Sunday, January 31, 2010

Amazon Kindle vs. Apple iPad



 vs 
(credit tp Apple & Amazon)


pertengahan minggu lalu semua orang bz memperkatakan berkenaan dengan iPad, suatu gajet baru (tablet pc) yang diperkenalkan oleh siapa lagi kalau bukan Apple Inc. saya juga mendapat email dari Apple Inc memperkenalkan Apple iPad

banyak dah review di blog, website dan lain2 source masa sekarang ni. confirm dah ada yang plan nak beli iPad. untuk sum up, saya rasa iPad adalah iPhone versi lebih besar dari tapak tangan. seperti comment seorang pembaca, (sumber) "gajet Apple akan memenangi beauty contest. tapi yang dapat date adalah ugly betty". punya gajet memang menarik. happy je bila tengok gajet itu. sama seperti iPhone. memang best la. harga pun ok. senang nak bawa ke mana2. lagi berkenaan ciri2 iPad, sila klik sini.

walau bagaimanapun, saya sedang ada mata (eyeing) pada Amazon Kindle iaitu sebuah e-book yang dah lama diperkenalkan. cuma baru dua minggu saya tetiba berminat nak membeli. semuanya gara2 membaca review dari boss nuffnang, Mr Tim. being a bookworm myself, saya rasa Kindle sangat sesuai untuk dibeli oleh saya. tell u the truth, saya berkongsi minat membaca dengan orang2 di sekeliling saya dan Kindle adalah antara perkara terbaik untuk dibeli oleh ulat2 buku. cuma ia masih belum digunakan secara official di Malaysia buat masa ini.

saya takkan buat review Kindle vs iPad. sebab tak pernah pakai pun dua2 ni. cuma korang bleh belek2 review2 yang sedia ada di sini, sini dan sini. maybe ada banyak lagi. boleh Google saja. pilihlah sama ada iPad atau Kindle, have fun dengan gajet anda k!

oh seriously, saya sangat mahu Kindle DX. siapa yang ada di US boleh membantu saya untuk beli Kindle DX, sila maklumkan ye.   

ok. nak siap2. ada wedding nih. nak kena amik kawan saya encik shahrul dulu di LCCT. esok cuti lagi. bestnya! :P have a nice Sunday korang.

xoxo




Saturday, January 30, 2010

bad news ( and a good one too)


remember we were planning for a baby shower for Ina since Zurai's Wedding last month?
oh yes. it has been called off. 
ye, Baby Shower kami yang dijadualkan pada 7 Februari 2010 telah dibatalkan berkuat kuasa serta merta.
kenapa?
sebab baby dah takde dalam perut. baby dah tak sabar nak keluar jumpa parents dia dan auntie2 super hot SG Girls.. 

today, at 3.51 am SG Girls welcomes the new addition to our SG Girls family. 
Puan Shazlina (Ina) telah selamat melahirkan baby sulungnya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Jalan Pahang. 
she was the first among us to get married and now the first to popped out a beautiful baby boy. 
nama masih belum ada (dah ada, kedekut nak bitau). katanya ala2 takashi kaneshiro. 
sambil dijahit di bahagian yang perlu dijahit dengan sempoi dia sms kami semua jam 3.51 pagi tadi. 
sms yang berbunyi "sorry korang. xdapat nak buat baby shower. baby aku dh kuar pn. be je td pkul 3lbh. sbb xsaba nk tgk dunia ni". ye dia sms kami sambil para nurse atau doktor menjahit. aduh. minah ni memang selamba! 

disebabkan sms itu, forward smses dari SG Girls, aku tak leh tido sampai jam 5 pagi. plan untuk ke hospital dan lain2. terus cancel rancangan asal iaitu membeli pampers untuk dijadikan diaper cake sebagai centerpiece masa baby shower nanti. 

sebelum kena marah :(
Ina tengah bersihkan muak baby shomel.

l-r : lil alia, the glowing mummy, aini & maria
sedang melayan si alia berceloteh

so jam 12 lebih saya, aini dan maria sampai ke Pusrawi untuk melawat ibu chomel ini. dengan berbekalkan 'baby' saya, saya pun nak la menembak. huhu kena marah. takleh amik gambar k. dah lah baby dalam nursery room. diaorang letak tepi tingkap pun tak leh amik jugak. huhu. so amik gambar dalam bilik saja lah.

apepun plan dah dibuat untuk melawat ina next week di Rawang. hari yang kami plan untuk baby shower itu. happy sungguh today. one of my besties dah ada baby boy. Congrats Ina & Rizal. can't wait to know the name and to smell the sweet smell of a baby!

till then, bye.
nak layan movie.

xoxo


Friday, January 29, 2010

birthday girl


happy birthday, 
Dear Didi.




god bless you. always.
yesterday. today. and tomorrow.

xoxo,
yantie

baik baik sayang....

angin mellow pagi datang lagi. saya (chenta) lagu ini. sedih woooo walaupun tajuk jiwang karat gila tak ingat dunia!.

ENJOY!




Aku tak ingin kau menangis bersedih


Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

*sob* sob*
sedih okeh!


