Thursday, July 29, 2010

live from the land of smile



hey people.
i'm away. way out of Malaysia.
wakakakaka. kat mana? no, not in Italy. but, i'm here in Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit!!


having blast with my two girls. shopping sikit, jalan banyak. kaki sakit. urut sepuluh ringgit untuk 40 minit.
sepuluh ringgit juga untuk manicure. :p.


later update bebanyak once i'm home.


i miss my Mr.P, my blackberry (Celcom people adalah penipu kata nak on kan roaming, benci!), everyone in Malaysia.


pray for my safety! buhbye.


<3


xoxo












Tuesday, July 27, 2010

i'm not gonna meet Katy Perry

bummer!
she's coming for MTV World Stage (with Wondergirls, Tokio Hotel, Bunkface and many more).
but. on the other hand, i'm gonna go for my first oversea trip for 2010!! when?? tomorrow ya'll. tak sabar.

*doing nobody dance...clap...clap*

oklah. for now, nak share lagu ni!!!!

Teenage Dream from Katy Perry's latest album.
sexy ok!


enjoy!!!
me (still) hearts Katy Perry!

Lepak Session at The Apartment

hoho. ini cerita tok kaduk. berzaman sudah.
anyways. nak jugak hapdet! :P

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Tempat : The Apartment, The Curve

SG Girls selepas dari E Day Cik Maria tempoh hari agak lagi tak jumpa. So kami decide nak melepak. Sempat celebrate belated birthday Ina dan hubby. Center of attention hari itu tentulah si hensem Rif Rafel. hiks.

Anyways. malas nak cerita panjang. Tengok gambar je k.

pavlova yang meletop macam mr.lova lova

cik single dan bakal pengantin hujung minggu ini

bakal pengantin 2011 dan si hensem!

<3

tu je lah. gambar lain semuanya dalam FB. i miss my girls. weekend ni diorang berkumpul tanpa aku untuk Has nikah dan majlisnya hari Sabtu. Saya tiada kerana ke luar negara pada tarikh itu. Huk. Sedih. Anyways, Selamat Pengantin Baru (in advance) Has dan Syafiq! Semoga berkekalan ke anak cucu dan hingga akhir hayat. 

Rafel says "adios peeps"

later!
xoxo



Monday, July 26, 2010

Wishlist 2010

ohmaigod.
adalah super pemalas nak hapdet blog sekarang ni.
saya habiskan masa online dan buat preparation. bukan preparation kawin lah.
preparation holiday! hahaha.
pejam celik. huyoo. dah lebih separuh tahun ni. hmmmm. sebenarnya ada dua draft yang belum saya publishkan. malam ni janji! saya akan masukkan gambar2 dan publish k?!!

on the other side of the fence (ececece), its nearly august ya'll. so it means that my birthday is just around the corner...yeay!!! and it is time for me to make my wedding registry birthday wishlist for 2010. :P
kalau ikutkan my 11 Nafsu entry last year, banyak juga out of 11 gwa dah ada/beli/dapat present. ermmm nak buat recap ke before kita masuk wishlist 2010? bolehlah!!!

ok! lets go.

11 Nafsu 2009 (full entry baca sini)

  • necklace/choker - ada. pakai dengan baju raya. beli yang olskool look. super nice. thanks to Mak!
  • kasut baru hitam bertutup - yup. beli sepasang (sebenarnya tiga. satu pig skin lining, satu present pada Girl). pakai yang dibeli dari Yunique Paradise itu sahaja! treasure k1 5-inch. awesome!
  • handbag - saya menghadiahkan diri sendiri beg nine west yang dipakai hingga hari ni. dapat few hand-me-down handbags from MakNgah!
  • clutch - ada la satu itu kepunyaan Mak jenama Charles and Keith yang dikongsi bersama
  • Blackberry - telah dipunyai pada tanggal 5 Mei 2010!! upgrade lagi, mahu Bold 9000 tapi beli Bold 2. woot! woot!
  • Bali Trip - tahun ni Bali tiada dalam perancangan. KIV
  • Masters - permohonan satu telah ditolak secara berhemah. masih terkejut kerana penolakan tersebut. bakal apply dalam bulan depan. :)
  • a ring ye, bukan THE ring -  masih lagi memakai cincin yang sama. Mak takmau belikan yang baru. beli sendiri tak syiok. :P
  • rak buku - dah ada. Mak belikan! putih. :)
  • tinted kereta - abaikan je lah ni kot. hahaha
  • jam tangan - belum lagi. nanti lah. takde yang berkenan!
ok. itu tahun lalu. dari 11 yang saya mahu, saya capai 6 item. boleh la kan.  jom tengok this year punya pulak!

