Monday, May 31, 2010

macam banyak je


ok. entry kali ni macam nak tulis fakta instead of cerita. dan ada beberapa soalan. tolong jawab eh korang...


  1. baru balik dari Puspanitapuri, P10. Ada majlis YeaPeeSee 2009. saya berdiri dengan my 5inch Yunique Paradise, Channel inspired pump dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Kemudian bersambung dengan 3inch NOSE pumps. and now, i got blister all over my feet. i can't even bend my toe fingers. T___T. kesian kaki saya. kerja keras hari ni. oh ye, tahniah kepada penerima-penerima cemerlang tahun 2009. ramai muka2 2/2006 k. plus minus sepuluh orang jugak lah.
  2. i really really wanna buy my SATC 2 movie ticket in advance, tapi sampai hari ni dalam website takde pun appear option movie itu on June 3rd. please help me kepada sesiapa yang tahu.
  3. pelatih PeeTeeDee yang menjalani DeePeeYea meninggal hari ni semasa menjalani modul yang tidak pernah kami lalui sebelum ni. Al-Fatihah. Takziah untuk keluarga arwah. masa batch saya pun ada seorang meninggal, tak masuk paper plak??ooo sebab dia sakit cancer la. Al-Fatihah.
  4. saya beli mice untuk netbook saya. zebra uols. nanti i post piccas. dan saya baru beli scarves hanger from IKEA. puas hati. kemas sikit shawls saya.
  5. tahniah buat jiran sebelah bilik saya yang dah selamat bergelar isteri last Friday. minggu ni saya sibuk dengan anak bos punya wedding pulak! bilalah nak wedding ai ni?? haha gambar saya post kemudian.

ok. lima je. kaki sakit, perut lapar, kepala agak pening, mengantuk.
[nak tau updates yang lebih update, follow my twitter!!:P]

okthanksbai


Sunday, May 30, 2010

it IS impossible

for me to be fall in love.
no one can understand me, no one can ever understand me.
i think i am a monster. not a normal type of monster but a very rare one.
whatever came out from my mouth are wrong, wrong, wrong.
and yeah, it is impossible.

Shontelle - Impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know
And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them
Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible 



i will never won (any) battle.
*sigh*

Saturday, May 29, 2010

awesomeness

what is your greatest feeling now?

for me - right at this moment is lounging at a plush sofa, at Starbucks Coffee, with the nice-stimulating-god-knows whatever-coffee-smell, a new book [The Carrie Diaries], and surrounded by the people you loved most! pure bliss. high on coffee-jangan percaya sangat saya ni. hahaha

it's awesome how i can feel it at so(bliss) me particular moment.

<3

Thursday, May 27, 2010

HP Mini "to buy" Checklist

  • Windows 7 Home Basic/Premium

  • External Cd Drive

  • Optical mouse

  • Netbook Sleeve

  • External Hard Disk

Men and Camel





"our relationship with men is like riding on a camel. they will not do what we asked them to do so, but to reach the destination,we just got to hold on to it"*

Carrie Bradshaw & Samantha Jones on their camel ride in Abu Dhabi
~Sex And The City 2~

me and you, just us too.
where's my Mr. Big? *sob**sob*
mahu cari tiket sudah. ticket for 2, SATC 2 with anyone who will be my date on June 3rd!


*the quote may vary from one in the movie, but that is similar la kot. extracted it from the SATC sneak peek on MTV

random

it's 8 am.
i am on my bed.
no, i'm not working today.
i'm publishing this entry using my brand new HP Mini 210.
thanks to Kicap. because of the Unipack that he subscribed to, i got my own netbook.

oh oh. i wanted to write more, but American Idol dah start..
later!!! it's the GRAND FINALE people.
follow me on twitter to read the review live..

tata

*updated*

i bring out my cute lil lappie to the living room.
while watching AI, tweeting what happened, with my coffee.
what a life.
i'm thinking of going professional on my own (wah! ayat kau.)
no, no. not just yet.
bagi penuh akaun bank dulu ye.

oklah.
more entry post later sebab dah ada si cute HP Mini.
oh, Cassie James is up.
"every rose has its torns....lalalalala"


girls. don't forget.
malam ni ada Sex And The City 2 Launch story with Marion Counter at 712.

updates : Lee wins AI!!! 


let's get carried away!!!

Wednesday, May 26, 2010

speechless

hai all.
saya baru balik dari p10. ada raptai majlis besar di Jabatan.
saya bertindak sebagai Urus Setia yang buat-buat sibuk je sebenarnya.
kerja dari semalam tidak putus2. saya janji dengan diri sendiri untuk TIDAK melibatkan diri sangat.
saya ingatkan diri saya, jangan offer untuk buat apa2. buat bodoh sudah.
tapi saya tak boleh. saya jadi kaku. and i hate the 'kaku' moment.
tell u the truth, biarlah saya berlari2 dalam kasut enam inci sekali pun, saya tak kisah.
saya suka membizikan diri.
oh, actually i love hosting an event.
yes it may be a VERY tiring process, tapi bila outcomenye cantek, kepuasan mengatasi segalanya.

cuma satu saja lah. kerja dalam kumpulan akan menyebabkan perkara2 ni berlaku.
kalau kerja sorang2 memang tak jalan kan.
erm cuma kepelikan berlaku dan menyebabkan saya speechless.
bukan speechless pun, dah buat aku bebelkan dengan orang2 yang rapat dengan aku.

