.
heloooooooooooooooooo. morning. i was out-of-the-office from Wednesday til Friday to Malacca. and my weekend was quite alrite i guess. so here goes, recap on what happened, what i did and everything for the past 5 days.
.
.
1. Rabu
.
520 pm - Putrajaya to Melaka. Jalan tak jem. by quarter past 6 dah sampai kat hotel (sesat sikit sampai ke Jasin sebab my co-pilot confident guna jalan terus je. hahaha). Grand Water City Resort Melaka..nama gah kan? ye la. tengok dalam website memang la semua tertipu. saya dah tau dah hotel ni memang teruk. Melaka kan my home town, so i tau mana hotel o.k dan mana hotel k.o. Bukan tak bersyukur (sebab dah dapat duduk hotel) tapi mengenangkan aliran keluar wang yang tidak sepadan dengan apa yang sepatutnya kita dapat. Dalam hal ni U/setia patut main peranan. Jangan bila kerani atau staff bagi proposal tempat, main ikut dan je sain. Menyusahkan banyak lagi pihak dan paling teruk bab kewangan tadi la. Bilik diberikan berdasarkan apartment style. Satu 'rumah' diberi pada 4 orang. Satu bilik 2 orang. Kami terus check-in di kaunter. Receptionist bagitau yang kami akan duduk dengan 2 orang yang lain dan mereka dah masuk bilik pun. Mintak kunci, dia kata ' Kak, kunci ada satu je. Kena mintak pada penghuni yang lain tu la.' Masa ni U/setia memang tak nampak muka dah. telefon pun tak berjawab. Nasib lah, 2 orang penghuni tu ada kat lobi dah ready untuk dinner. so, kami amik kunci dan gerak ke bilik. from start dari sampai di lobi blok 1 tu sampai lah bilik. its all HORROR with capital letters ok! Bilik kami seakan rumah tinggal dengan cat di dinding compang-camping, comforter kotor (obvious la, kalau sikit2 bleh tolerate lagi!!) dan takde kemudahan iron dsbgnya. Aircond kat bilik pulak tak boleh nak tukar temperature dia. kekal 31 Degree!!!!!! Otw turun ke dinner, kami jumpa bilik surau dan bilik iron (yang sedih rupanya). Makanan? erm. bak kata Shah dan Aja, macam makanan orang sakit. takde rasa apa2. huhu. Dewan Kuliah?? huhu lagi sedih. kami naik ke tingkat satu di salah satu dewan kat hujung kawasan tu, half kilometer jugalah kami jalan, baru sampai. lantai macam nak terjatuh dan meja kuliah kami penuh dengan tahi lipas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! buat tak nampak dan bersihkan apa yang patut, kitorang habiskan kelas dengan bersyukur dan balik. oh ye, i didn't slept at the hotel. saya lari balik Batu Berendam setiap malam, tido rumah mak Noriah.
.
2. Khamis
.
Bestnya tido kat umah mak!!Pagi2 lagi saya dah bersiap, hantar my nephew Ayiem ke sekolah dan terus balik hotel. Klas start at 830 so i took my own sweet time. Melaka bukan jem pun. and breakfast pagi tu sama macam the nite before - tawar! nasib baik mak ada bekalkan dengan cucur pisang (cekodok pisang) yang sangat best! nyesal tak amik semua. hahaha. lunch plak, saya, shah dan aja ke Jusco. layan tempayaki dan jalan2 cuci mata. hik hik. Oh! lupa nak bitau yang hotel ni sumber elektriknya datang dari generator. yep! generator giant yang dikuasakan oleh bahan api minyak petrol dan tepat jam 12 tengah hari, semua sumber elektrik akan terputus dengan tiba-tiba kerana ditutup untuk membolehkan minyak di topup dalam generator. dan telefon di semua apartment tidak berfungsi!! kul 3 petang khamis tu saya tak tumpu kat kelas pun. switch on my Sony Walkman mp3 dan dengar live pengumuman Kabinet baru oleh YAB PM. Walaupun jam 1 lebih saya dah dapat list tu, but saya masih belum sure. nak jugak dengar. and list yang ada cuma senarai menteri dan bukannya timbalan menteri. overall, saya puas hati. saya dapat 3 menteri baru. Tahniah buat yang dilantik, Terima Kasih pada yang dah digugurkan. Untuk bekas bos saya, DSZR (yang digugurkan dari senarai kabinet terbaru), tabahkan hati, saya tau Dato' Seri masih nak berkhidmat tapi Dato' Seri dah jalankan tanggungjawab yang terbaik untuk bangsa, agama dan negara! Masa untuk turun padang dengan orang-orang sekitar. Petang tu lepas klas, saya ajak diorang balik rumah mak dan makan dinner awal. lepak2 makan ice cream 2 batang, baru saya gerak ke hotel. Malam tu ada BBQ. kat dalam kapal. oklah. saya lewat so saya hanya sempat makan 2 kepong lamb dengan potato wedges. habis kelas saya gerak balik ke rumah mak semula.
