Thursday, June 23, 2011

baking with swit@kon : apam polka dot


selamat datang ke dunia warna-warni. kali ini baking with swit@kon akan memperkenalkan satu dessert yang tidak asing lagi iaitu apam polka dot. atau macam2 nama lain yang saya jumpa di internet. ada yang panggil apam bola, apam dot dot (bukan dot dot peeja ye. ;p), apam inti dan lelain. kita stick to nama biasa lah. apam polka dot. pertama kali saya tengok resepi dan rupa apam ini adalah di blog Hana's Family. dan masa nak buat ni, google apam polka dot, amik. memacam blog dah ada resepi ni. dan resepi ini saya kopipes dari myresepi.com. terima kasih penyumbang resepi. sedap! sekali buat jadik. ok. lets take a look at the recipe shall we?
  • telur (3 biji)
  • tepung gandum (275gm)
  • baking powder (3 sudu teh)
  • susu segar (150ml)
  • gula halus (220gm)
  • ovalette 
  • pewarna secukupnya
  • inti/filling ikut citarasa (kaya, blueberry, strawberry, mango dll)

campur je semua bahan2 di atas kecuali pewarna dan filling. pukul menggunakan mixer tangan dalam 8 minit sehingga adunan gebu. bahagikan adunan ikut bilangan pewarna yang ada. 

kali ni saya guna 5 warna. ;)

kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudahkan proses handle adunan2 tersebut. paipkan adunan ke dalam acuan yang disediakan (saya alas dengan acuan apam biasa sebab tanak cawan kertas tu jadi lebik akibat kena wap dari kukusan). paipkan agak2 1/4 dari cawan, masukkan inti. paipkan lagi adunan menutup inti tadi sampai hampir penuh. kalau 3/4 tak berapa nak gebu, so penuh sikit pun takpe.




masukkan ke dalam periuk kukus (panaskan dalam 10 minit) dan kukus dalam tempoh 10 minit. agak2 dah masak, boleh angkat dan ulang semula proses tadi.

senangkan?
lepas tu boleh la buat sesi fotografi dengan hasil anda. hik hik.


oklah. tu je.
hingga sesi masak memasak akan datang.

bye!!!


Wednesday, June 22, 2011

Testing

Tak pandai update guna phone. Baru nak test.

So, testing. 1, 2, 3...





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 21, 2011

busy sangat

busy sangat lah. saya akan buat entry baking with swit@kon malam ni.
Tajuk masakan adalah.....jeng jeng jeng....



Apam Polka Dot atau Apam Bintik atau Apam Inti Blueberry dan nama-nama lain lah!
Hahaha.

nantikan ye?

:)

Sunday, June 19, 2011

Travel Review : Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang


as stated before, i was away from the office for 3 days *lompat*lompat*! Selasa pagi tu saya kena menyampaikan ceramah di Glory Beach Resort, Port Dickson. Lepas habis ceramah, bergegas balik ke Putrajaya untuk ambil beg dan terus menuju ke Bukit Tinggi. Rancangan asal nak ke sana guna kereta opis tapi last minit tukar bawak kereta sendiri memandangkan barang nak dibawak agak banyak. Biasa lah. saya kan tak reti packing sikit2. :P. Kursus pada kali ini termasuk dalam pelan latihan. Alhamdulillah terpilih. 

ok. destinasi kali ini adalah Colmar Tropicale,Berjaya Hills, Bukit Tinggi Pahang. Nervous tak ingat bila fikir nak naik ke Bukit Tinggi. Saya kan pemabuk tegar. Itu juga alasan membawa kenderaan sendiri. Alhamdulillah, masa naik ok cuma masa balik tu agak mabuk sikit. Cepat2 nyanyi kuat2 dalam kereta sensorang untuk distract diri dari mabuk tengok jalan bersimpang siur itu. Sampai lebih kurang selepas 1 jam 20 minit perjalan dari Putrajaya, saya terus check in dan register dengan pihak Urus Setia. Selepas sesi borak-borak (menggantikan sesi taklimat skema) kami dibenarkan berehat di bilik masing-masing. Saya tak rehat pun. Tukar baju dan plan dengan Ezira nak jenjalan posing2. Tak dan nak charge bateri, kami layan mana yang sempat je. 

Kawasan Colmar Tropicale ini merupakan sebuah kawasan ala-ala perkampungan comel yang diadaptasi rekaan dan binaan nya dari sebuah tempat bernama Colmar di negara Perancis. Cuacanya nyaman. Tidak sejuk pada waktu tengah hari dan petang tapi cukup nyaman untuk berehat. Sunyi dari kesibukan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tapi sangat tidak sihat untuk saya duduk lama2. Sebab saya perlukan peluh dan air sejuk. Haha. Area nya tidak sebesar mana, habis pusing dalam setengah jam sahaja. Tapi ada few gardens yang tidak sempat saya jenguk iaitu Rabbit Farm dan Japanese Garden. Petang hari ke-2 itu hujan lebat selepas kelas memaksa kami lepak dalam bilik je. Takpelah. Next time maybe?

