

11 September 2011


salam and morning.
yesterday was my 28th birthday.
Alhamdulillah. Diberikan kesihatan, keberkatan dan kemampuan untuk masih bernafas di dunia ini.

Tiada sambutan yang istimewa. Saya menghabiskan masa sepanjang hari di kelas. 8.30 pagi - 6.30 petang. Teringat sepuluh tahun yang lalu saya menyambut hari lahir dalam kelas juga iaitu pada pagi WTC dirempuh pesawat. Dan sejak dari kejadian itu, tarikh hari lahir saya menghantui seluruh pelusuk dunia terutamanya Amerika Syarikat.

Azam selepas mencecah usia 28? Menjadi muslimah yang taat, anak yang solehah, teman yang setia, rakan yang membantu, boss yang cool dan lain-lain.

Semoga semua urusan dipermudahkan dan hidup ini penuh keberkatan. InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan family members yang tidak putus-putus memberikan ucapan selamat hari lahir dan doa yang baik2 untuk saya. Semoga kebaikan korang dikembalikan dengan kebaikan dan keberkatan jua. *hugs*