Monday, December 28, 2009

rest and relax



swimming, relaxing and hiking..
syiok!

it was a fun weekend.
although menunggu Lin (Kazen Kerol's wife) bersalin adalah sedikit cemas.
thanks to mak ngah. can't wait for LGK trip. tiket pegi lum dapat huhuhu

i've packed my bags (again!) and i'm ready to go.
c ya later peeps.

have a nice day!

Saturday, December 26, 2009

suasana sunyi sepi dan aman

halo korang. semua orang bercuti kan. so senyap je. nak bloghop pun takde apdet. kat rumah tinggal saya, mak n ayah je. Kicap malam tadi bertolak ke Padang Besar. nak g Bukit Kayu Hitam. tujuan : beli jersi bola cap Siam. nak kirim bear besar. tapi takut dia tak reti beli . hahahaha. so tak kirim la pape.

korang semua buat ape cuti Krimas semalam? me? layan movie sampai lebam. Kicap sekarang tengah rajin download movie lama yang best2. semalam saya layan cerita2 ni:





1. The Trilogy of The Mighty Ducks

saya ingat lagi cerita ni keluar tahun 1990s. with two years apart for each movie. cerita pasal team underdog District 5 yang masuk Pee Wee Champs. sayur dan kemudian jadi power hasil coaching coach agak hot, Cocah Bombay. ada dua pemain perempuan. best2. masa tu, kira Joshua Jackson paling hot la. hehehe. tapi sebenarnya cerita2 macam ni bagus untuk menaikkan semangat TEAMWORK. seriously. masa dok layan tu terfikir, bermutu cerita2 ni kalau kita betul2 fikir out of the box (bak kata CheChe). recommended untuk yang ala2 sebaya saya. tengok lah. teringat zaman2 sekolah. gonjeng je...haha. dari segi kualiti memang lah sangat 90s. but i enjoyed the three movies. best2!!!!

2. Agent Cody Banks, Agent Cody Banks 2 : Destination London

ha yang ni pulak cerita zaman millenium. 2003 and 2004. layan juga. lama wooo. zaman2 kegemilangan Frankie Muniz dengan Hillary Duff. siapa tak pernah tengok Malcom in The Middle rugi aaa. yang tengok sure kenal mamat ni. cerita ni syiok layan sebab teknologi la. young Secret Agent (CIA). seronok layan adventure dia and scenery London. ada dua kot. ke tiga. tak sure. Kicap download dua je lah.


Cerita ni memang membuatkan semua budak2 masa tahun 1994 tu nak jadi kaya cam dia. ada McDonalds sendiri kat rumah, ada Chemistry Lab sendiri, heli dan macam2 lagi. budak kaya yang tak berlagak. nama anjing dia pun Dollar. korang ingat tak? hahaha. memang syiok dapat layan lagi. Cerita ni pasal Richie Rich, anak orang paling kaya di dunia merangkap budak paling kaya di dunia yang ada semua benda kecuali kawan. so dia carik kawan dan ada malaun yang nakkan harta dia. kat situ lah timbul adventure cerita ni. hehehe.

gila kah? aku layan cerita zaman kanak2. hahahaha. ok ape. cuti. tenangkan fikiran. tak perlu keluar duit pun. hanya perlu bayar duit elektrik je. haha. gather those tidbits dalam fridge and munch2 sambil tengok movie. layan.....

skang ni tengah tengok cerita orang besar plak. yang ni cerita 2009 ye. (500) Days of Summer. Jospeh Gordon Lewitt. chumel.



baru start je pun. oklah saya g tengok dulu k. pas movie nak gerak ke Port Dickson pulak. ada family day Yunos. esok balik. yeay. bleh mandi manda. papai. have a nice weekend korang!!

much love, ahkon.

Credits to Google Image & Wikipedia.
(wiki rawks!)


[ jangan lupa buat poll saya di sebelah kanan ni. total poll baru ada 3. thanks]



Friday, December 25, 2009

ready to be Carried-away (again?)



merry xmas everyone! this is my christmas gift this year. haha
girls,
go get your stilettos and fasten your seatbelt cause you will get Carried-away once again.
SATC (Sex And The City 2) will be coming to the theater Summer 2010.
May 28, 2010.
go and see the trailer. click here.

*can't wait!!*

friends .  families .  fashion . fun .

