Wednesday, April 28, 2010

saya suka awak

bukan tak pernah minat mamat ni. biasa je. aku dah tak ikut AF since zaman selepas Zahid lagi yakni AF2. tapi sekali sekala tu layan la lagu2 budak2 AF yang ala2 glamer. contoh cam Adam, Mila, Stacy dan si mamat Akim ni la. tapi bila tgk video ni (kat blog Along - thanks), teringat pada video kawin Puan Zuraida dan Encik Basiq. dan dan terus suka.

silalah wahai artis malaysia. buat video macam ni ye. gunalah teknologi yang ada.

alahai. suka lah!!!!


shweeeet!



perjalanan pagi ini

memang macam2 benda boleh berlaku. you never know.
macam tadi. macam biasa, lepas layan Ally Iskandar MHI kat TV3 dan Whose Line Is It Anyway, saya terus gerak untuk ke pejabat. 

1. budak sekolah

naik lif dengan budak sekolah yang chomel2 dan bulat2. chomel je. smart ngan rambut penuh ngan minyak. melepek. sebab nak smart kan. tapi i wonder. dulu saya pegi sekolah saat2 matahari pun tak nampak lagi. gelap je. masa sekolah rendah lagi lah. subuh dah sampai sekolah. takut je. tunggu kawan2 datang, baru la ligat main galah panjang before bell ring (ayat dulu2). budak2 Putrajaya ni, semua g sekolah lepas 7.20 pagi. memang dah terang sangat lah masa tu. mungkin kerana jarak antara rumah (kuarters) dengan sekolah diorang dekat agaknya. saya dulu memang lah, rumah kat Sri Rampai, Setapak, sekolah rendah kat Jalan Kuantan (depan Tasik Titiwangsa). mananya tak awal sampai. mak ngan ayah kerja di tengah2 bandar KL, kalau lewat memang merah la punch card. nak hantar adik lagi kat umah Mak Noriah. then, naik sekolah menengah pun, even rumah di Fasa 9 Sri Gombak dan sekolah di Fasa 4 (kot) yang hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai, pun masih lagi ketika gelap2 suam saya dah sampai sekolah. sama jugak. mak and ayah still kerja di KL dan mereka hantar saya awal. bila dah pandai naik bas, baru la g sekolah ngan member2. tapi ok ape. datang awal. ntah. saya rasa dengan sampai awal, lebih banyak preparation kot boleh buat. kalau ada buku tinggal ke, apa ke, still boleh lari balik rumah. atau sekarang ni budak2 sekolah masuk sekolah kul 7.45 pagi? hehehe. saya tak tahu.

2. eksiden dan gangster jalanan

erm. not sure tadi kat traffic lite simpang empat presint 11 tu eksiden ke ape. yang pasti, seorang pakcik yang membawa estima tetiba keluar dari kereta dan mengetuk tingkap kereta myvi di hadapannya. dengan gaya agak marah lah. myvi itu buat bodoh dan terus u-turn walaupun lampu traffic itu tidak membenarkan. apa lagi, pakcik estima pun berlari masuk balik ke kereta dan terus mengejar myvi itu. nasib kedua-duannya tidak pula saya ketahui. sebab mungkin diorang bertumbuk ke apa. apa yang bermain dalam kepala saya ialah maybe myvi itu membawa secara merbahaya dan menyebabkan pakcik estima marah atau dia terlanggar ke apa ke. saya harap dua-dua ok. 

3. siaran radio

macam yang korang tahu (kalau yang agak rajin baca blog ni la) saya memang penggemar Fly.fm. pagi ni pun dengar si Ben dengan Phat Phabes bergaduh pasal cara nak menyebut perkataan ni > AWRY.

si Ben kata cara sebutnya ialah : oooh-rie
Phabes pulak kata : aa-rai

saya dah semak melalui google. ini jawapan dia. (klik).nak confirm lagi, klik sini.
dan sebutan yang betul ialah sebutan Phabes iaitu aa-rai.
saya pun sebenarnya ingat sebutannya ooh-rie. tapi tidak.


ok. tu jelah untuk pagi ni.
entry bergambar yang super banyak masih lagi tiada mood. 
nanti lah. 

have a nice day!



