Thursday, August 27, 2009

saya suka nya!



it's THE SAMBAL GORENG SERAI BURUNG PUYUH !!!!!!!

inilah lauk2 yang kami jamah untuk iftar semalam

dan ini pinggan nasik budak yang teringin nak burung puyuh tu!!!!


Alhamdulillah. saya dapat juga apa saya nak semalam. jumlah harga yang terpaksa dibayar ialah RM 16 (RM 4/seekor burung puyuh goreng kunyit). hik hik.

Thanks Mak!!!! nanti orang bagi mak duit raya :D

erm. tanak la mengidam ape2 dah. menyusahkan orang je hehehehe.

happy. happy. happy.


ok dah.
lap lap lah air liur tu. puasa ni!!!! :P


Wednesday, August 26, 2009

tak semestinya mengidam itu mengandung


Hari : Rabu
Waktu Sekarang : 3.55 petang
Cuaca Sekarang : Hujan lebat mencurah2 di luar tingkap, Masjid Putra yang indah tak nampak.
Mood Sekarang : So-so. cam malas sikit + sejuk + semangat sikit + teringin nak makan

hujan lebatnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!! untuk hari ke-5 nya dalam bulan Ramadhan 1430H, memang Ramadhan kali ini sejuk. Alhamdulillah. dan mungkin kerana itu juga sampai hari ini saya masih lagi tiada cravings nak makan apa2.

kalau tahun-tahun sebelumnya, sedari hari pertama lagi muka ini telah menjenguk2 di Pasar Ramadhan, tapi untuk kali ini ataupun tahun ini, believe me saya masih belum menjejakkan kaki ke mana-mana pasar langsung. termasuklah kedai kat bawah yang jual kuih pun saya tak penah beli ape2. weekend lepas, saya goreng cikodok pisang di rumah untuk dua hari. hari isnin hingga hari ini (rabu) dari office terus saja saya balik ke rumah.

oh, adalah craving satu hari tu. yang gila nak makan sambal sardin pedas tu. adalah pelik seorang yang bernama yantie ini tidak teringin nak makan apa2 (apatah lagi di bulan puasa!). walaupun saya layan blog peeja, blog ceera yang penuh dengan entry makanan yang sedap2, tapi masih belum terliur ataupun nak sangat2 makan! hukhuk. adakah saya dah tua dan takde selera dah ni? aisshhhh baru nak masuk 26 tahun la (lagi berapa hari je ni...standby okeh!). belum tua lagi!!!! takpelah. mungkin belum dapat feel ramadhan betul2 lagi kot sebab saya berpuasa ganti sampailah hampir2 dah nak ramadhan hari tu. hehehe. craving biasa tu memang dah biasa sangatlah. contoh nak makan NASIK KANDAR KAYU ORIGINAL, BUKIT JAMBUL, makan NAAN CHEESE + TIKKA AYAM/ TANDOORI AYAM. ni memang meleleh habis lah. hahaha.

tapi kan korang...masa lepas solat zuhur tadi saya ada rasa teringinlah...... teringin nak makan............ SAMBAL SERAI GORENG BURUNG PUYUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

huk huk. mana nak carik. memang tak leh carik. hanya boleh beli burung puyuh di supermarket Jaya Jusco dan buat sambal serainya lah. hoho mana sempat. tadi kol mak, mak kata puyuh goreng adalah. harap2 mak beli. huhuhu

oklah. makin sejuk saya ni. nak menaip pun tangan dah hampir nak keras. hari ni nak balik awallah. didi berbuka ngan min, um mana tah ngan mila kot. erm takpe2 dah janji nak buku together next week. oklah. selamat berbuka untuk hari ini (in advance!)

bye love!

hasil browsing ;)


pagi ni masuk awal di office. so sempat lah bloghop sekejap. tinggal comments pada mana2 entry yang dirasakan perlu. hik hik. dan juga sempat ke SNS. hasilnya, dua perkara menarik yang saya jumpa iaitu ini :

all credits goes to SNS!!!

Item Satu!

Buku lagi!!!! Min, adakah anda berminat? Jom g Borders shopping buku mau kah??


Dan Brown The Lost Symbol1

15 September 2009

Pre-Order Dan Brown’s The Lost Symbol Offers

20% Off Now

Special Price

RM79.92 (Usual Price $99.90)


ABOUT Lost Symbol

Dan Brown’s new novel, the eagerly awaited follow-up to his #1 international phenomenon, The Da Vinci Code, which was the bestselling hardcover adult novel of all time, will be published on September 15, 2009.

The Lost Symbol will once again feature Dan Brown’s unforgettable protagonist, Robert Langdon. The Lost Symbol is a brilliant and compelling thriller. Dan Brown’s prodigious talent for storytelling, infused with history, codes and intrigue, is on full display in this new book. This is one of the most anticipated publications in recent history, and it was well worth the wait,” said Sonny Mehta, Chairman and Editor in Chief of the Knopf Doubleday Publishing Group.

Brown’s longtime editor, Jason Kaufman, Vice President and Executive Editor at Doubleday said, “Nothing ever is as it first appears in a Dan Brown novel. This book’s narrative takes place in a twelve-hour period, and from the first page, Dan’s readers will feel the thrill of discovery as they follow Robert Langdon through a masterful and unexpected new landscape. The Lost Symbol is full of surprises.”

