Saturday, February 27, 2010

baking from scratch : Cheesecake Chocolate Brownie





Salam everyone!
how's your long holiday weekend? syiok kan!
it's only day 2. ada lagi sehari untuk enjoy relaxing di rumah.
seriously after a whole week bekerja, sabtu ahad adalah hari paling bahagia. 
itu belum kira cuti hari jumaat kan? alhamdulillah. 

mood baking datang lagi. yes, i love baking. cooking is fun but baking is great fun!
khamis lepas, saya korbankan persembahan Casey James (American Idol) dengan berpanas di dapur menunggu brownie masak.

this is the first ever attempt baking a brownie. and mind you, from scratch ok. just like Lin's Nasi Tomato haha. so after work on thursday, i quickly drove to Mydin to get my baking scale, philadelphia cheese and cocoa powder. a few minutes stop at carrefour, alamanda for my butter 'mahal' Lurpak and the best pearl milk tea to quenched the thirst. sampai rumah, cuci muka, sinsing lengan dan terus masuk dapur. armed with David Lebovitz's Cheesecake Brownie recipe, i whipped every single ingredients and to my dissappointment, the first batch of my chocolate mixture adalah salah ok. hahaha. terover gula, dan sikit butter! sedih gila tengok mixture itu di let go di dalam sinki. tidak berputus asa, i started to mixing the ingredients (again!) for a new chocolate mixture. alhamdulillah. kali ini ok. after poured the chocolate mixture in a 9-inch flat pan i turned on my  electric mixer for the second part of the brownie. it was easy. ye la dah biasa buat cheesecake mix, so takde hal sangat. dan campuran kedua2 itu membentuk ala2 marble cake. dengan kekurangan spatula lengkok untuk membolehkan saya meliuk2kan cheese mixture itu, saya gunakan pisau saja. hahaha. oh and i didn't use foil as the based of the brownie sebab stock foil di rumah telah habis. huhu

 
chocolate mix. before adding the cheesecake mix

the messy lovely mixture

masa nak masukkan dalam oven, hati ini berdebar2. hahaha. kalah berdebar tatkala jumpa chenta hati. penantian satu penyiksaan tetapi berbaloi apabila brownie yang dihasilkan adalah super yummy walaupun hangit di bahagian tapak. hangit itu adalah kerana saya risau nak keluarkan awal2 dari oven takut bahagian cheese tak masak. hangit juga adalah kerana menggunakan oven butterfly yang agak sukar dikawal apinya. boleh je control cuma susah la.

 
dah masak. noticed the hangit part???

 
potong

apapun, attempt itu berjaya. sedap ok. sangat sedap cuma sedikit bebelan sang super cook ibu yang takdelah terror baking 'lain kali gunalah pan yang tinggi supaya tebal sikit dan sedap lagi'. baiklah mak! so, there are more recipes to be reviewed. tunggu saje kay. semuanya kerana terpengaruh dan jeles ngan Puan Suhana Azlin yang berada di Aberdeen dan menjadi domestic diva ketika ini.

yummeh!!!

ok. itu je lah. nak cerita apa lagi. gambar2 hanya diambil semasa tangan bersih dari sebarang adunan kek dan sebagainya. itu menyebabkan tiada gambar semasa proses pembuatan berlangsung. sila cuba recipe ini ye. nak recipe nya? saya tanak paste kat belog. sila ke blog pemilik asal kat sini. (link)
have fun baking! and have a gggrrrreat weekend kay. 

the end product :)


xoxo


recipe updated (as per request by Mursapap)

Cheesecake Brownies
One 9-inch (23cm) square pan

6 tablespoons (85g) unsalted butter, cut into pieces
4 ounces (115g) bittersweet or semisweet chocolate, chopped
2/3 cup (130g) sugar
2 large eggs, at room temperature
1/2 cup (70g) flour
1 tablespoon unsweetened cocoa powder
1/8 teaspoon salt
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup (80g) chocolate chips

8 ounces (200g) cream cheese, at room temperature
1 large egg yolk
5 tablespoons (75g) sugar
1/8 teaspoon vanilla extract

1. Line a 9-inch (23cm) square pan with foil, making sure it goes up all four sides. Use two sheets if necessary. Mist with non-stick spray or grease lightly.

2. Preheat oven to 350 degrees (180C).

3. In a medium saucepan, melt the butter and chocolate over low heat, stirring until smooth. Remove from heat and beat in the 2/3 cup (130g) sugar, then the eggs.