RESPECT. itu pokok pangkal dalam kehidupan seharian.
kita maybe respect orang yang umurnya lebih tua dari kita, kita maybe respect orang yang banyak pengalamannya dari kita dan kita respect orang yang menyelia kita.
dalam perkataan respect itu, bukan bermaksud kau gosokkan kasut dia kalau ada habuk, tuangkan air kalau nampak dia haus, angguk je apabila bercakap dan sebagainya.
ianya adalah sangat subjektif dan perlu ada dalam diri semua orang.
Adapt dengan keadaan sekitar. Tak perlu semua benda kena tegur, tak perlu semua nak kena marah baru nak buat. saya dan Geng! memang pantang bab2 kalau host event, sebahagian buat kerja yang lain melepak, borak. itu memang tak boleh blah. kalau rasa malas nak buat kerja, let go. bagi orang lain buat. dan kalau lah perkataan yang kita guna tu kena jaga.
saya bukan mengata orang di sini. saya ingatkan diri saya jugak.
akhirnya. saya mengalah dan YES. saya akan buat sehabis baik saya.
apapun. saya pasrah je la.malas pikir dah.

ok. cukuplah.
saya letih. ada kerja lagi nak kena settle.
later!! tak mo bebel dah.
hik hik.

Tuesday, May 25, 2010

cute sangat

Y

Picture Perfect : Red and White Birthday Theme

HAPPY BIRTHDAY DEAR EIMRAN!!!!
it's a mini birthday carnival for the 1 year old Eimran.

nom nom Mickey's head. hehe


the 3/4 eaten jelly-cake

mr. balloon

game

bong with her corsage balloon (s)


my favourite part - the favors
*tengok tu, ada mickey yang kepala gerak2 tu!!!*


*semalam tak dan update. serius mengantok!*

Monday, May 24, 2010

the cure

for your aching, blistered, tired feet from wearing your highest stiletto.
i know i had (a lot) of blistered marks and letupan2 berair akibat pemakaian high heel yang melampau
Yes, i'm no Carrie Bradshaw, and i still need ballet shoes occasionally and i do wear Crocs, super flat Crocs. :P. but i <3 my high heels. i can't live without em'!

anyways. i found the cure to my aching foot apabila terlalu lama memakai atau terlalu banyak berjalan guna 5 inch-heels. and now, let me reveal to you. the secret. hahaha cam poyo!
introducing....(drum rolls)......Footsie Roll!!! yeah yeah. u knew bout it? Footsie Roll ini asalnya dari Philippines kot (rasanya lah. sebab aku try google, itu je yang keluar). aku tak. aku baru je tahu. tahu dalam last year, hasil bloghop dan mencari ilmu tambahan. Banyak la jugak yang dah bercerita pasal footsie roll ni. source utama tentulah TongueInChic!!

and lucky me, ada satu belog kegemaran saya, Bagaholic ada sepasang. saiz S plak tu!
(thanks Ninie!!!) terus bayar dan pagi ni saya dapat! yeay!!!!! i love it. lepas ni, memang la akan berada dalam hangbag selalu. so, boleh lah pakai high heel kalau jenjalan. bila dah sakit kaki, boleh lah tukar ke my footsie roll!!! woot! woot!

the box. the flawless ugly feet (abaikan).
1. roll it 2. shove it in the bag 3. one extra bag for your heels

beza my 5-inch platform working shoes dengan footsie roll. 
*amazing*


awwww. so in love. <3!!!!
love my 5-inch heels. love my ballet flat. love shoes!!!!!!!!!!

Sunday, May 23, 2010

indah sungguh panorama, bagai pulau nirwana..

ooh la laa...
tropikaaa..

korang ingat lagu kat atas tu? hahaha. kalau tak tahu, klik sini! Itu adalah lagu Francisca Peter.
aku teringat sebab kat dalam bilik ni, walaupun dah pasang kipas nombor 5, masih rasa bahang.
itulah kehidupan di negara tropika. Lin - ko sejok kan kat sana??? tunggu lah balik sini esok, mya mesti berpoloh!

entry ni takde kena mengena ngan tajuk pun.
aku hari ni melantak je kejanya.
semalam pun sama. hahaha. memang gemok!
semalam ke Ukays Perdana ke apa tah nama taman tu.
Rumah Kak Julie, untuk birthday party Eimran Qilfi yang pertama.
sangat grand ye. tema warna merah putih. cemburu sungguh tengok birthday budak2 lahir tahun 2000 ke atas.
meriah uolls. meletup2. ada tema, makanan kalah kenduri tunang, ada entertainment lagi.
anak aku esok2 tak macam mana pulak kan. hahahaha.