“This novel has been a strange and wonderful journey,” said Brown. “Weaving five years of research into the story’s twelve-hour timeframe was an exhilarating challenge.

Item Dua! - aaaa yang ni menarik sangat!!!!

The Hard Rock Hotel, Penang Opening Special Promotion

20090824 hard rock hotel penang opening offer2

From 24 August 2009 onwards

Hard Rock Hotel Penang Opening Offer


Opening Special from RM368++ inclusive of 1 night stay, breakfast for 2 and limited edition Platinum Record

Book Now!

Location (Tel : 604 8811 711)

Hard Rock Hotel Penang

Batu Ferringhi Beach

11100 Penang

Malaysia

www.hardrockhotels.net

Oklah. apa2 maklumat terkini pasal sales atau apa2 jualan best2, sila layari ShoppingNSales okeh.

nak sambung berkhidmat! tata :)


Tuesday, August 25, 2009

kesempatan yang ada



mana ada!
hari ni aku tak lekang di tempat duduk. dan sampai saat ini, aku masih menaip surat rasmi (sambil taip blog sedikit demi sedikit). hari ku penuh dengan meeting, diskusi, taklimat, meeting lagi. saat ni perut dah kecorong!

Geng! ajak berbuka puasa di rumah Ache Apat. tapi rasanya i decline the offer for today. bukan tanak lepak ngan Geng! tapi nak berbuka ngan mak n ayah dulu. rindu la ngan Geng! sebenarnya.....tapi sebabnya start 27 hingga 31 Ogos ni saya dah berkampung di Quality Hotel. banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak gila kerja regarding Merdeka Day. huk huk. Ingatkan boleh excuse 30 baru standy, tapi latest diskusi tadi memang saya diarahkan untuk pegi 27 Ogos. matilah bos hangin. but i'll make sure things in the office akan berjalan lancar tanpa apa2 sekatan tanpa saya di office. and i'll try my very best to settlekan apa2 yang perlu disettle.

oh sebelum mengakhiri bingkisan ini, saya nak bitau yang Mak Chumel saya telah memasakkan sambal sardin yang sangat pedas dan banyak kuah untuk saya semalam. walaupun sayur kacang atau sayur buncis tak ada, tapi dapat makan pecal pun jadilah. (didi, ko tau pecal tu hape? :D). oklah tu je kot. ada sekeping surat lagi untuk saya keluarkan untuk hari ni, pastu saya nak balik. huhu.

papai korang!!!! mwaks :)

Selamat Berbuka. Jangan Gelojoh!

p/s : Min, Um, Didi, Lin, Nana (kalau Nana baca la) - aku nak berbuka ngan korang. Minggu depan k. Promise! pas Merdeka eh.



Monday, August 24, 2009

macam-macam ragam bulan puasa ;)


hai korang! sihat lagi ker? maksudnya korang puasa lagi tak? hihi
saya kat opis ni oklah. walaupun sempat melelapkan mata dalam 10 minit atas kerusi office sehinggakan tengkuk dan belakang belikat ni dah jadi tense. huhu i need a massage lah.

tadi baru je call mak, untuk tanya berbuka hari ni juadahnya apa. snippet conversation kami di bawah:

Ahkon : Mak, wat pe?
Mak : La..keje lah.
Ahkon : hehehe nak tanya. berbuka makan ape?
Mak : Nak singgah kat Serdang beli lauk je.
Ahkon : Orang teringin lah.
Mak : Ko nak ape?
Ahkon : Macam nak makan sambal sardin pedas + sayur kacang buncis goreng.
Mak : Hahahahaha (Gelak gila-gila macam icon YM yag gelak guling2)
Ahkon : La..betullah. orang teringin la. nak makan ngan nasik panas campur kicap skit. buat eh.
Mak : Tengok lah. kalau sempat. tapi kacang buncis takde. kacang panjang adalah.
Ahkon : haaa okey2. mak buat kacang panjang ngan telur! yeay. bye.

Haaa boleh? Mak aku bantai gelak aku nak makan sardin. huhuhuhuhu sedey la :P
InsyaAllah. harap2 mak buat! hehe

Semalam pulak. Ada seorang yang baik hati telah membelikan samosa sebanyak RM10. sedap sungguh samosa tu. cuma balutannya mungkin agak tebal, so bila dah sejuk jadi liat. Masa baru bawak naik tu, mak jenguk dalam plastik. Conversation kami seperti di bawah:

Mak : Eh tie, banyak nyer A Famosa ni. siapa beli?
Ahkon : Hah? A Famosa ape?
Mak : Ni, sebungkus A Famosa ni. sapa nak makan.
Ahkon : (aku dah mula faham) Laaaaa. Samosa la mak. Orang ingatkan A Famosa manalah tadi.
Mak : Ha apa2 je lah. sama je bunyi. ko paham gak.
Ahkon : (sengeh je)

Sampai sudah benda tu disebut famosa. layankan je. hihi.
Mak aku bab2 perkataan dan koordinasi ayat ni kadang2 ke laut skit. tapi takpe. Mak Chumel!!!! I Love U Mak! nak sambal sardin tau!!!

ok korang.
selamat ke PARAM. jangan tamak beli juadah. nanti tak habis.