1. Thomas Sabo Charm Bracelet & Charm
- sangat mahu!!!!!! :P sedang semangat nak kumpul satu charm setahun (motif 1/year????*


2. Fujifilm 7s Mini Polaroid Camera
- tambahan kepada koleksi benda comel dalam simpanan. mahu ini segera!


3. Tiket penerbangan menunaikan Umrah, ke Europe dan satu lagi destinasi yang akan diconfirmkan kelak (maybe India, Australia atau Hong Kong. Penang pun ok. hahaha)



4.  rumah


5. Cash money untuk dimasukkan ke dalam bank. :P



hahahaha.
ye tahun ni nak sikit je.
itu yang visible. invisible saya simpan dalam hati saja tak perlu lah nak tayang kan?
:P

ok lah laling.
next saya akan publish bebanyak k!

xoxo


notes : ada gmbr sendiri punya, banyaknya saya google sahaja! thanks bagi pinjam!

Thursday, July 22, 2010

sick

semalam jam 3 telah gerak dari office.
ada kerja emceeing di PICC so kena buat rehearsal.
rehearse sangatlah. dua baris je, terus DWH kata "you all dah biasa. takyah aa baca semua"
wakakaka. memang super cool itu lady boss! Encik Said dan saya bincang sedikit berkenaan skrip dan buat pindaan seadanya (sebenarnya Said je yang edit banyak benda. i ikut saja. :P). Jam 5.30 petang kami balik untuk bersiap kerana jam 7 dah kena ada di PICC.

Balik rumah mahu siap2. After mandi rasa lain macam. Sakit kepala yang hampir nak pitam. Terduduk di gigi katil dan baring sekejap. Hampir nak call Urus Setia mintak carik back up. Last2 ku gagah kan diri ini untuk bangun dan meneruskan hidup bersiap dan ke PICC.  Cepat2 gi isi perut di restoran yang menghidangkan hidangan untuk Urus Setia. Serius weng!!! Masuk sahaja ke dewan dah rasa ok sikit. Sekejap je. Event semalam adalah sesimple event. Very short but sweet. Sweet kah? Hahaha. Makanan??? Western! I thought we'll be having Chinese Course tapi rupanya tahun ni bertukar. What i had??

1. Classic Caesar Salad (with beef bacon bits, grated parmesan and smoked salmon - which is awesome!!)
2. Wild Mushroom Soup (with bread and butter)
3. Grilled Beef Sirloin (with vege and roasted potato)
4. Apple Pie With Vanilla Ice Cream (and glaced walnuts and strawberry sauce - a bit too sweet for me)

Dan pagi ini bangun dengan badan yang tidak sedap, kepala yang sakit dan tekak yang loya. Aduhai. Makan banyak kot! Esok nak travel. Sabtu kenduri. Ahad nak packing. Isnin dan Selasa kerja bersungguh2. Rabu travel lagi. Waaa tak mahu demam. 

Ok. stop sini ye. Nak makan paracetamol dan ubat selesema. 
Daaaa. Till we meet again. Later saya tulis lagi!

xoxo

Tuesday, July 20, 2010

(i'm) SO HOT



first and foremost. saya mintak maaf kerana sya asik mungkir janji. banyak sangat entry tertunda. entry SG Girls di Apartment, The Curve. Entry baby Wawa. Entry kenduri tunang Um dan Mila. huhuhu. semakin nak bercuti dan 'terbang' ni, kerja mencurah2 bagaikan air hujan. takpelah. maybe if saya sempat saya akan update bebanyak sampai korang muntah k?

Saya baru je balik dari rumah Lin selepas melayan Sushi King bersama Lin, Ika dan Kak Lin. Singgah sekejap di rumah Lin di Bangi untuk tujuan mengambil barang. My goddaughter, si budak kecik Mya itu (anak Lin) ada dengan neneknya. The first time i met her last two weeks (after 1 year she was with her dad and her mom di Aberdeen), she was a bit jet-lagged. Tido siang, berjaga malam. Biasalahkan, orang duk negara omputih. hahaha.

