Wednesday, December 29, 2010

harimau malaya

live update.
i'm watching the game and updating the blog at the same time.
dalam mode bercuti ni.
dan saya adalah super sakit dada.
skang ni, attacking dari TimNas bertubi2.
harap2 Harimau Malaya bertahan dan berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki.
dan skang dah penalti.
shait.

i better stop and pray for our team!
go Malaysia go!!

aauummmmmmmmm
*roar*




wordless wednesday #2






Sunday, December 26, 2010

happy

oh. happy nyer.
why?

1. i got my homemade jeruk mangga. thanks to Mak Usu. it has been a week, and i only realized it yesterday. bummer. tak banyak, tapi sedap!! dan habis dalam tempoh tak sampai 24 jam.

sweet, sour, juicy mango pickle
sedap!!

2. i got a new nephew. Zaim Mikhael was born on Christmas Day. yesterday. super duper cute. and i super love the name. Zara Marissa was excited welcoming her brother and refused to sleep all day yesterday. but Mak managed to get her to sleep by lullabying her with zikir. so chomel! and guess what, she holds her bottle just like Mas Idayu holds the microphone when she sings. hahaha. dangdut Zara? :P

si putih. Zaim Mikhael. <3

see the way she holds her bottle? hahahaha
btw, in 3 days time she is 1 y.o. *kisses*

3. went to Pavilion. i got myself few things and finally get my chance to see the magnificent christmas deco there. chanteq!

very super nice

4. Mak made Nasi Lemak today. it was good. so good and i think i'm high (of Nasi Lemak) now. haha


that's all folks.
i'm off.
preparing my butter cake.
later!!

Saturday, December 25, 2010

darjat

nama pun manusia.
darjat tu memang la berbeza.
dan layanan? totally different.

it is sad. zaman dah maju sekarang pun manusia masih lagi mementingkan darjat.
sedih tu sedih. tapi kelakar masih tetap kelakar.
sebab kalau kau angkat sangat pun, bukannya membawa kepada apa2.
kau takkan jadi tinggi cam orang yang kau angkat tu pun.

ye, saya hanya rakyat biasa.
yang menggunakan kenderaan cap malaysia, berumur 9 tahun (lahir 2001) yang bonet depannya dah berkarat akibat diganti lain kerana kemek accident.
tapi tidak lah bermakna saya ni tidak berduit atau cikai.
kalau saya nak cepat dan mampu bayar parking valet, anda perlu ambil kunci kereta saya dan letak di tempat yang selamat lah.
dan kembali kan kereta itu semula apabila saya selesai membeli belah.
setakat RM20 kot. takyah aa kecoh.

hanya kerana kenderaan-kenderaan yang diletakkan di parking valet itu cap eropah dan bernombor plat single digit, anda boleh pandang hina kereta saya?
kalau saya bagi resit, tak perlu tanya 'oh, kereta ferrari tu ke?' like wtf!
nak perli, sila fikir dulu. gaji aku 3x gaji kau kot - hah! ni yang malas nak start. kang parah.

ok dah. malas nak panjang2.
itu lah KL kot.
hanya rich n famous diberi layanan umpama menatang minyak yang penuh.
rakyat kelas kedua dan ketiga, bolayan.

takpelah. sentiasa lah kita beringat.
di sisi tuhan, kita ni sama je.
yang membezakan, hanya amal ibadat dan sedekah jariah kita sahaja.

wallahualam bissawab

my third place

merry christmas
ho! ho! ho!
just came back from my so called christmas dinner and coffee session with didi (and shortly after joined by Said). bukan christmas dinner lah. sesaja. memandangkan hari ni kan 24 Disember, Christmas eve. Merry Christmas kepada sesiapa yang celebrate!!!! :)

anyways, thanks to Said. mimpi apetah budak bangun tidur itu. datang2 terus belanja kami dinner dan coffee also adalah dibayar sepenuhnya oleh Said. Thanks again! semoga murah rezeki selalu.