mode : chenta

Y

The time will come,
when, with elation,
you will greet yourself arriving
at your own door, in your own mirror,
and each will smile at the other's welcome,

and say, sit here, Eat.
You will love again the stranger who was your self.
Give Wine. Give bread. Give back your heart
to itself, to the stranger who has loved you

all your life, whom you ignored
for another, who knows you by heart.
Take down the love letters from the bookshelf,

the photographs, the desperate note,
peel your own image from the mirror.
Sit. Feast on your life.



went to Borders, The Curve last nite. nearly closed. i managed to squeezed in and found the book. for those who are interested, please buy the book now. only few left. now i'm already at page 71 (of 615 pages. hahahaha) wish me luck. i am drowning in the lovey dovey feeling of the book. poem above is from Derek Walcott which was quoted in the book. can't wait for the movie.

oh, yes najeeb! i got the book :D. did you got your copy of Mr. Parson's yesterday?

Nota D(o)nuts : sila ke Borders. SALE yang sangat2 menarik!


Sunday, August 23, 2009

saya nak ke borders la...jom?

haku ni kat rumah, mentang2 puasa, lepas tu hujan. jadi mellow je. jiwa raga sendu gitu. hahaha. sejuk, lepas dalam comforter sedap tu memang tak hengat donia. so memandangkan bulan puasa ni, aku bercadang nak tambah koleksi buku (ye saya sedar patutnya tambah pahala baca Al-Quran). cuba dengar dulu alasan...haih! sebabnya duit makan kan dah tak berguna bulan2 puasa ni, so baik kita invest ke buku2 dari membeli kasut, lamanye la tak beli kasut.. ye tak? hihi.

so semalam sempat singgah ke Alamanda, g MPH dan carik buku. niat di hati nak beli 2, tapi satu je yang ada. saya beli buku ni:


picture credits to Google Image

tapi sedih gila. nak dekat 1/2 jam saya pusing2 kat seksyen FICTION tu tapi buku yang saya carik takde. oh, saya tengah nak carik buku ni:


picture credits to Google Image

Semuanya gara-gara menonton trailer movie yang bakal keluar (di Malaysia) pada Oktober ni. Movie yang menampilkan Rachel McAdams dan supersexy Eric Bana sangat best dan review orang ramai berdasarkan pra-tonton sangat memberangsangkan. so i need to read it first dan baru tengok movie.

Plan seterusnya ialah untuk ke Borders terhampir (alamak, mana Borders terhampir eh??) hari ini juga kerana next week sudah bz dengan Merdeka! Dengan adanya SALE sehingga 40%, saya tak leh lepaskan peluang ini. sambil2 tu boleh beli Twilight untuk lengkapkan set buku saya. oh, bercakap tentang Twilight, tahukah tuan2 dan puan2 yang ada 3 lagi movie bakal dishooting di samping Eclipse (yang sedang di shooting di Canada) akan datang Breaking Dawn (the so called last installation) dan satu lagi movie yang belum didedahkan tajuknya! Min, aku rasa mesti round-up cerita tu kan (yang satu folder pdf files ko bagi tu). Sape yang nak cerita2 tambahan yang Stephanie Meyer buat tapi tak dijadikan buku, sila email saya. hikhik

Oklah, saya nak settlekan minit yang saya taip sambil2 saya buat entry ni dan nak ajak mak g Mid Valley la. kalau taknak turun pun, saya nk lari kejap je untuk beli buku. hahaha. petang kang nak goreng cikodok pulak!

korang, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kerahmatan di hari yang sejuuuuk ini.

love,
ahkon.


*updated* news credits to www.bharian.com.my

Chomel Sungguh Tun M! Kepada korang semua, jangan lupa pakai topeng kalau keluar dari rumah k. Kalau rasa2 malu nak pakai, sila lepak rumah sahaja!

'Kena pakai topeng'

Oleh Azman Mahmood dan Syuhada Choo Abdullah
bminggu@bharian.com.my


DR MAHATHIR memakai topeng mulut dan hidung ketika melawat Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, semalam.

Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).........

for more news, click here.


Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430

rata-rata semua orang mesti 'inbox' handphone masing-masing penuh dengan sms ucapan selamat menyambut ramadhan. ahkon pun dapat banyak sms. ada bentuk gambar, ada bentuk pantun, tak kurang jugak interactive sms dengan mercun dan sebagainya.

apa yang pasti, sekali lagi kunjungan Ramadhan bulan mulia menjenguk kita. kalau di akhir Ramadhan yang lalu, kita asyik memikirkan sempat lagi kah kita bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, nah. sekarang memang kita sedang hampir menamatkan sehari puasa kita untuk Ramadhan 1430H.

hari ini bermula dengan cuaca sejuk dan nyaman. di Putrajaya sedari jam 1 pagi lagi hujan renyai2 dah turun. dan berlanjutan hingga ke petang ni. Alhamdulillah, hari pertama berpuasa kita dikurniakan dengan rahmat dari Allah s.w.t. hari ini ahkon takda plan nk ke Param membeli belah atau menjamu mata dengan makanan2 menarik kat sana. hehehe. nanti lah sebenarnya tunggu min balik. so apapun, makanan dah siap terhidang atas meja tu, tengah tunggu dua orang kakakku datang. oh ye, hari ni mak masak Asam Pedas Ikan Pari, Daging Kicap, Ayam Madu dan apa lagi tah. lapar plak aaa.

ok korang Selamat Berbuka!!!! ari ni jangan lupa semayang terawih!!!!!!!!!!!!!!!