Tuesday, April 27, 2010

hujan...


dapat layan Seoul Garden best kan?!!!
*oh, rindu!*

tak sempatlah

hey people!!!!!!!!!!!!!
i am seriously missing everyone.
hoho. last entry (published plak tu) pada 21 April 2010.
wah. rekod ni. hari ni dah 27. ala2 seminggu jugak lah kan.
ada je. tak sempat. mula dengan Penang Trip, Tawau Trip, peeteekay pulak.
hari ni baru masuk office dan sempat untuk post entry.

pepagi dah baca cerita hot kat blog Peeja! sian dia.
oklah. ada kerja. bye!!!

will update later (banyak gila!!!!!)

xoxo!

Wednesday, April 21, 2010

1/2

auto-published entry - untuk tidak membiarkan blog ini kosong.

Separuh Hidupku - Titi DJ
*lagu ini membuatkan rasa cinta itu sangat banyak. hahaha*

Tuesday, April 20, 2010

terbang lagi



kali ini ke hujung sebelah bawah pula. eermmm. ada laut!!! me likey. wish me luck and well. akan tiada connection (internet) sehinggalah khamis ye. sila call jika ada apa2. :)

p/s :
1. masih tidak sempat nak update cerita Penang dan Family Day.
2. saya super bz. sorry.
3. Malaysia Airlines ni memanglah! saya geram tau. tak boleh check in dari semalam!!!!

Monday, April 19, 2010

sengal badan

oh. baru pulang.
semalam jam 8.00 malam.
terus cuci muka dan tido.
hari ini ada Bengkel Penilaian Tender.
so tiada di meja.
later peeps.

p/s: Malaysia Airlines, pohon buat semakan terhadap website anda. saya nak buat web check-in asik tidak berjaya. guna mobile, boleh pula. please check. ramai orang dah tak puas hati ni. saya nak fly esok. so ari ni nak check in. Terima Kasih.

Friday, April 16, 2010

bau laut yang sedap!

howdy.

poyo tak bau laut?
kah kah.
saya kat rumah Puan Kopi.
alamat? Bayan Lepas, Pulau Pinang :P
hari ni cuti, esok kena g ceramah. di sini lah.
anyways. later aa saya update.
saya nak cerita pasal ke'best'an KLIA.
u know how i love KLIA kan?

ok. nak g carik makan sedap.
Tandoori? Naan? Pasembor?
erm yumssssssssssss

Thursday, April 15, 2010

entry khas buat yang jauh di mata, dekat di hati

semalam kami (Geng!) layan dinner di Kelab Tasik Putrajaya. plan asal untuk tidak makan (thanks Didi!) bertukar dengan meng'order' set Cheese Naan dan Tandoori Ayam. amik gambar untuk tontonan Puan Suhana Azlin. :P. kami membuat beberapa perbincangan mengenai event2 yang bakal Geng! tempuhi. Max's plan, Wedding Cheche dan pengumuman paling sensasi dari pasangan sensasi. (biarlah itu diumumkan sendiri tuan punya badan). Oh! am so glad for both of you! mwahs!!!

untuk Puan Suhana Azlin yang berada di Aberdeen, Scotland. terimalah....

Roti Naan Cheese, Tandoori Ayam
(aku tau ko tak terliur sebab kat sana banyak Pakistani Restaurant)
tapi best woooo :P

Wajah2 Geng! - Lin, rindu tak??? :P
oh. yang besar tu gambar diorang bersama basikal Max.
(yang nampak cuma handle je)


dan keduanya untuk Puan Kopi....

balik malam semalam, saya buat kek.
khas buat Puan Kopi. yang berada jauh nun di Penang.
teringin nak Rainbow Cake kan babe.
malam ni aku sampai. lunch esok ko dah boleh makan kek ni!
or kalau nak lagi cepat, malam ni. hik hik.

tiada warna merah. kerana mau cepat semalam tergrab warna oren. 
: D

p/s: Kiki!!!! i bukan perasan pandai. i am a good baker!!!! :P

Wednesday, April 14, 2010

packing my bags

yes. i'll be away again this weekend.
bag belum dikemaskan pun. sebab nak pergi 4 hari dan dua tempat yang berbeza.
aktiviti juga berbeza.
kerja dan berjimba.
kerja itu hujung minggu so saya hanya perlu pakai slacks dan kemeja sahaja lah.
nak berjimba itu pula bersama-sama dengan bos-bos, pakaian yang bakal dibawa juga sesungguhnya perlu sesuai dan sopan. bukan saya tak pakai sopan lah, tapi kena jugak lebih sopan dari biasa. :P

