Tuesday, May 31, 2011

ketenangan

  1. jalan raya tidak sibuk seperti biasa;
  2. angin pagi yang bertiup lembut di muka;
  3. lagu Keluarga Bahagia - Saujana;
  4. tegukan air kopi yang mengalir deras menuju ke tekak;
  5. bau leather pada kerusi, wallet dan lelain yang berkenaan;
  6. mak kejut pepagi 'bangun...bangun...';
  7. desiran ombak kat pantai;
  8. sehari di pejabat tanpa gangguan bunyi telefon;
  9. mendengar perkhabaran baik dari rakan-rakan;
  10. meluahkan isi hati di blog.

selamat bertenang semua!

:)


Friday, May 27, 2011

Travel Review : Umrah 2011 (Part 1 - Yemen)


Salam semua.
Macam dah saya janjikan (dengan diri sendiri dan kengkawan kat sini) saya akan update cerita perjalanan umrah saya tempoh hari. Perlu saya nyatakan terlebih dahulu, cerita ini sekadar catatan perjalan untuk membolehkan saya mengenang kembali pengalaman tersebut dan untuk share dengan korang few things yang maybe dapat saya share kan. 

Trip kali ini adalah impromptu. Sesuatu yang tidak dirancang dalam tempoh masa yang lama. Saya hanya dapat tahu kami akan berkunjung ke Baitullah pada bulan Januari yang lalu. Iaitu lebih kurang 2 bulan before pegi. Initial date adalah 6 - 13 Mac 2011 dan kemudiannya berubah ke 13 - 27 Mac 2011. Tarikh kedua yang dipilih adalah bertindih dengan satu event di ofis. Seperti yang dijangka, memang saya dibelasah terbaek kerana mereka tak boleh terima hakikat saya akan bercuti selama dua minggu dan tiada semasa event itu. Tapi saya nekad, apply je cuti dan doa supaya perjalanan dipermudahkan. MakNgah pilih pakej ziarah Yemen-Madinah-Mekah. Kami naik Yemenia Airway (Yemenia).

Selepas booking ticket dah settle, kami mula hadir kursus umrah selama 3 minggu berturut2 sebelum berangkat. Last weekend before pergi, kami skipped class sebab buat kenduri di rumah. Before berangkat ada few berita2 mengenai rusuhan yang berlaku di Yemen. Kami hampir bertukar destinasi iaitu ke Istanbul tetapi last minit dapat confirmation dan green light boleh melawat Yemen walaupun ada rusuhan kecil yang masih berlangsung. Sebelum pergi, beberapa blog tulisan warga Malaysia di Mekah/Madinah saya lawati. Akan saya kongsikan untuk tatapan korang later k!

So, pada pagi 13 Mac 2011, kami berangkat ke KLIA. Kicap yang sepatutnya hantar kami adalah pemalas, so saya yang drive ke KLIA. Flight berangkat jam 10 pagi, so selepas subuh kami bertolak dari rumah. Sampai di sana, balut beg dan terus ke ruang legar di bahagian belakang Departure Hall untuk sesi taklimat. Doa dibacakan, kami say good bye to family members dan terus naik bas ke Satellite Building. Masa kami berangkat ni few days before aerotrain beroperasi, so kenalah naik bas. Ada cerita lawak masa nak gerak ke Satellite Building, tapi takyah la saya cerita kat sini. Haha. Kami sempat lepak breakfast di Coffee Bean before masuk ke perut kapal terbang. Masa ni jemaah 34 orang memang tak bertegur. Cuma bertukar senyuman je. Ye lah, baru 2 minit jumpa dan hati belum tenteram nak jalan jauh2 kan.

husna, urs truly, girl & kak long @ KLIA

balut beg. girl tengok bag dia for the last time dan beg itu hilang selama 2 hari!

the plane

Kami dimaklumkan bahawa flight akan transit 2 kali before touch down di Yemen. First transit adalah Jakarta dan second adalah Dubai. Tapi yang tak best, hanya di Jakarta kami dibenarkan turun dari kapal terbang. Masa naik ni, ada jemaah Indonesia yang baru pulang dari Mekah, so kami duduk asing. Free seating. Saya duduk sebelah pakcik yang umurnya maybe cecah 70 tahun. Walaupun saya tak berapa nak paham apa dia cakap, tapi angguk je lah. Dia super rajin kot berborak. Semua benda dia hulur kat saya. Air kotak, roti, candied pineapple. Segala lah. Hehe. 


