Wednesday, September 30, 2009

For A Successful Man


saya baru balik dari lunch break. walaupun masih berpuasa enam, saya break jugak. dengan merayap dan melepak bilik orang. so lepak kat bilik encik said, terjumpa buku For A Successful Man. A book edited by Lidia Maria Riba ( click here for book review) consists of quotes from famous people and ordinary people. although the book entitled for man, but doesnt hurt pun kalau orang perempuan baca dan hayati kan? hehe

these are for you, my man out there (baca dan hayati)

The ability to accept responsibility is the measure of a man ~ Roy L. Smith

A wise man will make more opportunities than he finds ~ Francis Bacon

Try not to become a man of success but rather try to become a man of value ~ Albert Einstein

Give mind and tide a chance to change ~ Richard E. Byrd

Do not suppose opportunity will knock TWICE at your door ~ Nicolas De Chamfort

If you want to reach the highest, start from the lowest ~ Publius Syrus

If A is success in life, the A equals X plus Y plus Z. Work is X;Y is play; and Z is keeping your mouth shut ~ Albert Einstein


enjoy and put it in your head.
i am kinda piss, but i wanna throw those negative vibes masa main badminton petang ni.
kul 5 ada training session.
bye peeps.

love,
@hkon


Tuesday, September 29, 2009

when a woman loves a man, a woman and everyone


weh, rasanya aku tanak dah update pasal raya boleh tak?
huhu bosan aa cerita makan, pakai baju ape, gi rumah sapa. hehehe. nanti2 la pulak. kita selang seli kan dengan cerita biasa2 oke?

hmm. apa hal tajuk tu? haha takde mende. mainan fikiran dan emosi sahaja. hik hik. Allah jadikan kita pelbagai ragam dan perangai. kalau sesama jantina pun berbeza, apatah lagi berlainan jantina kan? contohnya la. kita (perempuan) dengan mak kita. pun tak semestinya sebulu. paling senang, aku ngan mak. dah 26 tahun (plus 9 bulan sepuluh hari lam petur) hidup sama. tapi kitorang kerja asik bergaduh je la. bukan all the time. tapi memang perangai clashed. nak buat camne. tapi sayang bagai nak gila. boleh? time baik tu bolehlah. aku boleh layan shopping dia. tapi bab tv ngan emo, takble blah. adik pulak ngan mak, macam boyfriend-girlfren, menyampah aku. hahahaha

ngan member2 plak. adalah masa dan ketika yang memang otak sama2 'click'. ada time yang memang hangswa gila. serius. macam kami dalam SG Girls (pada yang taktau, SG Girls ni kengkawan sekolah aku). we will take our own sweet time sendiri2 tapi bila jumpa, jumpa lah. time nak sentap, sentap jugak. walaupun clan itu lah yang paling lama aku kenal dan diorang tahu perangai aku sedari hidung ini masih berhingus, tapi kitorang nye relationship still bertahan. masing2 dah tau perangai semua. tapi kekadang tu, bila dah masuk fasa-selepas-remaja-nak-ke-belia ni, semua pun perangai dah berbeza. yang dah kawin lain hal, yang nak menikah lain hal, apetah lagi yang masih single dan mencari ketenangan hidup serta menghadapi masalah quarter life crisis. hahaha

lelaki dengan perempuan? tak usah cerita lah. tapi memang Allah Maha Adil. Kalau Dia nak jadikan pasangan tu ok, ok lah. dan kalau tak leh nak masuk tu, takyah cerita. berantakan jadinya. tapi takpelah. 'Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan' kan? usaha je k. sila baca atau tengok dvd The Secret. menyenangkan hati tuan-tuan dan puan-puan semua. selain daripada berdoa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. ok! (p/s: aku ada dvd tu, nak pinjam? hehe)

hahaha. pepagi aku da merapik. maaflah. ini kan blog aku. hahaha. ok korang. love you all lah! nanti i hapdet lagi k. oh, i love you. aku tinggalkan korang dengan bait2 karatz di bawah ni. babai!!!!!!!!!