Jumpa tadi plak, keluar dah true colour Mya. Hahaha. Super cute ok. Sama macam maknya. Diva, pandai berlakon, girly, suka benda2 cam mekap, kasut, handbag, perfume. Mana taknya. Masa mengandungkan Mya dulu, Lin memang la tak lekang dengan pergi salon blow rambut, facial dan buat benda2 wanita yang lain. Kenapa? Tengok gambar2 yang saya sempat amik ni.



Untuk makluman, aksi dalam gambar di atas adalah secara sukarela oleh si kecil itu. Tanpa disuruh atau dipaksa, dia terus pakai kasut2 yang Lin keluarkan dari plastik. Ada lima pasang kasut. stiletto dan pumps. pelbagai warna, pelbagai ketinggian. Dia try each one dengan tunjuk dan sebut "Nak!". Sangat comel. Untuk pakai kasut2 itu, dia pegang la sesapa yang ada kat keliling atau kerusi, masukkan kaki dan mulalah jalan. catwalk ye! hah. amik. baru nak masuk dua tahun. hahaha. takpelah Lin. layankan. Acik Atie pun melayan dengan pakai sepasang dua. Bila pakai, Mya akan sebut "Wow!!". Hahaha. Adorable!!!!

Mak dia pulak bawak keluar gown kaler merah polka dot. Saya sarungkan kat badan dia, dia carik kasut. Ye. Pandai. Dia pilih Nine West kaler maroon yang masuk dengan gown dia. Pastu ajak jenjalan. Ada video. Tapi tunggu saya edit dan bagi pada maknya. Maybe Lin yang akan upload nanti. :)

Work It Girl!!!!!
Acik Atie dan Mya berstiletto Nine West Maroon dengan Gown Polka Dot Merahnya yang tak sempat di zip.

See? Hahaha. Memang budak ni bergaya sakan. Rindulah nanti ngan Mya bila dia balik Aberdeen. Lin pun. Ada 2 bulan lagi ni. Takpe. Buka puasa ada lagi, raya kan? Takpe2. Blog Lin kan ada. Bosan2 baca update kat situ je la. Bilalah saya nak ada daughter sendiri yang comel camni??? :P

Oklah. Ngantok dah ni. Sushi yang dimakan telah mula beroperasi dalam perut. Huhu. Esok hingga weekend super bz. Esok kena jadi emcee di suatu majlis rasmi. Khamis nak settlekan kerja2. Jumaat di Kuantan. Sabtu kenduri di rumah atok. Ahad packing time! Uhhhh. 7 hari lagi! Woot!Woot!

Sebelum saya menutup entry ini, terimalah So Hot dari Wonder Girls khas didedikasikan untuk Mya.
Sila membesar dan menjadi wanita hot macam Acik Atie!!!



ok.thx.bye.
xoxo.



Monday, July 19, 2010

weekend yang penuh

serius penuh ok.
dari jumaat malam hinggalah ke ahad malam.
start dengan dinner di Bubba Gump (review nanti ok!), persiapan majlis pertunangan Geng!, majlisnya itself dan movie date sebentar tadi (review pun later ok!).

had so much fun with my girls.doing girls thing. apepon, saya akan update sikit2. banyak nak cerita ni. banyak juga cerita pending. huarghhh. ngantok...tipu sebenarnya nak paksa tido sebab tadi masa tengok movie secawan cappucino pekat dah ditelan.

saya tinggalkan korang dengan sneak preview update later!!!! hahaha. poyo! :P








ok nite,
ngantok. 