Di Jakarta, kami sampai dan solat jamak Zuhur dan Asar. Sempoi sebab musolah campur. Tapi bila dah kaum wanita penuh kat musolah, jemaah lelaki solat kat ruang menunggu je. Selepas lebih kurang sejam di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, kami naik semula ke dalam kapal terbang dan dapat seat yang sebenar. Dan bermulalah episod perjalanan 16 jam! (yang sebenarnya bermula sejak di KLIA). 

soekarno-hatta airport


Selepas 12 jam kami terbang, tido dan bangun, beberapa juzuk ayat suci Al-Quran dan dengar, baru lah kami touch down di Dubai International Airport. Nun jauh sayup2, nampak la jugak Burj Khalifa, currently the tallest building on earth. Masa ni dah mula rasa lemas. Toilet dah semakin kotor. Badan dah berlengas. Lebih kurang 45 minit later, baru lah kapal terbang gerak. Yang mana nak sampai di Yemen ada lagi 2 jam 30 minit.

Dubai (7pm)

Yemen dari udara ;)

Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa jam 9.30 malam waktu Yemen. Semasa tunggu beg, kami kira-kira beg yang ada rupanya ada masalah. Satu beg, beg pink kepunyaan Girl missing in action. Dalam 20 minit juga kami menunggu dan akhirnya kami dibawa berjumpa person in charge. Ok bermula lah episod ayam dan itik. Dia cakap arab pasar (yang jauh beza dengan bahasa arab biasa) dan ustaz tour leader kami berbahasa arab biasa.


Seminit pertama dia mintak kami isi borang. Datang kawan dia sorang ni plak kata takyah isi borang. Amik tag bag sahaja. Dia kemudian yakinkan kami yang dia akan key in details bag itu dalam sistem. Apa yang dia buat hanyalah conteng2 atas kertas sebesar post-it note dan amik bag tag dan berlalu. Kami terdiam. Ustaz jerit panggil dia balik dan berkeras nak isi borang. Jangan harap dia nak bagi! Nak bergadoh la juga bila pikir pasal nak isi borang. Dia cakap takyah and beriya2 dia janji dia akan carik bag tu. Kami takde pilihan lain, kami catatkan nama dia dan kawan dia dan terus berlalu. Ada juga beberapa orang jemaah dalam group kami dah tarik muka kerana kepenatan. Hmmm. takpelah.

Keluar saja dari airport, masya Allah. Cuaca sungguh sejuk. Walaupun hanya dalam 14C tapi untuk orang yang dah biasa berada dalam keterikan cahaya matahari ni, memang luar biasa lah. Kitorang diescort sampai ke bas. Nak kata bas pun, bukan bas. Tapi coach. Bas comel yang untuk memuatkan kami 34 orang adalah mustahil so memang kena tiga trip. Saya tak ingat langsung perjalanan dari airport ke hotel. sebabnya? tido all the way.

Kami ditempatkan di Al-Musafir Hotel, Yemen. Sampai di hotel, kami tunggu tiga orang ahli keluarga yang lain. Ayah, PakNgah and PakUda naik trip lain dengan bag2 kami. Lepas dapat kunci, malam itu saya hanya berdoa yang saya dapat tidur dengan tenang walaupun waktu di Malaysia ketika nak tidur tu dah jam 5 pagi. Oh ye, hotel ini tiada aircond langsung. Bilik2 hotel ini dibina dengan binaan yang membolehkan angin sejuk dari luar masuk dan menyamankan penghuninya. Sangat unik! Saiz biliknya? MasyaAllah. Memang besar. Boleh muat 15 orang satu bilik. Maka dengan itu tamatlah cerita perjalanan pergi kami ke Yemen.