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti


xoxo


Monday, September 28, 2009

aidilfitri di Putrajaya, Selangor dan KL, hasil shooting


Rabu, 4 Syawal 1430H
Rumah Mak Ngah yang chantek!
Bukit Beruntung, Selangor

makngah-mak-me-kak long-akeem akak ipin

moh tangguk ikan!

one happy boy!

********************************************************
Rabu, 4 Syawal 1430H
Rumah Namie
Taman Seri Gombak, Selangor

cerita hari raya

********************************************************
Ahad, 8 Syawal 1430H
Rumah Saya
Putrajaya

raha, si chanteq

eimran, budak boolat

cara ciyom adik eimran

raya, raha, eimran ;)

********************************************************
Ahad, 8 Syawal 1430H
Auntie Yam and Uncle Din Super Kewl Palace
Ampang, Selangor

always lovely and friendly, Miss Fateeha

she loves photography and i was looking way down ;p


enjoy the pictures people!!!
xoxo

raya dengan gambar

omg! i am so tired. pepagi masuk office hari ni. dah banyak benda. esok ada meeting pagi petang. slide baru je settle untuk meeting petang. paginyer meeting, isu2 banyak. tak call sana sini lagi. nak carik Singing Minister, Singing HOD lagi. ergh.... pepagi tadi dah termuntah akibat tak makan nasik dan telan kopi je sepanjang hari. mengong! ergh. petang ni nak berbuka dengan Maggi Goreng Ayam + Cili Kicap. saya masih belum bermood nak cerita raya. erm.. macam takde cerita je. kita tengok gambar je la eh.

gambar2 kat bawah ni adalah gambar Raya Pertama (1 Syawal 1430H). yang lain nanti lah. btw. i love the environment rumah Bapak. sangat kampung dan sangat best. saya nak carik suami yang mesti ada kampung! wajib. hehehe







ok tu je dulu.
saya nak nap jap. 2 minit.
gila keji masuk kerja lepas cuti panjang!
lotih.


Saturday, September 26, 2009

lazy bum

hello people.
how was your raya? mine was so and so.
been in Putrajaya since Wednesday dan masih bercuti.
tapi saya sangat malas untuk update.
sempat untuk bloghop saja.
later lah k. sowey.
i malas update blog, malas reply sms, malas pegang phone pun. semua salah dia tu!!
*sigh* later korang!!
miss ya loads.

more to come. please wait (;

take care.
xoxo

Friday, September 18, 2009

Raya?


hai korang. seperti yang dijangkakan. hari ni memang tak banyak kereta di jalan raya, tak ramai orang di office dan juga suasana di office sangat la slow. hehehe. so amik peluang untuk update blog!

malam tadi ahkon buat biskut Cornflakes Madu dan kemas beg sikit2. Baju yang dijangkakan siap semalam, dah pun siap. tapi hasilnya mendukacitakan. saya memang cerewet gila bab benda2 yang dipakai neh. haih. ok. tinggal lagi beberapa hari nak ke 1 Syawal 1430H, jom kita semak checklist preparation raya before ahkon balik ke Melaka malam ni. jom!

  • kuih raya : done! (nak buat satu lagi, nantilah)
  • kemas beg : nope - nak buat lunch hour ni
  • tukaran wang untuk sedekah : done! with Upin Ipin's Envelopes
  • baju raya : done! (dengan result kecewa) dan kena hantar pressing by today!
  • rantai meletup : done! mak dah present semalam
  • earrings : done!
  • cincin F21 : nope - takde stock kat F21 Queensbay
  • kasut raya : nope - try to find a pair masa kat Melaka nanti
  • tudung : done!
  • langsir : nope and done! - kat hall dah tukar, kat bilik belum di iron. later lah.
  • cadar : quilt cover done! fitted sheet nope.
  • servis kereta : nope. will go back to Melaka by dad's car.
  • kad raya : done! sending out 5 pieces sahaja this year!
  • hair : done! cut it two weeks ago. need to shampoo and blow today!
  • facial : done! two weeks ago. will put on mask today or tomorrow
  • manicure, pedicure : plan to have it done during lunch but tak settle bag lagi. tapi macam tak jadi sebab nanti balik melaka nak masak semua. rugi je!
  • kamera : done! sukanya!!!!! tahun ni nak amik banyak2 gambar!!!
apa lagi eh? dah la tu kot. sikit je my prep. mak yang banyaknya pun. so maybe this is the last entry for today and i think malam ni nak put up a sticky entry untuk raya!