Jom tengok hasil petikan kamera saya untuk tatapan korang semua.

nyaman kan?

mommy hot beraksi. :)


aksi konon2 sejuk. propa saja LOL

si hitam

si hitam dan pasangannya, Blackie

si putih

oh. gorgeous. sangat bersih!


hampir kena patuk. 





dari menara tinjau. tingkat 5

Itu sahaja yang sempat diambil. Jadual kursus yang agak tight dan kemalasan mengusung kamera gabak ke hulu hilir menyebabkan gambar2 berkualiti rendah menggunakan telefon lebih banyak. 

Saya sangat rekemen tempat ini untuk sesiapa yang memang nak berehat. Pasangan yang nak honeymoon atau babymoon juga di galakkan ke sini. Cuma bagi yang mabuk macam saya, tahankan aje lah dalam perjalanan. Atau kepada pasangan bakal pengantin yang mencari2 tempat nak buat pre-wedding photoshoot pun boleh ke sini juga. Memang lain dari yang lain. Tak berapa berpeluh kalau amik gambar kat sini,. :D

Ok, till next review. Daaaa.




p/s : saya tengah counter stat dah melebihi 88,888. Ada sesiapa yang berjaya capture screen masa 88,888 tu? kalau ada, sila emailkan pada saya k.

Friday, June 17, 2011

al - mawlid - cahaya seluruh alam

Qilah introduced me to this new nasyid contemporary band.
at first i was like..who?
ok. lepas tengok baru tau. diorang adalah bekas ahli kumpulan VE, Innuendo dan Ruffedge.
Kalau dulu diorang nyanyi Belaian Jiwa, Ayu dan Da Boom, sekarang ni lagu diorang dah lain.
kali pertama dengar lagu Cahaya Seluruh Alam, saya telah jatuh cinta.
saya share kat sini k.

Amer, Azan, Lah, Mode, Zaf, Pat, Taj

Alhamdulillah.
Thanks Qilah!

Tuesday, June 14, 2011

away

saya ada perjalanan yang panjang hari ini. di kala anda membaca entry ini, saya dah berada di satu negeri dan akan bertolak ke negeri yang satu lagi selepas habis kerja di negeri ini.

koordinat lokasi saya adalah seperti berikut:


Lokasi 1 : N2 32.958, E101 47.880


Lokasi 2 : N 03 25 185, E 101 50 522




doakan saya selamat sampai dan selamat pulang ke KL pada hari Khamis.
if line mengijinkan, saya hapdet lain. daaaaa



Monday, June 13, 2011

weekend

dah lama tak buat weekend re-cap.
so kita buat lah hari ni. hahaha.

Jumaat - hari malas kerja. malam tido. qada tido yang tidak cukup hari Khamis.
Sabtu - breakfast nasi kerabu! woot! gi Payless Book Sales. bought 5 books. i paid for RM35 ringgit. ye. tak tipu. serius! then we went to Empire tapi tak lama sebab bosan kot! lepas tu g The Curve. layan Sound Box sejam, jalan2 kat flea  market, pergi dp, balik rumah.
Ahad - sesi mengoyak rabakkan poket di Jakel. dan kemudian betulkan phone di Low Yat Plaza. Follower twitter saya tau lah, trackpad rosak. over sensitif. Boleh tak tengah cakap ngan A, tetiba suara orang B keluar. Sebab? Dia auto dial. Hampeh! Tukar mak nenek sebiji tu pun dah RM100 *nanges*. Oh. semalam sesi Sushi. Woot. Carpaccio idamanku. terasa kat tekak lagi ni. Hahaha. Malam tadi ingat nak jumpa Joe kat konsert AF tapi malas, so lepak umah, layan Facetime dan tido.

Oh, dah Isnin.
Esok hingga Khamis saya nak g jenjalan. Nak ikut????

bye

Saturday, June 11, 2011

angry birds available on chrome!!

tak percaya????? i got mine.
go get yours today!!
wheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee *bunyi burung terbang menghapuskan babi ijau*


skang, tak perlu tepon2 canggih dah.
hahaha, leh main depan pc
tapi jangan sampai tak buat kije.
wheeeeeeeeeeeeeee




Friday, June 10, 2011

Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides & X-Men : First Class

salam semua.
last week i was on holiday and i was high on movies and coffee.
ahaks! over kan?
dua movie je. keco :P. sebab saya jarang g movie kecuali..

ok. movie first yang saya tengok adalah:

1. Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides


  • tengok dalam visual 3D. Dapat spek mata yang canggih manggih tapi kena pulangkan selepas menonton. Kalau berniat curi bawak balik, sure budak jaga panggung tu kunci kita dalam panggung. huhu.
  • no more Kiera Knightley tapi ada Penelope Cruz. Super hot! Kiera nipis. Penelope tebal.
  • visual adalah sangat cantik. terutama kat pulau yang Jack Sparrow tinggalkan si Angelica.
  • funny as ever!
  • Johnny Depp. Erm. Yumm.
  • creature yang paling saya suka adalah mermaid. oh dalam ni ada mermaid. selepas menonton anda pasti mengubah persepsi terhadap mermaid. wakakakaka
  • Bintang yang saya bagi? 4/5. Kurang 1 bintang kerana agak rimas dengan spek 3D. Sila tonton!
dan movie ke-2 adalah...