Thursday, July 15, 2010

harga minyak naik ye

oleh itu, marilah kita kurangkan naik kereta dan berjalan2.
apatah lagi Putrajaya - Sri Gombak.
SG Girls, later uols kena amik i kat LRT kalau nak jumpa. hahahaha.




you know i'm back when....


this blog is updated. 
wakakaka. 
been back since yesterday.
i brought along my babies (D5000, netbook & BB) to Sandakan but was too lazy occupied to update my blog. 

anyway. i was at Agnes Keith House & English Tea House & Restaurant on the top of the hill of Sandakan. Also went to Sepilok but unfortunately the orangutans dah tido. Didn't have the time to go to Labuk for Proboscis Monkey watch. Had the cheapest seafood (ala two type je pun) at Ocean King Seafood. Saw the most beautiful evening rainbow. also failed to capture the beautiful scenery of Kampung Air.

aaaa. mahu pegi lagi ke Sandakan.  

later updates. banyak cerita lagi ni. ergh. bila banyak benda, blog terganggu. balik rumah malas update. eh chup. ok dah. bye.

xoxo

Monday, July 12, 2010

Twilight Saga - Eclipse Charity Screening

Date : July 7th, 2010
Time : 7-11.00 pm
Venue : GSC Pavilion, Kuala Lumpur
Host : Twilighters Malaysia


Sebelum semua orang di Malaysia dapat menonton (secara official), saya berkesempatan untuk join the charity screening for Twilight Saga - Eclipse di Pavilion pada hari Rabu yang lepas. First time join event yang dihostkan oleh Twilighters Malaysia. I am a Twihards, tapi selama ni yang melayan kegilaan hanya Min sahaja. So malam itu, saya jumpa ramai sangat Twihards dari serata Malaysia. hihi.

oh, saya bukan sahaja jumpa twihards, malah saya jumpa jumpa dengan:

Alec & Jane (Volturi Coven)

another volturi girls

Victoria

guess who???? *wink* Jacob lah. :)

jangan terkejut k. mereka adalah contestant untuk cosplay twilight saga. siapa yang paling hampir dan menyerupai watak2 dalam twilight saga memenangi pertandingan tersebut. cuba teka siapa menang? hahaha.
pemenang-pemenang cosplay adalah di bawah (sorry tak ingat nama lah).

  
pemenang2 cosplay. 'alice' dan 'jacob' bersama presiden dan vice presiden twilighters malaysia

bukan tu je, saya juga jumpa dengan Kiera and Hubby. Nasib baik sempat bitau dia pasal screening ni. sempat juga dia beli tiket! selain daripada cosplay tu tadi, banyak aktiviti lain yang dibuat sementara menunggu waktu tayangan iaitu kul 9 malam. ada lucky draw, jerit2 situ sini. hahaha. memang fun. saya hampir, diulang. hampir untuk dapat lucky draw. kenapa hampir?sebab yang dapat tu adalah akak yang duk sebelah seat saya je. huhuhu. apapun, saya happy kerana saya join event ni. bukan sahaja dapat tengok awal sehari dan menderma untuk tabung Bersamamu tapi juga saya dapat barang2 yang best dari dalam goodie bag yang diberikan untuk semua. Malam tu, screening untuk dua hall. Kami berempat semua dalam hall 2 sebab hall 1 untuk yang awal beli tiket. tapi sama. je. sanga best ok. Rasa nak tengok lagi sekali. Sebab dalam movie kali ni, Edward adalah sangat handsome. taklah muka tak boleh blah sangat. make up pun ok. tak tepong gomak. sedap mata memandang. hahahaha. Ok, ok. No spoiler. Sila tengok di panggung ye. Have fun dengan perut Jacob. wakakakakaka.

  
me and my twihard partner - Cik Min. Kiera & Hubby. 
oh. Kiera pakai contact lens cam The Cullens malam tu!!

the early bird crowd

goodies. best. not in the picture adalah t-shirt.

So, Min. Ada lagi dua kali nak buat ni kan? hehehehe. kita join for Breaking Dawn. can't wait!!!!

twihards,
ahkon. xoxo


Sunday, July 11, 2010

chillax


my wish is granted!
lepak di hujung minggu adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sebenarnya.
even apabila banyak sangat rehat pun tidak lah berapa bagus.
and now, saya dah rasa sakit kepala. sama ada terlebih rehat, terlebih tido atau sebab meredah panas ke Floria tadi.