picture captured by yours truly. location : office.

with that, i end my entry dengan ucapan dan ingatan tulus ikhlas dari Yantie Zulkifli aka Ahkon aka Switakon. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyinggah di blog ini. Drive carefully. makan berpada2 jangan sampai naik darah tinggi. i'll see you guys very soon. later!!!!

xoxo



Thursday, September 17, 2009

batasku asaku


hello korang. mesti semua orang pun dah tak online kan! kat opis ni. baru ari khamis. dah senyap sunyi. esok lagi la. seksyen aku, aku sorang je. yang lain semua dah cuti. tapi kan. raya tahun ni saya happy lah. sebab saya ada awak. hahahaha taktau la. rasa nak raya tu memang la tak berapa nak ada. tapi memang rasa best. sempat buat kuih raya, belikan mak langsir dan banyak lagi lah. tapi baju raya saya yang kaler oren tu tak siap lagi lah!!!! mintak2 hari ni dah settle. oh. tengok tak tajuk tu. best tak? tu one of the song dalam album baru Dato' Siti Nurhaliza. tell you what! i am in love with all songs in Tahajjud Cinta - the latest album from her! (sebenarnya memang haku minat tapi segan nak mengaku)

album baru je beli. masih panas! and did i mentioned earlier that i love each and every song in the album. be it Asma Ul-Husna, Selawat Nabi, Pintu Rindu dan banyak lagi! and one that i love most is Batasku Asaku. the lirik. omg. saya bagi lagu ni kat awak. cuba baca dan hayati lirik lagu tu.

Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh pada-Nya


best tak? erm. sedih sebenarnya. lagu ni adalah OST untuk cerita Perempuan Berkalung Sorban. Sinetron Indonesia. erm. lagu ni menusuk ke dalam hati saya. tambah2 part 'senada iman kusimpan derita, kuatkan hati bersimpuh pada-Nya'.

anyways. pada kengkawan yang masih ada di KL or yang belum balik ke kampung atau tak balik kampung, saya akan online dengan semangatnya esok. saya ke Melaka esok malam selepas berbuka. so akan ada lagi final entry persiapan sebelum raya akan dipublishkan esok. pada yang masih online, stay tune. hehehehe

kepada yang dah nak pulang beraya dan minggu depan baru boleh online ke ape, saya di sini nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata, tertaip benda2 yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan terkasar bahasa dan sebagainya. Saya mohon ampun dan maaf, lahir dan batin. Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H. Semoga korang semua bergembira bersama yang tersayang!!! we'll keep in touch ya. thanks for membaca blog ini. cewah!

Selamat Hari Raya.............

xoxo
ahkon


Wednesday, September 16, 2009

critical thinking


hey all. assalamualaikum w.b.t.
hari ini saya ada perhimpunan bulanan dan sejurus selepas perhimpunan kami ada sesi ceramah berkenaan dengan Critical Thinking. erm nak kongsi tak kat sini? nak ke? hehehe.