[i've put up 2 new polls at the right side of this page. go vote okay! thanks]

Thursday, December 24, 2009

penutup

hari ni penutup secara officialnya kerja untuk tahun 2009.
aku akan bercuti panjang next week and hanya akan kembali ke pejabat semula 4 Januari 2010 nanti.

don't worry. i'll update this blog from time to time from somewhere. haha
mana tu?? rumah la kan. hau hau hau.
kepada yang di office, selamat pening kepala. :P
aku baru je buat Nota Serah Tugas untuk seminggu.

kepada yang menyambut Hari Natal @ Christmas - Selamat Hari Natal, Merry Christmas. ho ho ho.
semua orang balik awal ari ni. yang nak gantung stokin, malam sat g nak tunggu Santa Claus, yang ada Christmas Dinner etc.
mesti Lin seronok. first time celebrate Christmas kat negara omputih. dapat merasa kesejukan suhu 0 Degree.
dan tak lupa snow yang memutih. ntah2 ada team Carol yang sesat kat umah dia. hahaha.
one eggnog and hot chocolate. aaaa bahagia! :P

so happy holiday people.
aku harap enjin aku cukup panas untuk distartkan semula tahun depan!

happy new year jugak!

lotsa love - swit@kon sanctuary.

Nota D(o)nut : sapa2 yang holiday oversea tu, bawak2 la souvenir. hahaha. untuk Zurai dan Basiq yang bakal honeymoon next week, enjoy k!


*update* 
Baru pulang dari Alamanda. seorang diri layan Toffee Nut Frappucino dan Chocolate Raspberry Cake With Caramelized Walnut sambil didendangkan lagu2 jazz di Starbucks. la la la la. its my Christmas Dinner. sangat enjoy! feels like wanna hug people tau! and membayangkan duduk seorang diri di sebuah apartment, pasang lagu jazz, bakar lilin dan buat air panas dalam mug besar. the joy of independence. :P


[i've put up 2 new polls at the right side of this page. go vote okay! thanks]

Wednesday, December 23, 2009

menitik air mata, dalam dilema







- dulu saya minah Canon.
- Munzir yang kenalkan saya dengan Canon.
- masa guna Canon, dialah segala-galanya.
- lepas saya asik layan Nikon, saya terus jatuh cinta padanya dan saya membuat pelaburan paling besar dengan membelinya masa birthday saya yang ke-26 tempoh hari (iaitu three freaking months ago!!!!).
- semenjak dua ini pula, saya asik nampak result Canon lebih meriah dari Nikon. lebih warna, lebih banyak.
- ia membuatkan saya nak nanges je.
- saya sayang baby N. camne ni kalau saya nak baby C pulak. harus kah saya jual dan ambil C??

jeng jeng.
huks.

Birthday Budak Enam Tahun

last week, hari Jumaat. hari yang sama dengan Puan Zuraida nikah, malamnya saya ada satu lagi event iaitu Sambutan Hari Lahir (Belated) Isyraf Hakeem yang ke-6. Birthday dia 4 Disember sebenarnya. so lewat celebrate and nak jugak hadiah (atie dah bitau kalau nak pwesent, kena buat birthday, ada kek! hahaha).

saya dah siap2 beli present dia awal kat Parkson. Thanks Chod teman i beli dan tambah sepuluh dua puluh ringgit. hahaha.

few days before tu, akeem ada datang umah and bisik 'Acik Atie, adik nak present kereta yang boleh bawak tu.' saya jawab kat dia, 'mana bleh. mahal. acik atie tak chop duit. haha'. dia jawab lagi 'oh, kalau camtu adik nak hot wheel lah eh!' atie dia jawab balik OK.


dan kitorang decide untuk celebrate di Restoran Saba - best Arab Food n murah! saya nak jamu mak noriah makan kat situ. kami gerak lepas maghrib, lepas akeem nangis mintak hadiah dia. haha.

order makanan dan buat majlis potong2 kek kejap and bagi dia present. suka hati mak dia je tarik hadiah tu ke hulur hilir tunjuk bebudak kat restoran tu. memalukan. tapi takpe. hadiah atie jugak yang paling besar. untuk ayiem, mira dan chacha, saya dan mak belikan diorang stationaries Ben 10 dan Dora Explorer. kalau tak kang kecik hati plak ngan akeem. 

akeem, bila dapat present besar, bukan main lama lagi dia ciyom n peluk acik atie dia. hahaha. and saya pesan ngan dia, 'simpan elok2, acik atie tak beli hadiah lagi 2,3 tahun' keji, no? :P

jom aa tengok gambar majlis sempoi tu!


 cubaan menukar perkataan 'Isyraf' kepada 'Ashraf '
oleh Kicap Keji dengan tujuan menyakat


Quarter of Ghani's Clan 
(mak noriah-abah-mira-chacah-kak ngah-kerol-ayah-mak)



mira bosan, chacha gedik


master of gedik


"iklan kejap"
hummus yang yummy


birthday peace ya'll


detik-detik tiupan lilin
-seronok tengok aksi yang kiri kanan, haha-

so itulah cerita birthday yang di host oleh saya untuk anak buah kesayangan.
minggu depan nak celebrate belated beday lain plak. yeay!



tell me this ;)



damn, i hate you!



