.
morning guys!!! aku dah start cuti hari ni. plan untuk balik ke Melaka petang ni before berbuka. few days tak menjenguk ke blog2 lain, rindu jugak. tapi bz ke sana ke mari lah. tak sempat. nanti raya lagi lah. insyaAllah ada masa, i'll upload few things. kalau tak nampak gaya nya Ahad or Isnin la baru ada entry baru kat sini. i miss my cousins, pakcik2 dan makcik2 aku. i miss the craziness and the loudness of our BIG family!
.
sepanjang weekend,kami satu family agak occupied la. Sabtu pagi aku bersahur di McD Equine with Didi dan Min. itu je yang tinggal. Around 630 am baru kitorang gerak after we bid goodbye to each other. lama tak jumpa. surely i'll miss them and the rest.
.
Sabtu berbuka di Taman Sri Gombak. kat my previous neighbour's house. MakCik Yam masak makanan yang super sedap. Antaranya, Daging Rusa masak kicap, Kari Daging Rusa, Masak Lemak Ketam, Ayam Manja, Sayur Bawang + Pengat Pisang. Senak perut tak sudah2 sampai pagi ;P. Lepas tu for the first time in my whole 25 years of life, aku ke Jalan TAR pada waktu malam beberapa hari nak beraya. tobat,takmau buat lagi. orang yang sangat ramai. bertolak2. and i don't understand, how are you going to buy anything kalau nak gerak masuk ke gerai2 tu untuk tengok barang pun dah sesak??!! cukuplah sekali tu pengalaman. dengan baby dalam stroller di tolak kat tgh2 jalan yang penuh manusia tu, tambah plak yang melalak, menjerit. takde nye rasa semangat nak raya. naik angin ada lah hehehehe
.
Ahad pulak kami membalas jemputan berbuka Sabtu tu dengan ajak the whole family of Albaki untuk berbuka di rumah. Mak masak Nasi Lemak Daun Pisang Ayam Rempah, Onde-Onde Buah Melaka. Wah! Puas sungguh makan hari2 sebelum beraya ni ;). Lewat malam, kitorang gerak ke Selayang. dah memang tradisi untuk jumpa atuk sebelum balik ke Melaka. Singgah kat Tesco Ampang untuk carik party items(kitorang nak celebrate Birthday Acap - 2nd October). Masya Allah. sapa kata semua orang dah balik kampung untuk cuti raya. kat tesco tu buktinya. berdoyon orang lagi. kaunter2 semua nya panjang orang berbaris. tipu sungguh! Sampai kat rumah atuk, atuk belum pun balik dari masjid. yang ada cuma family mak ngah. busu can't make it. kenapa tah. tak dapat la nak bagi budak2 kenit tu duit raya diorang sebelum diorang balik sarawak. macam biasa jugak, aku baru hegeh nak bayar fitrah. nasib baik atuk adalah salah seorang Amil yang mengutip bayaran zakat fitrah. so menantu, anak dan cucu beratur bayar fitrah. lepas tu ada sesi tazkirah dari atuk. dan bacaan doa selamat sikit before kami semua balik beraya. hampir 1 am baru kitorang gerak balik ke Putrajaya.
.
onde-onde buah melaka
.mee bandung sedap
sesi bayar fitrah ngan my atuk (owh, itu rambut raya saya, pendek je!!)
hiasan kat rumah atuk made by nek tua
.
pagi ni ingat nak lari g Sungei Wang jap. nak carik skinny jeans kat kedai cina tu!tahun ni takde budget untuk Levi's. maybe hujung tahun la hahaha. kitorang akan gerak ke Melaka dalam kul 4 or 5 pm.
.
Oklah, to my friends, bloggers2 sekalian. Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga kedatangan Syawal membawa seribu satu pengertian buat semua. InsyaAllah, kita bertemu lagi dengan Ramadan 1430H tahun hadapan. i am surely missed Ramadan. Kalau adasilap dan salah, terkasar bahasa, terkutuk, terkata,terlebih perbuatan, termakan, terminum, mintak halal dan diampunkan segala dosa. See ya!!! Jangan main mercun k!!!
.
Oklah, to my friends, bloggers2 sekalian. Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga kedatangan Syawal membawa seribu satu pengertian buat semua. InsyaAllah, kita bertemu lagi dengan Ramadan 1430H tahun hadapan. i am surely missed Ramadan. Kalau adasilap dan salah, terkasar bahasa, terkutuk, terkata,terlebih perbuatan, termakan, terminum, mintak halal dan diampunkan segala dosa. See ya!!! Jangan main mercun k!!!
.