Thursday, January 28, 2010

Malaysia Inovatif 2010


semalam tak dapat tengok American Idol & Glee.
serius keciwa k! i tertekan. pagi tadi sempat layan ulangan jam 7 pagi. niat dah nak cuti dah sebab nak tengok Katy Perry!!! huk huk.
saya dan my fellow colleague kena hadir Majlis Pelancaran Malaysia Inovatif 2010 anjuran MOSTI di PICC.
meletuplah event itu. canggih manggih.
dengan kerjasama Universiti Kreatif Lim Kok Wing maka terserlah lah kekreatifan dan keinovasian yang ingin ditonjolkan. yang merasmikan majlis tersebut ialah YAB Perdana Menteri. antara intipati ucapan beliau adalah pengwujudan Pusat Inovasi Negara, penggantian Hari Kualiti (jabatan kerajaan) ke Hari Inovasi, penubuhan pasukan Unit Inovasi dalam jabatan (tanpa penambahan terhadap jawatan sedia ada) dan ada dua tiga benda yang tak berapa nak sempat di capture. saya pasti korang dah baca dalam paper hari ni kan.



balik dari event itu, saya dan Qilah kelaparan. terus je ke mamak kembar. layan maggi 'wax' ayam dengan cili padi dan kicap. air sirap limau. Qilah berjaya untuk tidak meninggalkan seketul pun nasi lemak di atas pinggan tapi maggi 'wax' ayam saya dihabiskan oleh Encik Chod. maggi 'wax' sangat! :P

malam tadi hangin kureng la sikit. sebab mood malas layan melanda. keemoaan yang menjelma entahkan sebab apa malas nak ambil tahu. so saya terus tido aje. lately ni jerawat halus makin naik di atas dahi dan di bawah dagu. tak tahu kenapa. sejak balik facial sebelum new year haritu. tak kurang2. nak kata tak cukup tido, tak. tension pun tak. aiseh. takkan sebab pakai Simple tu?

oklah tu je. papai! :P

Trip Review : Langkawi Island


pada mulanya Cik Ahkon nak buat beberapa part review trip ke Pulau Langkawi ini. akan tetapi memikirkan masa yang agak banyak akan diambil menyebabkan saya ambil keputusan untuk buat satu entry saja. yang pastinya ia akan mengambil banyak ruang di laman ini. untuk trip kali ini saja, lebih 600 keping gambar telah diambil. tidak termasuk gambar2 yang diambil melalui brand new Olympus underwater camera yang dibeli oleh pak ngah di Langkawi. saya telah tidak tidur malam (eceh!) untuk mengedit gambar2 menarik sepanjang trip ini. adalah entry ini untuk menjadi kenangan sekali (mungkin) seumur hidup saya ke Pulau Payar dan untuk berkongsi dengan teman-teman blogger dan pembaca setia Switakon Sanctuary. ahaks!! :P untuk makluman korang trip ini di taja khas oleh Pak Ngah saya. thanks so much! pasni kita g Bangkok, Sabah n London ye. hahahaha.

ok. jom kita start sekarang. membebel kang tak habis. T____T

Jumaat - 22 Januari 2010

kita mulakan pada travelling day. ada pun Mak Ngah and family dah pun berada di Langkawi seawal jam 12 tgh hari. saya tidak dapat terbang lebih awal kerana terikat dengan kerja. pepagi itu saya dah ke Nilai, N9 untuk sesi ceramah. so, saya mak n adik terbang jam 6.05 petang.



kami touched down dalam jam 7 selepas sebungkus kacang masin dan secawan fresh oren habis disebat di Langkawi International Airport. terus saja ke Pekan Kuah. sebelum dinner kami membeli kudapan untuk bekalan hari esoknya di Haji Ismail Group. mata menjadi rambang tengok coklat yang super banyak. eiii best betul. me love chocolates! dah la murah...at last, tokey bayar total (plus minus) RM 200 untuk semua coklat2 itu!







kemudiannya. masa untuk makan! kami makan malam di Restoran Kauboi yes, you read the right word. Kauboi as in Cowboy. letaknya di deretan kedai makanan laut di tepi jalan (opposite Bella Vista Hotel). sangat murah. kami makan banyak sungguh! name it dari oyster ke udang ke ikan ke lala dan sayur fresh. semua nya kurang dari RM150. heaven k! cuba kat KL. dah berapa ratus kena ketuk agaknya. perut penuh, kami gerak balik ke hotel. untuk tiga hari di Langkawi, kami stay di The Lanai Beach Resort Langkawi yang letaknya di pantai Cenang. setibanya di hotel, us the cousins (me, Kicap, Angah dan Girl) terus tukar baju untuk layan night market di sepanjang jalan di Pantai Cenang. tak lama. sebab mengantuk. jam 12 kami dah balik hotel dan tido! tiada apa yang menarik sangat pun sebab Cenang tak macam di Feringghi. Feringghi lebih rawks.