oklah. sebenarnya critical thinking ini bukan melibatkan orang2 tertentu sahaja. tetapi semua orang perlu ada skill ataupun kemahiran ini. sebabnya. dalam menghadapi kehidupan seharian, kita tend to laksanakan segala benda secara rutin. rutin tak bermakna tidak baik. rutin yang baik adalah solat, puasa dan segala yang tertakluk kepada suruhan-Nya. dalam cubaan menghadapi kehidupan yang serba mencabar pada masa sekarang, kita perlu berfikir luar dari lingkungan yang sepatutnya. contohnya. rather than hari2 mintak isteri masak dan makan di rumah, kita cuba untuk makan di luar dan sebagainya. selain daripada itu, dalam melaksanakan tanggungjawab di office, tidak semestinya kita berpegang kepada amalan biasa yang dibuat dalam organisasi tersebut. kiranya kita perlu memberi idea dan penambahbaikan, kita seharusnya melaksanakan dan melontarkan pandangan tersebut. tak salah. kalau diterima, ia memberi kepuasan pada diri kita tanpa perlu meminta sebarang balasan. jika tak, kita boleh try propose the next time.

critical thinking ni ada banyak cabangnya. walau bagaimana hebat pun perkara ini, berbalik semula kepada attitude. manusia ni pelbagai ragam dan manusia susah menerima idea2 baru sebenarnya. dan ia mungkin menyukarkan kita dalam usaha mengubah mind-set masyarakat terhadap sesuatu.

saya pernah terjumpa seorang pesara kerajaan yang merupakan one of the top gun in the service. ketika itu tahun 2005 rasanya. dia sedang mengisi masa lapangnya dengan melukis di Kelab Tasik Putrajaya. kami yang muda2 (kununnya la :P) mendekati beliau dan berborak. dalam berborak itu dia mengingatkan kami berkenaan dengan keperluan kita untuk melatih otak kita berfikir sesuatu yang luar daripada konteks pemikiran seharian. maknanya benda2 berat la. ekonomi, keselamatan, isu dunia dan sebagainya. bukan benda2 ringan macam gossip artis malaysia, indonesia, apa nak makan malam nanti, siapa juara AF dan lain2. bukan tak boleh fikir. semua orang dibekalkan dengan benda yang sama iaitu OTAK. cuma penggunaan mungkin berbeza antara satu dengan yang lain.

wah! tetiba ahkon bercerita benda serius kan. hihi. menarik sebenarnya. saya boleh diskus berjam2 berkenaan dengan benda ni. itu belum masuk tajuk keajaiban otak manusia. hihi. takpelah. memandangkan semua blog pun cerita lagi dua, tiga hari nak raya la, kuih raya la, langsir dan lain2 dan jugak ada yang dah balik kampung. nanti lah kita sambung cerita pasal otak ni eh! hihi.

saya pulak. semalam baru je terima sekeping kad ucapan raya yang ada budak kecik 2 orang chumel itu! siap dengan sampul duit tau!!!! Terima Kasih Zarin. saya nak bitau Zarin dan Afiq, saya kirimkan kad selepas raya tau. hahahaha. tak sempat la (padahal post office bawah ni je). ok. tu je buat hari ni. saya masih tidak selesa bekerja sebab belum mintak maaf dengan bos pasal peristiwa semalam tu. huhu. saya tinggalkan korang dengan gambar Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim anjuran Kelab kami di opis ni!


oklah tu je. saya nak layan tido tengah hari jap.
:)

xoxo


Tuesday, September 15, 2009

percubaan satu, dua


saya tidak berrcadang untuk menulis apa2 hari ini kerana berlaku gangguan emosi sejak pagi lagi. dengan bertalu2 soalan yang boleh dikategorikan bodoh melampau dan beberapa insiden yang menyebabkan panggilan telefon saya dengan encik itu dihempas begitu sahaja. tengah sakit hati, diam je. ku letak lah telefon itu. saat2 saya begini, saya perlukan sokongan. tak perlu jadi sarcastic atau perasan diri itu di seret ke lembah hina tau kah? tak reti2!!!! anyway. untuk tidak menyakitkan hati, jom lah kita layan gambar2 dari koleksi kamera yang baru itu. jom...

