Wednesday, July 30, 2008

sedih nye la hai!

.
.
dulu masa uni, aku slalu ajak ice (x-bf aku) tgk citer melayu..ntah kenapa pun aku taktau...banyak aaa gak citer melayu kitorang tengok..tambah2 tu zaman erra n yusri berchenta..bukan sebab kitorang dia asyik masyuk (kitorang kapel kejap je, kawan yang lama)every time kitorang tgk movie, pastu sure aku kena kutuk kaw kaw dengan dia. aku rasa last cerita melayu aku tengok ngan dia Kuliah Cinta kot.
.
and ada la beberapa (beberapa kau!!!) cerita melayu yang aku tengok kat movie pastu. yang aku ingat Man Laksa ngan Zombi Kampung Pisang juga Baik Punya Cilok oh ade lagi..cerita Cinta. Man Laksa, yes aku ngaku aku leh gelak guling2 n tengok berkali-kali kat cd lepas tu (lagipun BONUS sebab Zahid AF ade...)tapi Zombi Kampung Pisang...no~no tak bleh blah..sorry Uncle Don..saya tau Tuan suka citer ni...
.
and guess what, i did it again last thursday. aku dengan ini mengaku kat blog ini...aku la yang telah menginvite Min, Mila dan Um untuk tengok cerita I'm Not Single (arghhhhhhhhhhh sungguh keji aku ini!)
.
Encik Pierre Andre, saya minat dengan encik (cool, comel, mata redup hahaha)...tapi encik belum boleh memfilemkan karya encik...karya ini hanya la seringan drama di tv..itu pun usahalah dibuat siri..buat dalam slot cerekarama je...
.
tiada niat untuk aku mengumpat filem yang bangsa sendiri buat. aku patut bangga tapi macam yang aku bitau diorang, pembuat2 filem ni tak tengok dan kritik semula ke filem2 yang diorang da buat before diorang g submit ke Fi*n*as? ke orang-orang F*ina*s yang blasah je walaupun tahu kualiti cerita tu tak capai par level pun!
.
buat Um dan Mila yang 'agak' layan feeling cerita tu, mohon ampun dan maaf la ye di atas keumpatan dan gelak tawa aku dan min terhadap cerita itu..hahaha sampai jatuh la popcorn ke lantai dan bersepahan la butir-butir popcorn itu..: P
.
to the readers yang memang melayan cerita wayang Melayu zaman ini (aku ni penggila movie P.Ramlee okeh!) aku minta maaf...aku memang tak le nak terima cerita2 macam ni..siapa yang da tengok, nak tambah pendapat dipersilakan...yang belum tengok aku nasihatkan korang untuk beli CD je la (kalau nak kutuk, tengok la..hahaha)..yang best(tak le best mana) dalam cerita ni hanya lah si Lisa yang comel tu dan Awal Ashaari (Um menjerit tengok Awal nangis...issshhh! :P)..
.
.
.
costume tak payah cakap, Ugly Betty yang fashion coordinatornya diupah untuk menunjukkan horrendous pakaian si Betty tu pun aku bleh terima lagi..OSTnya..Min, sila bantu...aku tak bleh terima suara opera Jantan (the only singer yang menyanyi ALL 5/6 songs sepanjang movie)..lagi satu....si apek & pengarah muda yang dapat berjuta-juta dari Dont Look Back (translate to Bahasa pls) yang buat special appearance tu nak buat ape!merugikan filem!!!!
.
secara khusus dan umumnya, aku SERIK..
.
brape bintang?aku tanak bagi bintang langsung!!!ada jugak aku bloghopping dan terbaca ada hamba Allah yang bagi 5 bintang kat filem ni..takutnyee.....
.
.

.
sekian.

11 comments:

ami wafa said...

i thought this would be one of ur darkest secrets? ;)

first, komen aku ni without prejudice ok. jgn la ada yg terasa pulak.

ok la, kalau jalan citer cliche ke, ape ke aku msh bole terima.
sbb slalu kalau tgk citer melayu, aku dah bole agak ending dia apa. (fad kate, aku ada share dgn director, sbb tu aku bole tau hehe).
tp part yg plg x boleh diterima akal adalah ke"enterframe"an david teo ngn ahmad idham tu.
apa jadahnya?!! marah btol la. xde kaitan oke!

oh, satu lagi, mcm kau cakap, sore jantan yg ala2 soprano tu. tolong la, mcm tu pun bole jadi soundtrack ke?

sori la pada mila & um yg agak khusyuk layan citer tu, gelak sinis dan komen2 aku mesti menyesakkan telinga korang kan?

yanti, lain kali nak tgk movie, kene pick bebetul tau. jgn heret aku ke kancah seperti ini lagi. hahaha!!!

thesweetlittlecat said...

babe, btul ke ko tgk cite ni??
aku tgk poster pun dah nak muntah beb! oooppsssss.. terlebey sudah!

cacah said...

haha. takkan teruk cgitu sekali. heh. review macam ni buat i nak gi tengok jugaklah...hehe.

:P

didi said...

aku bukan anti cerita melayu

tapi aku rasa kawan2 aku tau stand aku dalam cerita melayu

mulut aku berbuih mengutuk kalau aku terpaksa atau dipaksa tgk cerita melayu kat tv

aku boleh komen semua benda

pakaian, dialog yg tak logik langsung (orang waras ada ke tanya member guna perkataan macam 'bagaimana' atau 'mengapakah'? gile, gile, dan gile), jalan cerita, dramatis dan kekerapan interframe yang tak releven

filem melayu yang aku pernah tengok di movie : puteri impian, buli, tu je kut

kat tv/ dvd: puteri gunung ledang, sundal malam tu, sepet, tu je

again, aku bukan anti malay movie, tapi tersangat cliche . yg special2 effect tu takyah cakap lah, nak buat real life pun sangkut lagi.

huh. puas hati aku menyuarakan pendapat aku.

swit@kon said...

ami wafa,

aha, my darkest secret that i've published for the whole to know.hahaha babe, serius kalau kau takde, aku rasa aku balik lepas scene farid kamil kua kete mini kat rumah tu lagi :P

again, kau adalah perfectionist yang sangat peka dengan BAHASA yang digunakan..aku bangga!
hak hak

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

kiera, dun mention it!malu beb malu..aku nyuruk kat kerusi tu bila lampu panggung tu menyala hahahahaha

swit@kon said...

aishah,

boleh kalau nak tengok, kalau nak gelak kuat2 takut orang marah dan rasa nyampah keluar je hahaha

swit@kon said...

didi,

ko kan orang putih celup. tapi tak bermakna ko perjudis terhadap bangsa sendiri..aku paham cume yang aku tak paham2 adalah mengapa, kenapa, bagaimana dan apakah masalah diorang dengan filem kita ni!

ami wafa said...

sebab tu walaupun aku tgk citer melayu, aku sgt2 selective dgn citer2 itu

aku x tgk sume, kalau x, nnti penat la org keliling dgr aku mengutuk dan mengomen psl benda2 yg aku rase x logik utk dipaparkan
hahahaha

yanti: aku sgt particular dgn penggunaan bahasa yg betul tp xde la dlm dialog hari2 pun kau cakap "bagaimanakah, mengapakah, adakah".
tetibe teringat kat iskandar yg nyaris pratikal kat Turkmenistan.
hahaha

swit@kon said...

ami wafa,

Turkmenistan...
hahahahahaha ko buat aku berguling!

Anonymous said...

tarikan ke citer ni cuma lisa surihani je.. ahaks.... comey siot... tlg pinangkan untuk saya leh? wakakakakaka....