how i spend my weekend? it started with Friday evening. One of my staff, Abang Mohsin jemput untuk birthday his daughter. yang ke satu tahun. super kiut ok. me, datang dengan tidak berhadiah (hulur sahaja di akhir rancangan) adalah super puas hati kerana dapat makan dengan banyaknya. hahaha. tidak lah begitu banyak tapi pelbagai. first sekali pinggan berisi laksa, kemudiannya nasi impit dan kuah kacang, tambah plak kuih seri muka dan karipap. penuh perut balik tu. makan ubat selsema dan tido. jam 2.30 pagi saya bangun. tidak, bukan untuk tengok bola ke apa, tapi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakan yang baik. niat untuk makan rosti malam itu berkubur apabila sampai sahaja di Hartamas Square, uncle rosti dah kemas gerai. oh tapi saya tetap makan. makan pasta. namanya pelik sungguh, tak dapat nak sebut. kuah putih. memanglah menggemokkan. kul 3 pagi ok! lebih kurang jam 4 balik dan terus sambung tido.

pagi Sabtu, Mak request untuk mintak hantarkan dia ke Kelana Jaya. nak ikut Uncle ke Penang. Cuti sekejap katanya. so selepas pulang dari menghantar Mak, saya sempat ke Empire Shopping Gallery di Subang Jaya. Tidaklah begitu gah tempatnya. biasa saja. kedai masih banyak belum buka. anyways, dapatlah saya try makanan di kafe yang agak hangat dibincangkan dalam beberapa blog iaitu Whisk. A small cafe which consists only 10 stools + few tables. Menu pilihan, Hazelnut Latte, Carrot Cake & take away macarons. verdict? ok. i love the place. i never been to any european country but this cafe resembles so much of all the cafes in paris or london. or i dunno. hahahaha.


menghabiskan masa di rumah, saya menonton Remember Me. hasil pinjaman dari Min. cerita? ok. cukup untuk menyedapkan hati yang masih belum puas menonton Robert Pattinson semasa tayang Eclipse tempoh hari. Oh chop, bercakap pasal eclipse, esok pagi saya akan published cerita di Charity Screening Twilight Saga - Eclipse pada 7 Julai yang lalu. balik kepada Remember Me, saya rasa cerita itu ok sahaja. Bukan lah sampai tahap boleh menang Oscar. it is a good story cuma saya dan Min agree yang endingnya terlalu anti-klimaks. tak hapa2, tetiba je mati. tak puas aku nak tengok Rob. hahaha. spoiler di situ!


Malamnya saya merayap ke Downtown BTR. cari apa? cari kasut Croc. dah la susah nak dapat parking, last2 kena jalan kaki dalam 5 minit ok. tak lama pun. sebab panas, dan tiada plan lain untuk membeli belah. sbeab duit kena simpan untuk trip 2 minggu lagi! lepas tu, perut memang lapar. singgah sekali lagi ke Hartamas Square. yeay!!! Rosti ada! kenyang sungguh! malam tido termimpi2 ok. hihihi.


Hari ni? pagi bangun dan terus join Min dan Um untuk Sunday breakfast ritual. kali ni venue bertukar ke Paparich di Equine Park. Aku makan nasik lemak. Lepas breakfast, kami plan nak ke Floria di Presint 2. Panas yang amat. Tahun ni agak suram. Tak berapa nak meriah. Maybe penangan ekonomi yang teruk, duit takde, sponsor kurang. Bunga adalah kurang menarik. Pavilion yang menempatkan Twilight Garden pun kami tak sempat masuk sebab rasanya terlalu ramai orang sehingga dia hadkan bilangan kemasukan pengunjung. Dalam 15 minit je kat sana, kitorang balik. Dan hari ni, aku berjaya mengkhatamkan dua movie yang ditonton secara online iaitu Toy Story 3 dan Karate Kid. Jaden Smith adalah chomel ok!!!



  


ok. tu je. kepala sakit lah. nak mandi.
esok kerja. takpe, sehari je dan pastu terus ke Sandakan untuk dua hari.
Sandakan ada apa eh? bagi cadangan apa yang menarik di sana???


ok bye.



Friday, July 9, 2010

Fight For This Love


currently loving every bit of this song. 
Fight For This Love - Cheryl Cole
She's super hot. Too bad her man (read : Ashley Cole) is acting tiger-woodie. :P


"We've been driving so fast. We just need to slow down. And just role."