Botanical Garden, Penang



Sesi Memakan Mek D (malam semalam, jam 11)


kamera pengubat hati lara. nak harapkan orang memang hampeh. beli kasut lagi bagus!
kasihan sama saya. saya ini hari berbuka seorang saja. mak dan ayah g mana tah. berbuka kat opis kot. saya nak buat maggi sedap2 lah! sambil layan DVD yang banyak. aaaaa sebenarnya nak dominoes. huhuhu. tensen = makan banyak. tapi takpe. berat saya turun lagi 2 kg. sekarang ni hanya 41 kilo je. aim untuk turun sampai 39 tak dapat la kot. eh. merepek lagi. itu saja. bai!

xoxo


Sunday, September 13, 2009

best birthday celebration!!!!

hello people.

i'm home after a short weekend holiday and my body ache so much because of the 'just coffee' sahur and a lot of walking around in my Vivienne Westwood/Melissa Anglomania Shoes. this is the best shoes i ever bought to date. everyone was staring at my feet and someone was even fall in love with the shoes that he saw on Katy Perry. hahaha


what did i get for my birthday? erm. nearly 30 smses, tonnes of wishes on my FaceBook's Wall, a bouquet of pink roses delivered on my table, NW Handbag (from myself), a pair of Vivienne Westwood/Melissa Anglomania Shoes (from myself), few kisses and hugs, a movie date - The Ugly Truth, a pair of F21 sunnies and the best of all is (roll the drum please....trererererererrererere) .......................




yes! yes! yes! a little dslr for me (courtesy from adik n mak). we shared the money but the highest share holder is me. so it's practically mine. :P. i wish i had more money and splurge it on a D90 but definitely my baby (he/she has no name yet, please give a suggestion friends?) will satisfy me. tried it here right after i bought it yesterday and boy, it was a great short photo session. later saya upload gambar2 nye ye!

oh ya. and i bought a few dvd's. thanks to Puan Kopi who had made it happen. kalau ko takde, kat mana lah aku nak carik dvd2 itu..hehehe. thanks Aida for a great sleepover. just imagine, after 3 years not seeing each other, we had so much fun! cuma tak sempat makan biskot sedap dia tu!

so, this is it for now. 5 days to a long raya holiday and more picture from my baby yet to come. stay tune ok! saya nak g mandi la. dah lewat ni. hehehe.

and korang, lots of LOVE for all the birthday wishes from the last entry. terharu rasanye :P. terima kasih tau. a BIG (possibly HUGE) hugs for all of you! thanks ;)

xoxo


Friday, September 11, 2009

First of All (Happy Birthday)


* ini adalah entry untuk diri sendiri. sila gerakkan cursor ke hujung kanan atas skrin anda dan klik tanda 'x' sekiranya timbul rasa menyampah*

Peeps, i am officially 26 years old! Happy Birthday Me Self!
(sendiri buat entry, untuk sendiri punya birthday, sendiri perasan kiut)
ada aku kesah???? :P LOL

video

p/s : Video credit, Upin Ipin Official Webpage
(Zarin, Afiq - siapa yang buat ni...kiut sangatlah!!!)

Wednesday, September 9, 2009

everyone's wishing for a Happy Ending!


morning breakfast for ya'll. i am falling in love with this song. dah lama rasanya. tapi best. for the official video, you can view it HERE. and there is also a version of Alvin & The Chipmunks oke. click here. so cute (but a bit distracting when Alvin goes to the high note)!!! all credits goes to YouTube! kalau lah kat DPA, sure bebudak sidang boleh nyanyi lagu ni masa dinner. hahaha



This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

Wake up in the morning, stumble on my life
Can't get no love without sacrifice
If anything should happen, I guess I wish you well
A little bit of heaven, but a little bit of hell

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

2 o'clock in the morning, something's on my mind
Can't get no rest; keep walkin' around
If I pretend that nothin' ever went wrong, I can get to my sleep
I can think that we just carried on

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

A Little bit of love, little bit of love
Little bit of love, little bit of love[repeat]

I feel as if I'm wasted
And I waste everyday

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
To live the rest of our life,
But not together.

that's all for now ya! later peeps. have a motivated day and make sure there is a happy ending for you today!!!