konfirm hanyut pada hari Isnin (ada bengkel tender dua hari) sebab kepenatan hujung minggu itu pula.
Selasa malam saya akan bergerak lagi. wah. nampak gayanya macam tak sempat nak unpack dan pack semula je. erm. flight kali ni akan mencabar sebab saya gatal nak cuba flight transit. dua kali naik kapal terbang. pertama yang besor dan kedua maybe kecik sikit. ermm. sound adventurous kan. apa yang nak dibawak eh..lotsa mags (TIME & Newsweek yang dah berlambak kat umah) and mp3 player. alangkah baiknya kalau dah ada BB masa ni. T__T

erm. trip next itu mencabar. balik dari trip saya mahu bercuti dan study untuk peeteekay. ala untuk paper yang tak lepas tu. huhu harap boss tak banyak bunyik lah. :( anyways, saya perlukan kasut baru. bila tah nak beli. kasut kerja. yang ada cuma tinggal 5 inci. tapi yang selesa pakai lama2 dah season. huduh bebenor. memalukan.

ok. tu je. perut penuh. baju sendat.
macam nk baring je ni. :P

bye

Tuesday, April 13, 2010

potato couch or couch potato?

ke nak buh couch tomato?
kerana tomato lebih mudah lembik dan squashy.

:p

saya sedang menggilakan dvd.
kadangkala saya merasakan dvd tu peneman dan pengubat kebosanan.
tambah pulak tiada orang2 tersayang selain family di rumah.
elakkan dari keluar shopping, g makan2 (benda2 expensive), membazir duit ke mana2 lah pun.
ada ketikanya dvd tu macam escapism tau.
dari segala benda.
cuma bila di rumah hanya ada sebuah sahaja pemain dvd iaitu di ruang tamu, yang mana menjadi tempat ayah lepak, itu merupakan bahan nak kena marah la.
ye la kan. Pakcik tu nak layan bola la, badminton la. segala2 yang ada kat sports channel.
yang kita dok sibuk ngan dvd. mana tak kena marah.
tapi takpe. dah biasa. buat keras je.
so. skang ni tengah melayan apa? jom tengok! (semua adalah hasil merembat semasa ke Penang tempoh hari)

sudah selesai

1. Chuck Season II dan Season III (Part I)

  


- masih dalam mode cinta Chuck dan Sarah.
- Chuck masih seperti saya melainkan dia lelaki seorang lelaki emo. Emosi nya menyebabkan banyak benda tak jadi dan jadi lain, tapi mesti menjadi.
- love the part Ellie and Awesome kawin
- bapak Chuck ada dalam Season II
- Chuck dapat erase intersect dalam kepala tapi upload yang lebih power
- Chuck makin hensem! suka rambut pendek masa Season III

ok. tu je. lain, korang tengok sendiri.

2. Dollhouse Season II



- terminat sejak Season I
- suka dengan Eliza Dushku
- untuk season baru, super in love dengan Paul Ballard
- (spoiler alert!!!) sedih sebab Paul mati
- banyak mati
- agak merepek ada ketikanya kerana terlalu banyak elemen sains dan teknologi yang melampau
- Echo rawk!!!!

boleh la. kalau korang pernah layan Season I, memang boleh tengok. tapi yang tak suka Sci-Fi atau dari awal tak suka, jangan tengok. contoh cam adik saya, Si Kicap. dia memang tak paham

3. Leverage Season II



- minat sebab Um dan Min kata best
- dan saya penah buat entry pasal Leverage ni dulu. tak ingat kat mana. dah ingat nanti i buh link
- untuk season ni, Sophie takde. dua episode je rasanya. dia merajuk ngan Nate and dia putus cinta.
- bila Sophie blah, ganti ngan seorang awek professional grifter/con Kara.
- Nate yang berhenti minum, minum balik
- ending dia aku benci. huhu ada ke Season 3 agak2?

sedang tengok

1. It's Complicated


- baru start tengok malam tadi. tak habis sebab makan ubat. weng dan terus tido
- sambung sikit pagi tadi
- suka sebab Meryl Streep
- tak berapa enjoy sebab percintaan orang tua
- ayat paling best setakat ini 'let's grow old together' 'we are growing old together, but apart from each other'
- akan sambung lagi petang ni

bakal tengok

1. Private Practice Season III



- tengok sebab best
- banyak conflict
- Dr. Addison makin hot

2. Grey's Anatomy Season VI





- sangat setia. dulu, kini dan sampai la siri ni stop
- tak sabar dah nak sambung
- nak tau apa citer Meredith dan Derek
- ini adalah kisah air mata saya. huhu.
- boleh emo seminggu kay, macam masa tengok Season III dulu :P
- eh, tak sabar dah ni!
- nak carik OST plak. mesti syiok. OST dia tak pernah menghampakan


ok. dah.
ngantok. lupa plak kena makan ubat.
lunch takde. aish!!!
ok bye. later

Monday, April 12, 2010

Panas! Panas!





