Monday, January 31, 2011

teaser

Event : Majlis Pernikahan dan Persandingan Um Liyana dan Mila
Location : Johor Bahru
Tarikh 29-30 Januari 2011

wah. melets tak? i sudah ada teaser u!! :P
ok. ni entry pembuka bicara before entry panjang.
enjoy this two photos ok.


Gengs & Um @ Masjid Kolam Air [29 Januari 2011]
*miss u Lin!!!*

Max and cheeky bling baby, Kesha @ Thistle, JB before majlis 


ok. tu je.
hari ni cuti.
mau settle banyak benda.
later!!

Saturday, January 29, 2011

terbaek dari ladang

suka kot ayat tu.
dan suka lagu  ni sebab ayat dia tu (terbaek dari ladang) ada masa part chorus. :P


oh, dan dalam pada mencari2 lagu  'terbaik dari ladang', saya terjumpa yang sebenarnya ada lagu malaysia, tajuknya terbaik dari ladang dari penyanyi Ariz featuring Malique and Liyana Jasmay (link). video di bawah.



hiks.
chumel gak kan?




Friday, January 28, 2011

surprise...surprise

yesterday was full of suprises.

1. Royal Airmail
Received a royal airmail from United Kingdom yesterday. No, Prince William and Kate Middleton are not inviting me to their wedding (funny kan? :P). It was from Lin yang jauh di Aberdeen, Scotland sana. Gotta help her regarding few borang and FYI babe, i've settled it this morning. Udah dikirimkan secara ekpress! So, no worries la kot.



2. Get Well Soon
Mak called yesterday while i was with Didi, having our Tutti Frutti in Seri Bangi. She said Icha (Aneesa, my niece) was admitted in Pantai Medical Centre, Bangsar due to virus infection. She was ok when we got there at 9pm yesterday. With one hand (the other is stuck to the IV) she still can play Cooking Mama and Fruit Ninja on my iPod Touch. :) strong girl indeed. so, get well soon icha!!

sebelum jumpa touchy

 cooking mama in action ;)


3. The End
yes, the grueling weeks of papers, maps, meetings etc is ovah people!!! i'm glad it's finished. finally. i hope everything is in place and those hard works and sleepless nights will be paid off in the future. continue to make your country proud!!! <3


JB Trip is on!!!!!Will be there for 3 days starting today after work. Geng's Wedding. Woot!
:)

Thursday, January 27, 2011

something to ponder











Other things may change us, but we start and end with family 
~ Anthony Brandt




Tuesday, January 25, 2011

kahwin. perlu jemput ex(s) atau tak?


situasi : 

si bakal isteri (A) telah berkawan dengan si bakal suami (B) selama 7 tahun. mereka bakal berkahwin bulan November ini. Si A menyatakan bahawa dia mahu menjemput bekas teman lelakinya (C) ke majlis perkahwinan mereka. A dan C telah break off lebih kurang 10 tahun yang lalu dan hanya berhubung melalui facebook sahaja. Si B menyatakan sekiranya A nak juga jemput C datang ke majlis itu, B tak jadi kahwin dengan A. 


soalan : 

1. wajarkah tindakan B?
2. adakah keperluan untuk menjemput ex(s) ke wedding?
3. korang ada pengalaman? sila kongsi.


p/s : ini bukan situasi pemilik blog. ini masalah pendengar di radio. tajuk utama yang dibincangkan di Fly.fm pagi tadi. memandangkan saya pun belum kahwin, nak jugak tau. hik hik. :). thanks in advance. 











Monday, January 24, 2011

makanan dan kegilaan



ye, ye.
paham.
saya bosan juga dengan blog ni.
asik-asik wordless wednesday jek.
hahaha.semalam dah panjang lebar tulih entry baru. isi kandungan tidak akan direveal sebelum dipublish. haha
tapi gambar plak malas nak edit. so update sikit arini.

pasal tajuk kat atas.
standard aa. rakyat malaysia (ke saya je?atau seluruh dunia?) memang ada trend. tak kisah bab makan, pakaian mahupun budaya. hari ni kita cerita pasal makanan.

1. Cupcake
kalau dulu, semua orang gila cupcakes. yep. kek cawan yang chomel saiznya. lebih chomel bila macam2 bentuk dan corak topping. semua pun pakat nak jual cupcake. ada juga cerita-cerita yang saya dengar, cupcake je chomel tapi rasa? masya Allah. kek cawan babu naik motor harga 30 sen lagi sedap. dan saya juga suka buat cupcake. tapi tu lapanbelas tahun lepas la kot. hahaha takde lah. cupcake is so 2008 skang. ;)

my very first cupcake ;)

the second edition :D

latest! death by oreo cupcake
*oppsie. entry pasal ni tak buat lagi :P*

2. Donut
pastu kita ada kegilaan donut. masa awal2 J.Co Donut bukak dulu. saya antara yang menggila beratur dan sanggup drive dari Putrajaya ke Pavilion untuk beli dan makan donut. Lepas J.Co, ada Big Apple. Kemudian ada Krispy Kreme. Wah. Sugar high!!!! :)

gila kan? [circa June 2008]