:D

Projek Biskut Satu


pagi ini sedikit letih. semalam mengerjakan Projek Biskut Satu untuk Tahun 2009. InsyaAllah kalau larat adalah Projek Biskut Dua, Tiga dan seterusnya. hehehe. first time buat biskut dengan menggunakan kaedah penerapan (betul kah?) guna acuan berbentuk bunga. nak bentuk lain takde la pulak. dan beberapa orang menjadi mangsa keadaan untuk mencari bahan-bahan yang kini menjadi bahan kawalan. antaranya kehabisan gula aising di Alamanda, ketiadaan minyak Mazola di Carrefour dan sebagainya. but afterall, i managed to complete the whole thing by 1020pm last nite!

dengan bantuan emak op kos. saya sukat, uli, terap dan bakar. mak tolong gunting kertas minyak (yang dibeli oleh ayah god knows kat mana ceruk ntah, hehehe) dan susun biskut ke dalam botol. agak seronok la. memula tu rasa cam tak jadi je. kunun2 buat bentuk bulat (kaedah gentel) dengan sedikit picitan di bahagian tengah untuk hiasan kacang, last2 buat bentuk bunga terus (kaedah terapan). senang! tapi melecet jugak tangan ini. hehehe. alhamdulillah dengan adunan hampir sekilo kacang, hampir sekila tepung, gula, minyak mazola dan lain2 dan dengan berbekalkan oven Butterfly otai mak noriah, kami dapat buat 4 botol sederhana besar biskut Mazola untuk sambutan raya nanti. 4 je pun. berangan nak sedekah kat semua orang. hahahaha. so, itu saja accomplishment untuk malam semalam. next projek (InsyaAllah) Projek Biskut Dua - Cornflakes Madu & Bijan & Almond. hahahahaha


(pictures of ingredients : credits to Google Image)

ha..tu gambar hasil biskut semalam tau korang. nak rasa?? meh datang umah ahkon raya nanti ek! ok lah. itu je buat masa ni. i am so mengantok n yet so many things to be done. adios amigos.

oh chup2. hari ni kan tarikh yang tantek sangat tu kan????? 090909. nasib baik saya lahir 11 September. kalau hari ni? dah cuti celebrate. walau bagaimanapun, seorang yang dekat di hati ini menyambut hari kelahiran hari ni tau. Encik Hafeez Basri aka apitonkus!!!! Happy Birthday Dear!!!! semalam dah wish kan, so ari ni i nyanyi je la kat u. later i kol and sing for you k.

ok.
TTFN, err taktau? tata for now la!!! :P

xoxo


Tuesday, September 8, 2009

my life according to Dewa ;)


Kak Aazura tag me via Facebook. so here it goes kak. (serius susah!!!!!!! tapi Dewa/Dewa 19 is one of the bands yang kita suka :D)

Using only song names from ONE ARTIST, cleverly answer these questions. Pass it on to at least 15 people and include me. You can't use the band I used. Try not to repeat a song title. It's a lot harder than you think! Re-post as "my life according to (band name)".


Pick your Artist:
DEWA 19 (DEWA)

Are you a male or female?
Dewi

Describe yourself:
Mistikus Cinta

How do you feel:
Sedang Ingin Bercinta

Describe where you currently live:
Bukan Rahasia

If you could go anywhere, where would you go:
Indonesia Saja

Your favorite form of transportation:
Elang

Your best friend is:
Kamulah satu-satunya

What's the weather like:
Shine On

Favorite time of day:
Selamat Pagi

If your life was a TV show, what would it be called:
Laskar Cinta

What is life to you:
Lagu Cinta

Your fear:
Cintaku Tertinggal di Malaysia

What is the best advice you have to give:
Takkan Ada Cinta Yang Lain

Thought for the Day:
Hadapi Dengan Senyuman

How I would like to die:
Persembahan Dari Syurga

My soul's present condition:
Kosong

My motto:
Terbaik Terbaik


kakak, i miss u!!! bila nak jumpa nih??? tunggu open house kah?