Tagged by my junior sister in Hillcrest. gila lama tak jumpa dia ni. blog menyatukan senior-junior relationship. hik hik. hai melissa! ;)

1] Adakah anda merasakan anda hot?

hot dari segi ape? saya pendek petite. takde figure pun. so sangat tidak hot. 
tapi selalu panas dan naik hangin. senang sakit hati. :P

2] Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang?




3] Cerita pasal gambar ini?

Gambar ini adalah gambar semasa trip ke Penang. di hadapan Hard Rock Hotel Penang. bersama my lovely Geng! perempuan. me loves them!!! 
Masa nak posing, siap ada pilot Rapid Penang yang lalu kat depan siap buat peace2 lagi. hik hik. Gambar diambil oleh Encik Mila.



4] Kali terakhir makan pizza

Dominoes. last sekali masa rehearsal kat Puspanitapuri untuk Malam Mesra (12 Mac 2010). beli sendiri. sebab kelaparan. kongsi sama Encik Said. :P
5] Lagu terakhir aku dengar?

lagu Nothing On You B.o.B feat. Bruno Mars kat Fly.fm masa otw datang office.


6] Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ni?

Sambil buat editing kerja. hahaha kantoi! 

7] Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Ahkon, Tito/Tilto/titiana (kiki je yang panggil ni), endeks, Kak Atie
8] Tag lagi 5 orang siapa yang anda nak tag.saya 


1. Encik Fendi Osman

2. Puan Kiera
3. Cik Dalila
4. Cik Nishashburn
5. Encik Khai

dan Geng! Didi & Um.
9] Siapa orang nombor satu bagi anda?

Super senior. rakan karaoke. rakan gossip. ;p


10] Katakan sesuatu pada orang no.5
Tabahkan hati di negara orang. hujan batu jugak kat sini.
balik jangan lupa 3 + 20 helai saree. :P
11]Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

hubungan? hubungan dengan i lah!
12]Kata-kata cinta kepada nombor 4

Miss u. bila mau karok?
13]Berikan 5 yang anda tahu tentang orang tag anda
1. newlywed
2. senang sakit walaupun dia pharmacist 
3. suka masuk debate masa kat sekolah? 
4. cantik!
5. budak SG! hidup SG!!!!




Friday, April 9, 2010

impressive!

this just in!

sangat power!
enjoy... :)
i wonder where the hell the voice comes from. huhuhu!

bravo! Taiwan Boy!!!!


(Video Link - Credits YouTube)

can't sleep, i'm broken-hearted

Alicia Keys - Try To Sleep With A Broken Heart
(Video Link : Courtesy of You Tube)


Even if you were a million miles away
I could still feel you in my bed
telling me, touch me, feel me
And even in the bottom of the sea
I can still hear inside my head
Telling me, touch me, feel me
And all the time you were telling me lies

So tonight I’m gonna find a way to make it without you
Tonight I’m gonna find a way to make it without you
I’m gonna hold onto the times that we had
Tonight I’m gonna find a way to make it without you

Have you ever tried sleeping with a broken heart
Well you can try sleeping in my bed
Lonely, only, nobody ever shut it down like you
You wore the crown, you make my body feel heaven-bound
Why don’t you hold me, need me, I thought you told me
You’d never leave me

Looking in the sky I can see your face
And i knew right where I’d fit in
Take me, make me
You know that I’ll always be in love with you
Right til the end

Anybody could have told you right from the start
It’s bout fall apart
So rather than hold onto a broken dream
Or just hold onto love
And I could find a way to make it
Don’t hold on too tight
I’ll make it without you tonight

Thursday, April 8, 2010

Road Trip Review : Geng! ke Penang



hey all.
ingatkah kengkawan saya bitau haritu saya ke Penang dengan Geng!
kami plan trip ni dalam tempoh dua bulan kot. on and off plan reramai dalam email.
mulanya plan nak naik tren, sewa kereta. 
tapi memandangkan banyak kekangan kalau naik tren, kami decide untuk bawak 2 kereta.
ahli Geng! yang join this trip adalah Didi & hubby, Min, Um & Mila dan yours truly.