tatkala duduk di tingkap starbucks sambil menghirup toffee nut latte panas...kedengaran muzik bertemakan christmas, jazzy dan soothing..hujan di luar gerimis memberikan effect snow gitu. terus terbayang Lin kat Aberdeen. Sedang semangat dengan christmas spirit latihan nak berboxing di Boxing Day!! hahahaha. kami kat Malaysia feeling oversea sebab hari2 sejuk ok!!!

and tonight i can sleep well sebabnya saya dah dapat menghabiskan pencarian stamp starbucks coffee untuk mendapat free 2011 planner. woot! i love starbucks!!! it really is my third place. <3

sweet!

with the planner, inside it, i found 3 coupons for next year coffee/complimentary beverage redemption etc. oh, i'm in love. lalalala. apa lagi, go get yours today. the promo is still on until Jan 15th 2011. or kalau tak sabar, beli je planner itu for RM55. :)

ok. disebabkan minum kopi terlalu banyak. dua hari tak makan nasi, sekarang badan saya dah dilanda angin kus pus. urat belakang ni tegang dah. so kena rehat. esok nak kemaskan baju2 dalam almari (maybe akan bukak kedai lepas ni atau buat giveaway-stay tune!!).

so, nanite korang.
merry christmas kepada yang celebrate christmas.
happy holiday.

Thursday, December 23, 2010

outdoor


lokasi : precinct 10, putrajaya
model : DK, TM, SK, YZ (yours truly)
tema : open house hari raya - bekerja sambil bergambar :P 

*p/s: gambar ini dah lama. hahaha



semut KERENGGA!!! T__T




<3



-habis-

teman terulung


kawan untuk suka, memang ramai. kawan untuk susah, sukar nak dicari. 

no matter what.

gaduh. seronok. menangis. gaduh. suka. duka. benci. sayang.  


dear, 

you'll always, always be my teman terulung.



Paling agung teman terulung,
Tenunan emas sayap hidup ku
Tak ingin ku undur bertamu,
Bertakhta teguh,
Ke akhir waktu


<3

Sentul West - KLPac

korang perasan tak yang negara kita, Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni ada banyak tempat-tempat menarik? bukan setakat pulau-pulau, makanan yang best-best, hutan tropika yang cantik.

tapi taman-taman.

kalau di New York kita ada Central Park, di London kita ada Hyde Park, kat KL?
mesti korang jawab Titiwangsa kan?? Hehe. Ye, betul. Itulah taman nostalgia buat saya. Kenapa? Bukan tempat dating ye. tapi saya sekolah di situ. Sekolah Jalan Kuantan 2. selain dari Titiwangsa, kita juga ada Lake Park (Taman Tasik Perdana), Taman KLCC dan lelain. baru-baru ni, saya berkesempatan ke satu lagi taman yang dibangunkan oleh YTL Holdings iaitu Sentul West. Yang memang letaknya di tengah-tengah bandar KL, di Sentul to be exact. Kawasan di mana terletaknya KLPac atau KL Performing Art Centre.

Tempat itu sangat cantik!! boo hoo. orang lain dah lama tahu kot. It was my first time there. :P And being a sucker for historical building, arts and tranquility, i fell in love with the park instantly! justeru, saya mahu kahwin dalam suasana ini. atau maybe amik gambar kahwin la kot. :P tak kira!!





one thing that i regret is that i didn't bring my D5000 that day. all pictures were taken by my BB. :) ada juga snap guna touchytouchy, tapi my touchy masih dengan tuan yang satu lagi. so takleh nak upload. saya berjanji saya akan pergi lagi ke sini. maybe untuk picnic atau makan di cafe KLPac je.

tenang kan?
oh tak sabar nak Y.E.H.
Woot!

Wednesday, December 22, 2010

wordless wednesday #1



sarapan pagi

kepada seseorang yang memberikan link video ini, terima kasih. anda telah menyebabkan setiap kali saya mendengar lagu ini, saya terbayangkan video klip di bawah. nice one.

tapi tak bleh tahan. sangat lawak!


to DK, anda akan dibayangi wajah model lelaki ini setiap kali mendengar Just The Way You Are. 