gambar update esok lah! sebab lappie Kicap ni takde Photoscape, malas nak guna Adobe Photoshop alasan tak reti guna sebenarnya, wek wek.

lepas dari birthday party, saya dan Mak terus ke Curve (singgah Sri Gombak jap). niat di hati nak singgah Ikea beli scarves rack, tapi tak jadi sebab tak terjumpa. huhu. bila tanya cashier kat mana, jauh sangat, niat terbatal gitu je, next week la kot. jalan2 kat tempat paling syiok iaitu Flea Market, saya berjaya mengepau Mak dengan earings yang super kiut (nanti tunjuk) dan beberapa benda lain. hahaha. balik terus flat sebab bawak kereta dari selatan ke utara. letih.

dan hari ni. Ahad. agenda pagi adalah menonton Private Practice 3 (wuhuuuu!!! dah habis) dan kul 12.30 Puan Didi ambil di rumah terus shoot ke Bukit Damansara untuk wedding member dia. Makan sebanyak2 nye dan balik tu (sangat panas!!!) kitorang singgah Delicious Bangsar Village II untuk layan desserts. Didi had Berrilicious Chocolate Pavlova and i had Red Velvet Cupcake & Earl Grey Tea. uuuu layan sungguh! mahu lagi!!!! hik hik.

dan hari ini, secara rasminya. saya mahu mengumumkan yang saya sedang mengintai Thomas Sabo Charm Bracelet. yummeh. Didi, mahu beli bersama? yuk. Pavilion next week! gile!

oklah, tu je. sambung esok ye dengan gambar2 menarik yan sempat saya rakamkan!

later.
(if nak mengepoh apa saya buat bosan2, sila follow saya di twitter! hahaha. bye!)


p/s : Kiera - welkam to the club
p/s/s : Didi - aku tak sabar ni

ok dah. bye!

Friday, May 21, 2010

fesyen tudung

i've tried everything.
dari bawal ke tie rack ke shawl hinggalah ke style tudung ariani.
hahaha. dan tak pernah stick pada mana-mana pun.
tukar2 ikut kesesuaian.

anyways, lately banyak style tudung yang ala2 ikat rambut tinggi sebelah belakang tu.
sebenarnya benda ni dah lama. masa wedding seorang kawan saya back in 2007 pun dah ada fesyen ni. cuma sekarang memang macam semakin berleluasa. tambah pulak dengan pengenalan serkup syria dan sebagainya, ramai yang buat sanggul tinggi untuk nampak cantik. bahkan ada juga penjualan sepit rambut palsu untuk membolehkan wanita yang berambut sedikit atau pendek pun ada bonggol juga.

anyways, saya cuma nak tarik perhatian terhadap beberapa isi blog yang saya baca sejak awal minggu ini. sangat menarik kerana ianya mengisahkan tentang beberapa hadith berkenaan dengan bonggol tudung ini. saya tidak lah arif, tapi sama-sama lah kita hayati hadith-hadith ini. wallahualam.


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadith riwayat Muslim)


“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

(Hadith riwayat Ahmad)


renung-renungkan lah.

:D



Thursday, May 20, 2010

Robert Pattinson ada kutu?



klik sini for more story regarding Robert Pattinson lice problem.
i hate the fact that he cut his precious hair, tapi apakan daya....
saya masih menyintai kamu Pattinson R.







courtesy from omg.yahoo.com.
Robert Pattinson and his tousled locks at a "Twilight: New Moon" screening.James Devaney/WireImagePattinson showing off his newly short 'do on "The Ellen DeGeneres Show."Courtesy The Ellen DeGeneres Show

Wedding Ache Apat dan Achik Paie


Last weekend, seorang lagi ahli Geng! bergelar suami. 
Budak yang paling naif dan berada di tangga bawah carta Geng! telah pun selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya, Faidah selepas solat Isya' di Bukit Mahkota, Nilai. 

bersiap

the girls with the groom

kami berenam (Min, Um, Didi, Mila, Ayol dan saya) berkonvoi dengan 10 buah kereta yang lain ke Bukit Mahkota. Dengan dua kali lafaz (first tu sebab tercicir sikit je tang nama) Cheche berjaya memperisterikan Faei. hehehe. dengan sakatan, kutukan dan gelak tawa dua orang lelaki itu (Mila & Ayol) di hadapannya, Cheche tetap maintain. hehehe.

amin...

sisters

hampir jam 12 baru nak sampai rumah, super ngantok dan wedding (majlis persandingan) sebelah perempuan diadakan keesokkan harinya. 

dengan Putrajaya di penuhi oleh ramai rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Belia dan Jom Heboh, memanglah super jammed tambah pula di sebelah presint 2. Wedding mereka diadakan di Perbadanan Putrajaya. Kami sampai lebih kurang jam 12.30 dan Cheche dah selamat pun berada di meja santapan. terus je beratur dan makan. masih orang-orang yang sama hadir. Max dan Nana tak berjaya datang kerana ada komitmen yang mendesak dan Said pula lambat. Jam 3 baru sampai, saya dah g presint 10 masa tu.

love the baju!