:D

saya mahu tag :

Kiera, Um, Didi, Syeena, Adni, Isz, Medcham, Khair, Pinat, Aida, CheChe, Beth, Eny, Zaha, Tina, Liza, Mila, Wan Mai, Ika dan sesiapa lah yang nak buat!!!!!


Monday, September 7, 2009

berita! berita!


tajuk tak boleh blah. hahaha. sebenarnya entry ni nak upload gambar2 yang dah lama patutnya saya upload. banyak gambar2 menarik menanti anda. cewaaaaaaah!

so kita start dengan weekend update. sabtu lepas saya punya 'me day'. biasa aaa. nak raya. kena ada rambut raya. cuma satu la. dari dulu saya nak highlight rambut. kunun2 nak buat shocking pink kat blah belakang tu. tapi entahlah. masih belum tergamak. hahaha leceh tu. and i did my facial dan mengunting rambut. pendek!!!!!!!!!!!!!!!!

sebelum tu singgah KL jap untuk g beli tudung. mak ai. baru jam 1035 kat depan SOGO tu dah macam ada perhimpunan haram. rupanya SOGO Card Holder Sale. sapa yang ada kad je boleh masuk. yang takde...erm. memang pandai buat duit. di bukaknya booth untuk apply kad. RM 12 kot kalau tak silap.

so, sabtu tu masa habis dengan pamper diri sendiri. ahad pulak. sehari suntuk kat opis. start dari jam 9. buat minit sambil layan youtube yang super laju. kul 3 balik. plan nak buat kuih raya. tapi cam dah lambat. tolong mak masak and tetido. so tu je lah cerita weekend saya. weekend ini i'll be away. insyaAllah. saya nak sopping2 di sana itu. bestnya!!!! woot! woot!

so kat sini kita letak sedikit gambar2 ahkon sepanjang Ramadhan tahun ni.

merdeka day celebration - yang ke-52
(clockwise : dengan kontinjen awam, rehearsal with kak zai, berempat dengan fasya, dayat and choid, me with bangunan tantek, us berlatarbelakangkan bangunan tantek, me & elize lee, me & dato' dale, me & choid)

iftar @ IN*TAN BK with adni, friend of adni (taktau nama) and Mr. Fendiosman
(gambar dari FB)

ok. tu je. papai

:)


Friday, September 4, 2009

United??????


ala. lek korang. jangan terkejut. aku takkan tulis pasal bola kat sini. Manchester United? lagi lah aku tak layan. hahaha (ampun ye cheche, kiera :P)

ni aku nak cerita pasal 090909. korang tau ape tak? dah pernah dengar MUFOR???


MUfOR = Malaysian Unites for Road Safety Day yang beralamat di www.090909.org.my.

Tanggal 9 September 2009 telah dipilih sebagai hari di mana rakyat Malaysia bersatu untuk mempromosikan keselamatan jalan (serius betul ke aku nyer translation ni???). dan inisiatif mewujudkan satu laman web di mana rakyat Malaysia boleh menghantar sokongan mereka dalam kempen keselamatan jalan raya dengan memberikan pledge masing-masing di laman web tersebut. dan as a Malaysian, i've done my part. i've sent my pledge earlier today and bukan setakat tinggalkan pledge sahaja tetapi menanamkan pledge itu dalam diri. Kempen ni turut dimeriahkan dengan sokongan artis Malaysia contohnya Dato' Siti Nurhaliza, Fazura dan ramai lagi. Cerita penuh mengenai promosi kempen sila klik sini.




Sedikit info dari 090909.org berkenaan dengan MUfOR :

Malaysians Unite for Road Safety Day 090909

Everyday we are bombarded with news of road accidents that often result in fatalities. The numbers are alarming as recent statistics from the Road Safety Department show that an average of 18 people are killed in road accidents everyday in Malaysia. The lives lost not only weigh heavily on the families that mourn them, but the country as well, for the passing of each of the thousands of lives lost on the road every year has an impact on the fabric of society and the economy.