2. X-Men : First Class

  • saya layan di Wangsa Walk. Midnight. Dah tua, tak larat aa tengok midnight. Agak mengantuk. :P
  • saya tak pernah ketinggalan menonton X-Men 1,2,3 termasuk lah Wolverine
  • mengisahkan team X semasa baru mengrekrut ahli2 nya. macam mana Magneto itu ada, mana depa dapat nama gelaran masing2. 
  • tak suka bila geng jahat mesti dia punya kuasa best2 contoh geng jahat ada azazil. tapi geng baik semua yang comel2 je kuasa dia. contoh kuasa supersonic. duh?
  • saya rindu Storm dan Rogue. Dua awek hot yang perlu ada dalam x-men. nasib baik ada January Jones (Emma Frost)
  • nasib baik Wolverine ada. Walaupun sekejap. Panas!! :D
  • Bintang yang saya bagi? 4.5/5. Tak genapkan 5 kerana saya saja suka2. 
  • Not a fan of Sci-Fi tapi saya enjoy X-Men. Memang first class!

Ok. Tu je. 
Nak tunggu Kung Fu Panda. Erm tapi orang tu tamau layan. Haha.
Tunggu dvd je lah.
btw, saya beli 2 dvd movie cartoon yang best iaitu Gnomeo & Juliet dan Rio. Best gila!!!

ok dah. later.
toodles!



Thursday, June 9, 2011

Wedding Geng : Max & Khairun



last week was a happy day for geng!
double happiness actually. max got married and cheche dapat baby. max nikah hari jumaat, cheche dapat baby boy akmal afif hari Ahad pagi.

on sunday, aku join didi dan syazwan ke Majlis Resepsi Max dan Khairun di Bangi Golf Resort. Resepsi ini dibuat di restoran menghadap area golf course. cantik! *we missed u Lin!!!* *waves*

red carpet and poster of the bride and groom
;)

pelamin


kami sampai lebih kurang jam 12.40 camtu and sekejap lepas duduk2, pengantin berarak masuk. Clad in silverish grey baju, Khairun looks so cantik. Max pun apa kurangnya. Knowing Max yang dressing nya sempoi dan main belasah, for the wedding itself, he cleans up very well. Pengantin la katakan. :p

fyi Lin, ini adalah wajah Max dari awal sampai habis majlis. 
bak kata ayol 'besar sengeh mamat ni'

bersanding



sementara mereka sanding, ayol and wifey berserta Keisha sampai. Budak kecik yang sexy tu semakin cheeky. Comel kot.

tengok gigi dua ketul itu reminded me of my very own self. 
gigi kapak yang super besar. hahaha

Jual Mahal :(

Kami plan nak ke hospital Putrajaya untuk visit baby cheche, tapi rupanya waktu melawat kul 4 - 7 petang. So, tak jadi, terus balik saja. Sempat tunggu Min sampai and bergambar ramai-ramai. Geng masa ni tambah Edwin sekejap. Hehe. Um dan Mila tak sempat jumpa. Huhu


So, begitulah kisah last weekend. Happy.
:)
Sampai ketemu di lain wedding...haha
Signing off with the pictures of the bride and groom....

  
Mr. & Mrs. Conrad
"Selamat Pengantin Baru"

Wednesday, June 1, 2011

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Rifqi Farouq


oh my my.
entry ni berkurun dalam draft.
serius baru perasan.
maaflah ye zurai!
hahaha
takpe2. jom kita layan entry ni.
saat ini, RF dah mencecah 7 bulan dan sangat lah gebu!

***
seperti biasa...memula single. pastu ada boyfriend/girlfriend. pastu kahwin. pastu babies.
so sekarang ni. my geng dan SG Girls sedang ke arah transformasi dari berdua ke bertiga.
ada lah juga kami2 ni yang masih satu cuba nak transform ke dua. tapi dalam status pending lagi. 
hahaha.

so, bila kengkawan dah ada anak, mula lah kita attend majlis. aqiqah, cukur jambul, birthdays dan sebagainya. dan kali ni giliran zurai jadi 'mak pengantin' bila Rifqi Farouq (RF) dah mencecah usia 4 bulan, untuk buat kenduri aqiqah. Kenduri nya di Melaka. So yang dapat hadir cuma aku dan Maria.

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Tempat : Taman Sri Songket, Batu Berendam Melaka
Tema : Oren

kami sampai dalam jam 11 pagi. tak ramai orang. baru nak mula sambut orang masjid. apa lagi, moh le kita bergambor.

RF dan mama n babah

matanya sungguh buntang. i like! ensem :P

mek maria dan RF. masa ni masih belum ada abe

dari KL kami ke Melaka :)

love...love...love this!

tak sempat makan cupcakes ni sebab melantak kambings

haha.tu je lah.
maria n i went back to KL on the same day.
penat? ala tak pun.
setakat Melaka - Putrajaya je kan.
:)

yeay.
ada perkhabaran baik dari SG Girls. akan bertambah umat Muhammad di muka bumi.
Congrats!!!
next....