Tuesday, December 22, 2009

kisah 7 tahun di wrap up ke 2 hari


(entry ini khas buat pengantin baru, my SG Girl, Puan Zuraida Mansor)

awal pagi. jam 6.10 saya dah call pengantin untuk bangun. dia sempat sms jam 2.47 pagi memaklumkan yang dia baru nak tido sebab tunggu pelamin siap. mandi, mekap sikit, minum secawan kopi saya terus gerak ke Sri Gombak. lebih kurang jam masa tu pukul 7.30 pagi. kalau ikutkan boleh je nak g lewat sikit tapi tanak lepaskan peluang capture moments masa mekap. nikah mula jam 9.00 pagi. jalan tak jem. semua orang bercuti sempena Maal Hijrah. so i've decided nak ikut MRR2 dan bila sampai di persimpangan Bandar Tun Razak, teringat yang Encik FK juga turut akan bernikah pada hari yang sama. so sambil memandu saya call guna loudspeaker ye FK kejap. borak2 dalam 15 minit, say gud luck kat dia and wish him congrats. lepas letak telefon, aku berperasaan sekejap. hahaha. ye lah. sorang demi sorang kahwin kan. dalam hati mula lah terdetik, kalau aku terima dia dulu, aku dah kahwin pun. hahahahaha.

so sampai di Sri Gombak jam 8.15 pagi. terus ke rumah Zurai. dari jauh dah nampak orang ramai bawah khemah. semua tengah berkemas2 apa yang patut. terus menuju ke tingkat atas and masa tu makcik tu baru nak siap. Wadi yang mekapkan dia. Wadi jugak jurumekap untuk Wedding Ina dulu. sambil2 aku menyibuk selit2 amik gambar, dah ramai photog sebenarnya. dari JanggutTouch.






mula2 aku dah janji dengan Ina, perempuan mengandung tu untuk jumpa kat Masjid kul 8.30 tapi Zurai paksa aku tunggu dia sebab takde sapa nak teman pengantin. huhu. takpelah. member punya pasal. Ina bising lah sebab aku lambat. tapi Zurai tolong kaverkan. hahahaha.sampai je kat Masjid, terus aku dapatkan perempuan2 itu. semua dah tunggu kat Masjid. masa yang sama, ada satu pasangan lagi yang bernikah di dewan yang sama. amik berkat hari Jumaat dan Maal Hijrah kan. hihi.






so ada dua families dalam dewan yang sama. sikit tak best ialah kitorang tak dengar pape pun. dari khutbah ke lafaz akad nikah hinggalah habis. hahaha. sebab banyak budak2 kecik nanges2 huhu. Zurai dah pesan, 'Babe, kang bila diorang sebut je sah, bagi tisu cepat2...nanti aku nak nanges punya.' nangis ape? hahaha. sebab tak dengar apa pun. :P

pas dah settle nikah tu, pengantin lelaki naik atas untuk solat sunat dan after pasangan lagi satu tu settle sesi batal air semayang baru lah Zurai dan Basiq dapat settlekan diorang punya plak. oh, lupa bitau. pasangan satu lagi tu adalah junior kami semua di Hillcrest. dan geng photog diorang ialah junior2 jugak. halim kot jadi otai dia.






kami pun apa lagi, snap sana. snap sini. posing la kan. kawan dah selamat. yang kita ni tah bila2. haha. berita paling mengejut dan menggembirakan ialah Has bakal mendirikan rumah tangga next year. bertunang bulan Februari and Nikahnya bulan Jun. :)







usai majlis di Masjid, kami bergerak pulang ke Jalan 10/10 untuk acara makan2. hahaha. nak dekat kul 12, aku balik rumah. ngantok. tapi tak balik dan tido pun, kena bawak mak g Alamanda. malamnye, ada celebration birthday si Akeem yang ke-6 kat Restoran Saba', Cyberjaya. (update yang ni next entry).

next day, Sabtu. jam 9.30 pagi aku gerak. kali ni terus ke rumah mak buyong, Ina untuk make up kan dia dulu before g kenduri. lebih kurang 1030 kitorang gerak dari Bolton ke Sri Gombak. berapa minit je pun. tak sampai 5 minit. sampai2 Zurai ajak breakfast dulu. aku tak lalu makan, tapi mak buyong layan nasi lemak sebungkus and satu tupperware kuih bakar :P.

