Wednesday, March 27, 2013

loyalty card lover


korang ada banyak tak?
i mean membership card ke, loyalty card ke.
any brands, shops or outlets.
me? i kinda addicted to it.
name it.

make up brand, toy store, bakery, stationaries and everything la.
for time being, total of my membership/loyalty cards (currently dalam purse) ada



yang kat atas ni yang boleh dijumpai. paling lama adalah TANGS dan paling terkini adalah Nandos.
hehehe.
paling kerap guna adalah Starbucks Card dan Aussino Linen Lover Member Card.
Corak favourite adalah Nandos. Paling simple, Sephora.
Paling ceria Chatime & Boost.
Tak pernah guna - Memory Lane (dah lama tak beli greeting cards)

i love all my cards.
even menggemukkan purse, tapi suka.
banyak benefit boleh dapat.
free drinks, voucher etc.

so korang camne?
any favourite loyalty card in your wallets/purses?



Tuesday, March 26, 2013

supplements and vitamins


hi peeps.

sedang breakfast ni.
kuih and kopi. oh. dan vitagen sebotol.
setap!
there's a bottle of VCO (virgin coconut oil) that is yet to be opened on my table.
masih berkira-kira.
nak makan atau tak.

cerita pasal VCO ni, korang ada supplement atau vitamin wajib makan tak setiap hari?
satu benda pasal badan saya adalah kurang menerima unsur2 ubat ni. maksudnya supplements dan vitamin khasnya. ubat demam, selsema dan lain-lain ok.

dari kecik saya memang dah diajar untuk makan minyak ikan. ala yang botol dua kaler tu. satu putih perasa original, satu lagi oren, obviously perasa orange la. memang mak noriah akan paksa makan pagi2. scott's emulsion adalah pilihan. kadang-kadang bila mak beli vitamin hisap tu, saya makan jugak la.

tapi bila umur dah makin meningkat *ehem* mula la nak cuba makan b complex la, vitamin itu ini la, nak cantik, nak tenaga, nak macam-macam.
so mak mula belikan saya b complex and evening primrose oil. makan sehari je tahan. badan mula tak sedap and saya demam seminggu. waaaaa. terus tak makan lagi lepas tu. maybe orang kata kalau makan mesti ada effect sikit sebab badan nak adjust kan, tapi i cannot la.

sampai hari ni la. kalau saya rasa badan tak cukup zat, saya mula carik benda2 macam sayur, buah, yogurt dan lelain yang berpatutan untuk makan. dah kahwin ni, ingat nak start makan la benda2 konon nak pregnant, tapi masih takut. apa yang saya amalkan sekarang regularly and religiously hanyalah innershine prune, yogurt dan benda2 makan lain. dalam masa yang sama, dah jadi phobia nak makan vitamin atau supplement. sebab tanak jadi tak sihat.

VCO yang atas meja ni, kita tengok, sejauh mana akan bertahan. sama ada bertahan dengan dibuka dan makan isinya, atau bertahan tanpa diusik.

wish me luck k! haha

bye


Friday, March 22, 2013

Happy 84th Birthday!


driving ke office pagi ni, Hot.fm sedang meraikan hari lahir Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee (Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh) yang ke-84.

dah dua minggu saya melayan cerita p.ramlee. sampai encik suami kata 'saya nak downloadkan banyak-banyak pastu masuk dalam hard disk'. sebab dia tanak saya kacau masa dia (atau orang lain) tengok tv. muahahahaha.

oh, tetiba kat ofis ni berkumandang lagu Saat Yang Bahagia. sweet!

favourite adalah siri Bujang Lapuk
Bujang Lapuk - Seniman Bujang Lapuk - Pendekar Bujang Lapuk - Ali Baba Bujang Lapuk
saya letak kat sini, first movie Bujang Lapuk.
Selain daripada tu, yang best, Nujum Pak Belalang, Ahmad Albab, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi, Do Re Mi, Anak Bapak, Anakku Sazaki, Ibu Mertuaku.
Oh semuanya. Classic!


 
 
 


 oklah, nak sambung layan Seniman Bujang Lapuk.
Al-Fatihah  

Thursday, March 14, 2013

Iklan : Favors/Door Gift Untuk Majlis Baby Shower & Aqiqah



sejak dah kahwin dan kawan-kawan dah ada anak masing-masing, lebih lagi my SG Girls, macam-macam majlis kena attend. aqiqah, baby shower, birthday dan banyak lagi. dan kita orang Malaysia ni memang tak sah kalau attend majlis tak bawak balik goodies kan? name it. ada telur rebus, gula-gula, kek, coklat, bahulu dan banyak lagi. dan dah jadi trend sekarang kalau nak bagi goodies mesti letak dalam bekas comel dan cantik. lagi best kalau ikut tema kan? ada tema warna, tema binatang dan lain-lain ikut citer rasa sendiri.

so bagi memudahkan kerja dan pengendalian majlis tu, tendency untuk beli barang secara online makin tinggi. zaman skang nak beli barang tak perlu keluar rumah kan. so, hari ni nak iklan member SG Girls saya punya bisnes. Goodies/Favors/Door Gift Majlis Aqiqah dan Baby Shower specifically.

antara yang available adalah : favors, deco, paper plates, napkins dan lain-lain.










Comel kan?
So apa lagi?
Kalau nak tau lebih banyak, sila lawati blog beliau, SINI




Tuesday, March 12, 2013

Movie Review : Lawak Ke Der 2 & Rock Ooo


Lawak Ke Der 2
- arahan hans isaac
- hasil pementasan pada Disember 2012 di Istana Budaya
- menampilkan pelawak awesome Malaya : Harith Iskander, Nabil, Jozan & Boboi




Rock Ooo
- arahan mamat khalid
- kesinambungan dari filem rock (arahan mamat khalid)
- menampilkan nama besar industri filem seperti Que Haidar, Khir Rahman, Pekin, Saiful Apek dan ramai lagi.

Review?
Siapa yang sedang stress, eloklah menonton filem ini. LKD 2 buat korang non stop gelak manakal Rock Ooo gelak memang best tapi dengan syarat korang tengok the first movie. Dan suka movie Mamat Khalid bila dia guna banyak bahasa kiasan yang buat kita fikir, siapalah yang dia perli tu. Ok tu je. Nak tau lebih, sila beli tiket dan tonton k!
Have fun!!!



Wednesday, March 6, 2013

delete & format


out the old, in the new.
my laptop it is.

thanks hubs sebab formatkan dan install new version of windows.
i'm so in love with Windows 8 features.



no more start button on the desktop.
more use of your windows button. (the one with red, green, blue and yellow mini flags)
there is a store for you to buy or download applications.
so much fun!
go get yours today.
haha.


okthanxbye