Friday, August 21, 2009

jimba jimba birthday :D


ha. aritu kan beday Cik Min kita yang ke-26. so malam semalam kami beramai2 telah ke Alamanda (Johnny's spesifically) untuk attend birthday dinner cum 'kenduri puasa' Geng! memandangkan mulai esok kita semua akan mula menjalani ibadah puasa, entah bila Geng! akan makan malam bersama lagi, so adalah sesuatu yang menarik dan best untuk kami adakan sedikit makan2 bersempena kedua-dua sambutan.

min fetched me at home around 750, Lin dan Mila dah ada di Alamanda sejak jam 6. Didi dari rumah, the newlywed paling lambat sekali sampai dan acikcheche tanpa acikpaie. Max cancel last minit, um di KB.

melihatkan kepada orang-yang-terlupa-beli-kek-tapi-terlupa-jugak-bagitau dengan selamba duduk, aku ajak lin g beli kek. hasilnya kek cinoni dari BR. super sedap! ditambah dengan mulut yang sedang panas hasil sup steamboat yang menggelegak dan kuah tomyam yang kick habis. tak siap la kami kalau tak bergambar. oh, bukan tiap kali pun bergambar, bila ada birthday celebration saja je adik2. :D

so, apa lagi. jom tengok gambar! gambar dicilok dari FB Min. iainya tidak diedit!




matilah lepas ni, layan blog terliur tengok kek yang sedap ni!

untuk korang yang kat luar sana, yang masih sudi menelek blog yang tah hape2 ni, saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia. semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, kita dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita. Insya Allah. jangan dok pikir raya je ok!

Selamat berPARAM dan selamat la untuk yang otw driving balik ke rumah untuk sambut Ramadhan bersama keluarga!

xoxo,
Yantie


Thursday, August 20, 2009

Klinik Golf 1/2009


Jangan ingat kalau sakit je kena g klinik ok. Kalau nak belajar main golf pun kena g klinik taw. Kami officer2 muda sangat bertuah sebab ada bos yang sangat concern pasal sukan Golf ni. Datuk TeeKayEssYou telah mencadangkan kami semua menghadiri Klinik Golf. Dari Big Shots (bos-bos besar) hinggalah kami officer bawah2 ini semua semalam berangkat ke driving range di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC). Aku bertolak ngan EsYouBee tapi sesat barat sampai la ke hujung dunia Cyberjaya. Ingatkan nampak bangunan dari jauh berkilauan tu KKTTC tapi rupanya bangunan Indah Water.

So lebih kurang jam 8.20 malam kami sampai, terus ke tepi platform. S/U Kelab yang sepatutnya in-charge was down with fever, so aku sebagai Penolong S/U kena ambik alih. Kami diperkenalkan dengan Encik Ku Sairy, cikgu untuk malam itu. dan terus class kami bermula. Antara soalan-soalan yang ditanya ialah: apa itu birdie? boogie? eagle? albatross? beza iron ngan wood? macam mana nak tau berapa jauh dan kayu golf mana nak digunakan? peraturan asas kat green/fairway. attire semasa main golf. banyaklah. overall, basic golf sudah ada dalam kepala.

for those yang nak belajar dulu melalui virtual world, sila ke laman web PGA. klik sini. ada pictorial guide for beginners. sebab ye lah, kalau kot2 segan nak pukul tapi tak reti, g tengok tutorial tu kay!

Dua Big Bos sedang khusyuk dengan penerangan dari Cikgu.

And their officers pun semangat dengar jugak.

this is the right way to grib your club

selepas belajar grib, kita perlu belajar swing

ha, pelajaran selepas itu disambung dengan pukulan2 yang pelbagai. ada yang ke laut, ke longkang, ke kiri, ke kanan. nama pun beginners. standard la kan. kami 'menebas' sampai lebih kurang jam 1120 malam. memang la addicted. mula2 pukul ke kiri kanan. bola tak naik. tapi once dah dapat feel, mula lah seronok. satu timba bola habis, minta satu timba lagi. rasanya untuk malam semalam je, lebih kurang 100 biji bola la aku pukul (untuk first timer, ok ape!).

so lepas ni akan ada klinik-klinik sesi seterusnya untuk menterrorkan diri. tapi rasanya akan bersambung selepas Ramadhan. menurut kata cikgu, kalau betul2 focus kita boleh main di padang selepas 5th class. huuu semangat dah ni. kayu takde, kita carik yang second hand! hik hik.

oh ye, untuk korang yang berminat, layari laman web KKTTC di sini. ada banyak info berkenaan dengan Kelab KTTC dan juga K Golf And Rizman Golf Academy di sana. dan untuk yang berminat menyertas lesson golf ni, aku sertakan harga untuk pukul bola di driving range ni kat bawah kay:
  • 200 bola - RM 17 (biasa) RM 15 (student)
  • 100 bola - RM 9 (biasa) RM 8 (student)
  • 50 bola - RM 5 (biasa) RM 4 (student)
  • 2000 bola (with free 200 balls) - Coupon RM 90