Sabtu - 23 Januari 2010




kami bangun awal pagi itu. jam 8 dah pun gerak ke coffee house untuk breakfast. sebab kena gerak ke jetty di kuah. perjalanan dalam lebih kurang 20 minit. masing2 semua dah sexcited nak ke Pulau Payar. so sampai di jetty, kami ke kaunter untuk dapatkan tag masing2. untuk makluman korang, ada banyak package yang ditawarkan untuk ke Pulau Payar. kami memilih pakej Langkawi Coral. Ia merupakan sebuah deck yang siap tersedia di Pulau Payar yang mana sekiranya kita bayar untuk pakej itu, ia dilengkapi dengan tiket perjalanan pergi-balik ke Pulau Payar dengan menaiki catamaran cruise (fully air conditioned), snorkeling gadgets (goggle, flipper etc), buffet lunch, glass boat dan macam2 lagi. kalau berminat, korang google je. hehehe. oh untuk makluman korang jugak, ada cruise yang bertolak dari Pulau Pinang ke Pulau Payar. Pulau Payar ni adalah pulau yang letaknya di tengah2 antara Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. perjalanan dari Langkawi ke Pulau Payar lebih kurang 50 minit.




baru sampai. yeay!

so sampai je kitorang di Pulau Payar, terus la terjun dengan semangatnya. mak dengan drama dalam air. biarkan dia, tapi kami memang seronok. sempat melihat baby shark yang memang jinak. oh lupa bitau. masa trip ni, ada 9 orang melayu sahaja. kami 7 orang dan 2 lagi couple melayu. baru kawin kot. yang lain semuanya tourist. hehehe. bestnya sebab tak segan sangat. :D

perasaan first time snorkeling? Subhanallah. ciptaanNya itu sangat mengagumkan. terpana ok. tengok dasar laut yang super duper dalam, ikan yang beribu-ribu (juta kot) dan karang (coral) yang masya Allah, sangat lah cantik. tak tergambar rasanya kat sini. walaupun ada capture banyak gambar dalam air dengan camera water proof itu tapi mungkin takkan sama dengan lihat guna mata sendiri. nak tau camne rasanya? try la snorkeling. tak kira la di Pulau Payar, Tioman, Kapas atau Perhentian.




lunch time. nom nom (kata ganti nama untuk makan)


Kicap suka makan goggle.


snorkeling sensation

lepas lunch lebih kurang jam 1, kami terus terjun lagi. masa ni ikan2 super banyak. habis kakiku digigit oleh ikan2 chomel tu. masa ni snorkel dah tak pakai flippers. buat sakit kaki je. kami kaki ayam dan masa ni lah aksi terjun menerjun belaku. syiok gila. walaupun matahari memang panas terik, layankan aje. akibatnya saya sakit kepala sampai la sampai di KL. lepas tu sempat naik glass boat. glass boat ni adalah sebuat boat yang ada magnifiying glass di bawah dasar boat tu yang membolehkan kita tengok apa yang ada dalam laut, coral2 ikan dan lain2. masa naik bot ni gua mabuk tahap gaban. dah la dia slow mo. pastu kena tengok bawah plak tu. memang la mendatangkan kemabukan yang melampau tambah plak cuaca yang panas terik.




glass boat tour

lepas je ronda2 dengan glass boat, kami terus bersiap untuk balik. di deck Langkawi Coral ni ada kemudahan changing room dan shower. ada 4 bilik in total. kemudahan tandas pulak ada dalam catamaran cruise tu. kami siap2 cepat sebab takut ramai orang kan. so dah selesa mandi2, kami lepak dalam cruise dan sempat jugak menonton pemakaman Almarhum Sultan Johor *al-fatihah*.

tepat jam 4.30 petang kami dah sampai ke Langkawi semula. dalam perjalanan tu semuanya ternganga tido keletihan. sampai di Jetty. kami terus membeli belah di Kuah. indah sungguh makan Laksa Kedah di gerai paling meletup (opposite Bayview Hotel).

penat, balik hotel lepas maghrib kami ke Restoran Sangkar Ikan di area Penarak. seafood lagik! tapi malam itu lebih best sebab ada soft shell crab. sampai sakit otak makan - kholesterol. :P. perut penuh, nak jalan pun tak larat. tido la. zzzz

Ahad - 24 Januari 2010

pagi itu semua terbongkang. bangun pun dah kul 8 rasanya. cepat2 siap, trus breakfast. sebab flight saya, mak dan Kicap jam 1. kenalah buat rondaan terakhir kami di Langkawi. sambil breakfast, sambil check in flight secara online thru FlyMas.mobi melalui iPhone si Kicap. super easy. lebih senang dari sebut 1,2,3. hehehe sangat tipu. taklah senang gila babs camtu. cuma memang application itu memudahkan semua orang nak check ini awal2.




antara yang berjemur ;P

kami lepak di pantai depan hotel. memang putih bersih pasirnya. best ok. rasa rugi tak sempat lepak2 lama kat depan tu. ramai sungguh foreigner yang sedang berjemur tatkala kami datang. hehe. sempat jugak la kitorang posing2. :D. dah dekat nak balik, kami gerak dari hotel. sempat jugak singgah ke Rojam Industries membeli sebotol dua minyak gamat.

flight delayed sejam dua puluh minit. sebab pilot announced 'due to traffic congestion' plane tak leh nak touched down. huhu. ai mabuk k. sangat mabuk sampai balik tu mintak ayah hantar trus balik rumah (diorang nak lunch).

hah. itu je lah kot. gambar2 lain saya upload di Facebook saja ye. banyak2 kat sini pun penah korang nak tengok sesatu. hehehe. takpe2 gambar2 menarik yang lain saya akan masukkan dalam compilation picturesque Langkawi pulak k!

till then, i (heart) Langkawi, i (heart) Malaysia.
i (heart) you.

xoxo
mwaks!




