Wednesday, September 9, 2009

Projek Biskut Satu


pagi ini sedikit letih. semalam mengerjakan Projek Biskut Satu untuk Tahun 2009. InsyaAllah kalau larat adalah Projek Biskut Dua, Tiga dan seterusnya. hehehe. first time buat biskut dengan menggunakan kaedah penerapan (betul kah?) guna acuan berbentuk bunga. nak bentuk lain takde la pulak. dan beberapa orang menjadi mangsa keadaan untuk mencari bahan-bahan yang kini menjadi bahan kawalan. antaranya kehabisan gula aising di Alamanda, ketiadaan minyak Mazola di Carrefour dan sebagainya. but afterall, i managed to complete the whole thing by 1020pm last nite!

dengan bantuan emak op kos. saya sukat, uli, terap dan bakar. mak tolong gunting kertas minyak (yang dibeli oleh ayah god knows kat mana ceruk ntah, hehehe) dan susun biskut ke dalam botol. agak seronok la. memula tu rasa cam tak jadi je. kunun2 buat bentuk bulat (kaedah gentel) dengan sedikit picitan di bahagian tengah untuk hiasan kacang, last2 buat bentuk bunga terus (kaedah terapan). senang! tapi melecet jugak tangan ini. hehehe. alhamdulillah dengan adunan hampir sekilo kacang, hampir sekila tepung, gula, minyak mazola dan lain2 dan dengan berbekalkan oven Butterfly otai mak noriah, kami dapat buat 4 botol sederhana besar biskut Mazola untuk sambutan raya nanti. 4 je pun. berangan nak sedekah kat semua orang. hahahaha. so, itu saja accomplishment untuk malam semalam. next projek (InsyaAllah) Projek Biskut Dua - Cornflakes Madu & Bijan & Almond. hahahahaha


(pictures of ingredients : credits to Google Image)

ha..tu gambar hasil biskut semalam tau korang. nak rasa?? meh datang umah ahkon raya nanti ek! ok lah. itu je buat masa ni. i am so mengantok n yet so many things to be done. adios amigos.

oh chup2. hari ni kan tarikh yang tantek sangat tu kan????? 090909. nasib baik saya lahir 11 September. kalau hari ni? dah cuti celebrate. walau bagaimanapun, seorang yang dekat di hati ini menyambut hari kelahiran hari ni tau. Encik Hafeez Basri aka apitonkus!!!! Happy Birthday Dear!!!! semalam dah wish kan, so ari ni i nyanyi je la kat u. later i kol and sing for you k.

ok.
TTFN, err taktau? tata for now la!!! :P

xoxo


14 comments:

Adni Ariff said...

yeayyy! yantie buat kuih raya! boleh gate crash nanti!

nak merajukla dgn apitonkus. call tak angkat, sms tak reply.. kecik ati.. wawawawa!! menjadikah plan di hari esok?

AFIQ zainal said...

btau alamat umah cepat...nak serang nih

Lady said...

oooooooooo...inilah mazolanye~ hahaha.. nak nak nak~ nak rasa...ke lebih elok aku cakap nak beli?? kekekeke..

azu said...

ya Allah sedapnya. dah lama tak makan biskut mazola.

swit@kon said...

Adni Ariff,

babe. boleh je. datang rumah k. u pun dah tau jalan ke rumah i kan? :D

apitonkus tu memang. buzy la katakan. ke sambut birthday ngan YBTM. huhu

swit@kon said...

AFIQ zainal,

datang la rumah. lepas raya saya sms alamat k :D

swit@kon said...

Lady,

nak rasa boleh. aku jemput datang rumah nanti! nak beli ke? alamak aku tak jual :P

swit@kon said...

Azu,

sedap? boleh lah. mazola je. simple. :D

icedcham said...

cik ahkon.. tamo sedekah ke 4 5 bijik kepada medcham yang kelaparan ni.. hehe.. oh sedapnye semekut tuuu..

Mursapap said...

Sila buat open house mcm last year ok..

didi said...

Tie,

Aku pernah tak makan biskut mazola? Aku dah lupa rasanya macam mana.

Tolong ingatkan aku? :)

swit@kon said...

icedcham,

nak 4,5 biji eh? bleh2. meh datang opis masa lunch :P

swit@kon said...

Mursapap,

InsyaAllah. sila datang dan bawa bersama any cake or pudding yang anda buat :D

swit@kon said...

didi,

biskut kacang. ko penah makan biskut kacang tak?
nama dia Mazola sebab guna minyak jagung jenama Mazola. :D