Showing posts with label tangkuban parahu. Show all posts
Showing posts with label tangkuban parahu. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

Jakarta - Bandung 2014


ok. baru belek2 entry yang berstatus 'draft'.
hahaha. gila berhabuk entry ni.
takpe lah. nak share punya pasal.
saya publish juga la.
same old, same old.
annual trip to Jakarta/Bandung.
only this year we didnt managed to get tickets because of little Noah.
tapi takpe.
baca dulu yang last year.
muahahaha

........................................................................................................

January 30th, 2014 to February 2nd, 2014

and again.
we went.
this time around with pak usu clan.

as usual, we booked ahead of time. for our hari wilayah-chinese new year holiday.
we wanted to experience MAS so we took flight to Jakarta instead of AirAsia straight to Bandung.

and guess what?
i was declared pregnant. pftt.
people in the office started to scold me for being insensitive because at that time i was only 8 weeks. with the doctor's permission, off we go to Jakarta.
my morning (and evening and night) sickness that time was at the worst.
to much of our delight, it took us 5 hours to reached Bandung since we arrived around the CNY holiday.
yes. "enjoyable" trip indeed!



this time around it was not fun as i need to sit, eat and smell my vicks. all the time.
equipped with my loyal package of kurma, milk, water and vicks/minyak cap kapak, i do the shopping basically on a couch (at Pasar Baru). managed to get us two pair of baju. another set of prada lace and baju melayu for yana's wedding next year. duit banyak lebih woo kali ni. bawak balik around RM600! Haha.

we stayed at rumah tawa. a very small, 3 storey dutch bungalow with many rooms. and of course with the help of our favourite supir, pak budi. we went to tangkuban parahu and other usual spots such as pasar baru, countless outlets and ayah's favourite minang/padang restaurants.

chillax area

the last night, we stayed at amaris thamrin city, jakarta city centre. about half an hour drive from the Soekarno-Hatta International Airport (plus an hour if macet).
one thing we regret : we arrived so late in jakarta, the malls are all closed. and the next day we need to catch the earliest flight to go back.
i love jakarta city. it is a bit overwhelming due to the macet, but definitely, i'll be back.

flight tickets : KUL - CGK via Malaysia Airlines
accomodation in Bandung : Rumah Tawa
accomodation in Jakarta : Amaris Thamrin City (booking via Agoda.com)
transportation : Pak Budi [+628886007082]


Wednesday, February 18, 2009

day 2 (jakarta), 3 and 4 of bandoeng ;)