4. Mix in the flour, cocoa powder and salt, then the vanilla and chocolate chips. Spread evenly in the prepared pan.

5. In a separate bowl, beat together the cream cheese, the yolk, 5 tablespoons (75g) of sugar, and vanilla until smooth.

6. Distribute the cream cheese mixture in eight dollops across the top of the brownie mixture, then take a dull knife or spatula and swirl the cream cheese mixture with the chocolate batter.

7. Bake for 35 minutes, or until the batter in the center of the pan feels just set.

Let cool, then lift out the foil and peel it away. Cut the brownies into squares.

Storage: These will keep in an airtight container for a couple of days. They also freeze well, too. 



Thursday, February 25, 2010

terasa nak kahwin

tetiba kan?
kenapa? Zurai & Basiq punya pasal lah. hahahaha.
anyways. tengok video ni. super tantek!
glad i was part of their wedding day.
(video link)
sangat teruja tengok. hehehe. tahniah Zurai. aku tak mampu nak buat video2 ni. hahaha
sila bawak gambar hari Ahad ini ye. disebabkan laki kau dah g Brunei, aku ada ko balik. yehaaaaaaaaaaaa.


p/s : nanti kalau saya sempat download saya buh sini k. buat masa ni sila tengok melalui facebook dulu.

Wednesday, February 24, 2010

obaibi - hero cinonet

hai korang.
hari ni nak buat entry yang dah agak basi. hik hik.
ingatkah korang (yang setia baca blog budak chomel ni) pada entry berita buruk yang baik?
kawan saya yang terberanak awal tu?
hehehe. ni update berkenaan dengan baby chomel dia yang pada ketika entry yang lepas masih belum ada nama. saya, zurai dan suaminya g melawat Ina yang dalam confinement di Rawang last 2 weeks. 7 Februari 2010. lepas ni entry2 di belog ahkon akan jadi entry babies. sebab kalau sebelumnya penuh dengan entry2 orang kawin, bila dah kawin adalah baby kan? so bermula perjalanan entry babies. wakakakaka. ni baby Ina, pastu baby Mirul, pastu baby Zurai. :P baby ahkon? adalah...baby pooh! hehehe.

ok! ok! so, presenting you..baby Rif Rafel ;)



hihi. halus mulus kan? baby rif semasa lahir hanya 2.87 kg sahaja. sebab dia awal 3 minggu. dah lama tak jumpa dia ni. dah dua minggu. insyaAllah weekend ni nak ke Sri Gombak bleh g tengok Ina & Baby Rafel oh lupa. Mirul pun dah ada baby jugak. wife dia, yati bersalin 22 Feb 2010. :) nak g tengok Baby Aqiel!

cute shoes for baby rafel dari auntie hot! ;)



ok tu je cerita. bye2.
xoxo

Tuesday, February 23, 2010

Dedicated to my fellow GLEEK - Cik Min!

Glee Music : Volume II
Endless Love by Rachel & Mr. Shuester

(link)

Glee Music
You're The One That I Want
Finn & Rachel
serious hillarious. lawak :D


enjoy babe!
(walaupun ko dah habis tengok First Season!)

Woman : Bad Decision Maker? No?


Berita penuh di sini. (klik)
saya hanya tahu benda ni pagi tadi. di MHI. malas nak komen.




Wanita kuasai sektor awam

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my




KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.  

Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.

Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi. (salah orang perempuan kah????)

"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin. (aku SERIUS tak paham)

"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.
Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.

"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.

"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.


ok malas dah nak komen. serius.


Monday, February 22, 2010

apabila ahkon nak menjadi extreme

(disclaimer : entry ini adalah super panjang dan kalau takmo baca sila alihkan cursor anda ke bahagian atas kanan dan klik tanda pangkah atau 'X' itu ye. thanks!)

ingatkah kamu semua gossip bahawasanya Scha dan Linda Onn bergabung tenaga dan menubuhkan Kelab Ex-Gf Fahrin Ahmad dan bukti mereka berbaik selepas Scha putus ngan Fahrin adalah melalui gambar di bawah ini?