Ini hanya promosi ok. siapa yang nak main, pergilah. Golf ni (pada aku) bukan setakat di padang tapi masa kita kat Driving Range ni lah kita ajar diri kita untuk focus. dan bila di green nanti, kita boleh kenal perangai manusia. malas nak ulas panjang2, g try pukul kat driving range ok. kalau korang kata main golf ni tak berpeluh, silaplah. aku macam mandi malam semalam.

oklah. tu je. aku nak g semayang asar. huhuhu hari ni sepanjang hari meeting. lotih lah!

xoxo. muaksss

Wednesday, August 19, 2009

Jacob Black is HOT! HOT! HOT!


korang!!!!!!!!! it's really coming. very soon.
sangat tak sabar. i am so not Team Jacob. I am Team Edward (forever!)

Judging at the latest trailer (credits to YouTube) from New Moon, i can see that more Team Edward will have some trouble to stay or changing to Team Jacob. He's (Jacob Black) HUGE ok. with the super cute steamy eyes and thick brows. *drooling!*

and TwiHards, in this trailer, you'll see a glimpes (or more) of Dakota Fanning and the Wolfpacks. aaaa tak sabar. and don't forget the sexy kissing scene between Edward and Bella!

Min, here's a birthday present for you. hahahaha (dan jangan lupa, tiket mesti beli!!!!)




ok. dah. sangat menggila nak tengok New Moon!!!! tak sabar. sabar je lah.
;)


have fun viewing.


small matter


lagi berapa hari je kita akan berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. sekejap je masa berlalu. rasanya baru je sambut raya last year. hik hik. and tak lama lagi jugak kita akan menyambut Kemerdekaan yang ke-52. di office makin busy la kami. dengan sambutan kemerdekaan yang tak tahu lagi comfirm atau tidak. usai sahaja sambutan di Bukit Jalil, the next day kena organise Majlis Berbuka Puasa (yang mungkin akan jadi 3 atau 4 majlis) dan selepas itu bermulalah sambutan Hari Raya Kelab (saya penolong setiausaha ye), kemudian ada 2,3 event yang wajib dilaksanakan selain dari kerja2 harian. November akan disambut dengan Hari Inovasi dan saya akan menghadap PTK selama 4 hari selepas itu.

dalam busy membusy ni, sempat tak kita tengok benda2 kecik yang jadi dalam hidup kita? adakalanya kita terlalu memikirkan perkara besar yang tak tahu impactnya sampai atau tak tapi kita terlupa yang perkara2 kecil dan halus inilah yang membawa kepada perkara yang besar itu tadi. contohnya. pemakaian mask di saat negara dilanda wabak penyakit. PHEI di office telah kemukakan banyak artikel yang mana di zaman Rasulullah S.A.W lagi telah ada keputusan berkenaan dengan wabak yang berleluasa ini. semalam di office pun dah laksanakan Bacaan Yassin dan Solat Hajat yang saya kira perkara yang kecil tetapi impactnya besar sekiranya semua kita sama-sama buat.

alamak, terbebel la plak pepagi ni. jap lagi saya kena menghadap bos la. takpelah. saya rindu berblogging sebenarnya. takde masa. tambahan pulak bila adik dah bawak lappie ke Shah Alam. huhu. takpelah untuk pagi ni saya tinggalkan korang dengan sepotong hadith yang dikongsi oleh Y.Bhg. Dato' dalam mesyuarat kami lewat petang semalam.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri."

oh, belum belum. ada annoucement. hari ni jugak Birthday one of my GENG! Girlfriends : Cik Siti Aminah!!!!
untuk tidak melupakan hari lahirmu (hik hik), here is something for you...

Some other folks might be
A little bit smarter than I am
Bigger and strong too
Maybe
But none of them will ever love you
The way I do
Just me and you, babe

And as the years go by
Our friendship will never die
You're gonna see
It's our destiny
You've got a friend in me

atie

me & Birthday Girl-Min @ Yoyol's Wedding

there you go, something small but wth big impact. boleh? hahaha. Min, sila belanja :P

ok bye.


Monday, August 17, 2009

kaitannya???

hari isnin ini sangat menjengkelkan. kerana blues cuti rehat dua hari yang belum hilang. rasa nak balik, peluk Mr.P dan tido.

huhu

jom layan lagu ni.. best!




bestnya. teringat Nasi Kandaq Kayu Original. serius. nasi panas + ayam goreng belah peha + sayur kobis + serbuk cili = MELETOP!!!!! (chuooooopppp, apa kena mengena Nasi Kandaq dengan BEP? hahaha)

lin, bila ko nak hantar aku g interbiu kat Penang nih???

ok, layan lagu tu ye korang!

tata!!

what a weekend


with no suprise or interesting issues.