Bersambung di siri akan datang, pengalaman dua hari dua malam di Yemen. Stay tune.... ;)


Thursday, May 26, 2011

hadiah 88,888

(*updated)

sekarang dah 87+++ kan?
ok. lupa lah.
syarat yang boleh untuk jadi pengunjung ke 88,888 yang bertuah dan boleh menang hanyalah dengan menjadi follower blog ini. itu saja. lepas tu, print screen gambar 88,888 tu dan emailkan pada saya k.
sertakan details2 anda!
aja aja fighting!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

erm.
ce tengok counter bilangan pengunjung kat blah kanan tu.
ce tengok..ce tengok..
kalau tak silap dia adalah 86 +++ kan?

saya nak buat giveaway hari ini lah.
sesiapa yang dapat print screen ini dengan tepat counter itu menunjukkan 88,888, saya akan beri dia hadiah.

ok?kalau korang dapat, korang hantar email ke yantie2g[at]gmail[dot]com.
sila beri nama penuh, alamat emel, no phone dan alamat rumah untuk saya pos kan hadiahnya.

hadiah apa?
tungguuuu....
yang pasti special untuk pemenang nya.

wah. first giveaway ni!
cepat2.


:D

Wednesday, May 25, 2011

random birthday

hari ni birthday kucing ni.
nama dia Maru.
dia lahir 24 May 2007.
ye, birthday yang ke 4 tahun.
oh. chumelnya.
favourite part ialah pada minit ke 2:18 dan minit ke 2:25.
lawak. hilang stress petang2 cenggini.
enjoy!
Happy Birthday Maru!!


Miaooo


Tuesday, May 24, 2011

kahwin lewat

topik kat atas adalah topik pagi ini di ikim.fm.
isu yang dibincangkan adalah hasil research mendapati masih ramai (percentage ada disebutkan, tapi aku tak ingat. maybe lebih 25% kot) wanita berusia 25-30 tahun dan lelaki berusia 30-34 tahun masih belum mendirikan rumahtangga.

erm. i'm in that group. 28 (Sept. 2011) and not married.
nak komen apa?
entah. semalam mimpi ngeri pasal kahwin.
pagi ni cerita pasal kahwin lewat.
aduh. buat stress aja.

so, apa kata survey?

  • duit tak cukup?
  • nakkan kesempurnaan terhadap pasangan?
  • harga barang tinggi, sama naik dengan mas kahwin dan hantaran?
  • masih mencari matlamat hidup?
  • belum ready?

Monday, May 23, 2011

awesome-ness

apart from the super cool graphic, i was in tears while she give out her speech.
bad hormones, bad hormones.....hahaha.


way to go B!

Ujian

To my dearest friend (you know who you are).
Here is something that i want to share with you...


"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang diantara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar daripada ujian itu bagaikan emas kuning berkilat.Maka itulah orang yang diperlihara Allah daripada bermacam syubhat. dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. "

~ (hadis Riwayat Thobrani)

InsyaAllah. Hikmah Allah itu sentiasa ada dengan ujian yang diberi pada kita. Sabar k. Aku doakan yang terbaik untuk kau. I'm here whenever you need me. Hugs and kisses. 

Love,
Yantie




Wednesday, May 18, 2011

saya benci!!!!!

DK!
i hate u!
kenapa tidak?
sebab baju2 dia super cute.
dah amik selai. dia plak g upload bebanyak yang baru.
yang selau tu pun tak bayar lagi.

tengok ni...







macam cupcakes kan?
meriah sungguh.
stress i!
DK, bila nak belanja???


for more info regarding contoh2, harga dan lelain, sila ke kedai batik cantik ini ye.

Tuesday, May 17, 2011

Food and Travel Review : Ali Bubur Kacang, George Town, Penang


Selalu dah g Penang kan?
Tapi kali ni kita lepak tempat berbeza pulak. 

It was my first time ke Ali Bubur Kacang walaupun berkali-kali ke George Town dan Pulau Pinang. Kali ni kita ketepikan makanan-makanan lain yang famous seperti nasi kandar (oh, rindu!), pasembor, mee udang, naan cheese dan tandoori. Kita layan bubur ok!

Kedai atau gerai ini telah berada di kawasan Little India di Market Street sejak tahun 1950 iaitu 61 tahun yang lalu. Selalunya nak dapat parking kat area ni memang susah. Sebab jalan yang agak kecil dan sempit, serta parking space yang limited. Kena la tawaf few times atau parking jauh dan jalan kaki sikit. Area Little India ni memang best! Meriah. Sangat berwarna-warni dengan sari dan kalungan bunga yang dijual sepanjang jalan. 