LOL



Tuesday, December 21, 2010

DDD




bukan saiz bra yang triple D ye kawan-kawan. ;p
DDD stands for Drop Dead Diva.

Oh my my. Lepas marathon Leverage selama 2 minggu, kini saya beralih pula kepada Drop Dead Diva.
Masa sesi lepak dengan Min dan Didi, rasa tercabar bila diorang borak pasal tv series ni tapi saya taktau apa2. Hahaha. So, tanpa menyahut cabaran sesiapa, terus saja saya layan. dan hari ini. secara officialnya. saya telah menamatkan Season 1 - Drop Dead Diva.oh super nice. nak sambung Season 2 pula. dan untuk Y.E.H. nak borong dvd ni jugak!!

kisahnya pasal apa?

Debb & Jane

pasal seorang model, Debb dan seorang peguam, Jane. Debb mati accident. Dia takde buat kebaikan atau kejahatan masa hidup. So, zero. Tak dapat nak tentukan dia masuk syurga atau neraka. Semasa guardian angel, Fred nak tentukan tu, Debb tekan butang yang menyebabkan dia balik semula ke dunia.

Dalam masa yang sama, Jane seorang peguam yang bijak di suatu firma. Hari yang sama tu, ada seorang suami datang mengamuk di office sebab bos Jane tidur dengan wife dia. Nak tembak bos Jane, tapi tertembak Jane. So masa Jane kat hospital, roh Debb masuk dalam badan Jane. so bermula kisah-kisah lucu dan chomel. Bayangkan model bersaiz 2 yang agak lurus (read : bimbo) masuk dalam badan peguam bijak yang bersaiz 14.

best gila! so, apa lagi. sila layan. :)

Drop Dead Diva Wiki Page is here.

*pictures credit to google image*

Tutti Frutti


fro-yo.
a short form for frozen yogurt.
ahaks. i had Tutti Frutti (TF) last nite!!!
woot! selepas melihat dengan penuh jealousy di blog2 berhampiran. hehehe.

oh, saya makan TF di outlet IOI Mall, Puchong.

just choose your cup (either green for medium size or red for large cup-i think), pick your flavor, indulge with the toppings (fruits, candy, biscuits, cereal etc), weigh your cup and pay.

my first TF was RM 17.95. Ahaks! Ada la orang yang memakan TF ngan saya tu siap cakap 'weh, tak penuh tu. kau penuhkan cup tu. banyak sikit.' Bila dah btau yang sebenarnya timbang dan bayar, baru terkedu. Nasib baik tak sampai RM 30.

tak sempat amik gambar apa2. sebabnya melayan kesedapan french vanilla yogurt flavor yang dicampur dengan original flavor. tambah dengan topping cornflakes, gummy bears, marshmallow, oreo, peach and longan. ah bliss. kalau tak, takkan si shahrul makan macam makan maggi cup. siap tonggengkan mangkuk. hahahaha. chumel.

siapa nak pegi lagi? DK? Reena? CC? angkat tangan dan mari kita ke TF. :)
more infos, go to TF Official Page here.


*TF, sila buka satu outlet di Alamanda. Please. Pretty pretty please :)*


p/s : berusaha agar tidak menggilainya. saya mahu melekat to starbucks sahaja. :P

Monday, December 20, 2010

mood-y

salam korang!
apa habaq?
huhuhu. pagi yang basah di Putrajaya.
hati ku pagi2 dah bengkak.
kenapa?
sebab jem!!!
ye, Putrajaya jem.
ini terpakai untuk saya yang tinggal di P11.
agak tak logik kerana dah hujung tahun dan budak cuti sekolah.
tapi itu yang berlaku. jalan ditutup (laluan saya ke pejabat) untuk percubaan lane bas.
dari 17 disember hingga 14 januari.
waaaa. memang kena keluar jam 7 pagi setiap hari mulai esok. T___T
saya tidak menyukai traffic jammed. saya stress dalam kereta.

ok tu je.
babai.