Friday ended with a sing-your-heart-out session at Kotak Ijau (without Khai. sorry dear. impulse plan). we were home around 3 am in the morning and i quickly dozed off right after the head touch the fluffy pillows and with Mr.P yang busuk di sisi.

saturday starts with our weekend routine. me and the girls having our girly breakfast at non other than OTWC, Cyberjaya. right after that, Min asked me and Um (plus Mila op kos) to accompany her to Mirex which was held at Mines International Convention and Exhibition Centre (click here for info). We collected a bag full with goodies (signage, stress ball, pamphlets etc) from various booths participate. and we left the lovebird to continue their lovemaking chenta session and went home. later that nite, my main activity was reading and reading and reading till i shut my eyes to sleep.

sunday morning, mak already screaming on the top of her lung to wake us up. adik was supposed to be back to Uitm around 7 am cause he had a futsal tournament tapi memandangkan si pemalas itu susah nak bangun akibat berjaga malam, it was quite a task to wake him. as for me, i promised mak to teman her for raya curtain hunt. approximately at 10, we were already at Jalan TAR. we went in and out of the stores and finally found something tasteful enough for our 2009 Aidilfitri curtain. hahaha i managed to buy few shawls and guess what, i got nearly 20 of them! yeay!!!! shawls rawk. hahaha. otw home, headache attacked and i then spent a whole hour sleeping to regain my energy (sebenarnya pening sebab lapar. hahaha). and last nite, i was at KLIA for Khai's departure. balik India lah. huks. kejap je jumpa. and i owe him more than ever. lebih kurang ratus2 kan kiki? nanti aaa orang bank in once i've received the payment ya. and glad to see you around walaupun kojap je. gonna miss you. tak terbayang kalau lu dah kawin nanti. hahahaha.

oklah. that's all for now. i am so not in a mood bekerja. tolong!!!!!!!!!!!!!!!! but am so excited for this coming weekend. boleh? haha

;)

i end this entry with a picture of my girls form Geng! taken last Friday at Chakri Express, Alamanda. glad to have 'em around!




xoxo


Friday, August 14, 2009

hidup dan mati


dalam keadaan sekarang ni. macam2 jenis penyakit ada. semuanya terdedah kepada bahaya penyakit. dan sebagai orang Islam, kita memang percaya nyawa kita ni memang bila2 masa saja boleh ditarik.

dengan adanya pandemik HsatuNsatu ni. cuaca yang serba tak menentu. semua orang pun rasa tak sihat. mana2 kita pergi, ada je orang yang pakai mask. tak mustahil kalau esok lusa semua orang yang kita jumpa bertutup mulutnya.

bercakap tentang hidup dan mati. kita takkan tau saat bila nyawa kita ditarik. kebelakangan ini, banyak kes-kes mati mengejut dah berlaku. sedar atau tidak mungkin perasan dengan tak perasan. sesiapa pun boleh ditarik nyawanya. kadang2 tengok sihat walafiat. tapi siapa tau, tup tup esok dapat berita dah pergi. kat office ni, contoh ada 2,3 orang. seorang pilot dan seorang PB. elok je kita gurau2, seminggu lepas tu dengar cerita meninggal dalam tido, sakit jantung. ralat rasanya. sama lah macam dunia hiburan kita dan luar negara yang dikejutkan dengan pemergian Michael Jackson, Farrah Fawcett (dia sakit), Yasmin Ahmad, Asri Rabbani dan terkini (14 Ogos 2009 - 11 pagi) - Param (pelawak tahun 90-an).

Apapun, aku selalu harap yang aku dapat minta maaf dari semua orang. Sama ada contact secara langsung, atau yang terkutuk sesuka hati ke. hahaha tiap2 malam doa dulu sebelum tido. kadang2 terpikir sempat tak minta maaf ngan mak, ayah, family ngan orang tersayang. kadang2 kita ralat sebab kita tak sempat kata apa2 dengan orang tu.

aku tetiba rasa insaf mendengar berita2 di akhbar. ye lah memang kematian tu berlaku setiap saat, setiap pelusuk dunia. tapi bila dengar berita kematian mengejut yang melibatkan orang2 yang kita baca dan kenal melalui akhbar, jadi tergezut la jugak.

so, jaga diri kengkawan. tell all the people around you, you love them okeh!

segmen jumaat ini tamat di sini.

have a great weekend people (as mine will be next week!!!!!can't wait)

p/s : kepada warga putrajaya, di alamanda ada bukak kedai baru. kedai handphone ericson. betul2 bertentangan dengan Big Apple D(o)nuts dan di antara Billabong dan Nandos. Sila berkunjung kerana ada mamat kiut bersuara husky macam2 henpon di situ (ni promotion dari Min dan Um ye, aku dah tgk not so my taste la hahaha).

:P.



Wednesday, August 12, 2009

it's the mask world



when i went home from the office around 8.30 last nite, i headed up to Precinct 2 Pasar Tani/Pasar Malam. aku seorang diri as Min already home and people at the office still got lotsa work to be done. So aku park kereta dan start jenjalan lah. everywhere i turn, 3 people out of 10 are wearing mask. gila lah. aku rasa horror sudah. orang semua dah takut dengan H1N1 (sebut H Satu N Satu ye adik2 bukan H One N One) yang aku plak boleh lagi berlenggang kangkung apetah lagi di area pasar yang ramai orang tu. mulalah dug dap. quickly i went up to the KopieSatu van and ordered for Caramel Ice Blended. ramai jugak. around 10 minits tunggu. aku pun dapat la air itu.