lepas kami puas melepak dengan sangat lama dalam bilik pengantin, bermula lah episod Zurai cuak. nak bersanding. takut itu, takut ni. hahaha. aku layan gelak je la. amik gambar lagi dan lagi.























sebenarnya kami pakai baju sama-sama tu cuma duduk kat red carper je. pastu bila pengantin dah bersanding, baik punya empat2 orang g melantak. hahaha. aze lagi lah. dia bukan bleh tak makan or makan lambat. Zurai and Basiq bermandikan peluh, kami syiok makan dengan mak Aini. dia kenalkan kitorang kat mak dia and bitau Ina lah yang dah kawin tu. tetiba mak Aini pandang aku, 'ko mengandung berapa bulan?' hahahaha. aku ngan muka blur cam terus tunjuk perut Ina. dan cakap 'Acik, ni perutnya. saya belum kawin.' hahahaha. semua pun senyum sumbing. makcik sebelah mak Aini semangat plak bila Aini kata aku kerja peeteedee. banyak la Q&A berlaku selepas itu. huhu.

paling best, aku tinggalkan kamera kat dalam bilik pengantin so gambar berarak dan gambar bersanding aku takde langsung. hahaha. bila pengantin dah start makan baru aku hegeh naik atas amik kamera lam bilik.



sambil2 kat dalam khemah tu ramai la yang kitorang jumpa. kawan2 sekolah, kawan2 matrixs aku (Nahar, Along, Suhaila ngan baby and lagi sorang aku lupa nama - keji!). semua cam kata kat Zurai, akhirnya ko ngan Basiq jugak! hahaha ye lah. kenal masa matrixs kan. berchenta tu a year after kot. 7 tahun babe. diorang sempat tanya aku nape tak ngan Jai (x-bf aku la). aku jawab takde jodoh.

last sekali dah nak dekat 4.30 petang, lepas amik2 gambar semua, anak si Ina pun dah puas menendang2 perut dia, kitorang mintak diri.. salam2 semua orang dan terus gerak. gila penat. Jalan Kuching jammed nak mati plak petang tu. aku fobia gila bawak kereta bumper-to-bumper ni. rasa nak belanggar je. huhuhu. kul 5.45 sampai rumah and layan tv.

itu jelah cerita hari kahwin Zurai & Basiq. this week kat Melaka plak. depan umah Mak Noriah je. tapi sebab aku nak pegi Wedding Ice kat Linggi, maybe aku tak g majlid bertandang Zurai ni.

Buat Zurai dan Basiq (dah ucap bebanyak kali dah) - Selamat Pengantin Baru. semoga kekal ke akhir hayat k.

oklah. aku nak mandi. g opis. gila kau! dah kul 7. bai!!!!


Monday, December 21, 2009

emergency break

just got a call from mak.
someone try to break in to our house.
this is the first time in our area.
kat office ni dah dua tiga kali diorang punya rumah kena break in.
kat presint 9.
celaka gila!
takde kerja lain ke hape.
nasib baik adik was around dan budak busuk tu tak tido lagi.
tido mati plak tu!
now i am so scared.
diorang dah aim tu kenalah jaga2.
i dah bitau Kicap. kalau dia datang lagi, kol polis n jerit kuat2!
pastu dia kata aku menggelabah. chet!

pakcik polis. tolong lah jaga lebih sikit.
huhu. nampak je aman putrajaya ni.
tapi setan memang banyak.
siot betul!


p/s: doakan takde pape jadi k!

Saturday, December 19, 2009

fuuuhhhhhhhhhh....lega

alhamdulillah.
berkat doa semuanya berjalan lancar.

dah lamanya saya tak hapdet. nak saya explain satu2 ke dari hari khamis?
huhu. saya bz la. maaf ye.

apapun, my bestfriend SG Girls, Cik eh Puan Zuraida Mansor telah selamat mendirikan rumahtangga dengan Encik Abdul Basiq pada tanggal 18 Disember 2009 dan tak lupa buat bekas-boyfriend-yang-kini-kawan saya, Encik Fadzli Khairi yang juga telah selamat bernikah dengan buah hatinya, Puan Huda juga pada 18 Disember 2009. sempat call dia pagi semalam and wish him gud luck!

overall. penat. saya ulang alik ke Taman Sri Gombak dua hari berturut2 dan saat ini kepala agak weng. maafkan kekurangan update di blog ini ye.
saya janji esok saya akan hapdet lagi. banyak banyak tau.
buat masa ni, saya letakkan wajah2 happy wedding Zuraida & Basiq pada hari Jumaat dan Sabtu. enjoy. more updates later k. muahs2.