Geng! super seronok. lepas ni turn Mila dan Um pulak (Good Luck Mila untuk hujung minggu ni!!!!)
Majlis bertema hitam merah di sebelah lelaki yang akan diadakan pada 29 Mei 2010 di Taiping, saya tak dapat hadir (sorry Che) kerana saya ada tugasan untuk wedding di dewan JKR. wedding jiran sebelah ni. 

So, Yasser & Faei. TAHNIAH! Be a good husband ye Che! dan sekali lagi, untuk Um dan Mila...GOOD LUCK!


p/s: gambar lain di Facebook!

Wednesday, May 19, 2010

i quit

(not just yet)




*thanks Said, for sharing the nicest (and most suitable) song*

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way






" Ya Allah. Aku hamba-Mu yang terlalu lemah. Hanya sedikit dugaan dari-Mu buat aku merasakan aku telah terjatuh dengan kesakitan yang amat perit. Aku perlukan kekuatan dan semuanya dari-Mu Ya Allah. Kau yang berikan ku segala sesuatu yang aku rasa. Kau juga satu-satunya yang dapat membantuku. Aku memohon keampunan dari-Mu sekiranya aku sering alpa dengan tugasku kepada-Mu. Aku memohon agar aku diberikan petunjuk, hidayah dari-Mu. Uji lah aku dengan ujian yang boleh aku hadapi. Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Amin. "







Tuesday, May 18, 2010

movie (date)

no. i don't have one (yet).
movies line-up are:


  1. Shrek - Forever After (May 20th)
  2. Sex And The City 2 (June, 3rd)
  3. Lagenda Budak Setan (June, 3rd)
  4. Toy Story 3 (June, 17th)
  5. The Twilight Saga - Eclipse (July, 8th)

for no.1 - sanggup pergi seorang diri. kerana tak ramai yang suka katun. :D tak dapat tengok 3D pun takpe. 
no.2 - i want my SATC 1 date. 
no.3 - ini adalah option sahaja. tak dapat tengok movie pun takpe. my teenage love story!
no.4 - ini pun sanggup menonton seorang diri. :D
no.5 - maybe dengan Min, maybe dengan Kak Long. maybe tengok 3 kali.


p/s : siapa mahu menjadi date - sila email atau sms saya. ;)

*saya masih dalam Loser-Ville*
entry ini tidak memberikan justice.


Loser-ville




Saturday, May 15, 2010

he wanted to be a rapper?

seriously??
Rob dear, you are too cute to be a rapper darling!

go watch! (video from YouTube)


i can't wait!!!!!

Eclipse, Sex And The City 2, Shrek, Toy Story 3.
OMG!

*jatuh chenta kembali sama Robsten!*

Friday, May 14, 2010

illegal


morning darlings. 
pagi ini sambil membawa kereta, mendengar Fly fm. (rutin harian ye).
di saat di Phat Fabes menyebut "next is Lady Gaga featuring Beyonce, Telephone" saya tetiba teringat!

*ting*

zaman sekarang kita sibuk dengan mp3, urusan download secara haram. be it lagu, music video, tv series mahupun movies. memang lah teknologi menyenangkan kaki-kaki download seperti saya ini untuk menonton dan mendengar lagu dan sebagainya. 

tapi korang ingat tak? sebenarnya kita dah pun melalui zaman mencetak dan merompak lagu2 dan video ni lama sebenarnya. tapi caranya lebih old school dan memakan lebih banyak masa. 



dulu sebelum adanya stesen radio swasta macam Era, Hot FM, Fly FM, Sinar, X-Fresh dan sebagainya, saya hanya mendengar dua stesen radio sahaja (yang sekarang ni matilah jangan harap nak store dalam memory radio pun!) iaitu Radio Muzik (stesen muzik anda - sila nyanyi ikut tune) dan Radio KL. atau kalau bosan bukak lah THR atau pun Best 104. 

*pujaan hati dahulu kala*

Kalau dulu di Radio Muzik rancangan paling popular adalah yang malam2 tu. alamak, apakah namanye????
(please help kalau korang ingat). Rasanya Pilihan Bersama kot. yang seleksi lagu-lagunya adalah pilihan pendengar. Kalau nak dengar lagu feveret, kena call. dulu mana ada sms dan e-mel. Zaman itulah lagu-lagu Kak Ziana, Celine Dion, Siti Nurhaliza, Slam memang lah popular. Masih saya ingat lagi, kedegilan tanak beli kaset sendiri (ye, masa itu zaman kaset) dan duduk depan radio kecil yang diperolehi dari hadiah hari lahir, masukkan kaset kosong dan cepat2 tekan butang 'record' bila DJ radio kata, pilihan seterusnya adalah dari...dengan lagu pilihan..Madah Berhelah. hamik kau! cepat saja record lagu dan tunggu sampai lah lagu tu habis dan tekan butang 'stop'. dari kul 8 malam sampai lah sepuluh malam. habis juga dua-dua side kaset tu.