Saturday, December 18, 2010

empat tahun



yikes. it is fricking four years.
wow. never thought i'll be in the service this long.

tanggal 18 Disember 2006, berbondong la pegawai-pegawai baru melaporkan diri di Kluang, Johor.
berdedai-dedai la mereka dari seluruh pelusuk negara Malaysia dan berkenalan sesama sendiri. Kasut hitam, baju pejabat, kemas dan membawa fail. Kursus yang berlangsung selama dua minggu menyaksikan banjir besar yang melanda Johor dan Melaka pada ketika itu. Usai kursus, kami mendapat posting masing-masing dan berjumpa kembali pada tanggal 22 Julai 2007, tahun berikutnya. selama 4 tahun, portfolio ku berubah sebanyak 2 kali. pertama sekali, aku ditempatkan di bawah unit yang menjaga projek-projek pembangunan. masa itu, perasaan berkhidmat untuk negara memang tebal. sebab sememangnya apa yang aku buat berkaitan dengan rakyat. kembali sahaja dari kursus, aku ditempatkan di bahagian yang tidak kurang hebatnya. satu lagi core business dalam lapan bidang utama perkhidmatanku iaitu sumber manusia. menjaga pegawai-pegawai bermasalah bukanlah satu perkara yang mudah. ia bertambah complicated mengikut kes. walaupun sumbangan ku lebih kepada tenaga kerja atau perkhidmatanku, tapi perasaan nak berkhidmat itu masih tebal. ada la dua tiga kali aku dah plan nak berhenti. hahaha. tapi tak pe. insyaAllah. rezeki ku masih di sini.

bab kerja ada pasang surutnya. sama juga dengan life dengan kawan-kawan. memang betul. awal2 dulu hampir setiap hari melepak. cerita tak pernah habis. masa menginjak dan perubahan berlaku pada sorang demi sorang. melangkah masuk ke dalam suatu lagi kehidupan berumahtangga. bagi Geng! iainya bermula dengan Lin yang sekarang bahagia dengan family sedang CTG di Aberdeen, Yoyol aka Abang Bling, kemudian Didi dan CheChe. Tahun depan, Mila dan Um bakal bersatu dan Max pun dah hampir nak naik pelamin. Semua pun bz. Bukan setakat kerja tapi peribadi. Perjumpaan kami makin berkurang.

But anyways, it is the fricking 4 years. Years filled with laughter and down moments. Weddings, babies and most important...work!!!!!!!!!!!!!

Semoga tahun-tahun yang berlalu menjadi pengajaran, tahun akan datang menjadi suatu pengharapan dan kejayaan. Juga rezeki yang berlipat kali ganda,

Blessed.

p/s : to all my 2/2006 brothers and sisters, hang in there! there is always rainbow after the storm kan? insyaAllah. *hugs*

Monday, December 13, 2010

chop!!!!!!!!!!

sorry.
bz gila.
tak sempat nak update.
huhu.

anyways, buat adik2 kontraks saya, merangkap kawan2 ku, korang dah dapat surat yang ditunggu2 kan?
kepada yang tunggu hampir 2 tahun, u guys deserve it!
kepada yang sekejap je dah dapat tetap, be the best. buktikan

apapun.... TAHNIAH!!!! walaupun korang kena jadi ashkar wataniah nanti. :)

Sunday, December 12, 2010

baking with swit@kon : death by oreo cupcake (part 1)

baking session is back people!!
dah lama dah dapur tak berasap. actually ada je sesi baking sebelum ni tapi takde try resepi baru. so malas nak update anything.

for this entry, i present u.....Death by Oreo Cupcake.


:) intro je. resepi and such later. mahu siap ke wedding kekanda ku di Pantai Dalam.
later!!