Wednesday, January 27, 2010

disclaimer

demmit. baru teringat!
hari ini akan terlepas American Idol dan GLEE. ergggghhhhh! ten-si-on

kenapa? saya kena ke Majlis Malaysia Inovatif 2010 yang bakal dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia di PICC. ikutkan jemputan itu sampai jam 10.30mlm. huhu. memanglah syiok dapat g, tapi kenapa malam rabu! saya nak tengok GLEE. uhuk. Min, tolong update kan aku pasal episod malam ni. T___T

oklah. nak siap2 kan keja. pas maghrib nak pecut ke PICC. huk huk.

Nota D(o)nut : TOLONG!!! kau meng aaaaa. tolong. Puan Kopi aka Aida!!!! nak dvd GLEE. belikan dulu. tak tahan!!!

threat


morning...

driving to work this morning made me realized. hidup ini penuh dengan threat. ancaman. bahaya. ugutan dan lain2.sejak saya accident tempoh hari gaya membawa kereta adalah berbeza. i never failed to put on my seat belt (yang ni sejak bertahun yang lalu), kunci pintu cepat2 selepas masuk kereta (kereta saya tidak mengunci pintu secara automatik - kereta lama), pandu 80km/j di jalan biasa dan 110km/j di highway (yang kadangkala terbabas juga sampai 130km/j).

walaupun perjalanan dari rumah ke office hanya mengambil masa 10minit tetapi rasanya jantung ini berdegup dengan sangat pantas melihatkan keadaan kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya. maybe kita dah amik precaution, tapi kadang kala kelalaian orang lain menyebabkan kita terbabit sama.

kalau ikutkan perut yang kecut, maunya saya tidak memandu lagi. tapi tawakal aje lah. sama macam kat mana2 tempat pun di dunia ni, selagi kita hidup, bila2 masa je nak ditimpa bala bencana. masa naik kapal terbang tempoh hari pun saya ni dah cuak dok fikir macam2. kalaulah takdir itu telah tertulis kapal terbang yang kita naik itulah nak terhempas, nescaya kita tak naik kan? tapi itu lah, ajal maut, rezeki, jodoh semuanya ditanganNya. bila masa dan ketika nya kita takkan tahu.yang penting, kita kena tempoh juga.

untuk saya sendiri, saya tak nak ikutkaan sangat perasaan takut tu. nanti jadi paranoid segala mak nenek benda tak lalu nak buat sebab takut. ok. itu saja bebelan pagi. kita jumpa lagi nanti k!

sayang korang!

;)

Nota D(o)nut : currently in love with Elizaveta!!!!

Tuesday, January 26, 2010

french (songs) are smoking HOT


presenting you....
Carla Bruni-Sarkozy

Quelqu'un m'a dit


saya jumpa lagu ini masa layan OST (500) Days of Summer
sila cari dan dengar satu album dia.
best nye...
i love french (songs)
SEXY!


she's just not that into you

often we heard about the so-called mantra 'he's just not that into you' rite?
we got book, movie and. no. i found those two only.
so many theories and clues provided by god-knows-who on how to recognize that man does not into you. macam lah orang perempuan ni gilakan lelaki sangat kan. huhuhu. dan macamlah pompuan ni pelik2 sangat. huhu.

but in the February issue of Cleo Malaysia Magazine - there's a column on She's Just Not Into You. a special column just for the men to read all the signs when girls are not so into them.

segan (dalam bahasa Kedah bemaksud MALAS ye) nak elaborate pepanjang so go get your February Cleo issue k!

saya update lain lah plak.
kthxbai.

xoxo

And I know that it’s complicated
But I’m a loser in love
So baby raise a glass to mend
All the broken hearts
Of all my wrecked up friends
I’ll never talk again
Oh boy you’ve left me speechless
You’ve left me speechless so speechless
I’ll never love again,
Oh friend you’ve left me speechless
You’ve left me speechless, so speechless
~Speechless, Lady Gaga~




Monday, January 25, 2010

hangover

kondisi : masih mabuk (laut, udara & darat serta chocolates)
will update soon!!!



much love,
yantie aka @hkon
*xoxo*


Thursday, January 21, 2010

GLEE

sape tengok GLEE malam tadi? lepas American Idol?
wahhhhhhhhhh super best kan???
sapa kate GLEE adalah rancangan yang awesome angkat tangan!!!!!
(Mama Lin - sila layan ini juga ye -selain KIWTK!)



oh, sangat craving untuk membeli dvd GLEE tetiba.
awak, belikan dulu bleh??? *wink, wink*
saya chenta sama lagu2 diorang. huhu superb! Mercedes Jones and Kurt Hummel adalah best!! fashionista!
ok lah. nak g carik mp3 plak.

bye
xoxo

Wednesday, January 20, 2010

sex-cited!!!





the itinerary is here! (finally)
let's pack some (super hot) beach essentials. 
wuhuuuuuuuuuu.
i missed the sea breeze (already)
LGK here i come...


i am Simple






hey peeps. i won something from TiC. Be Kind To Skin Contest. dapat trial version of Simple 3 Step Skincare and The Saturdays CD. seriously great to actually win something no matter how big the prize is. saya memang minat The Saturdays. Mr. P kata lagu2 gedik mereka sangat sesuai dengan swit@kon. hehehe.

and currently saya menggunakan skincare tersebut (ditching my Loreal's White yang disayangi :P) dan mendapati ada sedikit perubahan. bukan jadi lebih cantek pon kepada kulit saya. lebih ok gitu. hahaha. dah tua2 macam ni baru hegeh nak tukar skincare. haha.

apa pun thanks to TiC! you still my favourite fashion blog/webpage!!