(gambar pinjam dari sini. abang nara - pinjam gambar ye)

tapi aku bukan nak cerita pasal hubungan artis2 ini. ataupun nak start gossip artist di belog kiut ni. hahaha. sebenarnya nak cerita pasal tu, benda yang diorang naik tu la. benda yang agak menjadi kegilaan ketika ini. ye ke? ke gua sorang je yang mengilainya? haha.

namanya ATV (All-Terrain Vehicle). maknanya dalam bahasa melayu adalah kenderaan semua bentuk muka bumi. ada jelas? ala maknanya dia tak macam kereta kalau langgar batu tayar akan pancit, kalau langgar lopak suspension lari, macam2 la. ATV ni cam ala2 4-wheel drive la. lanyak saja. saya dah lama usha2 laman web ATV. ala bukan susah nak carik. pergi je ke Google, taip ATV kat ruangan Search dan klik pada Pages From Malaysia. keluar je page yang pertama ATV Malaysia tu, klik saja lah. (link)

al-kisahnya pada cuti tahun baru CNY yang lalu, saya telah berhajat nak main ATV ni. sebelum gerak ke Port Dickson tu saya dah pun call member ajak main ATV. dia setuju. sampai je di PD, terus saya kol Abang Mas - owner ATV Adventure Park KL. Dia mintak saya call Kak Meliza untuk confirmation sebab dia ada kat luar masa tu. so, bila dah confirmkan dengan Kak Meliza, saya pun jadi super excited!

isnin. lebih kurang jam 9.30 pagi saya dah sampai di taman melawati dari Putrajaya via MRR2 yang tidak sibuk langsung! syiok kalau MRR2 hari2 tak jem macam tu. memula rasa saspen la kan sebab nak masuk ke Kemensah tu sorang diri. tak penah saya lalu pun situ. paling jauh pun sampai zoo. itupun kali terakhir masa tahun 1998. haha. so, ikut saja peta yang ada dalam website tu (hapal dalam kepala ok, Didi! :P) dan saya pun redah saja. memula lalu kat zoo. pastu jumpa perumahan, Kemensah Height kalau tak silap (rumah2 orang kayo), lepas tu jumpa cam sungai kecik yang sangat cantik. masuk pulak ke kawasan perkampungan. tak sure perkampungan apa. hati dah dug dag dug dag bila terus jalan dan jumpa hutan. hutan dan hutan lagi. selepas lebih kurang 8 minit barulah nampak sign board ATV Park (kaler kuning terang). akhirnya setelah beberapa anak sungai dan bukit diredahi maka sampailah saya ke ATV Adventure Park yang dicari. 

batu besar - trek latihan, kena pusing sampai mabuk keliling batu ni

dalam jam 1030 pagi kami start dengan briefing tatacara penggunaan ATV oleh Abang Mas. antara yang diingatkan ialah:

(i) jalan dalam hutan, jalan poyo dan berlagak;
(ii) buang ego anda sebagai seorang lelaki - hahaha jangan marah abang2 sekalian;
(iii) apabila memandu, jangan elak batu, lubang, air dan sebagainya sebab ATV memang didesign untuk tujuan lanyak benda2 itu. dah nama pun kenderaan semua bentuk muka bumi kan?
(iv) enjoy - yang ni paling penting. kalau takut confirm tak enjoy!

memula masa briefing takut sampai nak ter'kench'. serius. dia kata kalau pompuan besar aku ni kena himpap ngan ATV tu maunya jadi lempeng. pastu terkial2 nak belajar brake dan sebagainya. gear dia kat blah bawah ye tuan2 dan puan2. dan tangan saya yang super cute, halus dan mulus ni kecik ni agak terkembang2 sebab nak mencapai brake ke tahap maksimum. :D hehehe kitorang adalah participant pertama untuk hari tu dan ada 6 group keseluruhannya. termasuklah Linda Onn dan Fan Clubnya yang akan bercamping. kitorang selisih ngan dia lah masa balik. tak sempat la jumpa kan.. :P lepas je briefing kitorang diminta pilih mana satu ATV yang berkenan di hati. saya nak yang kaler oren tapi yang tu mahal punya, versi otai la. hihi. last2 saya amik kaler merah. dan sebelum mereka lepaskan korang ke off road trail yang dipilih, korang kena pusing batu besar tu 3,4 kali untuk biasakan diri dengan ATV tersebut. dan ada trak latihan yang mengandungi 2 bukit yang curam untuk practice brake depan dan belakang. dah la masa saya g tu ada group besar yang tengok, malu ai. hahaha. lepas dah power baru diorang kasi jalan kar off road yang sebenar. kecuakan sangat obvious di sini.