<3

Saturday, December 11, 2010

christmas (songs)

*videos from YouTube*

i listen to christmas song (of every version) so many times in my 27 years of living in this world.
like our Hari Raya songs, there are the evergreen ones, the mainstream ones, every-new-singer-shud-have-a-song-too ones and many more.

i love Mariah Carey's All I Want For Christmas Is You. very cheerful. initially slow followed by a very gediks song arrangement. ahahaha so me! other than that, i love Jingle Bell Rock - the Mean Girls version (video link).

for 2010, kesukaan saya termasuk kualiti video yang baik.

first (and will be my ultimate favourite) is Oh Santa by Mariah Carey. so gedik, so catchy. chumel. at first i thought the song would be like mellow and ballad, a signature for Miss Carey, but when i the tepok2 tangan and goyang2 by the cheerleader dan dan rasa chenta. hiks.:)



kedua is train - shake up christmas. yang no terkejut ok. me loves train tapi tak sangka diorang ada lagu christmas dan kesanggupan Pat Monahan memakai skarf ijau dengan baju merah. LOL




third one is coldplay's christmas lights.love, love, love the video. :)



ok. tu je.
happy weekend people!!

Merry Christmas!!! Ho, Ho, Ho.

Wednesday, December 8, 2010

double C. no, make it triple

hai korang.
saya bukan nak cerita pasal Chanel :P.
saya nak cerita pasal cuti, chocolate dan coffee.
saya suka cuti. saya juga suka chocolate. oh, coffee tak yah sebut, menggila namanya.
cuti membuatkan saya lebih banyak baring, tido, tengok movie atas katil dan marathon tv series.
cuti juga membuatkan saya sangat buncit kerana apart from muching a whole lot of junk foods, i've stuffed myself with a lot of carbs.

coffee adalah cinta pertama saya (wah, banyak tul cinta pertama aku. :P).
tanpa kopi, seharian saya boleh jadi tidak keruan. oh, kena kahwin ngan kopi kot? sebab zaman skang orang kawin ngan PSP, ngan patung, ngan diri sendiri. masih ada yang belum kahwin ngan kopi. hahaha *lempang diri sendiri. budus*

semalam sesi kopi. saya dan dua gadis istimewa dari Geng! iaitu Didi dan Min. Kopi Session adalah sans Um dan Lin. Oh, we missed u guys. Secawan Toffee Nut Latte saiz VENTI dan sebungkus kopok black pepper yang Didi beli. Kami berborak pasal masalah negara. Balik tu terus gugur rambut berkoyan-koyan. T____T

kan? berat tak isu yang kami bincangkan???
tengok muka memasing pun dah tau! :P

chocolate?
cik Min baru pulang dari Langkawi. Untuk bulan November - Disember je total trip Min ke Langkawi adalah sebanyak dua kali. dua kali jugak beli bag baru. :p. Tapi best. Dapat coklat!!!! Kata Min, kalau nak lagi datang rumah. Oh sudah pasti. InsyaAllah, habis stok ni aku datang k.

bounty adalah tersedap di dunia!!!! woot! *high*


hah! kan? gemok kan? belum campur dua mangkuk besar meehon goreng semalam. dua mangkuk pada jam 4 petang dan 2 mangkuk lagi pada jam 10.30 malam. T__T

tapi takpe, saya sekarang dalam mode detoxing semula makanan2 tidak sihat semalam. KPI minum air suam hari ni adalah 4x refill dan ke tandas berpuluh kali.

ok. jap g nak g alamanda. beli cereal. :(

Sunday, December 5, 2010

bullet point(s)

Sabtu

  • Pertandingan Memancing @ Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya
  • Aktiviti kuak lentang di rumah
  • movie marathon yang sangkut-sangkut
  • MSN tengah malam

Ahad
  • Yummies for cream cheese
  • pencarian 'mini oreo' yang gagal - tolong bitau benda ni jual kat mana?!!
  • manicure session
  • bubble tea
  • Leverage marathon
  • craving for double cheese burger!

Thats all folks.
:)


Friday, December 3, 2010

Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???