Bila dah ada kompilasi lagu-lagu best mulalah layan. Walaupun sound yang dirakam tak la best mana, tapi puas hati. bawak lah ke mana-mana dengan Sony Walkman segabak-gabaknya. bangga okeh. Zaman dulu kalau pegi lawatan kat sekolah, ada walkman memang dah kira hot stuff lah! hahaha. 




Dulu takde Astro. Yang ada pun Mega TV. Ingat tak? Ingat tak? hahaha. Walaupun channelnya tak seberapa, tapi bolehlah. Setakat nak layan Basketball dan sikit MTV sekali sekali. boleh je nak record guna video DVR tu. Lepas tu, zaman CD diperkenalkan. Mulalah beli CD Video Klip MTV kat pasar malam. (aku je kot). Masuk akhir zaman sekolah menengah, demam Napster mula merebak. haha. di sinilah bermula kerja illegal downloading dari internet. ko nak lagu apa? dari omputih, hidustan, spanish, french, melayu. segalanya lah. memang MMA (macam-macam ada). Naik ke Universiti, aku mula gila cerita-cerita Korea. server di kolej tak berapa nak kuat, tapi banyak sangat budak2 (terutama budak Sc Comp seperti Puan Kopi dan Suhana Azlin - hahaha, macam ye) yang buat duit dengan jual satu set cd. Cerita Winter Sonata, Full House dan banyak lagi. oh rindu zaman di UTM! pssst : siapa ada FullHouse? rindu lah nak tgk. pinjam.....

Rain di zaman gonjengnya.

Mp3 menjadi kegilaan saya. Ada beribu kot lagu. Kalau campur semua HD yang ada, memang la mungkin beratus ribu mp3. hahaha. saya tak buat jual pun. dengar sendiri2. tapi masih membeli album original ye. Contohnya album Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. hahahaha. Itu belum lagi nak bebel berkenaan dengan You Tube dan macam-macam lagi sumber mendapatkan mp3 dan video2. Seekasong la, 4shared la. Rapidshare. hahahaha. 

Itulah dia. saja nak membebel. serius teruja dan teringat zaman lampau masa dengar radio pagi ni. teringat lah nostalgia. zaman ini memang mudah. nak apa pun. hanya satu ketikan di keyboard dan mouse sahaja. dah dapat semuanya. guna handphone pun boleh!

Alhamdulillah. 

p/s : sokonglah arena muzik tanah air. :)



Thursday, May 13, 2010

dalam hati ada bunga







dalam hati ada bunga
bunga ada dalam taman.
niat di hati nak memetik bunga
adakah bunga dah disunting orang?

ewah. ahkon ni. petang-petang hujan petus (bahasa Melaka uols) ni merepek la plak.
haha. skang ni kan musim orang kahwin, tetiba rasa nak pantun meminang kau!

anyways. aku takde benda nak update, cuma nak upload beberapa gambar tantek hasil dari jenjalan beberapa lama yang tak lama tu. aku sker amik gambar bunga. sebab bunga kalerful. cantik. niat di hati nak print besar2 and letak kat rumah (bila ada rumah sendiri). tengoklah camne. mean while, saya mahu kongsi sama kamu ya!

  
Pokok Sepit Udang (Heliconia Psittacorum) dan 
koleksi flora di Felda Residence Sungai Klah, Sungkai. 
Perak


Teratai violet (nymphaeaceae) di Hotel Sukajadi, Bandung Indonesia *argh rindu!*
Pokok Sepit Udang (Heliconia Pendula) di Borneo Paradise Resort, Papar.

Mini Bunga Raya? (Hibiscus) di Felda Residence Sungai Klah, Sungkai. 
Perak


Teratai Putih di Felda Residence Sungai Klah, Sungkai. 
Perak

  tidak tahu (bunga spider????)


oklah. have a nice day tonight. kalau tengok badminton takmo terkejut2 ye!

bye.

xoxo

Thomas Cup 2010


history on Thomas & Uber Cup Championship here

ok. last Malaysia menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. iaitu semasa saya berumur 9 tahun, darjah 3. masa tu oklah kot. lompat2 sebab suka Malaysia menang.

gambar dari utusandotcomdotmy

dan tahun ini, 2010. saya berumur 27 tahun dan Kejohanan Piala Thomas 2010 (dan Piala Uber) berlangsung di Kuala Lumpur. Bukit Jalil to be exact. mesti tengok lah kan. siapa kata tak tengok. 

cuma yang tak bestnya, satu, semasa menonton, saya rasa jantung ini bagai nak gugur - menanti keputusan dan menyaksikan aksi-aksi pemain (Malaysia).

bukan tak mahu menonton Uber Cup, tapi tak berkesempatan. masih berada di pejabat sewaktu permainan berlangsung.