initially kami nak gerak Sabtu jam 7 pagi tetapi atas idea gila saya untuk gerak awal dan sampai seawal pagi di Penang. dan Didi nak lihat sunrise dan nak mengcapture saat itu dengan panorama PNS beliau. :D

so, Jumaat malam usai saya bermain boling dengan officemates di Alamanda, terus gerak ke rumah Min. lena si Um, Mila dan Min tido. masa sampai Mila dah layu je atas sofa. yang dua orang diulit mimpi indah dalam bilik. saya layan tv ngan Mila (dia tido!) dan sudahnya jam 2 tak larat dah terus masuk bilik dan tido.

kul 3 tepat handphone bunyi dan dua2 bangun. tepat 3.30 kitorang dah ada kat bawah rumah. tunggu Didi dan hubbynya. jam 4 kami gerak. memang sungguh sejuk. naik kereta Mila (yang leather seat, tak best! sebabnya asik melorot je licin) dan kereta Min mengisi Um, Mila dan Min.



kami berhenti rehat untuk solat di Hentian Sg Perak. surau dia best!! open air.

lepas meneruskan perjalanan, kami masuk ke bahagian tengah Jambatan Pulau Pinang tepat jam 7.56 pagi. memang cuaca sangat mendamaikan. perut pun dah lapar, masing-masing memang agak high dengan ketidakcukupan tidur dan terlalu banyak kopi. 

terus ke Kayu Original for breakfast dan gerak ke Chowrasta untuk aktiviti membeli belah pertama. iaitu jeruk. lepas tu kami ke tingkat atas Pasar Chowrasta untuk melihat2 kedai buku terpakai yang memang olskool dan menarik. walaupun kami mabuk buku kat situ, sampai jatuh2 buku2 yang banyak tu. dah boring, kami buat plan untuk terus check-in di hotel B Suite. janji untuk turun jam 2.00 petang, kami habiskan masa dalam 2 jam jugak untuk tido dan rehat. ye lah. semalaman kat atas highway. apatah lagi encik2 driver itu kan!

  


bangun je, terus carik makan. perut pun dah nyanyi2 lagu boria. apalagi, ke Kayu sekali lagi untuk layan Nasik Kandar! wuhuuuuuuuuuuuuuuuu. empat bulan tidak makan nasik kandar ye!! heaven on earth. tambah plak ada sambal cili kering tuh. woot! woot!



kami kemudiannya bergerak ke Batu Feringghi. sambil2 saya sesat barat tu, banyak jugak lah tempat yang di lalui. paling penting, pulau tikus, jelutong tak pernah tak lalu. hahahaha. carik cendol tak jumpa. nak try jugak takut sesat teruk. last2 kami terus ke Feringghi. Hard Rock Hotel to be exact.

what do you expect? international hotel k. super nice. both interior dan exterior. i minat dengan 'my first hard rock shirt' tu, tapi memandangkan harganya boleh beli dvd dalam 25 keping, saya abaikan aje. and my favourite shirt adalah t-shirt John Lennon! lain kali pegi mesti sambar saya. (ingat tu ye, awak!)

  


kami apa lagi. terus la pose sana sini. siap pakcik guard tu kata, amik je gambar. nak lompat ke apa ke. kat dalam lagi cantik! hehehe. cool sungguh pakcik itu!



oh. saya dipaksa rela naik kuda ngan Didi. oh. cukuplah sekali tu. takmau dah. sakit kelengkang ni mengikut kuda itu bergeduk-geduk. dah la tinggi, bawah jauh plak tu. hujung ke hujung. huhu. takpe2. at least dapat aku mengepoh dengan seorang model aka pelakon Tari Tirana tu bermandi-manda dengan gf dia yang super cun tu! hehehe. eh chup. dia berlakon Tari Tirana kot. ntah lah. tatau!

elok2 kami amik gmbr ngan MJ yang super white kat luar Hard Rock Cafe tu, hujan dah mula menitik. terus start kereta dan jalan ke area night market Feringghi. semua pakat nak masuk urut2. tapi end up yang berurut cuma Min dan Um. kami berempat cuma membuat rendaman kaki di Fish Spa.



memang syiok. kedai tu cute je. kecik. tapi super cozy. memang boleh terlelap lah! kalau tak kerana takut termasuk dalam kolam tu, tahankan je mata ini. yang penggeli, memang sakit perut gelakkan diorang. cuma aku dan Mila je yang ala2 ok from the start. yang lain??? tengok gambar sendiri lah k. hahahaha



kami plan nak rendam kaki cuma 30 minit. tapi apakan daya, hujan ribut di luar itu memaksa kami merendam kaki lebih kurang sejam lebih tanpa bayaran tambahan. thank you uncle tauke! hehe.