3. Macaron
this is last year's craze, kot. hah. betullah. entry Februari 2010 ini membuktikannya. hahaha. saya cuba buat macaron. tapi sampai hari ni masih gagal untuk came out with a perfect macaron. sebabnya? takde 'feet' yang baik dan nampak seperti feet! geram ok. maybe salah saya, guna pewarna yang water-based. entah bile nak sambung balik projek macaron pun saya tatau. T___T. oh, sehingga hari ni, banyak sungguh kedai2 dan cafe2 yang dah jual macaron. korang takyah g Paris (Laduree) untuk dapatkan dah. Kat Whisk Cafe, Empire Subang ada, kat Tea For Two, kat Harrods KLCC. dan yang bestnya, benda ni cinonet. Harga? Mahal. Only for the sweettooth people. :)


ini pun kegilaan tahun 2010. saya tak termasuk. sebab baru nak order, dah tutup jualannya. nak buat sendiri macam malas. kenapa saya tak suka? sebab dia chocolate. saya kurang suka chocolate punya makanan. saya suka chocolate pure. eh, apakah ayat ni. berpusing2. hahaha. saya suka coklat je! :P

5. RVC (red velvet cake)
saya baru belajar depa dok bagi short name for red velvet cake as RVC. wakakaka. sebab ahkak dah buat kek ni awal tahun lepas. sekali tu je la buat. pastu tak buat2. sebab rumit sikit. walaupun kek ni adalah kegemaran mak dan budak tu. sebab depa dok kata, dalam banyak2 kek yang i buat, RVC paling sedap. Niat di hati nak try yang versi ini, tapi masih belum ada masa. hahaha. tengah nak settlekan blueberry cheese tart dulu. :)

rupa ku agak huduh, rasa ku terbaeeeek!

6. tutti frutti
aha! this is in 2011 hot list. walaupun ia tidak boleh dibuat secara homemade, tapi tetap meletup dan terbaekk!! ye, saya telah jatuh chenta sama frozen yogurt. sebenarnya fro-yo ni dah lama. cuma tak glamer. masa zaman MakNoriah (makcik merangkap penjaga saya dari umur sehari hingga 11 tahun) duk kat JPS Ampang lagi dah ada. Zaman2 Ampang Point itu hanyalah sebuah shopping mall yang hidup segan mati tak mahu. Dah ada fro-yo dijual di situ. Pilih buah yang kita nak untuk campur dalam fro-yo tu dan voila. memang sedap!!! 

dan terima kasih kepada Naza Group yang memulakan kembali kegilaan terhadap fro-yo ni dengan membuka Tutti Frutti. dah kata tahun 2011 kan? fro-yo bukan lagi berharga RM 4/mangkuk tapi RM5.30/100 gram ye. :) tapi makanan ni super sihat. walaupun agak pricey, takleh makan hari2 tapi memang menyihatkan. (link info kesihatan fro-yo). yang paling best TF dah bukak kat Seri Bangi (kawasan kedai baru - dekat ngan umah mak ko Lin!bleh bawak Mya makan TF nanti. yeay) 



ini gambar semalam. masa memakan TF di Seri Bangi.
baru bukak on the 22nd Januari. dengar kata kepunyaan artis. :)
*tetibe rasa nak keluar modal bukak TF di Alamanda, tapi ada orang nak beli kah? hehe*


hah. ok. dah.
kegilaan ini maybe saya je kot.
korang tak. 
tapi yang masih menjadi pujaan hati masih kopi. 
terutama setabak. cuma geng minum kopi udah tiada. 
sebab geng minum kopi dah pregnant. [congrats Didi my loff]. tapi sebulan sekali masih on kan?
kalau tak, kita g makan TF ok????

oh, tetiba tekak ini rasa nak makan mihun sup Uniten. dan lapar..
waa lapar. lapar. lapar. 
hahaha

ok korang. 
ni dulu lah eh.
later i hapdet lagi.
muahs!!




Thursday, January 13, 2011

put your hands in the air

tajuk takde kena mengena dengan isi entry. boleh jugak kot.
abaikan. ahahaha.

walaupun begitu, saya ada berita sungguh baik yang dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.
berita yang dah diangin2kan beberapa bulan yang lalu.
akhirnya, surat yang kami tunggu dah pun tiba.

alhamdulillah. syukur pada yang Maha Esa. rezeki dariNya.
seronok. tapi bila difikirkan kembali, tanggungjawab makin besar.
so, dapat saja yang official, saya akan kongsi dengan kawan-kawan ye.

wish me luck!!

p/s: batuk masih kung keng. :(

Wednesday, January 12, 2011

wordless wednesday #4

segan

assalamualaikum korang..

i'm here. don't panic.
masih bernafas walaupun semput.
saya tiada mood nak update blog. sebenarnya ada banyak cerita dan gambar2 menarik nak saya kongsi.
kepada yang ikuti twitter saya (ewah, dah macam artis ko!) tahu perkembangan kot. :)

saya jatuh sakit dari balik bercuti hari itu. ye, masuk minggu ke-2 Januari 2011, saya sakit teruk.
batuk dan semput. suara saya hilang terus.
semalam saya bercuti. doktor yang merawat tak bagi MC tapi saya apply cuti rehat.
walaupun pada dasarnya saya masih belum sihat, suara saya tiada, kepala masih weng.
saya datang kerja hari ni.
saya segan nak cuti lama2.
saya tak larat, tapi nak apply cuti tu macam ermm....
takpe, selagi larat saya gigihkan aje.

oklah.
saya kena makan ni. nak makan ubat.

doakan suara saya kembali semula dan saya bergiat cargas ye!

:)

Sunday, January 2, 2011

trouble

assalamualaikum..
sorry. saya tak sempat update blog.
saya masih dalam mood cuti.
esok akan bekerja semula selepas 5 hari cuti.
dan saya ada masalah besar.
saya sakit kepala dan batuk.
jangkitan kuman dari orang sakit.
aduh.
mengapa hari ini?


T__T


p/s : saya update later bila sudah ok