Tuesday, January 19, 2010

Movie Review : All About Steve


oh yes. another movie by Sandra Bullock.

 
this time around her character is a lot smarter, quirky and hilarious.
she is crossword constructor (encyclopedia bergerak you all).

Bradley Cooper (awww, he is hot hot hot) was a cameraman for NNC Network and his parent set him for a blind date with Sandra Bullock.

cerita dia simple je. berkisar tentang itu saja. yang Sandra Bullock (Mary Horowitz) gilakan Bradley Cooper (Steven-with-V) dan buat satu crossword khas tajuk "All About Steve" selepas diorang berjumpa. haha. saiko! dan dia carik mamat tu sampai ke tempat2 mamat tu buat berita terkini. saiko kali dua. kenapa mamat tu lari? tengok sendiri lah. hahaha. ok, ok. saya cerita. mamat tu takut dengan dia sebab dia ni encyclopedia bergerak. terlalu banyak info dalam kepala dia dah dia banyak sangat cakap.

kelakar la. walaupun ceritanya biasa saja.
tapi tengok lah. Sandra Bullock takkan mengecewakan. :D

ok have fun. opss lupa. saya bagi 3 bintang!


tiba-tiba...



"kau jadikan aku ini, wanita yang kau pilih"
(source)



*lagu ni best*

Sunday, January 17, 2010

Restaurant Review :Garden Cafe & Lifestyle Store, The Curve


hari ini. saya jalan2 dengan mak. kami ke The Curve. remember selipar saya putus masa ke Port Dickson hari tu? so saya dah lama merengek ngan Kicap yang saya nak selipar baru. dia tak beli2. so kami decide ke Flea Market, The Curve.

hasil belian nanti lah saya tunjuk, tapi saya nak kongsi pasal Garden Café & Lifestyle Store yang baru sahaja dibuka di Ground Floor, The Curve. hujung sekali berdekatan dengan Cineleisure (lupa nama baru dia).

a cosy cafe. ambience dia sangat best. soothing. saya suka. harga pun ok. i had Carbonara Spaghetti & Green Apple Soda. mak makan Chocolate Hazelnut Cake ngan plain water je. haha. mak saya memang penjimat. tak minum air manis, air gas dan lain2 kecuali air suam. :P.

jom tengok gambar. tak berapa chomel. guna kamera N77 saja.





 
me momma. see the plain water?

 
 recommended drink! super sedap. ;)

 


hah. itu la saja yang saya nak kongsi ngan korang. best. new experience. seronok. dapat makan ngan mak pulak tu.

so, sesiapa yang berminat, sila ke Garden Café & Lifestyle Store okay. tak kisah lah nak lepak2 ngan member, family or girlfren,boyfren. gerenti best! :P

Garden Café & Lifestyle Store
Lot G41, Ground Floor
No.6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.



semua orang dah tahu ke belum...


yang hari Sabtu adalah No Plastic Bag Day?

yesterday, pengantin sebulan, Zuraida keluar bersama saya. kami keluar untuk membeli bahan2 dan barang2 untuk sambutan baby shower Puan Ina pada 7 Feb nanti. sambil membeli2, kami terjumpa benda ni di sebuah hypermarket.




untuk makluman semua orang, saya tinggal di kawasan wilayah persekutuan. dan mungkin saya tak sempat baca surat khabar. (alasan kan!) huhu. zurai pun. dia yang tinggal di Selangor pun taktau perkara ini. ia bermula Januari 2010. langkah yang baik ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. sangat bagus! saya puji perkara ini. saya sangat gembira ada juga langkah2 sebegini ke arah kehidupan yang lebih hijau (green life). walaupun dapat dilihat lebih ramai yang rela membeli plastik dengan harga RM 0.20 tetapi ia adalah langkah awal membentuk dan mendidik orang ramai mengenai kepentingan memelihara alam sekitar. ianya diadakan pada setiap hari Sabtu yang mana terdapat lebih ramai pelanggan membeli belah pada hari tersebut. bukan sahaja dilaksanakan di hypermarket tetapi juga di seluruh kedai2 di Mines (yang besar2 la). mulai hari ini, saya nak keluar dan bawa my grocery bag. tak kesah la apa orang kata! :P

saya sokong usaha ini dan saya harap ianya dapat diperluaskan di seluruh negara. stop using plastic people. name it plastic bags, polystyrene dan lain2. bumi kita semakin tenat. Go Green!

so, apa pendapat korang? leave your opinion k! thanks.

xo - have a nice weekend


Friday, January 15, 2010

alhamdulillah



yeay. LEGA.
my baby dah sihat!
dah amik tadi. lupa plak apa technician tu tulis.
tapi dia dah sihat. rasanya technician tu reset je kot.

yang pasti, saya akan tatang dia bagai minyak yang penuh pas ni. wuhuuuuuuuu.

teary eyes



hoho. malam tadi takde mood nak layan dvd. balik dah kul 9. so cam agak letih. layan tv je. Channel E! ada special Keeping Up With The Kardashian - Wedding Day (ke apa tah tajuk betul dia). slot khas untuk Khloe punya wedding day dengan NBA Star, Lamar Odom. memang dah lama dah, bulan September dia kawin.