But who is responsible for these very worrying numbers? We are quick to blame others and point out their weaknesses but unfortunately, we overlook the fact that we are often just as guilty of committing the same offenses and indulging in the same driving habits that lead to accidents. This vicious cycle has escalated to the point that many drivers no longer even think twice before doing something that they shouldn’t – it's as simple as "everyone else does it, why can't I?"

MUFORS is a community project that was set up not only to empower you, the Rakyat, to voice out your thoughts and concerns on road safety in the country but more importantly as a platform for all of us to take a minute to think about how we as road users can do our part to making our roads safer for all.

"Malaysians Unite for Road Safety" Day will fall on 9th September, 2009 (090909). In conjunction with MUFORS 090909, we are calling on all Malaysians to make a pledge on how to reduce accidents and save lives, and to honour these pledges on Wednesday, the 9th of September, 2009 between the hours of 9:00am-to-9:00pm. Our fervent hope is that these pledges honoured over a 12-hour period will transform into a lifetime of change.

Isn't it time we took matters into our own hands? Let's start taking responsibility for our own actions and pledge to save lives, our own and that of others, today. Let Malaysians Unite for Road Safety!


so, apalagi??? jalankan tanggungjawab korang untuk hantarkan pledge korang berkenaan dengan keselamatan jalan raya! good luck guys and berhati2 di jalan raya k!!!


much love!

:) xoxo (:

(ini adalah iklan khidmat masyarakat untuk renungan bersama ye)


the boy does nothing


hey hey hey
assalamualaikum w.b.t

selamat berpuasa semua!!! hehehe gembira sangat ke aku pagi ni? ntah tetibe rasa hari ni jumaat kan and me likey likey. esok sabtu and lusa ahad. next week aku takde major meeting yang aku kena handle and maybe kena settle sedikit benda2 urgent. best wooo bulan puasa ni. aku rasa saat2 tenang aku hadir dalam bulan Ramadhan ni la (aku adalah manusia suka kekalutan kerana kekalutan buat aku fikir secara rapid, jika tak aku rasa sunyi). aku boleh lepak ngan mak lama berbanding masa2 bukan bulan Ramadhan sebabnya everyday kitorang akan spent time lepas sahur. hehe.

dah hampir separuh jalan bulan Ramadhan, semalam aku terima kad raya pertama aku!!! wuhuuu cam best plak rasanya. kad tu dari Encik HH, orang kuat bot-bot kat Putrajaya ni. hahaha terima kasih la bebanyak. aku deal dengan dia masa last event di Kompleks Sukan Air. :D.

so memandangkan kad raya pun aku dah terima, aku baru perasan yang tahun ni sekeping pun kad aku tak beli lagi. before puasa hari tu ada jugak nampak kad-kad raya di Jusco Equine. nak beli rasa cam awal sangat. so plannya ialah membeli kad raya weekend ni dan make sure semua dihantar next week. jap lagi singgah post office untuk beli setem and g alamanda untuk beli kad. tapi aku suka kad memory lane. hihi or tahun ni aku jumpa kat Upin Ipin. cam best. tapi yang kad Upin Ipin ni aku tunggu orang2 kuat Les Copaque bagi. :P.

semalam berbuka and jumpa kengkawan kat IN*TAN BK. ramai jugak lah bebudak yang datang. and makanan tak best sangat. tak macam masa batch kami deepeeyaa (yes adni, again). and the star of the night jatuh pada Encik TAYO yang hadir dengan cerita atas awan yang best gitu dan makanan di golden lounge :P. malam ni nak berbuka dengan Geng! pulak. bestnya...Min, ko amik aku eh???

oklah. esok saya nak g beli kad raya, g facial and repair roots (rambut). itupun kalau Mak Teh bukak kedai. plan nak balik melaka dah tak jadi. erm ok ok. saya nak g baca paper jap and kul 9 saya ada meeting!!

sampai nanti ye :D

papai

xoxo