.
one of the roundabout with great statue
.
bersambung dari semalam. kita start dengan journey ke Jakarta. i took 2.5 hrs from Bandung. itupun lalu highway. bear in mind ye kawan2, walaupun highway, jalannya akan membuatkan kita terbuang2 dalam kereta. beralun2. hihi. pagi2 lagi kami dah keluar. dalam jam 8 waktu Bandung. keindahan sepanjang perjalanan tak dapat nak digambarkan kat sini. all the way kita dapat tengok perkampungan sekitar Bandung, tanaman padi bukit di teres2 yang sungguh cantik. keadaan perkampungan di sana jauh beza dengan di Malaysia. tapi kreatifnya dan gigihnya rakyat Indonesia dalam mengerjakan tanah sedia ada memang patut dipuji. susah nak tengok tanah yang terbiar. semuanya diteroka dengan macam2 tanaman. kalau di lereng2 di tanamnya sayur atau teh, di bahagian lembahnya pasti ada padi. memang cantik! rasanya Nisha lebih seronok dalam hal pemandangan perjalanan Bandung-Jakarta-Bandung sebab dia naik tren.
.
bangunan SCTV yang kren banget!
.
sampai di pinggir Jakarta, dah nampak banyak kereta. Macet = Kesesakan Jalan Raya dah sinonim dengan bandar Jakarta. di sini lebih panas dan berhabuk serta sesaknya lebih teruk dari Bandung. untuk sampai ke Tanah Abang, kami ambil masa lebih dari setengah jam. otw tu nampak la bangunan2 gah di kota jakarta. bezanya banyak dari Bandung. kalau di Bandung cuaca agak dingin, jakarta tidak. kalau di Bandung, bandarnya macam Melaka atau Penang tapi Jakarta sememangnya bandar metropolitan. bangunan2 lebih besar dan tinggi dan penuh kesenian. di Tanah Abang kami tak banyak membeli. cuma ralit mencari kain 'katon' (cotton). tidak seperti di Pasar Baru, peniaga lebih demanding dan kebanyakan barang harganya 'pas' (harga mati, tak boleh ditawar). lebih kurang jam 1 kami setuju untuk pulan ke Bandung. nak lunch pun dah malas. so berhenti di RnR di highway. Oh ye, RnR Highway Bandung-Jakarta-Bandung best! ada A&W, Starbucks Coffee, Baskin Robbins, Coffee Bean, KFC, Wendy's, Dunkin Donuts dan jugak Restoran Nasi Padang. susah nak carik kedai2 macam kat Plus Highway Malaysia. hihihi.
.
sesi mencari lace!
.
untuk lunch kami ke Sari Sunda, restoran makanan sunda (yang harganya mahal bangat kat sini) tapi kat sana 10 orang makan cuma RM100. lepas makan, ayah dah bosan sebab kami kata nak ke factory outlet lagi. nak buat camne kan. hahaha. ikut je lah. kami ke Cihampelas Walk iaitu kawasan sepanjang jalan ada factory outlet yang menggunakan simbol2 superhero. dari Aladin (aladin superhero kah? hahaha) ke Iron Man, Cat Woman, Ultraman dan banyak lagi. kat sini lebih banyak jualan jeans dan shirts. saya cuma beli sehelai kemeja army look yang best! hampir jam 8 malam baru kami gerak ke SetiaBudi. tak lain tak bukan 'must go' place jika ke Bandung iaitu Rumah Mode (sebutnya Mo-Dey). Kawasan yang cantik, banglo yang diubahsuai kepada kafe2 dan boutique style shopping. kat sini memang bajunya cantik2, branded dan class berbanding di heritage dan summit. saya beli dua dress dan sehelai kemeja. tak sampai 100,000 Rupiah. penat gila. malam tu tade sapa nak makan makanan berat we decided to go to Paris Van Java, satu mall yang sangat hampir dengan hotel. cantik dan best. typical shopping mall (ada sogo dan carrefour). tapi dalamnya persis di Paris. ada balcony2 cantik di atas kedai adn banyak burung merpati putih terbang bebas dalam mall tu. sweet. siapa tak penah g ke europe boleh la berangan. hihi. kami cuma isi perut malam tu dengan J.Co Donut.
.
outlets di cihampelas walk.
.
rumah mode
.
pigeon di Paris Van Java
.
esoknya kami dah habis idea nak ke mana. tapi pak budi kata dia ada satu tempat best. atas request mak noriah dan saya untuk beli dvd, mak nak cari handbag. kami dibawa ke satu area lorong2. ape lagi borong dvd la saya. harganya RM1.50. hihi kalau original pulak baru RM3.00. tapi sebab asyik pilih dvd drama dan filem indonesia, saya lupa nak carik album band. huhu. hasil shopping di situ, 20 keping dvd dan cd, 2 jenis clincher/belt, 4 handbag (1 saya, 3 mak). tak cukup lagi telekung, kami terus ke pasar baru sekali lagi untuk borong telekung. yang tunggu dalam kereta (penat dan kak ngah sakit perut dan muntah2) dah lapar. kami sampai je terus pak budi pecut ke Restoran Mitra Sederhana Pasteur yang hidang nasik padang. wah syiok habis. makan nasik dengan kari kepala ikan kap(ikan merah). perut penuh, pak budi terus gelodakkan dengan bawa kami naik ke Tangkuban Parahu. sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif. letusan kali terakhirnya ialah pada tahun 2005. seriau sebenarnya tapi hujan dah menghalang untuk amik gmbr. hihi. biar orang basah, jangan lense kamera. hihi. paling horror bila penjual jalanan kerumun kami masa berteduh di pondok. haha tak boleh ingat!
.
tangkuban parahu
.
lepas kebasahan di Tangkuban, kami turun dengan niat nak memetik strawberry. tapi sebab hujan masih renyai, 2,3 kebun strawberry pun tutup dah. hihi. lain kali kita nak datang dan g Ciwede lah plak. terus je kami ke Kartika Sari untuk beli benda2 makan plak. yang diborong, Pisan Molen (puff inti pisang dan cheese), Pisang Salai cheese yang super sedap, brownies bakar dan brownies kukus.
.
makcik dan pakcik dah lotih. kitorang yang muda je masih bersemangat nak jenjalan. so drop barang2 dan diorang kat hotel kami g tapau KFC. saya, abang kerol dan acap ajak pak budi jalan2. adik nak beli rokok dan saya nak carik dvd. tapi dua2 kedai tak jumpa, kami ke BaBe. kedai yang menjual Barang Bekas. kalau kat sini macam bundle la. tapi kedai nyer very proper dan sangat cantik. penat dah dan hari still ujan, kami decide untuk balik dan makan KFC kat bilik hotel. KFC kat Indonesia ada banyak menu yang sedap. ada nasik dengan ayam yang kita beli dan aiskrim macam kat baskin robbin! suka!
.
life band @ Paris Van Java
.
esoknya. time to go home. but not for kami sefamili. kitorang petang sikit. mak noriah and the gang balik flight pagi. punya lah nervous sebab barang banyak. tapi ok je. bayar tax 60,000 Rupiah tak banyak pun ditanya. sempat la kak ngah kirim sehelai lagi seluar. haha.
.
lepas hantar diorang balik, kitorang ke Amanda. Pusat Brownies Kukus yang paling sedap! i bought 6 more. hahah perabih duit. lunch di Mitra lagi sekali sebab ayah kempunan kari kepala ikan dan pak budi suh kitorang jalan2 kat mall sebab masa banyak before ke airport. Jam 8 malam kami pun touchdown kat Malaysia. Home sweet home. rindu sama encik pooh busuk yang tinggal kat umah. apepun saya enjoy trip kali ni. and i really hope there'll be more to come!!
.
acap sms cewek dengan pulsa yg dikit di airport
.
Amanda Brownie

the latest Badung Fashion Craze - tie-dye shirt from Bali
.
me, signing off...
daaaaa
.
.