Cepat lagi jalan, nak carik makanan untuk dinner. pusing kiri, topeng. pusing kanan, topeng. waaaa takut. aku grab sehelai shawl kaler itam and continue carik makanan. sambil2 menikmati ice blended yang kaw itu (biji kopinya made in Malaysia ye)baru aku terperasan yang aku pun pakai mask la sebenarnya. hahaha. tak caya? tengok ni.

ahkon dan DIY mask

hahaha. sirius tak tipu. lagi best kot. sambil prevent dari virus jahat, kita boleh bau Ice Blended Caramel yang berbau harum dan menghirupnya adalah lebih nikmat. :D

so takpelah kawan2. saya ni tengah bz. tapi squeeze jugak hapdet ni. hahaha oke. saya nak g Kompleks Sukan Air dah ni. pada korang yang ada kemudahan tv di office atau yang duk di rumah tu, sila buka RTM TV1 jam 1 petang ni. ada live telecast Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-52. manalah tau nampak ahkon kan???!! so, later k sayang semua nya!!! take care. jangan bersin or batuk depan orang tau! sila pakai mask!! kat iffice ni dah 5,6 orang mc. huhuhu


Nota D(o)nut : Pakai mask sebab kesihatan takpe tapi it is sick dealing with people with mask (in other word, plastic). Keji hokey


Monday, August 10, 2009

penat dowh


kan aku kata aku ada event hari rabu kan?? wah. tak sudah2 lagi prep itu. tadi aku g Kompleks Sukan Air, pastu lari pegi Bangunan Sultan Abdul Samad g amik topi (sempat makan lunch kat Ikan Bakar Istana Negara - gila meleleh wa cakap lu, terima kasih encik suhaimi!) pastu singgah Kompleks semula, tengok rehearsal air and balik office. paling best adalah apabila Dato' call dan bitau mesyuarat esok dia tangguhkan due to medical issues regarding my bosses dan keterikkan jadual untuk event. dia nak aku concentrate on event itu. terasa ringan skit bahu ni bila dia bitau aku tadi. dengan bos aku kuarantin kat umah, kerja melambak. memang la kurus. hahaha.

oh, btw korang. Majlis Ayol dah selesai Sabtu yang lepas. aku malas nak cerita ceriti, yang penting kami (penganjur utama malam itu) telah berjaya melangsaikan perkara2 di Majlis tersebut. Terima Kasih tidak terhingga kepada Min yang macho dengan walkie talkienya, Nana yang ayu bersimpuh di atas pelamin serta memakai bunga tangan, Didi yang mengiringi VVIP untuk menyanyi bersama (hehehe), Mila dan Um yang begitu efisyen sebagai pengapit, Lin yang aktif bagaikan tiada Kasih Mya, Max yang begitu multitasking dengan emceeing dan menyanyi (love your suit Max!) serta CheChe dan bakal tunang Cik Faie yang begitu romantik (che, aku approve - wah! hahaha).

so, tak lengkap entry ini tanpa gambar. without editing gambar2 ni, tengoklah and enjoy k! pictures credit to Mama Mya aka Lin.

the A's (portion sahaja)


'that thing you do'




okeh,
sekian, terima kasih.


Song of The Week - Pernah Muda



Pernah Muda - Bunga Citra Lestari

terlayan masa tengok Anugerah Planet Muzik 2009. Enjoy!!!

Bilang papamu

Ku takkan buat kau berubah

Menjadi anak yang nakal

Bilang mama mu kucinta padamu

Dan aku tak pernah

Main-main

Biarkanlah saja dulu

Kita jalan berdua

Merekapun pernah muda

Pernah muda

Bilang papamu berhenti urusin

Semua urusan kau dan aku

Bilang mamamu tak perlu

Khawatir ataupun curiga kepadaku

Biarkanlah saja dulu

Kita jalan berdua

Merekapun pernah muda

Saatnya kau dan aku sekarang

Biarkanlah saja dulu

Kita jalan berdua

Merekapun pernah muda

Saatnya kau dan aku sekarang

Saatnya kau dan aku sekarang

Saatnya kau dan aku sekarang..


Sunday, August 9, 2009

new addition to the family

a new family member in the haus!!!!
sebenarnya agak basi sudah cerita ini.
dia dah berusia lebih kurang seminggu saat berita ini muncul di sini. hehehe.

tanggal 31 Julai 2009 lalu, dia hadir dalam hidup kami.

yang penting didaftarkan atas nama aku, dibayar oleh mak dan diguna oleh adik.

pagi ni, first time bawak dia. cam best la plak bawak manual berbanding auto transmision. syiok la. dah la nampak cam kool jek!

weh dik, apa kata kita tukar kereta jap, bleh ka?

oh...chup chup..
introducing, the brand new WST.
hihihi

ensem kan???

hehehe. so sekarang ni baby ku sahaja la yang paling olskool berbanding Waja dan motor2 yang ada. bila nak tukar keta ni hah?tahun depan kah?? jeng jeng.

City ke, Vios ke, Spectra???

;)




50 soalan

Puan Tina Banana telah tagged saya minggu lepas. Hari ni baru sempat buat. hoho. Oh, before i proceed, CONGRATS with the new bun in the oven :)!!!!!Good Luck!

1. What time did you get up this morning?

oho, lambat. kul 9.25 pagi kerana malam tadi bekerja.