untuk makluman semua, selepas perlawanan pasukan Malaysia ditewaskan oleh pasukan Jepun tempoh hari, saya semalam tidak menonton perlawanan Malaysia - Denmark. terasa rugi. tapi adalah reason. reasonnya, saya masih di pejabat dan tidak sampai hati menontonnya. sebab takut kena heart attack!!!!! saya hanya berkesempatan menonton separuh perlawanan Wong Choong Hann sahaja. semasa perlawanan dengan Jepun itu, memang lah saya menonton hingga habis. dah la tukang karut pengulas sukan itu ayatnya tak konsisten. kejap pasangan ini serasi, digandingkan dan akan membuat kejutan. bila dah kena blasah cakap lain. haih tv, tv....

malam tadi saya cuma update tentang game hanya melalui Twitter je. thanks kengkawan Twitter yang update saya seperti Melissa, Enche Sani, Puan Kopi!!! alhamdulillah Hafiz menutup peluang Denmark dan membuka laluan ke separuh akhir untuk pasukan Malaysia. jangan main selamba sangat ye!!!

gambar dari bharian online

tapi kan. pagi tadi sebelum ke pejabat, saya sempat tonton re-run match Dato' Lee Chong Wei menentang Peter Gade (dan menang!). saat mata terakhir tu diterima, tetiba air mata ini menitis.

oh patriotiknya saya! :P

tak sabar nak layan game lagi!! sapa2 nak jual tiket game Malaysia-China? atau bagi free saja, let me know. teringin lah!

ok. itu je. bye!!!

p/s : tetiba rasa dah lama tak main badminton. alasan - tapak kasut tercabut dan pemegang raket dah haus.

Wednesday, May 12, 2010

yeah i'm gonna give you (highway to) hell(o)!!!!

thanks to the technology.
credits to YouTube

highway to hell

gives you hell

hello


enjoy korang. i know i do.
tak sabar!!! sesiapa dah ada, sila lah pass around.
pretty please....

oh cinta



yes. this video made me feel the Y
(video credits to YouTube)


You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like a bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile
Don´t know how I lived without you
Cuz everytime that I get around you
I see the best of me inside your eyes
You make me smile
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild


nice eh?
oh love, love, love.

Tuesday, May 11, 2010

Travel Review : Trip To Tawau


oh. ini telah berlaku sebulan yang lalu. 
maaflah. saya memang agak busy dan banyak event lain yang telah menyebabkan saya lupa pada trip yang satu ini. adalah beberapa sebab saya lupa (atau buat-buat lupa) dengan my travelling trip to Tawau. saya ke sana atas urusan kerja. memang tak boleh nak elak, sebab kerja dan kalau elak pun memang rugi. sebabnya, bila tah lagi saya nak ke Tawau kan? sedara mara takde. bau-bau bacang lagilah. :D

so anyways, trip kali ni agak panjang berbanding dengan trip-trip ke Kota Kinabalu previously. menggunakan aura mengada gedik saya, saya pohon ceecee untuk booked tiket yang ada dua digit. hahaha. sebab konon nak naik flight besar. merasalah flight besar sangat kau! saya SENGAJA booked tiket KL-KK, diikuti dengan KK-Tawau. teka lah, naik apa. haha dapatlah naik flight obersea katanya. tapi bukan ke Jepun atau Korea , tapi ke Taiwan. dan kapal terbangnya adalah boeing biasa. (gelakkan sejuta kali!!!) 

sampai je di KLIA (thanks Dalila, hantarkan!) terus saya buat check-in (masa ni belum ada BB :P) di mesin itu dan buat check-in untuk dua-dua flight. dengan andaian flight delayed ke, takut ramai la apa la. so, i jenjalan kat dalam tu dan terbeli sebotol body wash Coconut Passion yang baunya sungguh menggiurkan. adapun panggilan telah dibuat, saya dah redha sebab dah nampak plane cinonet yang bakal dinaiki. oh, keadaan saya dalam kapal terbang adalah lebih horror. penumpangnya agak hiruk pikuk dan asik bangun duduk dari tempat. yes, saya benci naik flight dan saya pening sepanjang perjalanan. oh ye, dalam flight itu juga, saya duduk di tengah2. sebelah kiri (iaitu di tingkap) adalah seorang akak yang bertugas di KKIA. dia tahu bila nak bercakap dengan saya dan bila nak tido/berhenti berborak. sebelah kanan pula adalah seorang pakcik yang umurnya dalam linkungan lewat 50-an. dia baik. dia beri saya coklat Ferrero Rocher percuma yang dia tak mahu dan sepasang topeng muka H1N1. dia sangat peramah. dan ceritanya berbalik dari family, kerja, kawan-kawan dan segalanya. termasuk pemandu teksi di Kuala Lumpur dan Putrajaya. bila dia tahu yang saya berkhidmat di JayPeeYam, dia terus masuk jarum mintak projek. oh, itu belum masuk Dato'-Dato' yang dia kenal. argh tak mengapalah. cuma dia telah membuatkan saya mabuk sehingga saya sampai di Kota Kinabalu. bukan dia. tapi juga dua orang penumpang perempuan di hadapan tempat duduk yang beriya2 mengambil gambar sambil berdiri sewaktu touch down! itu cerita dalam kapal. luar kapal pulak....