hampir jam 8 baru kami gerak keluar dan terus ke night market. sila teka gerai apakah yang dituju??? jeng jeng jeng. mestilah gerai DVD haram. hahaha. total wallet pecah (untuk DVD saja) - Um RM 88, Didi RM 88, Min dan aku RM 80 kot. haha 'ong' nombor tu! hik hik. punyalah lama menelek DVD hinggakan Mila yang hensem seperti seorang bakal KSN itu pun orang ingat penjual dvd. hahahaha. kesian Mila! ada je benda lain aku beli. contoh nya key chain sepasang dengan Didi dan gelang tuk mak. 

kemudian memasing dah sakit kepala sebab kena hujan dan kelaparan. malam itu berlaku sesat menyesat oleh aku! sorry kengkawan. hahaha. kami sesat tatkala mencari Sany Char Kuey Tiaw. tempatnya senang gila. betul2 kat simpang Tokong Ular. entah kenapa first round tu tak jumpa pun i taktau. hahaha.tapi alhamdulillah. super yums char kuey tiaw di situ. me ordered Special with lotsa kerang, kurangkan udang. hehehe. argh. masih terngiang2 dan terasa-rasa lagi char kuey tiaw Sany! next week la plak!!!

oh. gambar time makan2 memang nan ado. sebab masa makan2 lebih selesa guna kamera Didi. segan nak bawah kamera besar2. perasan sangat bukan orang Penang. hik hik. lepas perut kenyang dan drama sebabak (kat TV3) yang menyebabkan kami open table sesi kutuk mengutuk. hahaha. maaflah produser. 

kami sampai di hotel lebih kurang jam 10 dan memasing tanpa perlu arahan terus mandi dan kedebom! zzzz. the next morning, at 8 kami check out dan breakfast sebelum pulang ke Putrajaya. 

overall trip kali ni best. walaupun banyak tempat yang tak dapat nak pegi. :D takpe. me still (and will always) love Penang! super duper love. 

next? maybe ke Selatan. erm....tak payah dok hotel. duk umah Um je. hahahaha. tunggu Lin balik dan kemudian kita boleh berjimba dan mengupas detik2 di UTM zaman tok kadok. hahaha.

ok dah.
bye

p/s : gambar selebihnya di Facebook k! :D




morning fun facts


  1. Melbourne, USA - like duh? ini untuk korang2 yang menonton ABPBH tempoh hari lah. serius aku tutup muka dengan bantal lepas dengar minah tu jerit dengan penuh konfiden!
  2. rumah arwah Din Beramboi kena masuk pencuri. - matilah kau. kat akhirat nanti jawab lah!
  3. hormat orang kalau nak dihormati! - enuff said. jangan sesuka hati buat kerja, petik nama orang dan dengan super confidentnya menyalahkan orang yang kerjanya betul.
  4. menjawab panggilan telefon tetapi memasang lagu sekuat-kuat hati adalah super menghina. kalau tak nak bercakap sekali pun, tak perlu pasang lagu dan membuat humming 'la la la'. hanya perlu cakap baik-baik saja. umur pun bukan budak lagi. 
  5. buat Cik Dalila - kenapakah Arsenal kalah 4-1. u tak bangun buat pom pom malam semalam tadi? hahahaha :P. dan kepada peminat Man U, walaupun menang. tapi kesian, tak qualified. sorry Kiera!
  6. menconteng lif di kawasan perumahan yang disediakan oleh kerajaan dengan bayaran yang minima adalah super stupid. apatah lagi menconteng satu ayat, diikuti dengan ayat berikutnya yang merupakan sambungan ayat pertama tadi.
  7. sekiranya bosan dengan taklimat, ceramah atau apa sahaja majlis ilmu, sila kan duduk selesa, tutup mata dan diam. jangan menguap macam lembu menguak kerana ada orang lain yang masih nak dengar!
  8. masuk rumah orang jangan perangai lebih buruk dari tuan rumah. kalau baca surat khabar, sila kemaskan. takde maid yang nak bantu. dan umur bukan budak2 pun. 
  9. nama pun artis. gaya, bahasa semua orang tengok. tak perlu jadi artis barat k. 
  10. bila tak sihat, sila kuatkan hati untuk sms bos dan bitau tak sihat. jangan tunjuk terror dengan datang office dan menyesal bila bos tak bagi rehat. 

oklah. entry ini tiada kena mengena dengan sesapa. jangan kata saya tak warning korang. saya tengah menelan bola golf yang super besar kat dalam tekak ni (tonsil bengkak) dan kepala ini berat, batu juga ada. 

peace out. later!


