Wednesday, January 21, 2009

dan jawapannya.....Genting Highlands

.
sambil kerja sambil cuti.
bak kata pepatah 'Sambil Menyelam Minum Air' - tapi jangan sampai tersedak plak. hihi.
samalah macam saya dan team di office. untuk pertama kali tahun ni, rasanya antara slot kursus yang paling awal lah. kami ke Genting Highlands, lebih spesifik lagi, Gohtong Jaya.
.
Bengkel yang di plan seawal November 2008 yang lalu hanya direalisasikan pada Januari 2009. takpelah. at least kompetensi pegawai yang buat kerja tak lah dipertikaikan lagi. hahahaha.
.
saya, aja dan syikin gerak naik kereta. tak pnah lah hari sabtu jem, tapi tengah hari tu kami tersadai kat sentul. jem gila. dengan panasnya. laparnya. atas sebab lapar, kami singgah jap kat BK Highway dekat dgn SriGombak..tapi kami berjaya sampai juga kat Seri Malaysia Genting Highlands jam 2.00 petang. terus check in dan cepat2 tukar baju untuk g taklimat.
.
kami kat sana selama 3 hari 2 malam (kenapa 2 malam???hahahaha tanya lah, nanti kena jual ;P). Ahad kelas habis awal. 2 sebab.
satu : kerana semua orang dah pandai kot, so cepat je slide tu pergi.
dua : kerana peserta bekejar nak g tgk AJL 23 dan naik genting.
.
lepas je buat latihan amal, kitorang tukar baju dan lari ke kabel car station. saya dah kerap jugak naik ke sana. cuma my peetee, Syikin lah. first timer. nak tanak saya ajak jugak naik. biar dia merasa cemana kat atas tu. Genting Skyway. malas nak drive. baby saya cam semput jugak nak naik atas tu. oh ye, kalau korang tak tahan mabuk, naik je Genting Skyway ni. Harganya cuma RM 10 untuk return ticket. kami yang stay di Seri Malaysia dapat discount 25%. Kalau dari Seri Malaysia, ada shuttle bus yang akan bawak ke Genting Skyway Station. Kekerapannya sangat lah kerap. 10 minit rasanya.
.
Perjalanan dengan cable car hingga ke puncak cuma mengambil masa 20 minit saja. Operation Hours pulak : Monday - Thursday 7.30am - 11.00pm and for Friday - Sunday 7.30am - 12.00 midnight. Sejuk sangat petang tu. best! for more info, klik sini k!
.
kami hanya bergambar je. tak main pun. Gaji on 19th. so masing2 kekeringan. saya sempat layan secawan kopi dan secawan jagung di First World Hotel. saya ok. tak la sejuk sangat. biasa. tak sepanas kl je. hihi. tak lama pun. lebih kurang kul 9 kami dah atas cable car utk turun semula. ye la. si aja dah tak tahan nak tengok abang faizal tahir dia. bila turun semua pun lapar. tunggu kat kedai makan sederet dengan hotel, lembab gila. by the time spider nyanyi, kitorang dah berlari balik hotel. tiga2 tak makan malam tu. hahaha AJL nya pasal. Abang Eddy (Favors by Eddy) ada reserve kan tiket. tapi saya tak sempat turun and g bukit jalil. huhu. malam tu saya puas hati. sebab semua pun best. saya suka stacy boleh tahan perut dan semput dalam nyanyi dan menari. gila power! and the bestest part was...M.NASIR!!! me like! nak beli tiket konsert bulan depan tu lah! hihi sapa nak ikut???
.
isnin pagi tu, lepas discussion untuk latih amal, saya jemput SUB yang datang dari Putra-J untuk majlis penutup. lebih kurang 1.30 after lunch, kami gerak balik. pening jugak kepala turun huhu. belum lagi g cameron. hahaha. sampai rumah, terus tertido sampai 4.50. bangun, cuci muka, g office. ada meeting jam 5.30ptg. huk huk. so. itu je lah cerita Genting Highlands saya. biasa2 aje. light2 gitu. hihihi.
.
gambar mana? hahaha. itu yang best. nanti saya post k! setakat ni cerita saja dulu tau. hihihi.
.
oklah korang. saya nak lunch jap. nanti sambung dengan next entry k!
.
xoxo
.

2 comments:

didi said...

kenapa aku rasa mcm kau makin gedik?

ada 4 hihihi kat sini...

mungkin aku dah lama tak jumpa kau kut

:p

swit@kon said...

didi,

rindu aku la tuh! :P