Air Terjun Kamisah. 7-tier ya'll. 
ini adalah tingkat yang pertama ;)

we opted for RM100.00 per ride which means 30mins back and forth to the campside and spending 30mins at the 7-tier Waterfall atau nama lainnya Air Terjun Kamisah. kira sendiri lah berapa lama k. tambah tolak dalam 2 jam la. kami awal sikit la kot sebab kami power dan tak hegeh serta tak takut pun masa memandu ATV tu. hahaha. dan jugak tak spend time mandi kat situ. sebab baju yang dibawak tinggal dalam kereta. oh lagi satu sebab adalah saya pakai seluar jeans. :P. kunun2 amik spirit paintball la kan. pakai jeans lebih baik! tapi padan muka, bila dah sampai air terjun mulalah menggelupur nak mandi. hek hek. korang akan diberikan seorang guide (yang jugak naik ATV) dan sebotol air. aritu kitorang dapat adik yang bernama Fariz (ye kot. alamak lupalah plak!) yang super kewl dan terror amik gambar. dia bawak baby saya sangkut kat leher dan sepanjang journey itu dia snap2 gambar. best2! dan dia jugak tak lokek berkongsi cerita tentang area2 yang cantik kat situ.

macho tak? topi tu la. camouflage gitewwww.

overall perjalanan itu sungguh seronok. walaupun tak seseronok diving di dasar laut dengan ikan2 yang berenang (tetiba cerita bab laut, gilo!), tapi hutan adalah menyamankan. dengan pokok2, air terjun. wah! nak kawin dalam hutan, boleh? gilo lagi..

tour guide yang efisyen

next trip, insyaAllah nak ajak Geng! dan SG Girls. bleh mandi manda cam Awal Ashaari, Scha & Linda Onn. itulah cerita cik @hkon konon2 nak jadi extreme. extreme peringkat satu la kan. bukan extreme terjun bungee ke ape. haha. oklah, kalau ada yang berminat nak main ATV ni, bleh layari laman web mereka di sini (klik je perkataan sini tu) atau call terus Abang Mas (0123775005) atau Kak Meliza (0193407895). ingat, kena book a day before k!

kepada yang takut panas, jangan risau. tak panas. korang lebih fokus kepada pemanduan korang. tak terasa matahari kerana hasil dari hutan hujan khatulistiwa kita dilitupi oleh canopy pokok2. sungguh nyaman! yang takut nyamuk, pakailah baju lengan panjang. kalau nak pakai short sleeves jugak, tenyeh la krim2 penghalau nyamuk tu ye. pesanan akhir - sila bawak backpack untuk bawak kamera, botol air, baju lebih ke dan benda2 lain. sebagai penutup, terimalah.....

 budak @hkon atas ATV. eh chomelnye.


xoxo

Saturday, February 20, 2010

Movie Review : Up In The Air



i just finished off what i think is the best movie i ever watched in 2010 (yet!). still i haven't watched Avatar, Precious: Based On The Novel Push By Sapphire and some other good movies. Up In The Air. why i love it as much as other people do? George Clooney, no? of course darlings. siapa tidak mahukan one of the oldest sexiest actor ever kan? if George and Brad, both ask me for a date, i rather go for George hokeh. hahaha. Brad ada janggut panjang skang. yek yek. :P

ok stop and back to the movie. Ryan Bingham (George Clooney) works as a speaker who represent companies in downsizing terms. his job is to tell the employees they will be released from the company and what are the option after the termination. he is also a motivational speaker on how not to engaged in a commitment titled "what's in your backpack?". he business travel A LOT around the country for almost 270-ish days in a year.  dia  ada banyak giler membership cards. be it hotels, lounges and frequent flyer. and yes, he is the commit-o-phobic type. sama macam perangai George di luar movie kot! :P 23 years old Natalie Keener (Anna Kendrick - Jessica in Twilight Saga) is a co worker who introduced a new way off firing people - via Internet. this is her idea of saving a big portion of their company's budget for travelling. she is the typical 23 years old, psychological graduated who believes in love (and unfortunately being dumped by her bf via bbm-blackberry's messenger)

on the road Ryan met gorgeous Alex (Vera Farmiga) who works as hard as he is. travels as much as he does. cam match made in heaven la..so they clicked instantly. 

ok. that'll do. nak tau lagi banyak dan lebih lanjut apa jadi kat Ryan, Alex and Natalie go watch the movie k.
If you think about it, your favorite memories, the most important moments in your life... were you alone? Life's better with company. 
two thumbs up for Up In The Air. 
one for the storyline.
one for Georgie. muahs.