saya touch down di KKIA lebih kurang jam 530 petang. adalah tidak perasan di tiket MASWings itu tertulis flight KK-Tawau jam 9.30 malam. so saya berjalan-jalan di dalam KKIA tanpa ada niat jahat untuk bershopping di Pasar Filipina. jam 6.15 petang saya dah meroyan penat. phone pulak bateri dah kong. kena carik tempat untuk charge. saya terus buat muka kiut dan mintak kastam tu lepaskan saya untuk saya masuk ke sebelah dalam. hah, terus ke Starbucks untuk charge battery sambil menikmati senja di tingkap besar KKIA. bosan pulak tu. tunggu lama sangat. cake pun rasanya tak sedap macam selalu. hahaha. sebab penat tahu!

teman tapi mesra (nampak tak sunset kat tingkap tu??)
- Strawberries & Cream Frap (first day lauch the same day saya di KKIA), Wedding Mags (wtf) & Carrot Cake

saya angkut beg, terus sambung jalan2. niat di hati yang penuh nafsu nafsi ni nak beli perfume la ape la. last2 tak jadi jugak. terus turun ke departure hall. sambung lagi charge battery di tepi corner. nasib baik abang polis bantuan tu tak marah. sukati aku charge battery kat tiang KKIA. apa lagi. masa ada lagi 3 jam masa tu, tengok tv. boleh? kalau tahu, dah lama amik flight direct ke Tawau. huhu penat uolls. T___T akhirnya panggilan untuk flight MasWings ke Tawau berkumandang tepat jam 9.15 malam. hamikkan, lunyai ye puan-puan dan tuan-tuan. kalau ku tahu, aku mintak sesapa kat KK amik bawak balik rumah, or makan seafood!

pengalaman naik MASWings? it was ok. hahaha ke sebab saya dah letih, i dozed off the entire journey. oklah. dengan beg yang berat (jangan bawak beg berat kalau nak naik plane cinonet ye), teragak2 jugak pramugari itu tolong angkat. sama je macam kapal terbang biasa, cuma sempit lagi lah. luckily seat bersebelahan saya kosong. feature yang menarik perhatian adalah ketiadaan pramugari yang menunjukkan cara-cara memakai tali pinggang dan safety jacket tu. diorang cuma guna video. cam flight besar la kan. :P dan selepas dihidangkan dengan air apple dan muffin gemok, diorang tunjukkan video tentang keindahan Sabah dan Sarawak. me likey. tapi saya mengantok sangat masa tu, saya tido. 


Sampai di Tawau jam 11.00 malam. call Urus Setia, dia tipu saya kata belum sampai di airport. saya nak nanges k. huhu. takde saudara, kawan2 - dah nekad nak tido airport. rupanya dia dah sengeh2 tunggu depan pintu. chet! Tanpa minta dibawa minum mamak ke, saya ajak dia balik hotel terus. letih sangat dah. saya menginap di Hotel Kingston Executive, betul2 di tengah bandar Tawau. bilik super huge, bersih. cuma maybe ada bau2 rokok yang tak habis sikit tu yang buat saya loya masa first time masuk. 

bilik untuk dua malam

Kelas saya the next day jam 1.30 petang dan 7.30 malam. Kelas diadakan di Kem Kukusan, Tawau. merasalah masuk kem dan teringat cerita zaman di PULADA. hiks. saya tak sempat berjalan-jalan kerana kereta limited dan saya pun tiada mood. Saya jalan2 kat area hotel pun tanpa bawa turun kamera. nak buat apa, amik gambar rumah kedai je kan? ada jugak teringin nak ke Semporna untuk Lepa-Lepa, tapi masa tak mengizinkan. Hari ke-3 jam 10.00 pagi saya dah bertolak ke airport Tawau semula. kali ni naik flight terus ke KL. hahaha. tobat! tapi apakan daya saya, saya cuba check-in awal. rupanya saya ditempatkan di seat paling hujung di dunia iaitu 27. waaaaaaaaaa nanges. nasib saya baik sedikit sebab saya seorang je. cuma semasa flight itu, saya minum 3 cawan guava juice untuk menghilangkan rasa loya dan kepeningan. (saya asik terbau2 toilet la....T___T). nak bitau, saya jumpa seekor lipas keluar dari hujung seat saya. *nanges lagi*

di Lapangan Terbang Tawau

tiada apa ole-ole yang dibeli. hanya t-shirt sahaja. itu pun t-shirt Sipadan (motif?). menyesal tak beli frozen seafood kat airport. haih. anyways, saya suka Sabah. saya teringin nak pergi lagi. tak kisah la memana destinasi pun di Sabah. saya teringin nak makan seafood yang diceritakan sungguh murah itu. 

bila lagi eh nak g Sabah. hehehe










mak menang nyah!



i dapat (dua) award uolls. woot woot!
satu dari mak buyung - WanMai dan satu lagi dari Kiko Khan.