So bila dah penat berjalan-jalan di area itu adalah satu perkara yang bagus untuk menikmati bubur kacang di gerai Ali Bubur Kacang. Uncle Ali (dalam gambar di bawah) mengambil alih perniagaan keluarga iaitu bapanya (ada gambar tapi blur, so tak letak lah). Hanya bubur kacang hijau dijual di sini ye. Dan bubur kacang hijau itu boleh jadi bubur kosong atau dimakan bersama dengan roti. Harga lain sikit. Bubur sahaja RM 1.00 dan kalau nak cicah dengan roti RM 1.20. Rasa? Tidak lemak sangat dan tidak terlalu manis. Just nice. Cuaca panas,bubur kacang hijau panas? Layan tau. Hehehe.

Ok, moh layan gambar!

bubur kacang hijau kosong ;)

kalau order dengan roti...gebu kan?

Uncle Ali sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk olskool. 

kami dah kenyang... so nak balik!! bye Uncle! Next time datang lagi!!
(bawak rezeki kitorang ni, masa datang kosong, kami berangkat balik, ramai datang. dine-in dan take away)


So, jangan lupa singgah Ali Bubur Kacang kalau korang pi Penang.
oh, saya bagi link peta dia kat sini.

Till next review....

Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011 - Selamat Hari Guru



kalau zaman sekolah, masa nak dekat tarikh ni, mesti dah semangat cakap kat Mak "atie nak beli hadiah untuk cikgu". Mak akan tanya nak bagi kat siapa? sure lah jawab pada cikgu favourite. Dan bila hari guru, memang excited. Pertama sebab takyah belajar hari tu dan ada game best2. Lets re-cap apa jadi masa kat sekolah dulu.

Sekolah Jalan Kuantan 2 (1990-1995)
Saya belajar kat sini sampai darjah 5 je. Pastu pindah. Masa kat Sekolah Jalan Kuantan my favourite teacher were Cikgu Zulia (cikgu muzik) dan Cikgu Norhaliza (cikgu kelas darjah 2 yang punyalah sayang saya sampai baby dia keluar sebijik muka saya, hahahaha). Dulu sekolah tu adalah sangat sedih tapi selesa untuk belajar. Sekarang lagi lah. Makin besar. Padang yang super huge yang dikongsi dengan Maktab Perguruan Kuala Lumpur dulu pun dah takde. Rasanya tangga yang buat aku pengsan tu pun dah dirobohkan kot. Kantin old school pun dah cantik dah. Hahaha sekolah ni feature paling best ialah laluan bangunan sekolah ke kantin. Sebab dia banyak tiang. Kat situ, pernah main getah sambil pegang cawan air mesin (yang turun cawan pastu mesin tu pancut air dalam cawan) berisi air oren. Lompat punya lompat, tumpah. Habis satu baju tukar kaler oren. Dan kat sekolah ni jugaklah saya penah baling tupperware mak bekalkan sandwich kat budak lelaki yang main ejek2 nama bapak. End up budak tu kena bawak g HKL untuk jahit kepala dia. Wakakaka. Terasa jahatnya! :P. 
Oh, masa zaman2 ni mak akan belikan bunga atau bagi brooch kat Cikgu2 saya. Kita budak kan? Mana ada duit. Tapi semangat nak bagi hadiah tu berkobar2. Hahaha

Sekolah Taman Sri Gombak (1995/1996)
Sekolah ni sekejap je. Setahun. Untuk the whole Darjah 6. Memang jakun first time masuk sekolah bawah negeri Selangor. Dari tadika sampai darjah 5 memang di sekolah KL, rasa cam budak2 sekolah Selangor sangat pandai dan skema. Hahahaha. Kat sekolah ni, seorang Cikgu yang memang melekat di hati ialah Puan Hizatul Mazura. Last sekali jumpa dia masa zaman uni dulu. Dia mengajar kat mana tah. Satu yang paling saya ingat ialah dia seorang cikgu yang bergaya dan cantik. Kasut dan handbag mesti sama warna. Tapi dia adalah garang. Setakat cubit kat perut dan penampar tu, tak heran ok. Apatah lagi baling buku latihan dari tingkat 4 ke bawah. Lepas rehat baru boleh kutip. Sebab? Kitorang meniru dan dia dapat tangkap. Hahahahahahahaha. Dan dia punya punishment lain terhadap murid2 nakal dia (termasuk yours truly) adalah masa jamuan akhir tahun, kami kena menyanyi! Wow. Masa tu nak tau saya nyanyi lagu apa? Lagu Slam u. Hahahahahahaha. Gila sengal! Hari Guru kat sekolah ni biasa2 je sambut. Sebab tak berapa kenal ngan cecikgu reramai. Bagi hadiah pada Puan Hizatul je. Oh, dia masak spaghetti sangat sedap!!!

Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest (1996-2000)
Oh. I love my full 5 years here. Kat sini lah saya membesar, belajar dan menyimpan antara hadiah terbesar dalam hidup iaitu pelajaran (langsung dan tidak langsung) dan juga my SG Girls!
Dah nama pun sekolah 5 tahun, memang masya Allah. jahat kot. walaupun perempuan. Hahahaha. Ustazah (alamak lupa nama) selalu panggil sebab sinsing lengan, tak pakai inner, kain labuh hahaha. Dan paling benci bila lepas assembly ada spot check. Memang la pengawas semua member2 tapi diorang adalah jahat. Kita takleh bawak liquid paper, diorg rampas and guna. Jahat kot! Kat sini belajar berchinta *ehem*. Belajar tuang kelas, lari kot pagar and naik kereta n g rumah Jannah untuk main pool. Bawak handphone. Tukar baju sukan dalam lab Bio. Kena denda berdiri klat luar kelas. Main mata ngan abang senior yang kelasnya bertentang. Makan luar waktu rehat. Tido dalam surau. Lepak bilik guru dengan cikgu favourite. Failed Add Maths dari awal tahun sampailah trial SPM. Oh. Memacam. Satu hari nanti nak buat entry pasal zaman sekolah lah. Lima tahun sambut hari guru di sekolah ni memang seronok. Bila dah besar kan, aktiviti dia lain grand. Buat kat padang sekolah. Gelakkan cikgu2. Hahaha memang syiok. Tradisi beri hadiah itu masih lagi berlangsung walaupun duit mintak kat Mak. Masa ni bagi kain lah, tudung lah. Hahaha. My favourite teachers during menengah years was Cikgu Nizayati, Cikgu Mazni, Cikgu Rusdi, Cikgu Jeya. Yang lain tu bukan tak suka tapi tak sesporting macam yang dinyatakan di atas. Ye la. Cikgu. Mestilah garang. :P

So itu lah serba sedikit citer saya dan cikgu saya dulu.
Apapun, terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru saya ini.
Tanpa kalian, kami takkan jadi siapa kami hari ini. Mak dan Ayah juga adalah guru saya.
Doa saya, semua yang pernah menjadi guru saya, secara langsung atau tidak, semoga kalian diberkati, dilimpahi rahmat dan hidayah kerana kesungguhanmu mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. :D

Kepada kawan-kawan saya yang menjadi guru/lecturer sekarang, be the best. Bakarlah diri anda seperti lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Lagu dan sajak di bawah untuk korang. 



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~~ USMAN AWANG
1979

Love, 
Yantie

p/s : atuk saya juga adalah seorang guru. setakat ni takde siapa lagi yang ikut jejak itu. maybe cucu2 yang lain dan maybe juga cicit dia nanti. :)


Thursday, May 12, 2011

hati emas, kawan

pagi ni otw ke office, tetiba lagu ni berkumandang di corong radio.
serta merta hati ini berdetik, ni lah lagu pertama Kumpulan Kawan nyanyi as a group.
oh, terus ingat kat arwah Hilmi.


hilmi, di tengah2 kami

sedih. :(


al-fatihah untuk Hilmi Hasrin.
temanku, damailah kau di sana.....


Wednesday, May 11, 2011

hadiah yang bermakna

ye, seperti yang dimaklumkan saya telah bertukar portfolio.
di division saya, telah dibuat job rotation dan saya antara yang terlibat.
at first, it's kinda hard for me to accept the fact (selepas 4 tahun) that i'm no longer in charge of disciplinary action for those yang ada issue dan akan tukar portfolio yang jauh berbeza.
walaupun still dalam division yang sama, kerja sangat lain.
dari duduk di pejabat, menghadap paperwork yang banyak dan pening dengan karenah orang ke tempat yang penuh dengan kejutan (dari segi kerja). benda on going banyak (super banyak) dan benda2 terkejut pun banyak. dan insyaAllah, duk sini, makin kurus lah saya. Kerana berlari2 ke sana sini.

dan isnin lalu, mantan ahli seksyen (termasuk bos kecik) panggil saya ke dalam bilik. mereka bagi ucapan terima kasih dan berikan saya hadiah.

alhamdulillah. empat tahun bersama, depa tau benda kesukaan saya.
apa yang saya dapat?