*it is good to see orang2 yang ada cold feet or commitment issue jadi ok and let it loose. go with the flow. saat itu adalah saat yang paling baik dan bengkak mata menangis kerana kegembiraan itu adalah sesuatu yang emotional tapi terlalu bahagia. berbaloi!but, when it is too late. i am sure it gives out the hell of you. frustration sucks man.*

(credits to Google & Wiki)

xoxo

p/s : nak tengok New York, I Love You plak! cuti best. movie marathon sambil shopping atas katil!

Friday, February 19, 2010

50 years and counting

as i told you guys dalam entry saya aritu, birthday mak tahun ni yang ke-50 jatuh pada 12 Februari yang lepas. saya memang dah plan untuk celebrate kecil2lan tapi best!so, saya telah membuat perkara berikut:

1. tempah kek dari Kak Anna *Bake Freshly* - a week before  kot baru finalize semua. thanks a lot Kak Anna sebab still terima my booking. hehehe. and on Friday (Feb. 12th) i went to Kak Anna's house and amik cake. sangat puas hati. the cake turns out to be exactly what i asked Kak Anna. a big bow with polka dots around the cake. white and pink! love! even mak sayang nak potong or nak makan kek ni!


2. mak dah berminggu2 bising dia nak handbag baru. dan i bought a new bag for her from Bagaholic by Idzany. a mustard colored Tommy Hilfiger tote for her.

3. a birthday dinner at Chakri Express. invited Kak Long join sekali.

itu sahaja lah. semoga Mak saya panjang umur dan dimurahkan rezeki. masih belum bersedia untuk tinggalkan mak. sebab mak masak sedap! :P

Thursday, February 18, 2010

semalam yang syok


serius bersyukur kerana malam tadi hujan. 
ingatkan hujan manja yang turun dikala petang itu tak berpanjangan, tapi alhamdulillah.
sampai ke subuh tadi terasa kesejukan sampai ke tulang sum sum.

apesal tah, malam tadi kul 9 aku dah agak weng. sebab sejuk kot. sambil2 tengok American Idol, nak tunggu GLEE terlelap sekejap. malam Rabu dan Khamis tv adalah kepunyaan Cik @hkon. siapa nak tengok Mayang Mengurai ke, ape ke sila tengok menggunakan tv di bilik memasing.

American Idol best! si Ryan tu dok kata the most emotional cut ever. tapi aku takde lah nak nanges ke ape. yang penting mamat sexy berwajah country Casey James, Todrick Hall & Didi Benami ada dalam Top 24!oh saya suka budak 16 tahun tu juga. tak sabar nak tunggu performance yang bebetul. malam ni lagi 17 orang. wuhuuu. GLEE malam tadi ok. nak kata lawak pun tak sangat. tapi lagu still sedap! Kurt tak banyak sangat semalam. tapi oklah. masih mau jadi GLEEK. tak kira. hoho. 

habis saja GLEE (korang perasan tak dia habis cam tu je. cam tetiba gitu! atau aku yang tertido?) aku terus masuk bilik dan layan mata yang dah tak lalu nak hangkat. 

dan pagi ini sangat segar. tak berpeluh macam malam2 yang lepas kan. 
semoga ada lagi hujan malam ni dan malam2 yang akan datang. amiiiiinnn...

have a good day people.
xoxo

Wednesday, February 17, 2010

Family Day Hj Abd Ghani Vol. 2


alhamdulillah.
saya dah kembali semula ke Putrajaya selepas sehari di Port Dickson (lagi?) dan sehari di Melaka.
sambutan Hari Keluarga/Family Day Haji Abdul Ghani telah pun selamat dilaksanakan untuk kesekian kalinya. kali terakhir sambutan ini dibuat adalah pada tahun 2006 (Family Day Vol. 1 link).

a big round of applause goes to my Mak. dia adalah orang yang terpenting dalam event ini. without her, no presents, no lucky draw, no games, no family day! i salute you me Mak! she made everything success hokey.



and kalau dulu kami berhari keluarga di banglo deebeekayel, atas sebab bangunan baru mula dibina atas tapak banglo yang dah dirobohkan, venue beralih arah ke Casa Rachado Resort, Port Dickson juga. macam biasa, jemputan adalah kesemua ahli keluarga Haji Abdul Ghani yang dipanggil Bapak oleh semua.