Tanamera Spa, Kayu Ara


Hai korang. 
Baru nak hapdet ni. Sebenarnya saya dah ke spa ini lebih kurang sebulan yang lalu.
Selepas daripada kaki saya ini bekerja dengan kuat, saya decide untuk mempamperkan diri dengan pergi ke spa. Dengan khidmat nasihat dan networking my beloved Mak Ngah, kami terus buat keputusan untuk ke Tanamera Spa. 


Tanamera Spa ini merupakan rangkaian butik spa yang dah ada kat Malaysia beberapa tahun. Ia menggunapakai bahan-bahan semulajadi yang merupakan hasil organik bumi ini. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah kelapa, koko, kacang hijau, pandan dan macam-macam lagi. Seperti juga pusat spa yang ada di di mana-mana sekalipun, Tanamera Spa juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti urutan kaki, facial, whole body massage, hair treatment, pakej untuk bakal pengantin dan juga pakej bersalin.

(more info, click here.)




Kami memilih Tanamera Spa Wellness Centre di Kayu Ara kerana Mak Ngah kebetulan kenal dengan pemiliknya. So berjumpa kami berempat di One Avenue jam 10 pagi. Sampai sahaja di sana, kami diberikan sedikit penerangan mengenai treatment yang ditawarkan. Para pengunjung diberikan kebebasan untuk memilih sama ada mahu secara 'ala-carte' iaitu single treatment atau secara pakej. Kami memilih 5 Elements Package iaitu Pakej Mentari which consist of Tanamera Massageworks iaitu urutan seluruh badan and Tanamera Bodyworks iaitu scrub dan mask seluruh badan. Keseluruhan masa yang diambil untuk pakej ini adalah plus minus 3 jam. So ready untuk rest dan relax.

(full menu for Tanamera Spa Kayu Ara, click here)


For our session, me and Mak Ngah opted for Cocos Spa Treatment iaitu treatment yang menggunakan Virgin Coconut Oil untuk massage dan Dessicated Coconut Body Scrub untuk menghilangkan daki2 di badan. hahahaha. My Mak dan Girl (cousin saya) pilih Tanamera Cocoa Bean Treatment. Kalau dah nama pun cocoa bean kan, apalagi. Memang sedap sungguh baunya. badan kaler coklat hitam dan bau pun macam coklat. hehehe. While you guys choosing your treatment, Tanamera Spa will present you hot towel and a cup of herbal tea. So yums. Ayaq Teh Tawaq la kan. hihi. Maybe the tea will help to cleanse your body and to get it ready before kena lanyak. :D. And each of us dapat one masseuses each and after choosing your package, the masseuses will take you to your own personal room.



Inside the treatment room, on the bed, in a basket, you'll find a batik sarong, shower cap (head cover) and disposable panties for you to wear. Yes, you have to take off EVERYTHING. including your bra and panties ye. Don't worry, for Tanamera Kayu Ara, the centre is specialize for women only. So, you don't have to worry about anything. No peeking, no man, no pervs, no nothing. So, relaks dan buka segalanya. :P

 

After i changed to my batek sarong, disposable panties and head cover, the masseuses came and ask me to soak my feet in a bowl of water with rose petals. Rasanya dia buh bath salt dalam tu dan bertujuan untuk melembutkan kaki. She then massaged my feet. I actually feel so bad and awkward masa dia urut kakiku. Why??? Because she was squatting and massaging my feet while i sat on the stool. *rasa bersalah sangat. huhuhu*. but i didnt take long. Kejap je. Dalam 5-8 minit je. Then she asked me to lie on the top of the bed face down. Maka bermulalah sesi urutan badan. Seluruh badan ye, kena ingat tu. Mula dengan sebelah belakang badan, dari hujung kaki hinggalah ke bahu. Ditelangkupkan pula ke depan. Remember to relax, don't be shy. Kalau korang malu, memang tak enjoy la sesi itu. Diorang buat kerja super professional. Dia tutup ngan kain before pusingkan badan, diorang juga akan cover dada masa urut tu. Ye, kalau malu memang lari terus dari situ. hahahaha. 



