Thursday, November 20, 2008

today's rambling

.
selamat pagi! good morning! bonjour! Guten Morgen! ohayo gozaimaz! annyunghaseyo!
.
pagi2 dah hujan. saya terjaga kul 6.40pagi. cepat2 iron baju. hari ni kena pakai batek. mulanya plan nak pakai kebaya batik indonesia kaler ijau. dah iron kain, pakailah. iron plak baju. mula2 tangan, flip kiri kanan pastu blakang. sembur air sikit, iron la. saya tolak sikit lagi, waaaaa ada lubang. tak la besar tapi nampak lah jugak blakang kalau pakai. huhu. kan dah rosak baju. kalut lah saya mencari baju lain untuk dipakai. sempat la saya sambar batik sarawak dan tudung bulat indonesia itu je. gila tak! saya pakai macam ni g opis!!! haha
.
.
malam tadi saya tido nyenyak. mungkin kerana hujan. mungkin juga kerana saya letih. letih berlarian kan. dan seperti yang dijangka, hari ni saya masih berlari2. pagi2 lagi saya dah ngadap bos dan diberi input few things yang bakal jadi kat seksyen saya. wah. pening2. ni pun baru je turun dari bilik big boss. esok saya ada taklimat berkenaan dengan keceriaan pejabat. saya kena buat talking points. pening pala la. saya nak pegi Yummy jap lagi masa lunch. nak beli barang. saya nak buat kek. cupcakes to be exact. sabtu ni mak ngah buat kenduri doa selamat. so mak mintak saya buat cupcakes.
.
the malay dilemma saya baru sampai muka surat ke 100. masih belum berusik untuk hari ni. saya perlu masa saya sendiri. me time! i want my me time! saya nak membaca, makan sedap dan jalan2 tanpa arah tujuan.
.
sebelum tido semalam saya ada sms Lin. dia sihat, cuma baby masih meragam. ye la baru berapa hari. Kamal la yang agak susah. nak jaga wife, baby. tapi saya cuma doa semua elok2 la hendaknya. ada plan nak g tgk baby tu esok masa lunch. tengok esok nya plan camne plak. kalau tak nanti kalut. lagi payah. hai..dah nak raya haji dah. hujung tahun pun dah dekat. azam tahun ni dah tercapai ke eh? tak check plak. takpelah. maybe lain kali. buat masa ni. sampai sini dulu. lain kali tulis lagi. if rajin petang nanti ke... huhu
.
saya yang agak bz ni.
saya nak sushi lar!
saya nak makan. makan sedap.
makanan sedap je buat saya tak bad mood or berangin.
.
eh dah!
bye!
.

Wednesday, November 19, 2008

tak sempat

.
aduh. semalam hari yang mana saya punya kerja berlarian dalam ofis. kejap ke hulu, kejap ke hilir. jawab telefon, g meeting, masuk discussion. eugh. the neverending thing okeh! letih la ;(. bigboss saya takde. g Sarawak. tapi still bz. nak kena kejar benda2 yang pending. dah kul 5 semalam baru lah free sikit. nak bloghopping ke blog2 lain dah tade mood. surf internet pun so-so. nak update pun malas dah. balik around 6, sampai umah, mandi dan lepak depan tv sambil makan chocolate banana cake dalam fridge. bosan dengan cerita tv, masuk bilik dan layan buku. oh ye, lunch time semalam saya g beli buku baru (takde duit tapi gigih membeli buku). ala buku yang sangat la famous. korang semua mesti tau. buku The Malay Dilemma written by non other than Dr. Mahathir Mohamad. banyak booth ada kat lobby tu tapi yang paling menarik MPH so saya terus lepak2 kat situ. berkenan jugak dengan Cecilia Ahern - The Gift tapi takde stok. owh lepas ni saya nak beli dua buku ni. gaji bulan ni..WAJIB!
.
.
.
seronok dapat layan buku. kat office, bila free saya segan nak baca buku sangat. sebab nanti orang kata tak buat keja, baca buku plak. tak pun ei, poyonye baca buku. nak tunjuk la tu. tapi takpe. saya baca buku dalam kereta, kat kedai makan, kat rumah. saya suka beli buku. sapa2 ada buku menarik tu, recommend la pada saya k! so takpe lah. sesi lagu patriotik pagi ni dah pun mula. pastu nak baca doa. saya lapar plak. nak g breakfast. later k pumpkinsh!!
.
xoxo
.

Monday, November 17, 2008

auntie atie

.
baby girl with auntie rowk : auntie atie!
.
just got back from KPJ, Kajang.
g visit Lin during lunch hour with Min and Um.
Lin sihat. cuma pucat sikit. Kamal senyum je.
baby 2.85kg.
halus mulus.
putih, pink, merah bila nangis. alahai. kiut sangat!
bau dah la sedap. hihi
to Kamal & Lin, CONGRATULATION!
.
.
paparazzi(s), the mommy and the baby
.
.