layan je la kan. 2 jam ko. dari cerita diorang mula2 kenal. sampailah their wedding day. oh. tahukah anda diorang hanya berkenalan selama dua minggu dan dalam tempoh dua minggu seterusnya diorang kawin? hehehe. kata lah apa pun, diorang fake ke, apa ke. tapi serius ok, masa persiapan wedding dan the wedding day itself, gua termenangis. hahaha baru cam ala2 berazam untuk tidak emo2 di tahun 2010 tetapi itu lah yang terjadi. hahaha. it was so sweet k. the bride wore strapless white Vera Wang dress (yang hanya disiapkan dalam tempoh beberapa hari sahaja. read my words - beberapa hari ok) and the sisters (Kim & Kourtney) wore purple. Kim was in Lilac to be exact. not to mention the engagement ring! woohooo. gila bosar.

ok tu je, nak bitau saya termenangis masa part wedding vows. tapi saya tak dapat carik the exact words. g aaa tengok sendiri k. mesti ada ulangan punya kat E! kalau jumpa pas ni saya buh eh!

kthxbai.




Thursday, January 14, 2010

bila saya rasa suka nak buat, saya buatlah



i was bloghopping to Roro's blog and found these 42 questions regarding Year 2009.
quickly ask for her permission nak buat jugak. hahaha. so, here goes.


1. Was 2009 a good year for you? - so and so. above all, marveles. :P
2. What was your favorite moment of the year? my overseas trip, my birthday, new year, my friends wedding day
3. What did you do in 2009 that you’d never done before? going for overseas trip. first time uolls.
4. What was your least favorite moment(s) of the year? hiccups kat office. memana moment pun i mencik.
5. What are your plans for 2010? A LOT. one at a time babey!
6. What countries did you visit? Indonesia, Singapore and Sabah (serious i know Sabah bukan country but wattaheck kan? :P) 
7. What date in 2009 will remain etched in your memory? Sept. 11, 2009
8. What was your biggest achievement of the year? my baking skills. :P
9. What was your biggest failure? relationship? i'm working on it. basically it was 'me' problemo. :P
10. Did you suffer any illness or injury? dua kali purging, semakin keding. 41 kilo ya'll!
11. What was the best thing you bought? set katil kaler putihku yang meletup dan buku yang super banyak. ala2 macam lebih kurang 2 kali 15.
12. Whose behaviour made you appalled and depressed? oh, read the old entries. remember big bad wolf? 

13. Where did most of your money go? makan, travel.

14. What did you get really really really excited about? holiday trips
15. What songs will always remind you of 2009? Forever - Chris Brown, Kabut Serangkai Mawar - Zaiton Sameon
16. Compared to this time last year are you:

a) Fatter or thinner? Thinner

b) Happier or sadder? Happier

c) Richer or poorer? Alhamdulillah. rezeki lebih sikit.

17. What do you wish you’d done more of? lepak with my SG Girls. i miss them so much.

18. What do you wish you’d done less of? worrying things like some freak insecure girl.
19. How did u spent your Christmas? was at Port Dickson. holidays with Yunos Clan. best!
20. Which LJ/MySpace users did you meet for the first time? xde kena mengena
21. Did you fall in love in 2009? ehem. maybe. *blush*
22. Did anyone close to you give birth? adalah. cam tak ingat. recently dan the last one untuk 2009 - Leen

23. Did anyone close to you die? yup
24. How many one night stands? i wish :P

25. What was your favourite TV show? menonton melalui dvd - Leverage, Oprah
26. Do you hate anyone now that you didn’t hate this time last year? Big Bad Wolf?
27. What was/were the best books you read? banyak lah. cuba bukak balik entry2 yang lama. ada book review.
28. What was your greatest musical discovery? i love dance, trance & techno. me? no. yes. Lady Gaga. Katy Perry. can you imagine i can sing to the whole The E.N.D. songs? OMG. just wanna dance man.

29. What did you want and get? adalah. :P

30. What did you want and not get? a laptop & BB

31. What was your favourite film this year? Eclipse? :P

32. What did you do on your birthday and how old were you? morning- office dan dapat my first roses bouquet (ever in my 26 years life), petang - berbuka puasa dalam flight KUL-PEN, malam - Kayu Nasi Kandar Dinner & midnite 'The Ugly Truth'. loved it. 
33. What one thing would have made your year more satisfying? 'something'

34. How would you describe your personal fashion concept in 2008? semakin gila. clicher. leggings. jeggings. plaids. dress. name it. gua mengikutinya!
35. What kept you sane? great people around me. yes, you dear!
36. Which celebrity did you fancy the most? i love Lady G. :P

37. Which political issue stirred you the most? yang busuk2 tu lah. penat. macam takde modal dah.
38. Who did you miss? my UTM mates. kenapa tah. tetiba rasa. and my SG Girls.
39. Did you treat somebody badly in 2009? yang busuk hati adalah. tapi Allah kan Maha Kuasa.
40. Did somebody treat you badly in 2008? yup. ada.
41. Tell us a valuable life lesson you learned this year? Learn to Chillax! Chill + Relax. cuba jadi cool. jangan cepat emo. my self are the greatest asset for me.

