Showing posts with label instashop. Show all posts
Showing posts with label instashop. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

favourite baby store




salam semua...

sejak ada hero kecik ni, hobi baru adalah menyopping barang dia la.
bukan baru start. tapi since dalam pantang.
bayangkan setiap hari ada benda sampai kat rumah!
dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besarnya.
dari virgin coconut oil (vco) sampailah ke peti ais.
ye peti ais. deep freezer. beli dari Lazada. :)
puas hati. pantas dan mudah.
beli hari ini sampai esoknya.

selain dari Lazada, kedai paling saya suka untuk beli barang baby adalah littlewhiz.

LittleWhiz.com


kat sini ada segala benda yang diperlukan untuk baby kita dan juga nursing mother/pregnant mother.
and sila subscribe newsletter kerana bila ada sale, ia sangat super duper murah.
takyah susah2 nak ke baby expo ke, shopping mall ke.
sebab kedai online ni sangat murah. dan postage minimum sahaja.
serta kita boleh dapat barang dengan cepat.
saya dah beli macam-macam kat sini. you name it. everything kot. hahaha.

so, apa lagi. siapa yang ada baby dan bakal ada baby, korang boleh jenguk littlewhiz.com.
tak rugi apa pun (kecuali impulsive shopping la. haha).
for this month, saya nak share promo yang ada kat littlewhiz.com. (klik gambar kalau nak besarkan)



selain itu, ada few baby instashop yang menjadi favourite saya.
antaranya:

1. earlylearningshopmy - barang-barang early education for baby and kids. toys etc
2. babygiraffeshop - H&M readystock items (kasut, baju etc)
3. babycakcak_uk - any barang dari uk (doc mart etc)
4. dreamybabymy - bedding goods. love the designs!

and banyak lagi. nanti saya update korang lagi k.

nak makan la. lapar!

later :)

Friday, July 11, 2014

cerita baju raya



hi korang.
puasa tak hari ni?
selamat berpuasa ye.
hehe. dah hampir dua minggu puasa ni.
alhamdulillah.
anakanda dalam perut ni baik sekali. mak dia la yang tak larat.
kul 5pm ke atas memang waktu kecederaan.
lunyai dan melepek.
tapi alhamdulillah. masih berupaya menjalani ibadah ini.

so dah start persiapan raya?
baju raya, kuih raya, kasut raya, kereta raya.
pendek kata. semua raya lah.
tahun ni saya puasa dari bershopping benda2 raya ni.
duit raya pun dok berkira2 bajet.
maklumlah. lepas raya nak terima orang baru.
so kena jimat dan beli barang untuk dia.

kalau ikutkan, baju raya memang takde la tahun ni.
perut ni dah besar sungguh.
semua baju (read : every single blaus, shirts, jeans, kurung etc) dah takleh nak pakai.
since 7 bulan haritu.
memang meratapi la. bila tgk baju2 kurung yang bergantungan tu.
bila online, rasa kecewa je tgk baju2 ready to wear yang super duper cantik.
tapi apakan daya, dah tak celuih dah pun.
kalau beli, nanti rugi plak if lepas bersalin tak berapa nak muat.

baju raya encik suami dah selesai. tinggal sampin sahaja. maybe pakai yang sedia ada.
tahun ni tema dusty purple.
kain untuk saya memang ada cumanya tatau nak tempah design apa.
siap dah beli sepasang. masa trip bandung last year.
kalau buat dress, nanti tak pakai dah. sayang plak.
belek punya belek insta shop (oooo insta shop adalah bahaya!!), jumpa koleksi mazlianul maznan.
kebetulan ada satu saiz s. warna purple. so apa lagi, beli la dress tu.
kain jenis lycra. bolehlah. walaupun bukan pilihan hati sepenuhnya.
tapi daripada takde kan?
niat tu ada. nak tambah. kot la sehelai dua jubah atau dress.
nak batik. tapi DK kata kaler yang saya nak takde.
but next week dapat bonus macam nak rembat sehelai je kaftan batik aritu, still boleh kan dali?
hehe.
tudung plak? oh, tertarik dan jatuh hati dengan madison express shawl from sugarscarf.
saya beli madison sofia satin. punya la lama nak decide, sampai habis colour yang nak tu.
huhu, beli la yang seakan dan sewaktu dengannya.

so, berapa pasang baju raya korang?
dari siapa? Rizalman? Jovian Mandagie? Mimpikita? Nora Danish for FV? Melinda Looi? Syomir Izwa?
share la k..

oklah. kita cerita lain plak nanti.
ni dah macam kena beli kasut baru.
yang ada ketat. T__T.
kembang juga kakiku.

ok daaa.