bezanya kali ini hanya ada lapan keluarga instead of sepuluh ke sebelas from the last time. ada few families yang tak ikut this time around. dan perbezaan yang agak ketara adalah kesihatan Bapak . walaupun dia tak berapa nak larat untuk berjalan apatah lagi join all the games, tapi kami, semua cucu2, cicit2 dan anak menantu sangat appreciate kekuatan Bapak untuk join hari keluarga kali ni. kalau dulu dia boleh join game baling telur dan sebagainya tapi this time around kami kena papah dia jalan, dan dukung dia untuk naik tangga. alhamdulillah dia sihat! tetiba rasa nak nanges sebab teringat iklan CNY Petronas. huhu. (link)


ok lets review the itinerary. kami semua bertolak (dari Melaka dan KL) hari Sabtu tengah hari. sampai saje lepas check in (dua apartments with three bedrooms, 1 deluxe room) semua belasah lunch yang dibawa khas dari Melaka. superb hokeh! Melaka foods are the best! hehehe. lebih kurang lepas Asar semua tukar baju dan turun ke tepi pantai. we rented a volleyball untuk tournament petang itu.




 
 

lepas a round of volleyball game, kitorang terus start dengan sukaneka. acara first adalah pertandingan makan epal berpasangan. tak kiralah mak ngan anak, nenek dengan cucu, husband and wife. first round ada 4  pasangan pemenang yang mana 3 pasangan penipu2 belaka. hahaha. kami terpaksa buat re-match untuk couple2 itu. dan terbukti mulut besar Kak Ngah & Abang Kerol telah menjulang mereka sebagai juara dengan hanya meninggalkan tampuk epal sahaja. gila lawak! masa game ni sampai nak terkencing gelakkan diorang sebab semuanya memaksa partner untuk habiskan epal dengan apa cara sekali pun.



next adalah permainan wajib untuk mendera kanak2 (cucu & cicit) iaitu cari gula-gula dalam tepung. penyertaan hanya dibuka kepada anak2 pra sekolah dan sekolah rendah sahaja. dan pemenangnya tentulah budak paling besar kan. haha. punyalah game ni mendera. sampaikan ada yang muntah sebab loya tertelan tepun gandum. but it was fun all the way!



permainan ketiga adalah pertandingan mencari barang melalui huruf yang diberi. kami pilih huruf K dan seperti yang dijangkakan, memang la macam2 perangai keluar. memang lawak. sebab masing2 nak menang. so effort tu hebat betul. antara benda K yang dibawa adalah kayu, kertas, kasut, kunci, key chain, kelapa, kain, kerusi, kopiah Bapak, kepala, Khairul dan satu benda lucah yang berleluasa di kalangan peserta. haha. tapi kitorang tak kira markah yang itu. :P

last game adalah game indoor yang mana sebotol gula2 kami letakkan untuk diteka berapa jumlah keseluruhan gula2 yang ada dalam botol. not even us (the organizer) tau bilangannya.

game habis, semua teruskan dengan pelbagai aktiviti yang ada di sekitar hotel itu. saya, haniza dan Kak Ngah rent a bicycle each dan jalan2 di sekitar teluk. later join by Kak Long untuk 1 minit sebelum surrender sebab dah lupa cara nak naik bicycle. lepas 40 minit berbasikal kami terjun masuk kolam join kanak2 yang dah hitam legam mandi. orang2 dewasa layan ABC tepi kolam. serius seronok bila bercuti beramai2. setakat holiday kitorang 4 orang je memang bosan lah kan. bila dah ramai macam ni, banyak aktiviti best boleh buat.

right after maghrib, semua berkumpul di bilik kitorang dan lepas semua makan malam, kitorang start dengan baca doa dan penyampaian hadiah. hadiah untuk game diselang selikan dengan lucky draw. ada dua set  hadiah lucky draw hasil kreativiti Kicap. satu set hadiah yang kelakar, tah hape2 dan murah dan satu lagi set hadiah merupakan hamper makanan dan barangan elektrik. masa ni memang lawak habis lah. semua gelakkan one another sebab berdoa nak dapat hadiah besar tapi dapat hadiah ciput. dan kitorang juga ada sediakan souvenir untuk disimpan sebagai kenangan. dulu kami buat custom mug tapi kali ni kitorang sediakan towel muka 2 helai setiap family. thanks Kicap yang orderkan towel tu. semua orang suka. malam tu jugak sempat buat upacara kecil-kecilan untuk Mak yang celebrate birthday on the 12th.

