Showing posts with label CNY Project. Show all posts
Showing posts with label CNY Project. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Project CNY - Butter Cookies

teruja dengan entry what's cookin - butter cookies Puan Suhana Azlin, aku pada waktu rehat Jumaat yang lalu terus membeli barang-barang buat biskut. paling penting butter mahal. oh Lin, ko beli kira murah la RM7.50. kat Cold Storage LURPAK itu harganya RM8.90 k. huhu ni yang buat aku nak pindah Aberdeen nih! hahaha

so, sabtu pagi disebabkan tak jadi g panjat bukit ngan Zurai (sorry Z!), aku dengan semangat waja start kerja2 buat biskut. disebabkan agak weng pagi itu, aku main buat je. antara kesalahan yang aku buat dalam sesi membaking ini adalah:
  • aku takde penimbang, so aku bajet berat semua ingredient melalui measuring spoon saje. gila bodoh!
  • aku TERmasukkan dalam 25g icing sugar dengan ayakan tepung aku!
  • aku try untuk guna piping bag macam Nasi Lemak Lover tu, tapi piping bag aku burst. sebab tepung aku banyak ke? ntah aaa. huhu. last2 aku buat macam Lin je. 
  • bila aku start gentle - dia cam kembang je. kena gelak ngan mak. haha
 
tepung - icing sugar - tepung jagung - butter mahal 

sebelum budak buntal masuk oven

hasilnya. tabur gula sikit kunun cam ala2 biskut tin biru tu :p

jadi je biskut tu. baunya semerbak satu rumah. butter tu memang marveles. cuma agak tawar dan tak berapa nak cantik kaler dia sebab aku pakai oven olskool kan. so ok lah. mak aku kata sedap.so aku happy. hahaha

lin, aku ni kalau buat benda (baking) dengan hati tak berapa nak senang macam ni lah jadinya. hahahaha
apepun. thanks lin. next time aku cuba sehabis baik. hahaha. macarons project pun masih tergendala ni!

resepi : klik here n here.
sila cuba k!


xoxo