Tuesday, April 6, 2010

baking with swit@kon : Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons


dan Famous Chocolate Chip Cookie yang tidak jadi!

this happened last Friday. i was supposed to go to TM Cyberjaya with Kicap after lunch, tapi dia cancel last minit sebab dia nak tukar Broadband Package kami di TM Point di Shah Alam sahaja. so, i made an authorization letter, and now our Broadband changed from 1Mbps to 4Mbps with the new super cool Streamyx Unipack!

so, i went home and quickly put on my virtual apron (kerana takde apron pun sebenarnya, comot2 lap pakai kain lap je :p) and gather all the ingredients needed to make a recipe by Joy the Baker - Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons. (recipe link)


it's started off by toasting a tray of coconuts. i separate 4 eggs white and start whipping with a pinch of salt. 

 


sugar was added in three parts. 

when the egg white's is fluffy (try to turn it upside down, wait whether it'll drop or not on the top of your head!) throw the brown-ish coconut and scoop it onto the baking parchment. 

 



baked for approximately 20 minutes (depends on your oven's ability). melt your cooking chocolate (double-boiler) and dip you macarons to the melting chocolate. 


refrigerate to get a very nice, shiny chocolate coated macarons. store in tight containers. 



right after the Chocolate Dipped Toasted Coconut Macarons, i was full with adrenaline rush. hahaha. tetiba rasa semangat nak buat Chocolate Chips Cookie. 

apa lagi, semua utensils yang digunakan untuk buat macarons dah siap basuh, mulalah saya buat second projek. resepi adalah dari hasil muat turun ebook yang menjadi kegilaan terkini. sebab cookie ni tak jadi, saya tak buh resepi k. 



tengok macam sedap kan?
tahu tak apa yang membuatkan benda ni tak jadi? huhu. dalam resepi tulis guna FLOUR. tapi all purpose flour saya telah habis. saya gunalah TEPUNG GANDUM!!!!!!!!! lembik semacam je jadinya.end up biskut jadi cekodok. huhu.

mencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

ok. sila cuba resepi di atas. macarons itu ramai yang suka!

p/s : Lin - ada resepi choc chip cookie? T___T


lapor diri

haluuuuu. swit@kon melaporkan diri balik dari Penang ya'll!!!!!!!!!!!
letih. tak sedap badan. mood kureng baik.
semalam sakit hati ngan bebudak yang duduk dalam Kurus In*duksi itu.
tak belajar respect orang langsung!

ada beberapa entry baru yang nak di hapdet.
tapi mood tetiba hilang bila check saman (sebab nak renew license).
masukkan no. i/c - hamikk kau.
ada dua saman. satu baby hijau, satu kereta si Kicap. Kicap cuma kena RM 30.00 sebab saman traffic.
aku la. kena saman speeding. sebenarnya dah agak dah. sebab masa tu bawak 110 km/j masa lalu kat jalan masuk Putrajaya. situ kan speed limit cuma 70 km/j. nampak la abang polis tu kat bawah jambatan. tengah menembak. harun betullah! masa ni la nak saman kan.

so, Road Tax - RM 600 + Saman RM 300 = RM 1000 jugak aku akan terbang ni.
tak ber'cat' lah kereta aku nampak gaya nye.

argh. sakit otak la macam ni. April ni banyak sangat guna duit!
nak balik umah lah. tido!

:(

Saturday, April 3, 2010

jenjalan Geng! Trip

(this is an auto-published entry)
semasa ini dipublishkan, saya dah pun berada di Pulau Mutiara bersama Geng!!!!!!!


be back on Sunday!!!!

Friday, April 2, 2010

Restaurant Review : The Garden Seafood (Tanjung Malim)

hal ini berlaku Ahad yang lalu.
plan tidur di rumah MakNgah di Bukit Beruntung di extend untuk malam ke-2.
the next day (Sunday) kami lunch di Tanjung Malim. Di Restoran The Garden Seafood.
dengar macam jauh kan? dari Bukit Beruntung hanya 20 minit saja. ;)
dua kereta gerak dari BB. saya naik Range Rover, mak naik Estima. baby ijau tinggal kat BB. otw semua terbongkang tido. letih tak habis lagi. sebab letih tu la kamera pun tinggal kat umah. hahahaha. gambar adalah hasil snap2 dari N77 (yang dah uzur!).