*angkat tangan*

dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???


camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3%  pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!


ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.

klik untuk tumbesaran besarkan

lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)

So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok. 

orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni. 
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.


p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)





New Zealand here I come!


Kiwi?
All Blacks Rugby Team?
Lord of The Rings Tour?

there are more...Lets go to New Zealand!

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

Thursday, December 2, 2010

saman dan diskaun


kawan-kawan ku sekalian. adakah anda mempunyai saman trafik? sama ada speeding atau kesalahan-kesalahan jalan raya yang lain? sudahkah anda membayar saman tersebut? 

untuk makluman kawan-kawan ku semua. mulai 1 Disember 2010, Polis Diraja Malaysia telah memberikan diskaun pada kadar yang munasabah bagi membolehkan rakyat yang telah disaman membuat pembayaran saman mereka dengan segera. (sumber : bharian.com.my - link)

oleh itu mari lah kita sama-sama langsaikan saman-saman trafik kita semua. saya baru je bayar 3 minit yang lepas. jumlah asal adalah RM350. tapi bila dah dapat diskaun, saya bayar RM184 (termasuk tax-sebab bayar melalui MyEg). Jumlah saman adalah sebanyak 2 saman. Satu speeding di jalan besar Putrajaya -yang saya nampak sendiri polis tu tembak kereta saya. :P. Satu lagi adalah saman langgar lampu merah - ini kerja si Kicap sebab kesalahan itu di Shah Alam. Kereta dia guna nama saya, so yang kena bayar akak jugak.

So, cepat2 g semak sama ada korang ada saman atau tak. Dan cecepat lah bayar kalau ada saman tu ok! Saman-saman itu boleh disemak dan dibayar di kaunter PDRM, pejabat pos dan secara online. 

 MyEg Services - semak dan bayar saman secara online (dan lain-lain servis)


*sudah miskin RM184.00. huk huk*




ahkon's ultimate favourite things



(pictures are courtesy of various websites - thanks Google Image!)

do you familiar with Oprah's Ultimate Favourite Things? it is a program where Oprah shares her favourite things and giving it away to her audiences. each and every single audience in the studio will receive whatever items that she listed as her ultimate favourite thing. if i'm not mistaken, she did this every year!

so, this year, i've decided to list down my ultimate favourite things for 2010..but not for giving it away. i wish i could do the same thing. But i'm a poor single girl to compared to Oprah who is super duper rich! Takpelah. One day!!! Hahaha. my ultimate favourite things are my wish list. To my fellow readers, you can buy me one of this things if you wanna impress me. hahaha boleh gitu???

So, lets have a look...

1. KitchenAid Stand Mixer - omaigod. now it's only USD299. *gulp* i want, no. i need it!!! tapi dimaklumkan oleh CC yang murah ni sebab watt US dia tak sama dengan watt Malaysia. oh. turn off! Pffffttt. T___T

i'll be a happy baker with this super cute mixer. *_*

2. Starbucks Tumbler - will sumbody get this for me as a gift? new year gift perhaps? Didi, not u. cuz u got me a starbucks mug kan?? *hugs*


3. Aussino 'Sino' Bedsheet Set in slate or choco - i am so gonna buy this next month!!


4. XBox 360 Kinect - go to youtube.com, watch every single video on xbox 360 kinect and you know why i want this so bad!



5. a nice black leather handbag. i still contemplating whether to splurge on a good high end brand handbag or stick to sumthing that do not come with a hefty price tag such as Nine West, Calvin Klein etc. but i still aim for chanel 2.55 tan flap handbag with silver hardware (there you go, the full name ok!) before i hit the big 3-0. oh. i just done my research regarding my 2010 bag. oh! oh! i want a custom design Longchamp Le Pliage bag

step by step oooh baby, gonna get to you girl..
too bad they do not shipped to Malaysia. the nearest is Singapore. 