After the grueling one hour and a half diurut, diorang akan start lumurkan masker sebelum badan korang diskrub. for my case, the coconut scrub smelled super nice that made me wanna eat myself! rasa macam kuih raya yang besar. hahahaha. masa dia gosok scrub tu memang terasa keping-keping kulit mati jatuh berderai dan berguguran ke bumi ok. hahahahaha.. kepada mereka yang kalau cuit sikit dah rasa geli, sila tahan. and at this part lah (part scrub dan mask) akan ada soalan "miss, nak scrub/masked dada sekali ke?" rasakan ianya diuli bak tepung buat cucur ok. hahahaha. ala. tak luak. tapi seram gak aku. dalam otak dok fikir "please don't judge my dada, please...please...". bengong!!!


your attire for the session ;)


selepas scrub, jangan terkejut kerana akan ada few slaps of cold cream yang mereka akan beruskan atas badan kita. masih lagi coconut, dan baunya sedap. macam santan! lepas mask tu kering dan selimut putih itu melekat di badan korang. part ni, aku dah mula resah. after 2 hours lying so still on the bed. aku takleh terima keadaan yang begitu tranquil sekali. mulalah tangan gatal amik BB dan main BBM. hahaha. masseuses kejot untuk bangun mandi sebab treatment dah selesai. tak jauh pun toilet, dua langkah dah sampai. shower biasa, besar punya shower head, air suam2 kuku. memang best. tambah plak free flow organic shampoo (shampoo serai) and conditioner. kalaulah ada bathtub, mahunya aku tertidor dalam bilik air.

maka, dengan itu berakhirlah sesi treatment. ada mini salon yang membolehkan kita keringkan rambut. keringkan je, nak guna product, bayar. overall, pengalaman spa pertama aku adalah sangat puas hati. even amik pakej RM190. serius puas. bau badan sedap, kulit halus mulus bak bayi. thanks to my Mak Ngah la kan. aku ada plan nak pegi lagi. insyaAllah after 2 months ke, before or lepas raya. dapat pakej lain plak ke. hehehehe

oklah, kalau korang berminat, sila cuba. kat mana-mana spa centre pun takpe. sama. cuma mungkin product dan servis yang berbeza. asas tetap sama. but anyway, kalau nak jugak ke Tanamera Spa Kayu Ara, Damansara, aku letak kat bawah ni nombor phone dan alamat penuh. pergi, jangan tak pergi.

Kayu Ara Damansara.
3-10,One Avenue,
Jalan Masjid, PJU 6A,
47400 Petaling Jaya.
Tel: 03 7725 6479
Mobile: 019 2677 553 (Tatiana Azman)
E-mail: kayuaaraa@ gmail.com





have a fun pampering weekend!!!!
<3




Thursday, July 8, 2010

The Twilight Saga Eclipse OST, All Yours by Metric

Video Courtesy of YouTube
for more info on the OST, click Eclipse Soundtrack.


All the lives, always tempted to trade
Will they hate me for all the choices I made?
Will they stop when they see me again?
I can't stop now I know who I am

Now I'm all yours, I'm not afraid
You're all mine, say what they may
And all your love, I'll take to the grave
And all my life starts now             

Tear me down, they can't take you out of my thoughts
Under every scar there's a battle I've lost
Will they stop when they see us again?
I can't stop now I know who I am                  

Now I'm all yours, I'm not afraid
You're all mine, say what they may
And all your love, I'll take to the grave
And all my life starts

I'm all yours, I'm not afraid
You're all mine, say what they may
And all your love, I'll take to the grave
And all my life starts
Starts now


p/s : masih dalam mood twilight saga yang sangat kuat. oh bestnya. 


masih bernafas

sayangku semua.

i am here.
still alive. still breathing.
siapa yang ikut twitter saya tahulah apa yang saya buat dan kat mana saya. hahaha

saya rindu nak update blog.
say tak sempat.
kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja yang berdedikasi, rakyat malaysia yang harmoni, girlfriend yang chomel dan sebagainya.

banyak nak update korang ni. ok, kita re-cap sikit jom!

1. Twilight Saga - Eclipse. i was among the first to watch it YESTERDAY. saya dan my twihard partner iaitu Min. awwww. so sweet. review later. apa yang boleh dikatakan, sila beli tiket sekarang juga dan pergilah menonton. super awesome ok! Thanks to Twilighters Malaysia for made it happened. *ralat kerana gagal menang lucky draw. yang menang ialah akak sebelah seat saya. hehehehe*

2. Saya hilang sebab Isnin tu bz. ada ceramah dan sebagainya. Selasa dan Rabu saya berkampung selama dua hari di Royale Chulan, Kuala Lumpur bersama yang tersayang attending Asian World Summit on Corporate Governance. Tidak sangka rupanya wajah i masuk tv u. hahahaha. dan surat khabar. :P. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Lim Guan Eng, ramai CEO-CEO dari pelbagai syarikat dan ramai lagi lah. happy!

