Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

baking with swit@kon : pavlova


lamanya tak buat entry masak memasak. sejak oven dah bocor dan mixer dah berbau hangit, saya jarang baking dan memasak. adapun buat donut tempoh hari hanya menggunakan tangan dan kuali saja. entry donut later k!

dan masuk saja bulan Ramadhan kali ini, saya dah buat plan bersama Chief Didi untuk projek biskut raya kami. Setakat ini selesai sudah 3 jenis biskut iaitu Mama Carries, Chocolate Chip dan Makmur. Review biskut setakat ini dari para pemakan adalah sangat mengujakan dan menyebabkan pengurangan biskut sebelum sempat hari raya!! 

Semalam telah ada satu sesi berbuka puasa untuk Yunos Clan (family from ayah's side) di teratak chumel kami. My pregnant cousin, Leen dari hari Khamis dah request untuk saya buat pavlova. Apakah Pavlova itu?? Klik sini untuk info berkenaan pavlova.

So selepas kami (Saya, Didi dan Lin) selesai buat biskut, terus start buat pavlova 2 batch. For me and Didi. Dah pasang niat awal2 untuk buat ala2 Alexis or The Apartment or Delicious punya pavlova. Tapi tak menjadi sangat. Kalau di restoran2 yang saya sebutkan itu semua pavlova nye agak garing dan rangup. Tapi pavlova saya sangat lembut macam tuan buatnya juga. Tak sure sama ada resepi itu memang untuk pavlova yang gooey atau saya tersilap. hihihi. Dan kerana resepi ini lah juga, Didi akan makan nasi goreng telur untuk sahur selama seminggu!!! Ahaks :P sorry babe!

So this is the result:

nice eh, no?

budak Zara, neneknya dan pavlova saya.
Zara cebik sebab dah kenal orang dan mengantok. ):

Kalau kamu semua mahu cuba, saya tepekkan sahaja recipe yang saya ambil dari MarthaStewart.com ni. Silakan membuat ye. 

Bahan2nya : 

4 biji putih telur
secubit garam
1 cawan + 2 sudu besar fine sugar (saya gunakan icing sugar)
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
(*edited) 2 sudu teh cuka


Cara2 membuatnya :

1. Pukul telur putih dengan garam sehingga ada peak iaitu putih telur itu telah kembang.
2. Masukkan gula secara berfasa sebanyak 3 kali (mixer still on) sehingga putih telur itu membentuk stiff dan glossy peaks. Taburkan tepung jagung, (*edited) cuka dan masukkan esen vanilla.
3. Sediakan tray untuk membakar dengan sekeping kertas pembakar di atasnya dan tuangkan adunan tadi ke atas kertas pembakar. Kalau nak nampak natural, tak perlu ratakan. Kalau nak nampak settle, buat seolah2 macam kek. 
4. Bakar dalam suhu 150 darjah celsius selama 1 jam 20 minit.
5. Makan dengan whipped cream dan buah. Saya menggunakan fresh strawberries. Korang boleh letak kiwi, peach, plum, passion fruit dan sebagainya.

Enjoy k!!!
Ok, nak masuk waktu berbuka dah. Selamat Berbuka semua. XOXO

p/s: bangga tgk pavlova ku licin semalam!!! next week cam nak buat Lemon Meringue Pie la Didi!!