6. Katy Perry's Purr Perfume - i don't care how it smells. i just want to have it. Annick Goutal Perfume. Since i was in my 20-ish age and learned that Annick Goutal perfume is eau naturel, i always imagine that this perfume will stand proud among my hantarans (to be). But few years went on, i am still single and no sign of a wedding, i feel that i need this to be as one of my ultimate favourite things to have.

   
(left) gardenia passion (right) grand amour by Annick Goutal


i want. full stop.

7. Romantic Bali Getaway - bluerrghh. how on earth that i ended up writing this? oh, i know. Bali is one of the most romantic island in the world. so, wth kan? ahahaha. kalau tak Bali, New Zealand, tak pun Paris. *semua pun destinasi tambang murah baru AA. motif??*


...bersambung dalam entry akan datang......


ok. stop sini dulu.
mari share ultimate favourite thing korang sama.

Wednesday, December 1, 2010

Quiksilver Hi Tea Fashion Show



i attended the fashion show last Sunday. 
as one of Alamanda's Fashion VIP, i was invited to few programmes such as fashion show, shops opening and etc. This not the first time i was invited to a fashion show. Been to one  few months back. It was Carlo Rino Splendid Summer  2010 High Tea Fashion Show back in April. And this time around they invited me for Quiksilver|Roxy High Tea Fashion Show.

the runaway. short and simple

arrived at 3p.m, registered and was ushered to the stage area. ahaks. got the front seats. wooohooo. oh, they also handed me a goodie bag which consists a Roxy Beach Tote, Alamanda Thermo Mug and Cold Storage Shopping Bag. Poor DK. The goodie bag is only for Fashion VIP card holder. 

Hunny Madu

The emcee for the day is Hunny Madu. She's the dj from my favourite radio station, Flyfm. oh, i adore her. Her shoes, her rambut yang ala2 senget sebelah tapi cantik sangat!!!! and they way she utters her words..my gawd. laju dan selamba. 

  

    

And when the models started to strut their thang on the runway, guess what?? Me and DK go ga-ga over a very very very cute male model. Yup. Gua amik gambar close muka dia je ok!!! Yummms. Auntie kat sebelah gua yang umur dah 30-ish pun telan air liur dan share obsesi nya terhadap mamat tu...

  
comel kan?kan? hehehe. comel lah!

Overall koleksi Roxy dan Quiksilver adalah hot, hot, hot! Tak terlalu remaja dan tak lah berunsur tua. I think i can see myself in one of those yang diperagakan especially bag dan dress from Roxy.




Dan sama macam sesi2 fashion show biasa, adalah lucky draw.Saya sempat paksa DK untuk tulis nama dia. Sambil dia tulis nama dia bebel2 'u naik ok kalau nama i diorang panggil. i tanak. malu'. Tapi dah memang rezeki dia, memang nama dia naik ok! Si Hunny Madu siap buat ulasan sebelum panggil nama dia. Antara lain, ayat Hunny camni 'the next lucky person is....her name resembles the women in BabyFace song..' masa ni gua da agak nama DK. sebab nama ala2 omputeh gitu. Sekali betul da. Sikit punya terkejut. Siap tanak naik ok. Haha. Dan yang paling chomel apabila DK dipeluk oleh Hunny Madu. Awwww. so sweet. ;p

  
DK comel yang teruja. kaki sebelah terangkat tu. LOL

Actually they provide high tea right after the fashion show. Tapi memandangkan Encik Said dah berada di Starbucks, kami terus ke sana. Satu round Toffee Nut Frappucino sekali lagi. Sambung borak sampai kul 6. Oh bahagia hidup. Kopi dan kawan! Yumms.

DK and i during the show
*dia memang suka amik gambar ala2 nak ciyom i :P* 

sesi hati ke hati? <3

Thanks to Alamanda and Quiksilver (and Roxy too!). Next time sila jemput lagi. I'll be there kalau ada kesempatan. <3. Last but not least...

the goodie bag :)

 oopppsssiieee, not this one.
hahaha

yang ni lah.

ok. thanks DK sebab teman! 

xoxo