3. Kerja adalah super banyak. Biasalah, dua hari takde kat office. Saya duk kat conference pun dok gtalk ngan Aqilah pasal kerja2 kat office di samping mengompat satu dua baris.

bukan tanak update blog tau. tapi bila balik dah malam, lepas mandi, letak kepala atas bantal terus hanyut. huhu. lagipun ada orang marah pasal saya disablekan right klik kat chat box tu. malas dah rasanya nak update blog. kerana ada pencemaran bahasa di situ. dah lah saya tak kenal dia. huhu.


oklah. tu je. nak meeting 8.30.
bye.


p/s: sudah rindu sama Edward Cullen. alahai. :(

Friday, July 2, 2010

good morning?

pepagi dah nervous attack. sebab baru teringat yang semalam tangguh mesyuarat dengan permission 2nd man je. lopa nak call/sms 1st man. tapi takpe. dia tak marah pun.

so petang ni meeting jam 530 start. balik lewat lah aku. ok. wish me luck!




adios people.

Thursday, July 1, 2010

king of fruit

(gambar dari WiKi)

last nite incident ignites this entry. oh. good morning korang!!!!!!!!!!!!
ye. tekaan anda betul. ia berkenaan dengan Durio Zibenthinus atau D-U-R-I-A-N. raja segala buah.
dengan duri2 yang membaluti tubuhnya dan isi yang berwarna kuning emas.
memang durian sedap. kenikmatan durian tidak dapat digambarkan oleh penggemarnya.
makan durian (berlebihan) akan menyebabkan rasa panas. mungkin tak semua orang rasa tapi kebanyakan orang yang makan lebih dua biji akan mula lah kepanasan.

memang sekarang ni musim durian. kat blog adni ada cerita durian.
al-kisahnya. saya dulu (zaman baby yang dah pandai makan hinggalah usia 10 tahun) adalah pemakan durian tegar. belilah berapa guni pun, saya boleh hadap. dengan comot dan rakus saya akan habiskan durian2 yang dibeli ayah. sebab tu darjah 2 kot saya dah pandai kopek durian sendiri!

tapi entah kenapa menjangkau usia 11-12 tahun, saya mula merasakan durian itu meloyakan. bau nya lah. since saya umur 12, saya takkan dekat dengan orang2 yang tengah makan durian. kesian ok. saya nak rasa. tapi bau tu tak menahan. dan bila dah terlalu lama tak makan dan semakin loya dengan bau itu, saya dah tahu bahawa Allah dah tarik nikmat saya makan durian. serius dah lama tak makan. kalau ada pun, cuit skit2 sebab nak jugak rasa. dari jauh tengok orang makan memang sedap. tapi bila dekat, mati terus selera nak makan. kalau saya cuit sekali pun, saya akan tutup hidung.

tapi bubur durian cicah roti saya makan plak. hehehe.
sedih mengenangkan tak dapat dan tak mahu dan tak boleh makan durian lagi.
malam tadi ayah bawak balik berapa biji tah. mungkin diletak di dapur. sedang saya update blog, saya terbau sesuatu yang saya tanak bau. rupanya betul. bau durian! saya keluar dan tanya. ayah dengan senyuman kata haah, pergi lah makan. waaaaaaaaaaaa nak nanges.

masuk balik bilik, makin lama makin lemas. saya tak lalu nak bernafas dah. bau nya kuat sungguh. masih terbau2 di saat saya menaip ni. sedih k. pooh bear masam pun dah hilang bau kerana durian.

akibatnya, saya tido dengan tingkap dibuka seluas2nya supaya bau durian itu hilang. jam 1 pagi ok!!!!!!
maafkan saya penggemar durian. saya tak berniat nak kutuk durian. saya suka cuma saya dah tak boleh lagi sekarang.


p/s : mintak2 takde siapa yang bawak durian g opis!!! dalam aircond lagi horror