*saya akan buat full entry pasal wedding ni later, banyak gambar nak share*



 

one more down. one already gone. four to go.
:)

Wednesday, December 16, 2009

time to speak up!


in this month Cleo December 2009 issue there is one article that attract me so much titled 'Time To Speak Up' regarding friends or bestie or bff who you have to put up with her poor form just because she's a friend.

so, here is the story. well, i do have some circle of friends. and for those read my blog for sure have read whenever i mentioned my SG Girls and my Geng! quite few times in various entries. my SG Girls are my girlfriends. my childhood friends. we went to school together, lived in the same taman for ages (me n 2 of others moved out but 3 of them stayed in Taman Seri Gombak) and sorta shared everything with each other. through thick and thin, through happiness and sorrow.

this is a story about one of my best friend (or so i thought), Miss M. she's was my closest friends, my bekas-bakal-biras-tak-tau-jadi-ke-tak (dulu) and we've been through a lot together. previously, apart from the other five girls, i was a lot closer to her. time goes by and we went through life in school, matrix, uni and now work. Ina lead the way by getting married earlier this year (now pregnant with her first baby) and followed by Zurai's engagement last August (remember the picture that won me the 2nd prize for TiC Bulgari contest?). and her ceremony will be held this coming Friday.

unfortunately to our suprised, my best friend, Miss M will not be able to attend the ceremony. both the nikah on Friday and bersanding on Tuesday. Zurai called me last night and she was shocked when received the news that Miss M is unable to be with us for her big day. Miss M just sms her and promise to bought a HUGE present as her wedding present. and what makes me write this is that this is not the first time she did this kinda thing to us. she keep on cancelling on us on various occasion. such as our get together, lepak session, weekend meet up, iftar, birthdays, wedding and etc. not that i do not care of whatever reason she gave to us but it was always personal matter and she will cancelled it at the very last minutes. sometimes we had to changed initial plan just because she cancelled!

oh, i forgot to mention that Zurai annouced her wedding like a zillion times ago and she already distributed the lace kain for us to wear on her wedding day on our lepak session at Ina's last October. i don't know but maybe this is the time for me to speak up. we had enough! i had enough and i don't want to put up with you anymore (actually i've been kinda ignored her for few months). we do not want to play games anymore. She can continue her life without our interference anymore. we may (i may) invite her for any majlis be it kahwin, birthday or whatsoever but definitely will not put much hope on her anymore. it feels so sad (ignoring the angst) to just think about how could a friend do this to you. takpelah. asalkan dia bahagia.

to Zurai : aku marah jugak dan aku rasa sedih tapi nak buat camne. time of us to speak up dah pun kita buat. bukan tak pernah bitau dia apa kita rasa tapi takpelah. kitorang ada. :D

please don't play games, especially when it comes to your closest friends.it looked stupid. we can play games back at ya' but we won't. we're sorry if any of our actions or talks hurt you but we hurt too. we're still friends, whether you like it or not. i hope your are happy. full stop.


Monday, December 14, 2009

bila berdua itu lebih baik dari seorang ;)





*credits to YouTube*
lagu ni best.
Two Is Better Than One 
Boys Like Girls Feat. Taylor Swift (but she's not in the video. dem!)



That maybe it's true


That I can't live without you
And maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one





p/s : lupakan apa yang dah berlaku. yang penting selamat. alhamdulillah. musibah itu kifarah ;)




berdosa kah aku?

aku accident pagi ni.
dekat simpang nak masuk roundabout dari P8/P9.
kalau ikutkan aku belajar memandu, mana ada orang emergency brake nak keluar simpang.
tapi takpe lah. mungkin aku ni banyak dosa agaknya. tuhan bayar kat aku cash.
sebelum tu minah tu potong aku mengejut.
taktaulah. duit satu hal. semangat aku ni dah terbang terus.
menggigil dan aku tak rasa bleh cover.
ehmm.

nasib baik takde ape2 je lah. aku kan skang pakai tali pinggang dan terima kasih kepada encik kancil kaler maroon yang mengelak dari melanggar aku plak dari belakang.

nasib ada ayah yang kerja satu tempat dengan aku. dengan pantasnya dia terus check kereta aku kat parking. aku berniat nak cuti hari dan esok. aku rasa lemah.