42. Quote a song lyric that sums up your year… 'i want your loving and i want your revenge. you and me could write a bad romance' hahahaha tetiba.

ok. habis dah. rasa cam best. hehehe.
Geng! korang buatlah jugak kalau minat ye...

ok papai!

once upon a time





You're;
(i) my almond joy;
(ii) my banana that never split (?); and
(iii) the one that stuck with me.

Take Me As I Am
(Wyclef Jean feat. Sharissa)
OST Love Actually


(source : youtube)

Nota D(o)nut : mood haram hari ini. so many things, so little time. macam biasa lah!


:(




Wednesday, January 13, 2010

rumah sakit

hurm. bukan cik @hkon yang sakit. dun worry.
alhamdulillah. kedua-dua baby saya (HD & D5000) dah selamat masuk hospital.
semalam hantar HD dan tadi baru kejap balik dari PJ untuk hantar D5000.

harap2 by next week dah boleh siap untuk LGK Trip.
doakan babies saya sihat semula dan buat saya senyum kembali.

Nota D(o)nuts : Thanks A Lot WanMai dan hubby. i owe you one babe. thanks thanks thanks. dah settle nanti, aku blanje makan k? serius ni.

ok. later lah. bai!

Monday, January 11, 2010

(18sx) apa lagi yang korang nak?

hahahaha :) sexy gila mamat ni!
dan sangat selamba :P free show.
jangan tiru aksi ini di mana-mana.
David Beckham takpe, dia seksi. :P





(source: JustJared)



Album Review : CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka)


*credit info & picture - Wikipedia*



Artis : Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
Year : 2009

The first duet album ever from Malaysian and Indonesian divas, Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti. i think this is the first official duet songs ever recorded in their career history. With 6 tracks (plus 4 minus one tracks) all songs consist both artist resulting beautiful music.

Seperti biasa, saya memang akan membeli album original Siti Nurhaliza. entah kenapa. sejak dari zaman groupie Mek Ha lagi. sejak zaman Kak Ida kamcheng ngan kami, sejak zaman Saerah tembam. hahaha cam takde signifikasi kan? :P yang pasti saya tak pernah beli cd Siti yang tidak ori atau dengankata lain cetak rompak.

Lagu-lagu yang dimuatkan mostly adalah hasil komposer favourite Siti buat masa ni.(sedari album Tahajjud Cinta), Audi Mok seakan menjadi favourite. memang tak dapat dinafikan, lagu2 ciptaan Audi memang layan. Daripada 6 tracks dalam album ini, ada 2 lagu rancak dan selebihnya lagu balada.

Overall, komen saya terhadap album ni okey. 3.5 / 5 bintang. pkenaa? sebab ada lagu yang saya rasa terlalu banyak interaction antara suara Kris dan Siti. dan lagu itu menjadi agak serabut. tanpa perlu diberitahu lagi, memang suara kedua-dua diva ni meletup. sangat bagus. kawalan suara dan sebagainya. boleh meremangkan bulu rohma. cuma macam yang saya bagitau kat atas, bila dah banyak sangat 'battle' antara suara Siti dan KD, dia jadi cam pening sikit.

Cover Album-wise sangat sweet. temanya Purple. chomel. memang nampak chemistry kedua-dua sahabat baik ni sangat menyerlah.

Apapun, tahniah buat kedua-dua artis ini. saya akan layan cd ni untuk jangka masa yang agak lama bermula saat membelinya Sabtu lepas. nak hafal :P hahaha.

so, go get your copy now! kepada peminat Siti dan KD. enjoy!

ttfn

Nota D(o)nuts : 11.01.2010 - Happy 31st Birthday to Dato' Siti Nurhaliza. Semoga panjang umur dan murah rezeki. me will always love ya! stay chumel & baju AJL semalam tak lawa tapi suara meletup. :)







Sunday, January 10, 2010

my not so good sun-day


when i wrote the previous entry, i was heart-broken. but i really determined to send the HD to Data Recovery Lab altho it'll cost me fortune. bukan nak berlagak, but duit memang boleh cari (dengan menubuhkan tabung ahkon huhu) tapi memories inside that HD, sampai bila2 pun memang takleh recover. my 1st D5000 shooting session back in Penang last September.

oh btw. yesterday i baked my first Scones. with tonnes of recipes, i choose one and unfortunately it turns out bad. not so bad actually. i think that salesgirl in Yummies gave me the wrong type of flour. and right now, my second attempt scones are inside the Butterfly Oven. using a different kind of flour. and i think it is good. no, it is great. belum rasa lagilah. physically they pretty looked like scones. smell so nice. i bet they taste nice too!

i can't put up any picture cause my baby *sob* is down. i am doomed. first my HD now my D5000. last night while i was trying to capture my scones, it suddenly shut down. the first click and nothing. when i tried to switch it off and on it again, nothing happen and there's no green light indicator at all. semalaman saya menangisi perkara ini dan saya takleh tido. saya dinasihatkan baby saya ada masalah dengan shutter windownya dan patut ke Nikon Service Centre di Menara PKNS. kerisauan agak berkurang sebab masih ada warranty. saya akan cuti next week untuk settle kan kedua2 baby saya itu. my D5000 kena hantar cepat, LGK Trip lagi 2 minggu. saya sangat tak keruan. tapi my scones really kinda made my Sunday.

i miss my baby.and my Sundae Love.

