Wednesday, September 11, 2013

big three-0


alhamdulillah.
masih bernafas di muka bumi ni. alhamdulillah.
syukur.

umur dah mencecah 30 tahun.
banyaknya masih sama.
kegemaran, kesukaan, kebenciaan, kesayangan dan lain-lain.
pastinya ia matang mengikut usia..

blog ni pun dah jarang berupdate.
sebab banyak benda lain nak settle.

work-wise, hampir nak berubah 180 darjah atau mungkin 360 darjah.
selepas 7 tahun, masih menanti jawapan. hingga akhir tahun ni je, lepas ni saya akan meneroka sesuatu benda baru, di tempat baru. can't wait!

study? paper semua dah selesai. hanya menunggu mood pemalas ni hilang dan start buat writing. ada dua kawan yang dah siap. bila independent study, macam ni la. nak kena rotan selalu baru bergerak! kamon. umur 30 ni mesti konvo!

kehidupan? sama. tapi banyak yang berubah. masih berdua. belum ada rezeki. (doakan!). semakin happy. alhamdulillah. missing Puan Suhana Azlin. rindu nak bebel2. and the rest of my SG Girls. yang busy semuanya, tak sempat beraya sama pun.

kesimpulannya. saya rasa bahagia hari ni.
sambutan tidak semeriah zaman muda dulu. sms yang tak henti2, tepung, telur dan air yang melayang atas kepala di saat sambutan surprise. skang meriah cuma lebih sederhana dalam banyak hal. last saturday diorang dah celebrate kat melaka. comelnya. received my first birthday card. :)

oklah. dah tua. bebel panjang. hahaha.
nak gi makan lah. lapar.

happy birthday to me!!
three series version :)

sweetest adik :)




2 comments:

Chech said...

Happy birthday, Yanti. Many happy returns :)

rennylesa said...

happy birthday yantie..

welcome to the club... :)