*sigh*

Friday, December 11, 2009

holiday season

bulan disember.
dah la hujung tahun. semua pun mood nak bercuti je.
penat sangat kot keja setahun. saya pun dah ala2 burn out ni.
dengan makcik yang semakin poyo. malas!
layankan boleh jadi demotivated. so biarkan je lah.
kalau biggie bos tanya, i jawab tanya makcik, bleh? hahaha

hari ni selangor bercuti. untuk bulan Disember 2009 ni, orang2 di Selangor hanya kerja sekali Jumaat sahaja. yang lain2 semuanya public holiday.
Next week kawan baik saya Cik Zuraida akan bertukar status ke Puan. seperti biasa.
Cik Ahkon akan sexcited dengan wedding orang. hahaha
baju kahwin dia yang kami kena pakai sesama tu saya tak amik lagi.
matilor!

today cam ala2 tak kerja je saya ni. saya akan attend ceramah (lagi!) di Port Dickson.
so petang nanti baru balik.
tekak rasa macam nak nandos.
Geng! jom? - apa2 roger via sms or call ye!

orait. nak g tengok kerja2 (takde pun. makcik amik semua) kejap then saya akan terus ke PD.
alamak! kamera lupa bawak. :(

xoxo

Thursday, December 10, 2009

the land below the wind



(entry ini agak panjang dan memerlukan sedikit masa untuk dibaca dan mungkin ada diantara perkataan atau ayat2 yang digunakan berbunyi poyo dan mungkin menggugat perasaan sesiapa yang membacanya. kalau tanak baca, macam biasa...sila klik tanda 'x' di hujung atas kanan browser anda. thank you)

it was my first. and i was excited.
tak lama pun. setakat satu hari, satu malam.
dan saya ke sana atas urusan kerja.
ok, jom kita go through itinerary k :p

saya dapat memo yang telah mengarahkan saya ke Kota Kinabalu Sabah 5 hari sebelum actual day saya kena bertugas. cepat2 minta puan ceecee untuk buat tempahan tiket. tengok online dah fully booked untuk jam 5 petang. so nak tak nak terpaksa ambil flight malam. nasib lah nama masuk waiting list awal2 so dapat flight jam 750 petang. kalau tak, kena naik flight jam 9 dan sampai jam 1200 tengah malam.



flight saya MH berapa tah (tak ingat) bound to KKIA depart at 7.50 petang. saya sampai dah pun agak lewat sebab tunggu encik-tukang-anta-ke-klia ada kerja yang tidak sempat diselesaikan. sempat juga beli Burger King dan makan Mushroom Swiss Burger + Black Pepper dengan Milo secawan! panas dan sedap. makan dengan sempoi tanpa budget ada makanan atas flight nanti.

tanpa berkejar. dengan relax, kul 715 baru masuk. punyalah menyesal! jumpa Victoria's Secret Kiosk depan mata! tensen sebab nak jalan ke gate A2 agak jauh ke dalam. so tak boleh nak buang masa layan VS. dengan berat langkah kaki, aku pun gerak ke gate A2 dan tinggalkan kiosk itu dengan harapan flight balik nanti boleh singgah!

  



lebih kurang 30  minit (kot) di udara, dinner was served. aha! sekotak yang dipenuhi dengan makanan. satu bekas dengan nasi dan lauk pauk (yang agak tawar), sepotong fruitcake (me likey!), 3 ketul ferrero rocher (yang tidak habis dimakan hingga pulang ke KL) dan secawan air mineral Spritzer yang kiyut.

padan muka. makan burger king macam tak ingat dunia. so dalam flight aku kekenyangan. nak tanak, layan jugak la. nasik tolak tepi, layan rendang daging tu. mintak coffee kat pramugari hot dan layan lagi.





lepas coffee itu habis dihirup, rupanya depa serve DESSERTS! chet. memang menyesal makan banyak. Baskin Robbins lak tu. (harap maaf. saya agak jakun kerana dah lama tak naik flight yang ada makan2. saya travel lite2 je. so selalunya makan kacang. sekali dapat BR. maunya nak jerit!) terus teringat Algae. hahaha. takkan nak tunggu touch down baru makan. sebat je lah. walaupun perasa coklat bukan kegemaran, tapi layankan je la. dan habis 3/4 dari satu tub itu.

sampai di KKIA lebih kurang jam 1030 malam. Urus Setia datang dan bawa kami minum dulu sebelum ke hotel. oh. saya stay di hotel yang ditempah untuk kursus itu la. tanak membazir dengan duduk di hotel lain walaupun sebenarnya menyesal. lepas minum di kedai mamak, kitorang terus balik hotel. lebih kurang jam 12 dah masa tu. Urus Setia elok je bercerita pasal hotel tu adalah bekas bangunan yang ditinggalkan lah, tempat kawasan jepun lah, berhantu la. aduhai. tambahan plak ada peserta yang kena histeria. gila takot!