1. thank and link the person that give you the award 
- to WanMai dan Kiko Khan, am i that beautiful? wow. thanks. *merasalah perasan*


2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
- 15 kan? wow. banyak tu. ok. let's start.
(1) Suhana Azlin dan Mya Chomel - beautiful stayed-at-home mom with her stories of baking, travelling and Mya!
(2) Um Liyana - yang sedang pecah otak nak buat preparation tunang/kahwin
(3) Puan Zuraida - newbie yang baru berjinak2 blogging since dah ada 'baby'. update la selalu k!
(4) Dalila The Frog Princess - jangan selalu sakit/merajuk/nangis/
(5) Puan Kiera - come and join me in the BB World. hiks.
(6) Puan Fara Izuwin dan Cik Bom - ko masih lawak seperti di zaman anak dara. hahahaha
(7) Tina - untuk Mika dan Maryam yang beautiful, juga maknya :D
(8) Yanty - rindu ang! mai datang rumah
(9) Cik Aqilah - partner in crime. bakal bergelar isteri next week.
(10)  Mursapap - voluptuously beautiful
(11) Encik Tariq Effendi - i like you, and your blog. period!
(12) Didi - walaupun ko dah dapat 3 kot. aku bagi lagi.
(13) Peeja - award kecik untuk blogger meletup cam kau!


argh, banyak la 15. huhu. nanti la sambung. if teringat.


3. Contact said blogs and let them know they've won the award.
akan dimaklumkan kepada pemenang2 itu.


4. state 7 thing of yourself
- pendek dan kalau tak kaver makan boleh gemuk!
- baru discover saya tak suka naik flight - nausea lah!
- suka benda yang masam. jeruk, asam, pooh masam tapi ketiak masam no-no. :P
- gadget freaks. boleh godek satu-satu gadget sehingga takde apa nak digodek lagi
- saya semakin malas exercise. walaupun bukan kerana takut diculik seperti Fara. 
- selalu mengidam makanan yang macam2. hari ni nak sambal sardin, esok nak mee rojak ayam Uniten
- perasaan terhadap KLIA, Pulau Pinang, kasut, katil sendiri, Encik Pooh adalah tidak pasti. tapi yang penting ada perasaan manis di situ.



Monday, May 10, 2010

May 10th

it's Monday and today is Ayah's 51st Birthday!!!!!!!
(diorang semua kat rumah - Mak n Ayah nak ke hospital & Kicap dah start cuti. saya kerja! huk)


semalam MakNgah datang (Happy Belated Birthday MakNgah!) bawak cake yang super kiut. kami celebrate beramai-ramai bersekali dengan Mother's Day. dah cerita di entry semalam. saya mahu masukkan gambar saja. :)

Z & Z memotong cake.

half of the Yunus Clan

Zara amused by the colourful birthday candles
*adorable*

p/s : kepada yang berkongsi birthday dengan Ayah saya iaitu Mr. Najeeb - Happy Birthday jugak. Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki Selalu!!!!!

Sunday, May 9, 2010

Mother's Day & Father's Birthday

Hello people!!!! How's your weekend?

Saya Sabtu ke Seri Gombak untuk jumpa SG Girls dan si budak masam SG Girls
Jr. - Rif Rafel. Ina's son. Aww super kiut sebab dah 3 bulan usianya.



Ahad? Happy Mother's Day to my Mak,Mama,Mak Noriah, Mak Ngah, Mak Uda, Mak Usu,
dan semua ibu2 di dunia. Tambah istimewa bila kami jugak celebrate birthday Mak Ngah(May 7th),
&Ayah(May 10th). Mak buat nasi ayam for lunch and Mak Ngah brought cake - a very nice
Chocolate Brownie Cake.

I had fun with the ever cutest Zara Marissa and the Yunus Clan!
Esok nak dinner and belikan ayah present! For now, nak layan Mentor.

Da da. Nite!

Thursday, May 6, 2010

rumah nombor 13


yes.
untuk lebih tepat, Villa 13.
kami menginap di Villa 13 hujung minggu yang lalu.
takde apa2 yang pelik pun. seronok adalah.
kami (family saya, MakNgah Clan dan dua budak) menginap di sana selama 3 Hari 2 Malam.

apa kitorang buat?
erm. selain amik gambar dan melayan karenah di Zara Marissa, ini yang kami buat:

mandi di Jacuzzi (suam dan sejuk)

ATV (free) rides
*sebab ATV sendiri punya*

merebus telur di mata air panas semulajadi

mandi rendam kaki dalam kolam air panas

dan yang paling seronok ialah bila budak Zara itu dah makin pandai dan makin besar, kiut!

  

semuanya best sangat.
cuma Girl jatuh sakit akibat berendam di dalam jacuzzi memalam buta. hahaha.

kat mana?
semuanya boleh berlaku di:
FELDA Residence Hot Springs
35600 Sungkai,
Perak,
Malaysia

Tel: +605 438 8801/03
Fax: +605 438 8805


for more info, go to their website here.
enjoy your weekend there!!!!

*ini adalah percutian keluarga. bukan endorsement untuk memana pihak. keterangan lanjut boleh pm saya k*