sampai je perut memang sudah menyanyi-nyanyi. menggelupur masuk dalam kedai (cuaca super hot!) dan terus order. restoran ini sangat simple, old school look.cozy giler!



apa yang diorder? Daging Rusa Black Pepper, Oyster Omelette, Tauhu Kicap, Butter Prawn, Kepah Black Pepper, Ikan Stim Pedas, Bendi Masak Belacan dan ada dua lagi yang saya dah lupa lah.
Air pulak - Longan. dia tak guna ais ketul tapi ice blended. superbly nice!!!! gila terliur ;P



memang lah ramai orang yang datang kat kedai ni. harga memang berpatutan. kami sembilan orang jumlah keseluruhan adalah RM 250-ish.


memang recommended. nasib baik jauh. kalau tak, saya bawak ayah n adik sekali datang sini.
kalau korang nak try, ni alamatnya:

7-8, Jalan Wangsa Utama,
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim, Perak.

balik tu kami singgah beli pau Yik Mun. seronoknya! ok la. tu je.
bye! :D

(review di blog lain, klik sini dan sini)

** Al-Fatihah untuk Arwah Mior Ahmad Fuad Mior Badri aka Din Beramboi yang meninggal akibat denggi berdarah.(link)

Thursday, April 1, 2010

kenapa Didi, kenapa???

(spoiler alert)




Didi Benami was voted off American Idol Top 10 last night (US punya time lah).
:( so sad!!!
this is her performance on Tuesday night (link)

benci la. tak suka. patutnya Tim la keluar dulu.
dah la dia nanges nyanyi lagu untuk mendiang kawan dia tu!
marah ni tau!!!

(the news link)
(more link)

April's Fool


sekejap sahaja telah masuk bulan April. maknanya dah hampir seratus hari kita dalam tahun 2010. apa yang saya dah selesaikan setakat ni eh? yang pasti, it has been quite some times since saya bercuti. the last one adalah last year, cuti hujung tahun selepas Krimas di Penang bersama yang tersayang. eh tak! saya g Langkawi dengan MakNgah's Clan awal Januari lepas. 

nothing big actually. cuma masuk sahaja bulan April, dua perkara paling utama dalam kepala yakni road tax mati pada 16 April dan peeteekay on the 26th! hujung minggu ni ada Road Trip Geng! wah! super fun. lama dah tak berjalan2. untuk bulan April sahaja ada dua event di ofis. next 2 weeks akan ada Hari Keluarga, then the next weekend plak ada Treasure Hunt. little that i realized, weekend Treasure Hunt itu adalah diikuti dengan peeteekay. aku memang carik nahas!!!! tapi takpelah. malas nak layan sangat. mintak2 lulus lah!

masuk bulan Mei nanti agak packed. wedding, wedding dan wedding lagi. for time being CheChe's Wedding will be on the 15th & 25th of May dan Qilah's on the 25th. sebabkan aku dah commit untuk jadi emcee masa wedding Cik Qilah, aku terpaksa gugurkan trip to Perak for CheChe's side. ampun seribu ampun Che! diikuti pulak bulan enam nanti. Wedding seorang lagi SG Girls iaitu Cik Has. dan kemudian wedding anak assyoubee BKP yang mana aku jadi emcee lagik! pastu masuk bulan Jun, akan ada family day JayPeeAm, kejohanan rowing lah. wah wah. super bz!

erm. ain't my life kinda boring? not really. walaupun Didi kata life aku ni (thru my blog) adalah penuh ngan cukur jambul lah, kenduri itu lah ini lah, tapi dah memang macam tu. apalah yang aku boleh buat lagi. hahaha. tiada laki, tiada bf di sisi (wekkkkkkkkkkkkk!). i really enjoyed being part of every single people in my life. celebrating others. weddings, births dan memacam lagi. Zurai is officially pregnant (we'll missed her for SG Girls trip to Jakarta), Has insyaAllah will be pregnant by the end of 2010 (selamba predict!hahaha), Kak Zura selamat dapat baby last week, maybe one of the SG Girls akan tie the knot (Maria ke, Aini ke or Aze?). wow. beautiful kan! i hope my biggest plan this year pun akan menjadi. if let say jadi, sangat lah tiada life hokey. weekend akan full dengan pentelaahan buku, travel dan sebagainya. takut jugak. semoga ada rezeki lebih, saya nak pasang braces. hahaha. memacam lah @hkon ni. :P

ok. itu je. bebelan sepagi di April Fool's Day di hari pertama April 2010!

have a nice day peeps.
XoXo