sampai di hotel, saya terus diberi kunci bilik. macam biasalah. saya tidor sorang2. huhu. tau tak bilik itu super huge????!!! walaupun carpetnya penuh dengan kotoran dan habuk2 tapi katilnya sangat bersih. guna bedsheet yang kaler putih cantik macam bedsheet cik siti aminah lagi. tapi memang horror. sebelah hadapan bilik saya plak dewan yang baru sahaja selesai majlis malam budaya satu lagi kursus yang dibuat disitu. maka, pekerja hotel mengemas hingga jam 3 pagi. huk huk. lepas gosok gigi, solat. saya pakai hooded sweater saya dan tutup muka dengan bantal hotdog yang cuba dimuatkan juga dalam beg saya.untuk mengelakkan dari terpadang-pandang apa yang tidak sepatutnya. huhu

jam 4 pagi saya terjaga dan tak boleh tido. rupanya sebab bunyi tv yang masih terpasang. saya tutup lagi telinga dan buat2 tak tahu sambung je tido. pagi tu jam 630 dah terbangun dan trus mandi. dalam kul 8 saya turun breakfast. tanpa melengahkan masa terus ajak driver ke Pasar Filipina atau nama lainnya Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. tak sampai sepuluh minit jaraknya dari hotel. tapi pagi itu agak jem sedikit sebab construction jalan raya.





sampai di pasar itu, peniaga baru je cuci2 lantai. tapi boleh lah nak membeli belah. sempat lah saya di situ lebih kurang sejam. gambar tak banyak sangat amik. sebab bz amik itu ini. rasa kesal sikit tu adalah sebab tak sempat nak minta buat yang custom made bracelet. tak dan nak memilih pearl and crystal yang memang cantik2!



nak tengok apa yang saya beli? hahaha.


*click for larger version*
t-shirts untuk jejaka dalam hidup saya. ayah n acap, 
bracelet untuk mak, 
fridge magnet (2 mak amik, ada dua lagi extra), 
brooch for yours truly-ini je yang saya minat, 
butang baju melayu untuk pwesent and
 dua chincinn untuk mak.

itu lah hasil saya. duit pun terbang. hahaha. lepas balik dari pasar, saya sambung kerja. ceramah starts at 11 and ended at 4.00 pm. letih jugak .sakit tekak. tapi takpelah. ilmu. lepas klas habis, saya mandi2 dan minum petang terus ke airport. flight sepatutnya jam 5.30 pm tapi tertunda sehingga 730 petang. apa masalah MAS saya tak pasti. tapi memang letih. dah habis Toffee Nut Frapp saya tapi kapal terbang still tak berangkat pulang.



penerbangan pulang ok lah. macam biasa. dinner tak best macam masa flight pergi aritu. saya tak tau kenapa. ada sesiapa tahu tak kenapa makanan berbeza flight pegi dan balik? boleh la kongsi dengan orang2 lain. apapun lepas makan saya terus tido. oh. lupa. kalau nak tau ada budak kat sebelah saya, ye dia budak. sebab dia baca buku Science From 3. budak tu main sms dalam flight. tak off pun phone. rasa cam nak leku je kepala dia. macam tak paham2. kalaulah kapal terbang tu jadi apa2, saya salahkan dia. huhu.

apapun. saya enjoy my first trip to KK. harap2 adalah lagi trip2 macam ni untuk masa akan datang. trip ke Jepun tu macam dah terlepas je. huhu. tak cukup matang kot. i enjoy what i do and i love it to bit. semoga saya tak lagi duduk di hotel yang sama (takut!) dan harapannya adalah nak bawak mak, ayah n adik g sana tahun depan. biarkan mak enjoy shopping kat situ. and nak stay lama untuk naik Gunung Kinabalu pulak.

ok. that's all folk.
xoxo.


Wednesday, December 9, 2009

Victoria's Secret IS Finally Here!


ini je saya sempat capture semalam. hahaha

yes. the brand that made Malaysian go crazy (saya lah tu. hahaha).
but no, not everything on sale. only those bath/shower gel, perfume and few more items.
the booth/kiosk is located at Domestic Departure Hall just a few steps from the escalator.
before this, you can only find their booth or kiosk at Changi Airport (the nearest).
but now, it's finally here man!
sangat suka!
tapi semalam saya tak sempat nak memborong.
teringin nak beli Oh La La tapi tinggal sebotol je.
dan memandangkan kami (saya dan kolig) tiba lewat kerana MAS sekarang dah pandai nak delayed lelama. mintak duit baru tau!, saya hanya sempat jeling dan pegang botol tu je.

bilalah lagi nak nik flight ni? erm. penang kah?
nak Victoria's Secret!!!!