 

 


esoknya kami tak buat banyak aktiviti sebab check out time jam 12. so gerak ramai2 balik ke Melaka sebab ada mini BBQ. lepas buat tahlil sikit, kami makan dan lepas maghrib saya balik ke KL. yang lain tinggal sebab i got program Monday tu!

apepun harapannya ialah untuk adakan Hari Keluarga Hj Abd Ghani Vol.3 next year. semoga kesihatan semua orang terutama Bapak akan bertambah baik, semoga pertalian keluarga ini kekal sampai bila-bila, sempga kami sekeluarga dirahmatiNya. Insya Allah.

to my Bapak, auntie(s), uncle(s), cousin(s), nephew(s) & niece(s), thanks!!
family = fun

*thats the story of my holiday weekend*



Tuesday, February 16, 2010

Project CNY - Butter Cookies

teruja dengan entry what's cookin - butter cookies Puan Suhana Azlin, aku pada waktu rehat Jumaat yang lalu terus membeli barang-barang buat biskut. paling penting butter mahal. oh Lin, ko beli kira murah la RM7.50. kat Cold Storage LURPAK itu harganya RM8.90 k. huhu ni yang buat aku nak pindah Aberdeen nih! hahaha

so, sabtu pagi disebabkan tak jadi g panjat bukit ngan Zurai (sorry Z!), aku dengan semangat waja start kerja2 buat biskut. disebabkan agak weng pagi itu, aku main buat je. antara kesalahan yang aku buat dalam sesi membaking ini adalah:
  • aku takde penimbang, so aku bajet berat semua ingredient melalui measuring spoon saje. gila bodoh!
  • aku TERmasukkan dalam 25g icing sugar dengan ayakan tepung aku!
  • aku try untuk guna piping bag macam Nasi Lemak Lover tu, tapi piping bag aku burst. sebab tepung aku banyak ke? ntah aaa. huhu. last2 aku buat macam Lin je. 
  • bila aku start gentle - dia cam kembang je. kena gelak ngan mak. haha
 
tepung - icing sugar - tepung jagung - butter mahal 

sebelum budak buntal masuk oven

hasilnya. tabur gula sikit kunun cam ala2 biskut tin biru tu :p

jadi je biskut tu. baunya semerbak satu rumah. butter tu memang marveles. cuma agak tawar dan tak berapa nak cantik kaler dia sebab aku pakai oven olskool kan. so ok lah. mak aku kata sedap.so aku happy. hahaha

lin, aku ni kalau buat benda (baking) dengan hati tak berapa nak senang macam ni lah jadinya. hahahaha
apepun. thanks lin. next time aku cuba sehabis baik. hahaha. macarons project pun masih tergendala ni!

resepi : klik here n here.
sila cuba k!


xoxo

Sunday, February 14, 2010

Saturday, February 13, 2010

all fun and games



my eyes still swelled from last night.
but i will leave it right there(here) on my bed.
i've packed my bikinis and sun tanned lotion
and i'm going away.

see you guys around.

"I’ll never talk again
Oh boy you’ve left me speechless
You’ve left me speechless so speechless"

Friday, February 12, 2010

February Babies

oh. ramai sungguh celebrate birthday bulan ini.
Mak nyer birthday hari ni!!!
HAPPY BIRTHDAY MAK!!!!!
malam ni kita g celebrate k!

pastu last week birthday angah n pakngah (on the 7th), birthday girl (8th) and coming on the 19th birthday cheche.

last week lepas tengok baby rif rafail, sempat singgah di Bukit Beruntung. kebetulan diorang nak dinner for Pak Ngah & Angah nyer birthday. aku sponsor cake je lah. hehehe. kitorang g makan kat tony roma's e@curve. gila babas kenyang. yang best sebab si kecik Zara ada sekali. dah makin bulat. naik sekilo. ok lah. service tak selembab TR di Pavilion. cuma hari tu sangat panas. aircond tak rasa langsung. adalah dua babies yang melalak kepanasan. salah sorangnya baby Zara.

TR's style of celebrating birthday masih biasa je. i still prefer Planet Hollywood's, Bubba Gumps & TGIF. sebab lebih havoc. dengan instrument la, kena buat bootie dance la. kat TR nye simple. dia nyanyi reramai je. itu je lah.

meh la kita tengok gambar celebration itu!

  
- TR -Cik Zara Marissa yang super duper bulat.