.
3. Jumaat
.
Alangkah baiknya dah pun sampai ke hari last kami kursus. Kelas pagi macam biasa dan we ended the session with penyampaian sijil. jam 12, cam biasa lampu semua tertutup. hahaha. saya terus je pecut balik. tanpa singgah lunch di rumah mak noriah tapi saya tapau di McD Ayer Keroh drive thru. sampai di KL lebih kurang jam 2. saya dah plan nak ke PIKOM PC Fair. jalan sangat jem lepas je terowong Smart. tension sangat. semua parking, di KLCC, bangunan2 sekitar dan mana2 parking yang berdekatan semuanya ditutup kerana FULL!!!! hampir jam 3.20 baru saya give up untuk carik parking dan decide untuk balik! malam tu ada celebration birthday untuk Encik Gorgon yang ke 25! di karaoke Alamanda. Cik Didi kita yang ANTI -KARAOKE telah pecah tradisi dengan menyanyikan 2 buah lagi secara full. ke lebih dari 2 eh? hahaha. and malam tu kami dikejutkan dengan berita yang seseorang akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun ni!! OMG!!!! sorang lagi..huk huk
.
4. Sabtu
.
sepatutnya saya jaga jam 5.00 pagi tapi terlewat dan bangun hanya selepas jam 6.20. hahaha. tak tentu hala lah saya memecut 'baby' membelah cuaca pagi yang sejuk melalui MEX terus ke Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) untuk satu pertandingan anjuran jabatan. nasib baik tak kena sound, kereta saya betul2 di belakang W** 6161. hahaha. sementara menunggu 18 lubang habis, saya dan kak zai ke Felda d'Saji atas urusan kerja. balik semula ke KGPA ada beberapa pemain dah pun selesai. kami siap2, go thru the skrip dengan few additional points dan bila semua selesai dan dah mandi, jamuan makan tengah hari bermula. First time saya jadi emcee tanpa perlu salutation 'puan-puan'. haha sebab semua yang hadir hanya Tan Sri, Dato', Datuk dan Tuan. ;). Majlis selesai (alhamdulillah) jam 3. kami bertolak balik ke Putrajaya dan saya tido sampai kul 6. penat! Bangun tido baru teringat yang wedding reception Encik Munzir hari tu!!! SORRY BRO, SAYA PENAT DAN SIBUK SIKIT SAMPAI TERLUPA. HUHU CONGRATS ANYWAY!!!!!Malam tu layan 2 buah buku yang saya baru je beli sehari sebelumnya. malam tu juga satu buku selesai dan skang tgh layan buku ke-2.
.
5. Ahad
.
pagi ahad, min text before 8 lagi untuk g breakfast. lepas kemas2 bilik dan baju basuh, saya dan min gerak ke OTWC Cyberjaya. kami berdua je. sorang balik Shah Alam dan bz dengan preparation, sorang lagi tido tak bangun2 kat umah. telefon punyalah beribu kali. tak angkat2. Um...Um. balik dari breakfast, saya ajak mak ke PC Fair. tujuan asal nak beli External Hard Drive. and i did purchase satu yang sangat chomel. kaler putih!!! malam plak, layan DVD sambil lari2 layan ABPBH. Baju Dato' Siti semalam sangat chumel dan saya turut rasa sebak masa dia bagi speech menang Penyanyi Wanita Popular tu. huhu.
.

mine yang putih
*picture from goggle*
.
fuh....itulah cerita saya untuk 5 hari. biasa je lah. cuma ada here and there yang saya rasa letih dan bosan. because things happend banyak sangat at one time. apepun, alhamdulillah, still breathing di saat ini dan masih menikmati nikmat hidup ini. so, its the starting point this week, lets FIGHTING!!!!!! (first, to get rid of this Monday blues....)
.
ok guys, have fun, be safe and have a nice day ya!!!!
mwahssss, XOXO
.
.