1. buku baking
2. cadar :)

oh chinta!

dan saya plan nak baking dengan semangatnya sejak ada buku baru ni. hahaha.

the day i was supposed to fly to New Delhi

but i didn't.
so sad.
by this time, supposedly i'm in Delhi and maybe already here...

gate of India

and tomorrow, i'll be here.....

taj mahal 

sedihnya.
1. tiket yang dibeli hanya berharga RM212 (pergi dan balik)
2. dah lama angan2 nak ke India
3. sebab tak dapat g Korea, India pun tak dapat juge :(

waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tiket 11 -14 Mei 2011 - burn. terbakar. menjadi abu.
dan airasia untung lagi... :(





Tuesday, May 10, 2011

Wedding SG Girls : Maria Arnida & Faidruz

Tarikh : 9 & 10 April 2011
Tempat : Gombak dan kawasan sekitarnya :)
Tema : 9 April 2011 [Pengantin (Putih/Baby Blue), SG Girls (Hitam berkain batik)], 10 April 2011 [Pengantin (Putih), SG Girls (Merah)]

Ok. Basi sudah entry ini.
Pengantin pun dah mencecah usia sebulan berumahtangga.
Tetapi demi memastikan kenangan itu berpanjangan, saya update juga di sini.
Entry Umrah nanti eh. Tengah letak watermark kat gambar.
Gambar2 di bawah adalah hasil nukilan suami Puan Zuraida, Encik Bassiq. Thanks! Gambar cantik hasil kamera mahal. Hahaha.

di perkarangan surau. 

at home. bersiap.

us in black. 

kenyang makan, kita masuk surau. 

pengantin lelaki ;)

bride (;

alhamdulillah

kolaj of us. the SG Girls

pengantin sibuk di hujung sana, kami di hujung sini

sambil bebudak tidor

friend...kenapa tidur...

itu adalah gambar2 hari nikah. iaitu Sabtu, 9 April 2011.
jom tengok hari Ahad plak. 10 April 2011. Majlis sanding berlangsung dalam kem askar!

apa2 hal, kita mesti posing dulu :D

SG Girls with the bride ;)

all of us. minus Aini.

proses merusakkan kek tercomel hari itu

oh. dia kiut sangat.
and last but not least....

the gorgeous bride - Maria Arnida.

Mek, Selamat Pengantin Baru Sebulan.
Semoga Berbahagia hingga akhir hayat!
Love!


Monday, May 9, 2011

kerana 5 sungguh bermakna


saya adalah super pemalas mengupdate blog skang ni.
huks. kenapa? sebab saya layan channel 706 every single spare time that i have. wakakaka.
layan orang baking and cooking adalah best!
anyways, tokey batik mengada tag i kat entry dia. dan salah satu cari nak amik mood blogging adalah dengan menjawab tag. marilah!


5 tarikh penting :
  • 12 Februari
  • 10 Mei
  • 11 September
  • 2 Oktober
  • 11 Oktober

5 perkara yang dibuat semalam :
  • makan sushi
  • tengok tv
  • main dengan baby Alif 
  • lepak bawah kipas + aircond (panas weh)
  • tido

5 perkara buat saya gembira :
  • membuat orang lain gembira
  • apa yang dicitakan tercapai
  • cukup makan, cukup rehat, cukup ibadat
  • kamu, kamu, kamu
  • berpeluh

5 sebab jawab soalan :
  • DK suruh
  • saya bosan
  • amik mood blogging semula
  • rasa rajin
  • layan diri :P

5 kawan utk di tag :
  • kiera
  • suhana azlin
  • didi
  • um liyana
  • dan sesapa jua

ok done. 
mahu breakfast! sedang nervous kerana bakal membuat opening tuk KIK. 
bosan aaa. daaaaaaa





Friday, May 6, 2011

PM on Hot.fm

pagi ni ralit layan Hot.fm.
Sorry motivasi pagi Ikim.fm.
Hehe.
Bermula dengan live telecast via 8tv, then sambung di radio dalam kereta, now live streaming.
Tak sabar nak tgk FBI lawan dam haji dengan YAB PM!!
memula dato' sri adalah nampak nervous, skang ni comel. hiks!


ok.
later!

p/s : fyi, saya tukar portfolio. sekarang adalah super bz. nak baca blog pun tak sempat. :(