:(

have a nice Sunday people. doakan kedua2 baby saya dapat dipulihkan.


Friday, January 8, 2010

saya menjadi lembab

i can't function well.
why? dah dua hari. hari Rabu yang lalu. jam 6 petang. external HD saya crash.
betul2 crash yang bila dicucuk ke pc, keluar malaun 'unrecognized USB Device - you device are malfunction bla bla bla'.
saya rasa nak nanges, tapi air mata tak keluar kerana benda tu je la kan. bukan someone i love die ke ape. tapi seriously bila semalam di hantar ke Seksyen ICT pun diorang takleh recover, saya jadi blank.
saya call company yang buat tu, bercakap dengan engineer dia dan saya nak pegi ke company tu hari ni. still on warranty, dia janji nak ganti tapi saya nak files dalam tu. tak kisah la dia nak ganti yang 500GB sekali pun. tapi saya nak files tu jugak. semua gambar2 saya untuk tahun 2009 ada dalam tu. wedding my friends, activities 2009, Bandung Trip, Singapore Trip, DPA dan lain2.

*saya nak nanges*

doakan saya. tolong saya carikkan sesape yang bleh recover hard disk.

:(


*UPDATE*


- saya dah ke company pembuat mini station saya yang chumel tu (jauh nun di Kota Damansara). dengan muka hampa Mr. Lim kata HD saya rosak dan diorang akan ganti yang baru. tapi if nak all the data, kena hantar ke Data Recovery Centre. minimun bayaran untuk recovery adalah RM400. huhu diulang, MINIMUM ye. saya memang nekad nak recover all the data. tak dapat lagu2 dalam folder tu, dapat gambar-gambar jadilah. itu lebih penting. plannya nak buat kutipan "Data Recovery Mini Station Ahkon". huhuhu. wish me luck - untuk dapat harga serendah yang boleh. kalau ada member2 yang ada kengkawan yang boleh kautim harga atau tau Recovery Centre yang ok dan berpatutan, minta beritahu saya kat comment atau email saya yantie2g[at]gmail[dot]com. thanks!!!



Thursday, January 7, 2010

Movie Review : The Blind Side






Korang dah tengok movie ni?
rasanya masih belum ditayangkan di Malaysia.
this is one of the movies that i bought from my last trip to Penang.
watched it last Sunday. *sob sob*
ye, saya nanges.

The Blind Side is a movie based from a true story with a line of awesome casts. Antaranya Sandra Bullock (Leigh Ann Touhy), Tim McGraw (Sean Touhy), anak Phil Collins yang sangat cantek, Lily Collins (Collins Touhy), Jae Head (S.J. Touhy) and many more. Cerita ini adalah mengenai Quenton  Aaron (Michael Oher), an African-American homeless boy and Touhy Family yang adopt him to be a part of them. A motivational drama which leads to a very successful American football offensive tackle for Baltimore Ravens of the NFL. Sandra macam biasa, she's the best. with the blond do' and the southern accent....sexy! :D


(kiri) Quenton Aaron - yang berlakon sebagai Michael Oher and (kanan) Michael Oher sebenar. :)

sedih kerana perjalanan hidup Michael Oher yang sangat sedih. seorang homeless. menyimpan perasaan dan macam2 lagi. go watch it yourself. be it from dvd or in cinema. have fun!

a good one. 4.5/5 stars kay!
*all pictures are courtesy of Google Images*

Nota D(o)nut : memandangkan banyak dvd yang dibeli, saya rindu nak tengok movie. hahahaha


Wednesday, January 6, 2010

picturesque Penang


Location : Bukit Bendera, Penang Hill
on the top of the hill. can you spot the bridge?
*click for larger view*


an english-inspired garden. i didn't see any strawberry tho'.
tranquility redefined.


Location : Pulau Angsa Ferry en route Penang Island-Butterworth
public transportation only can be found in Penang. modern and traditional collides.


the last sunset of 2009. blessed and amazed.



Location : Padang Kota Lama
the best in town. pasembor mahal yang sedap.


Location : Starbucks @ Borders, Queensbay Mall
HAIL TO THE QUEEN.
on the opposite side is once called Alcatraz of Malaysia.


while waiting for the train, i captured this. perfect cropping. 2009/2010 moon.


the memory?
.PRICELESS.



indah



Lokasi : Pantai Peranginan Port Dickson, N9
Tarikh : 24-26 Disember 2009
Photog : Cik Ahkon
*click for larger images*



Busu spent around RM 300 (in one night) here.
i got a huge pink dolphin - hasil Bingo!


the bungalow









Blue Lagoon, Port Dickson
i think this is the prettiest beach area


Tanjung Tuan Recreational Forest.
five minutes walk from the bungalow.


on the top of the hill where the Lighthouse is built.


lovely view

ini adalah percutian semasa hari krimas tempoh hari. saya rehat, lepak dengan amirul, layan dia main gitar. hiking ke atas bukit, Rumah Api Tanjung Tuan adalah benda paling menarik sepanjang percutian ini. rasa lapang dan we bonded very well. bukan senang nak kumpul semua orang. walaupun Kicap takde (dia g Padang Besar), Khairul & Leen tengah kelam kabut Leen nak bersalin dan sebagainya.

Thanks Mak Ngah. Again, i can't wait for LGK Trip!!!! Langkawi....watchout :P.


*next entry - gambar lagi. stay tune!*