2. How do you like your steak?
Well done. kalau tak, medium will do. cuma tak lalu sangat. and with black pepper sauce please. not mushroom sauce for me.

3. What was the last movie you saw at the cinema?
The Proposal (sebab dapat tiket free dari TiC). Next plan nak tengok Up. Ice Age pun terlepas dah.

4. What is your favorite TV show?
Everything aired on E! Channel

5. If you could live anywhere in the world where would it be?
Next to him will do. Saya tak mintak banyak :D

6. What did you have for breakfast?
Nasik lemak beli kat kiosk bawah (tak la sedap mana), karipap tiga biji dan kopi sedap!

7. What is your favorite cuisine?
I love all type of food.(menjawab soalan kah?). Ok, fine. Contohnya : Nasi Kandar Kayu Original (Penang ok), Naan Cheese + Chicken Tandoori, Grilled Lamb, Sushi etc

8. What foods do you dislike?
Nasi Goreng Ikan Masin

9. Favorite Place to Eat?
Mamak Kembar P9 - roti banjir + half-boiled egg, Kayu Original - Nasi Kandar, Padi House, Cyberjaya - Spaghetti with Lamb Cutlets, OTWC - Mee Kari + Lemon Juice, Sushi King - Takoyaki + Temakis etc...

10. Favorite dressing?
Ceaser yang dicicah dengan carrots. best woo

11.What kind of vehicle do you drive?
Kereta Nasional

12. What are your favorite clothes?
i love dresses. tapi restricted je la kan. hahaha. oh, i hearts all me denims.

13. Where would you visit if you had the chance?
Penang

14. Cup 1/2 empty or 1/2 full?
ntah

15. Where would you want to retire?
Lama lagi aa. i pass.

16. Favorite time of day?
selepas waktu bekerja (tak kira la bila pun) dan saat meletakkan badan di atas katil.

17. Where were you born?
Leela Ratus' Medical Centre, Pudu

18. What is your favorite sport to watch?
Swimming dan Gymnastic.

19. Who do you think will not tag you back?
Sape2 je lah.

20. Person you expect to tag you back first?
Depends.

21. Who are you most curious about their responses to this?
No one.

22. Bird watcher?
Don't think so.

23. Are you a morning person or a night person?
Night kot. Dulu la.or depends on the situation.

24. Do you have any pets?
Tak pernah. Suka kucing tapi mak allergic.

25. Any new and exciting news you'd like to share?
Saya nak kawin? hahahaha gila. asik kawin je. tak lah. takde pape pun. :(

26. What did you want to be when you were little?
stewardess, model. gila tak cecite itu. maklumlah pendek. so tidakla menjadi.

27. What is your best childhood memory?
selekeh, makan buah letup2,main pistol kayu (peluru buah ceri muda), rounders session, tergolek kat bukit seri gombak sebab nak tengok itik putih, menari untuk Hari Kebangsaan 1991

28. Are you a cat or dog person?
Kucing.

29. Are you married?
Masih single.

30. Always wear your seat belt?
Saya terbiasa belajar memakai tali pinggang. kalau tak nanti kena marah.

31. Been in a car accident?
Paling massive masa bawak kereta ayah back in 2003 kot. Dengan Ice. otw ke OU.guna my parent's car n orang langgar dari belakang. barai aaa bumper.

32. Any pet peeves?
No

33. Favorite Pizza Toppings
Anything with lotsa cheese, pineapple and beef pepperoni. Dominoes rawk!

34. Favorite Flower?
Lily. Pull stop. but roses are welcome ok.

35. Favorite ice cream?
Wall's cornetto.

36. Favorite fast food restaurant?
Susah ni nak jawab. haha.

37. How many times did you fail your driver's test?
On the road, 2 kali sebab terbrake emergency kat lampu kuning.

38. From whom did you get your last email?
Gmail - Awak regarding fashionista. Official - my bos berkenaan mesyuarat on the 18th.

39. Which store would you choose to max out your credit card?
Berapakah limit itu?hihi. i think kat kedai2 yang ada kasut, bedsheet and perfumes.

40. Do anything spontaneous lately?
i tell jokes spontaneously every single day. hahaha. tak gitu Geng?

41. Like your job?
trying to enjoy every part of it.

42. Broccoli?
masak dengan daging. sedap gila!

43. What was your favorite vacation?
to compare Bandung, Singapore and Penang...i go for Penang. hahahaha

44. Last person you went out to dinner with?
Min, Nana, Didi, Um & Said @ Padi House last night after Ayol's Reception. budak2 lelaki lain kena settlekan perkara kenduri. Lin balik tengok Mya.

45. What are you listening to right now?
dengar bunyi kipas berpusing

46. What is your favorite color?
saya tipu kalau kata saya suka pink. sebenarnya saya ni selesa dengan black. haha

47. How many tattoos do you have?
Natural tattoo ada satu. hiks

48. How many are you tagging for this quiz?
taktau lagi

49. What time did you finish this quiz?
sekarang jam 11.58 am

50. Coffee Drinker?
sangat.

Am tagging: Kiera, Khair Abdullah, Nisha, Encik Affendi Osman, Adni Ariff, Icedcham (tu je la)

okeh. saya nak mandi dan ke pejabat. kerja banyak.takut tak siap. huhuhu. later people!!! have a nice Sunday!