Nota D(o)nut : Saya akan update later pasal trip ke KK kay!

Monday, December 7, 2009

Mon Coeur S'ouvre À Ta Voix






How much pain has cracked your soul?
How much love could make you whole?
You’re my guiding lightning strike

I can’t find the words to say,
But they’re overdue,
I’ve travelled half the world to say,
I belong to you.



*video from Youtube*


;) nice.

here i come (bah..)



*picture from Google Image*


i'll be away (kecoh! sehari je pun :P) hari ni dan esok.
saya akan ke destinasi yang tidak pernah dijejaki seumur hidup.
Kota Kinabalu.
excited. walaupun tidak lama. hanya sehari dan semalam.
tapi saya cuba menikmatinya :).

(serius aku ni lurus. boleh je amik flight awal dan shopping.saya kerja tau)

nak kirim Fridge Magnet?

xoxo.

Nota D(o)nut : saya akan update banyak bila balik nanti ye.

Friday, December 4, 2009

gone (for a while)

not available for now.
am so bz with the Bru*nei Delegates.
patutnya tak payah. last minit plak. aiseh!
takpelah SYMP kan?
akan ke KLCC jap lagi. bleh jumpa red mummy kah? hihi

will update (hopefully with pictures) regarding today's visit.
jangan rindu saya k. :P

xoxo

Thursday, December 3, 2009

she's a lady

she's no Britney or Christina or Avril Lavigne.
But she is Gaga. Lady Gaga.
Superb voice. she CAN sing!
and she can pulls off anything from latex to lace to kermit outfit and everything.
but i do love her songs. period. :D


*video courtesy of YouTube*

"And I know that it’s complicated
But I’m a loser in love
So baby raise a glass to mend
All the broken hearts
Of all my wrecked up friends
If I promise to you boy
That I’ll never talk again
And I’ll never love again
I’ll never write a song
Won’t even sing along "




Wednesday, December 2, 2009

mencuba kelainan yang menceriakan

howdy!

saya sedang lunch dan takde perasaan nak makan pun.
so saya sedang mengodek2 browser kesayangan saya.
untuk pengetahuan korang, sebelum ni saya adalah pengguna setia Avant Browser. alasannya ia mudah digunakan, very sleek, professional dan tak banyak spyware.

semenjak adanya Google Chrome, yang pada mulanya tak nampak menarik langsung, hanya ada tiga warna rasminya iaitu merah, hijau dan kuning. tapi sejak saya menggunakan browser ini, saya dapati iainya sangat senang dan best untuk digunakan.


*click for larger image*
ini adalah contoh muka Google Chrome saya dengan beberapa laman kesukaan.
(omg.yahoo, my igoogle, berita harian online, my blog, x17online, TiC, Shopping Roll & YouTube)

selepas itu timbul pula kesukaan dengan kemudahan iGoogle. owh. ini memang best. you guys boleh customkan whatever you like kat page iGoogle tu. as for my self, saya ada beberapa gadget penting yang dah saya pilih untuk page iGoogle saya. antaranya ialah ToDo List, ikan peliharaan, turtle peliharaan (kedua-dua binatang ini korang jaga dan bagi makan), birthday reminder, my gmail inbox dan banyak lagi.


*click for larger image*
yang ni adalah contoh iGoogle saya. corak itu saya suka. agak klasik.


*click for larger image*
this is few of the choices yang kita boleh pilih untuk tukar layout iGoogle.

untuk binatang peliharaan tu kan, sebenarnya ada banyak sangat choice korang boleh pilih. sila explore ye. mula2 ikan saya tu semua kaler sama je. pastu saya tukar jadi warna warni. cuma masalahnya ialah bagi makan banyak2 pun dia tak gemok. hahaha.

so korang, apa tunggu lagi. jom lah kita tukar layout dan browser kita. bukan apa. time2 tension tu, tengok iGoogle syiok je kaler2. pastu bleh main ikan jap. main turtle jap. haha.

ok. itu je. have a nice day. hari ni sejok. saya nak layan benda lain jap sebelum waktu habis.
babai.

p/s: google tak bayar ape2 k. ini bukan advertisment. saja suka nak share. sebab best!