  
 - the food - birthday boys & mak ngah + baby zara yang syiok tido

birthday mak hari ni tak tau lagi nak g mana. hadiah dah ada, cake dah beli.
Kicap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! balik aa cepat. plan nak dinner mana ni!!

ok tu je buat masa ni. papai.
xoxo

Thursday, February 11, 2010

Trip to Kota Kinabalu...



untuk kedua kalinya.
and dah dua kali jugak, aku ke KK tak sampai tempoh 24 jam.
semuanya kerana aku tak nak kerja dikacau hanya kerana aku outstation.
hahahaha.
dedikasi tak Cik @hkon?
macam biasa, aku pegi kali ni jugak sebab kerja.
penceramah tetap dah untuk P.U.(A) 395 induksi umum. :P
cita2 asal nak jadi lecturer dah terbabas ke lecture tatatertib.
tapi oklah. never in my mind aku terbayangkan yang aku boleh bagi talk kat depan crowd yang besar.

anyways, kalau kali pertama aku ke KK memang aku stay di hotel yang lima minit saja perjalanannya dari airport. but this time around aku stay di hotel di Papar. jauh jugak dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA). perjalanan dalam setengah jam jugak. dan jauh dari bandar KK itself.

walaupun jauh dari bandar hotel ni tetap best. tepi laut!!!!!!!!!! wuhuuuu. Cik @hkon memang suka bau laut. suka dengan beaches, pasir yang halus mulus, angin yang bertiup dan pokok kelapa yang sexy. ;) me likey.

nama hotel tu, Borneo Paradise Beach Hotel. secara keseluruhannya, from my observation, hotel ini bertemakan kaum2 etnik di Sabah. macam biasa kalau nak stay kat satu2 hotel, i will look it up kat webpage dan baca travel advisor dulu. ye la. kena la kan. kot2 ada pijat ke. tapi last2 aku terkena jugak. hotel ni takde towel! nasib baik aku bawak towel kecik (face towel) dan buatlah macam cukup untuk lap satu badan yang tak berapa nak kecik ni. and nasib lebih baik duduk bilik sorang2! hahaha.


so, cik @hkon bertolak ke KK jam 750pm. macam the first trip juga. sampai dalam kul 11 sebab delayed kejap. makan sedap ok! nasi bariyani ngan ayam rendang. before terbang, ada la beberapa drama berlaku. sapa yang ada facebook account saya tahulah. drama dengan penerbangan Malaysia. huk huk. but anyho, thanks Najeeb atas bantuan cepat dan tepat!

saya check-in dan terus ke bilik. stail biliknya adalah bentuk rumah panjang. dan setiap pintu bilik, di bahagian atas pintu ada nama yang represent kumpulan etnik di Sabah and saya tidur di bilik 210 - Bilik Punan. Bilik agak besar. with 1 king size bed. guess what??? bilik ni seaview okeh! hahaha. nice ;) cuma tak berapa best, lantai dia marble. so cam sejuk kaki. huhu.

malam itu macam biasa lah. bukan boleh lelap pun. pasang tv dan tido. terjaga kul 3 pagi, aku terpandang kat tv tu tengah iklan cerita hantu. haram betul! lelap kejap sampai kul 5.30. dalam kul 6 dah cam terasa dah lewat sebab tengok kat tingkap peserta kursus dah berlari2 dan buat lompat bintang kat tepi pantai.


so aku pun bangun lah. kantoi solat subuh ikut azan semenanjung. :P

dalam kul 7 terus ke cafe untuk breakfast. pastu singgah tengok klas dan ajak drebar g Pasar Filipin. perabih duit and pecut balik. lari tukar baju dan terus start klas. kelas kali ni agak senyap berbanding batch yang sebelumnya. tapi oklah. Penghulunya sempat teman aku minum petang dan baik budaknya. asal Semporna. sempat juga dia ajak aku jalan2 ke Semporna. :)


petang tu sebelum berangkat balik sempat layan blues tepi pantai dan sekitar hotel tu. sangat suka. very tranquil k! super relax. cantik sangat. nanti tengok gambar je lah! :P









jam 5.30 petang aku gerak ke KKIA. flight dijadualkan jam 7.50pm. kena ngorat kat Starbucks dengan mamat chumel bawak motor besar. hahaha. beriya dia mintak email nak add facebook aku.


dan perjalanan itu berakhir dengan sesi bermain game selama 2 jam selepas dinner. sakan jakun dapat naik kapal terbang besar yang ada banyak seat dan ada monitor tv tu! memalukan. hahaha tapi pedulik la. i bangga k. syiok sangat. kalau ada rezeki, boleh terbang ke Kota Kinabalu lagi kan!

so itu saja untuk trip ke Kota Kinabalu saya! :) sila cuba hotel ini. best.
(gambar2 menarik saya kongsi di FB atau lain entry ye)

xoxo

p/s : banyak lagi lah 'hutang'...
satu2 kay!